SUARA BEBAS TUARAN

PAS Kelantan Akan Mencalonkan Muka Baru Pada PRU13?


foto hiasan -Dewan Pemuda PAS dan Husam Musa, Pemimpin Generasi Baru PAS
Menurut sumber, besar kemungkinan PAS Kelantan akan menyenaraikan muka baru dalam PRU ke 13 nanti bagi menggantikan wakil rakyat yang kurang berprestasi selama ini, Baihaki berkata Dewan Pemuda PAS Kelantan sentiasa bersedia dengan calon yang boleh diketengahkan.
Dalam pada itu, Pemuda PAS Kelantan akur dengan keputusan pimpinan parti untuk membuat perubahan dalam penentuan calon parti dalam Pilihanraya Umum akan datang, demikian dijelaskan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Baihaki Atiqullah hari ini.
  • Ahmad Baihaki juga berkata semenjak dulu lagi PAS Kelantan sentiasa mengambil kira dan meraikan calon dari kalangan pemuda dan kemungkinan untuk PRU akan datang juga akan ada muka baru dari kalangan pemuda PAS Kelantan.
  • “Saya dulu pun dipilih dari kalangan pemuda dan ketika itu saya berusia 26 tahun dan bertanding pada PRU ke 10 dan masa kini hanya ada dua sahaja iaitu saya dan Ketua Pemuda PAS Kelantan iaitu Adun Mengkebang ”ujar beliau.
  • Baihaki ditemui di majlis Berkhatan beramai-ramai dalam Dun Pasir Tumboh, seramai 80 kanak-kanak telah diraikan dengan pancuran air dari Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta mendapat kerjasama dari enam pegawai perubatan.
Persoalan nya, kalau kerajaan PAS kelantan berani menerima cabaran dengan melakukan perubahan untuk mencalonkan muka-muka baru; ada kah di Sabah ( terutama sekali BN ) ini juga sanggup berbuat demekian? Atau pun demi untuk menjaga status yang sedia ada, akan meneruskan kesinambungan kuasa wakil-wakil rakyat yang sedia ada. Amat menarik untuk kita nantikan bersama kelak.
Sumber: HarakahDaily
12 comments:

terserah kepada setiap parti untuk mencalonkan siapa yang mereka ingini sama ada muka baru atau pun muka lama.


apa yang penting adalah individu yang dicalonkan mastilah sesuai dan mampu menjalankan amanah yang diberikan.


tak kisah muka baru atau lama, yng penting calon tersebut biarlah berkebolehan.


mampukah PAS mencalonkan wanita yang tidak mempunyai latar belakang politik seperti yang dilakukan oleh BN di Batu Sapi?


tindakan BN mencalonkan Linda di Batu Sapi membuktikan BN juga berani melakukan perubahan.


Biarlah PAS memilih calon mereka sendiri.


harap cara baru pas ini berkesan.


Semoga bertanding dengan aman damai. Tidak kira calon muda atau tua yang penting tidak mempunyai niat buruk pada PRU13 akan datang.


Semoga muka baru ini akan membawa tuah kepada PAS..


Terserahlah pada empunya parti :)


Kita tunggu & lihat sajalah apa yang bakal berlaku nanti :)


Tidak salah untuk mencalonkan muka baru yang penting beliau layak dan mampu memimpin.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails