SUARA BEBAS TUARAN

Meskipun Hak Orang Melayu Istemewa, Hak-Hak Kaum Lain Tetap Terpelihara?


Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, mahu semua pihak tidak lagi membangkitkan isu-isu berkaitan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Beliau berkata meskipun orang Melayu mempunyai hak keistimewaan tersendiri, hak-hak kaum lain tetap terpelihara.
  • 'Tidak wajar perkara ini (hak orang Melayu) dibangkitkan. Dalam perlembagaan, hak semua kaum telah dijelaskan termasuk kebebasan beragama.
  • 'Semua diperuntukkan dalam perlembagaan. Orang Melayu dan bukan Melayu sudah diberi hak. Contohnya bahasa Malaysia bahasa rasmi atau agama Islam adalah agama rasmi tetapi penganut agama lain serta bangsa lain boleh mengguna atau mengamalkan bahasa serta agama mereka di negara ini,' kata beliau.
  • Beliau berkata demikian selepas majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di sini kelmarin.
Ahad lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, melahirkan rasa sedih dengan perbuatan mencuit hak orang Melayu yang kian ketara terutama di kalangan orang politik untuk mencari undi.
Sumber: Cybernews
18 comments:

Memang betul, setiap rakyat ada hak sendiri, hak mereka juga haruslah diambil kira.


pekara yang sudah termaktub dalam perlembagaan tidak perlulah dijadikan sebagai isu lagi.


harap isu seperti ini tidaklah dipolitikkan lagi oleh ahli-ahli politik. sebaiknya jika semua pihak menumpukan untuk berkhidmat kepada rakyat.


Well said Sultan ahmad! Well said!


Why is it always about defending the Malay rights? What about the non-malay rights??? Hopefully no such issue about Malay rights come up again. Those politicians ought to listen to the sultan advice.


Bagi saya perkara ni takkan jadi isu sekiranya takda pihak yang cuba mempolitikkan hal ni. Tapi apa boleh buat la, inilah ragam kehidupan :)


Apapun saya harap hal ni dapat diselesaikan dengan baik demi kepentingan semua kaum. Bertindak segera supaya hal ni tak berlanjutan terlalu lama.


siapa yang mempersoalkan hak itu? kaum sendiri juga...


pertubuhan seperti PERKASA harus dibubarkan dan diharamkan...kerana adanya pertubuhan seperti ini yang kononnya memperjuangkan hak kaum melayu, dengan sewenang-wenangnya menimbulkan isu/sentimen perkauman sehingga menyinggung kaum2 lain..bukankah mereka patut ditahan di bawah ISA kerana berpotensi mengancam keselamatan negara?


setiap kaum mempunyai hak masing2. hal ini tak perlu dibangkitkan lagi.


I hope from now on the rights of other races and minorities will be protected as well.


walaupun semua sultan di Malaysia memberi amaran kepada rakyat Malaysia berkenaan dengan isu ini, pasti masih ada terutamanya dikalangan ahli politik yang masih tidak serik2 mempermainkan isu ini untuk kepentingan politik mereka.


mungkin lebih berkesan jika mana2 pihak yang cuba mempertikaikan perlembagaan dikenakan tindakan undang2 serta merta...


Jagalah hak semua rakyat untuk mencapai konsep 1 Malaysia.


Kerajaan haruslah menjaga hak asasi manusia dan hak sebagai rakyat tidak kira apa jua bangsa dan agama.


Jikalau sultan sudah memberikan suara, maka wajarlah ahli-ahli politik kita supaya TIDAK lagi menggunakan sentimen hak-hak kaum dalam meraih undi.


Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya.


The rights of all citizens must be protected regardless of race.


Jika tidak ingin hak melayu dipersoalkan, hak2 kaum lain jangan pula dilupakan.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails