SUARA BEBAS TUARAN

Masaalah Kewaangan Jebak Pelajar IPT Sabah Melacur?

Labels:

Dilapurkan bahawa terdapat dakwaan kononnya ada pelajar wanita institut pengajian tinggi (IPT) di Sabah terjebak dengan aktiviti memperdagangkan diri secara sambilan semata-mata mencari sumber kewangan bagi menampung pelajaran mereka.
Dikatakan kejadian tersebut amat mengejutkan banyak pihak dalam negara kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini, lebih-lebih lagi insiden itu didakwa berlaku di Sabah.
  • Isu ini telah dicetuskan oleh Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun dan Murut Bersatu (UPKO), Datin Dr. Jaina Sintian semasa Simposium Pendidikan Wanita UPKO di Penampang baru-baru ini.
  • Jaina dipetik sebagai berkata kebanyakan mereka yang terbabit datang daripada keluarga yang bermasalah seperti berlaku perceraian ibu bapa menyebabkan mereka tidak mempunyai tempat bergantung bagi menanggung kos pengajian.
  • "Mereka bukan sahaja berdepan dengan tekanan untuk menamatkan pengajian tetapi kos pengajian itu sendiri yang semakin meningkat tidak termasuk kos makan minum, tempat tinggal, pengangkutan, buku-buku, komputer dan bil internet," katanya.
Sebagai mengulas pendedahan Dr Jaina Sintian, ADUN Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat, berkata masalah itu perlu diberi perhatian serius oleh kementerian kerana bukan sahaja menjejaskan nama baik IPT tetapi juga bagi menyelamatkan masa depan mereka terbabit. "Isu pelajar IPT 'terpaksa' melacur ini ibarat barah yang jika tidak diubati dan diambil langkah-langkah pencegahan boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk,"

Sumber: Sabahkini
18 comments:

Wanita Upko patut menyerahkan maklumat yang ada untuk membantu siasatan tentang kes ini.


Saya tidak pasti samada benar ataupun tidak berhubung dengan kenyataan ini. Tapi memang tidak mustahil perkara-perkara sebegini boleh berlaku.


Memperdagangkan diri tidak hanya disebabkan kekurangan kewangan tapi mungkin ini adalah sebahagian daripada kemahuan individu itu sendiri. Kalau di dalam kawasan perumahan pelajar kegiatan ini mungkin boleh dipantau tapi bagaimana kalau pelajar yang tinggal diluar kampus dengan pergaulan bebas....banyak yang tidak mustahil.


Pihak tertentu seharusnya lebih aktif dalam membuat serbuan. Kalau membuat pemeriksaan di hotel2 terkemuka di sabah ini susah sikitlah tapi fokus di tempat2 beriadah seperti di Tangung Lipat dan lain2 kawasan.


Saya tidak mendorong pelajar IPT untuk berbuat demikian, kerana untuk mencapai cita-cita sanggup menjual maruah diri. Kalau lepas ini terus berkerjaya okeylah...tapi yang saya nampak ramai graduan dari pelbagai bidang tidak mendapat sebarang pekerjaan selepas tamat pengajian. dapat pekerjaan tapi gaji rendah malah kos tinggal di bandar2 utama di sabah adalah sangat tinggi. akhirnya balik kampung tanam 'anggur'.


Bagaimanapun bukan semua pelajar berbuat demikian, samada pelajar yang berkemampuan ataupun tidak kegiatan ini dilakukan atas kemajuan mereka sendiri. tindakan tegas perlu dilakukan bagi membendung kegiatan ini dari terus diwarisi oleh pelajar lain.


jika semua pelajar diberikan kemudahan asrama dan jika sekatan2 ketika berada dalam asrama dapat dikurangkan, pasti masalah ini tidak akan berlaku. pelajar2 terutamanya golongan wanita yang menyewa rumah atau bilik berpotensi terdedah dengan aktiviti2 ini kerana kebebasan mereka diluar kawalan pihak IPT.


mungkin selepas ini kerajaan atau kementerian pendidikan perlu melaksanakan lebih banyak program bermula diperingkat sekolah rendah bagi mendidik pelajar2 ini supaya lebih berdikari dan mampu membuat keputusan yang terbaik untuk diri mereka.


KPT perlu menyiasat dengan dakwaan ini. Kenapa perkara ini berlaku??adakah benar kerana kewangan atau kerana masalah lain..


Pelajar IPT melacur kerana masalah kewangan??Perkara ini telah memalukan IPT dan juga negeri kita Sabah. Kemeterian pengajian tinggi perlu menyiasat berhubung perkara ini.


jika ada masalah kewangan sekalipun, tak perlulah sampai nak melacur, kan byk kerja lain boleh dilakukan.


This case must be investigated and the cause of the problems found out.


sebaiknya siasatan dapat dilakukan. jika benar pekara ini berlaku, langkah bagi membanterasnya perlu dilakukan.


pelajar IPT seharusnya tahu membezakan mana baik dan buruk. janganlah melakukan pekara yang tidak baik dan merosakkan akhlak.


Harap pekara ini akan disiasat secara lanjut kerana ini akan merosakkan nama baik pelajar lain yang belajar di uni yang sama.


This kind of allegation will affect the image of Sabah and our people. It must be investigated to reveal the truth.


Mengikuti laporan berita, hanya sebilangan kecil sahaja yang terlibat. Diharapkan ada penjelasan dan pendedahan selanjutnya.


Sepatutnya tidak ada istilah untuk melacur bagi pelajar IPT. Seharusnya pelajar mampu untuk membandingkan yang buruk dan yang baik! Kenapa ingin menjerat diri ke kanca yang hina?? sedangkan anda adalah seorang yang terperlajar.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails