SUARA BEBAS TUARAN

Pelupusan Pentadbiran PPD Tamparuli, ADUN Dan MP Hanya Mampu Berdiam Diri?

foto hiasan, para pendidik Tamparuli merenong masa depan dan hala-tuju skim perkhimatan pendidikan daerah kecil Tamparuli yang maseh kurang menentu
Dalam menghayati kemeriahan acara perkhawinan anak buah saya di Kota Belud, terselit cerita sedih dimana beberapa orang sahabat lama yang berasal dari Tuaran, Sabah ( khas nya Tamparuli) telah meluahkan ketidakpuasan hati kerana pelupusan skim perkhidmatan dan pentadbiran pejabat Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) daerah kecil Tamparuli (foto pekan Tamparuli disebelah kanan) dari senarai carta Jabatan Pendidikan Sabah dalam kadar yang segera sejak beberapa bulan yang lalu.
  • Menurut salah seorang dari sahabat saya yang hadir pada masa itu, merasakan bahawa penutupan dan pelupusan pentadbiran tersebut ada lah tidak manasabah kerana implikasi nya akan melemahkan sistem pempelajaran di kawasan tersebut dalam jangka yang pendek dan juga panjang.
  • Kata beliau, pentadbiran PPD di Tamparuli yang telah ujud sekian lama sepatut nya di kekalkan untuk beroperasi saperti juga kawasan-kawasn yang setaraf dengan logistik nya. Saperti Kunak, Nabawan, Tongod, Kuala Penyu, Pitas dan lain-lain lagi.
  • Sahabat-sahabat saya yang lain pun turut membuat pengakuan yang sama; bahawa perkhidmatan serta pentadbiran PPD di daerah kecil Tamparuli, perlu diteruskan.
  • Dikatakan bahawa dalam situasi yang sedia ada dan demi untuk rakyat Tamparuli, hanya pemimpin dari organisasi politik sahaja yang dapat menyelamatkan kesinambungan skim perhidmatan dan pentadbiran PPD Tamparuli.
  • Jikalau tidak, perjalanan perkhidmatan pendidikan disana akan bertambah teruk. Seakan-akan ia nya menampakkan satu potret ngeri yang membayangkan PPD Tamparuli sebagai sebuah Pusara Tanpa Nisan.
Tamparuli, daerah kecil yang terletak di pantai barat 'negeri dibawah bayu' ini, mempunyai penduduk sebanyak lebih kurang 40,000 orang.
Disamping itu, ia nya mempunyai rangkaian berpuluh-puluh sekolah (termasuk sekolah menengah), pusat pendidikan dan cadangan pusat pengajian tinggi saperti Politeknik dan Universiti.

Tamparuli mula mendapat perhatian ramai bilamana sebuah lagu kadazan/Dusun berjodol 'Jambatan Tamparuli telah diedarkan dipasaran sejak beberapa tahun yang lalu.
Seterusnya Pekan Tamparuli dianjakan lagi pengenalan nya ketahap Nasional oleh Marsha Millon Londoh (foto sebelah kanan), penyanyi berketurunan suku kaum dusun ini, telah menggegarkan daerah ini bilamana beliau telah terpilih untuk menyerti program realiti Akademi Fantasi ke3 yang berpusat di Kuala Lumpur.

  • Walau pun pada asas nya, topographi kawasan tersebut yang kebanyakan nya terdiri dari bukit-bukau, gunung-ganang, namun operasi dari segi pendidikan ada lah normal dan sama saperti yang terdapat didaerah-daerah yang lain di Sabah ini.
  • Dilapurkan, kejayaan ini berpunya kerana ada nya bantuan Pegawai Kanan saperti PPD yang menjalan tugas selaras dengan kehendak situasi dan syarat pendidikan di sana.
  • Kini, semua skim pentadbiran PPD daerah Tamparuli telah diserah kepada PPD Tuaran. Konon, Justifikasi nya ada lah untuk mengurangkan bureaucracy disamping memudahkan lagi penyelarasan pendidikan bersepadu di daerah Tuaran secara menyeluruh .
  • Dalam kontak yang sama, Pentadbiran daerah kecil Tamparuli sehingga masa kini, dikendalikan pentadbiran nya oleh seorang Penolong Pegawai Daerah yang bertempat di kawasan tersebut dengan sepenuh masa.
  • Namun pada dasar nya, daerah kecil Tamparuli maseh lagi di bawah naungan Pegawai Daerah Tuaran.
  • Difahamkan, kerana pelupusan PPD daerah kecil Tamparuli ini, banyak kerja dan pengurusan pendidikan yang ada hubung kait dengan kawasan tersebut terpaksa berhadapan dengan permasaalahan saperti perkhidmatan yang lambat dan sebagainya. Selaras dengan kemampuan PPD Tuaran dan masaalah keluasan kawasan yang terpaksa di harungi oleh hanya seorang PPD yang berpusat di Tuaran.
Sebagai rumusan disini, hingga setakat ini, belum ada seorang pun pemimpin politik dari kawasan ini yang berusaha untuk mempertahankan keujudan dan kesahihan pentadbiran PPD Tamparuli. Walhal terdapat ada dua orang wakil rakyat yang ada kaitan nya dengan daerah kecil ini.
YB-YB yang saya maksudkan disini ada lah terdiri dari ADUN Tamparuli(foto sebelah kiri) dan MP Tuaran (foto sebelah kanan)-yang berasal dari kawasan Tamparuli).
Dalam pada itu, apa yang dikirakan penting disini, ia lah usaha Pemimpin tersebut untuk menyuarakan tidak persetujuan mereka terhadap pelupusan pentadbiran PPD Tamparuli ini di DUN dan terutama sekali nya di Dewan Parlimen.
Namun pada hakikatnya, hingga kini kita belum pun mendengar komen dari pemimpin-pemimpin yang sensasi ini 'pertaining to'; "Pelupusan Skim Pentadbiran dan Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Daearah Tamparuli."
Analisa Solymone
29 comments:

Harap kerajaan akan mempertimbangkan perkara ini.


tidak semestinya perkembangan pendidikan di kawasan tamparuli akan terkandas berikutan dari tindakan ini..


penulis hanya melihat situasi di sebelah pihak..justifikasi yang dilakukan adalah berdasarkan kepada pendapatan, rungutan dan keluhan pada satu pihak sahaja..harus juga dilihat dari sudut pandangan pihak berkuasa berkenaan berhubung perkara ini untuk mendapatkan gambaran situasi yang penuh dan sebenarnya..ini adalah penting untuk mengelak sebarang kekeliruan..


mungkin tindakan ini adalah wajar dan relevan dilakukan bergantung kepada keadaan semasa..apa pun, penerangan yang lebih jelas boleh diberikan oleh pihak yang berkenaan untuk menjelaskan perkara ini..


apa pun, feedback seperti ini adalah perlu untuk memperbaiki kelemahan yang ada dalam sistem yang digunapakai..lakukan yang terbaik untuk rakyat..


penjelasan dari pihak yang berkaitan perlu dalam pekara ini .


pendapat semua pihak perlu dipertimbangkan dalam pekara ini. harap keputusan yang dibuat adalah terbaik untuk semua.


Saya rasa patut semak kembali kenapa jawatan tersebut dimansuhkan.


Harap penulis akan mengeluarkan kenyataan daripada pihak kerajaan pula.


sepatutnya pihak yang bertanggungjawab menilai terlebih dahulu sebelum memutuskan perkara ini. adakah tindaka pelupusan ini akan mampu mengurangkan bureaucracy serta memudahkan lagi penyelarasan pendidikan bersepadu di daerah Tuaran?? atau mungkin boleh menjadi punca ketidakcekapan pengurusan pentadbiran akibat dari penggabungan beban kepada satu tenaga??


semakkan semula perlu untuk memberikan peluang PPD tamparuli ini diteruskan. Ini untuk kebaikkan pengurusan pelajar dan bukan saja ditubuhkan. Maka fikirkan terlebih dahulu sebelum sesuatu berlaku.


mustahil pemimpin di Daerah tersebut tidak tahu masalah ini dan mustahil mereka tidak mempunyai pendirian berhubung dengan masalah ini. sekurang2nya tampillah dengan penjelasan2 yang munahsabah sekaligus menyelesaikan kekeliruan yang dihadapi oleh pihak yang menanggung impak hasil dari keputusan itu.


Sdra Mike, Thanks kerana telah menyuarakan pendapat sdra ‘pertaining to’ isu yang melanda skim pelajaran di daerah Tamparui.

Pada hematnya,apa yang sdra penting kan disini ada lah ketelusan dan kreadibiliti saya selaku penulis itu sendiri. Maksudnya sama ada fakta yang saya gunapakai disini ada lah betul , kurang atau pun yang salah.

Dengan itu, saya ‘response; disini sebagai penjelasan untuk mengurangkan kekeliruan dan selanjutnya tujuan untuk kongsi pengalaman bersama sejauh mana kah ‘valid’ nya 'statement' sdra itu.

Isu yang diketengahkan di sini, ada lah permasaalahan yang dihadapi oleh rakyat Tamparuli sejak skim pentadbiran PPD daerah ini dilupuskan.

Justru itu, sebagai seorang penulis dan akivist politik saya mengsyorkan agar ahli-ahli yang berhormat turut campur tangan dalam hal ini dengan menyuarakan isu ini di DUN atau pun di Dewan Parlimen. Kerana usaha yang lain sudah lambat dan tidak bermakna lagi.

Kerana saya kini menatap di kawasan ini, soal sejauh mana kebenaran tentang pelupusan dan kerunsingan rakyat disini dalam proses urus mengurus dengan jabatan pendidikan, tidak perlu dilanjutkan persoalannya.

Kecuali lah kalau sdra Mike sendiri ada lah seorang penduduk Tamparuli dan mempunyai info baru yang menidakkan fakta yang telah saya panjang kan di blog ini.Dalam hal itu, saya dengan hati terbuka Menunggu huraian sdra Mike selanjutnya. Sebaik-baik nya melalui blog sdra.

Sebagai seorang ahli professional, ada lah salah dari segi ethik saya untuk memautkan fakta-fakta sembarangan lagi konyol.

Persoalan tentang justifikasi jabatan pendidikan untuk melupuskan skim PPD di kawasan Tamparuli. bukan lah topik yang saya ketengahkan di sini. Kerana sama ada tindakan mereka rasional atau pun tidak, terpulang lah pada ‘prerogative’ mereka.

Dalam pada itu, mungkin sdra Mike tidak ‘read between the lines’ artikel ini. Kerana saya telah nyatakan disini, antara lain justifikasi pelupusan PPD Tamparuli ada lah saperti berikut. “Justifikasi nya ada lah untuk mengurangkan bureaucracy disamping memudahkan lagi penyelarasan pendidikan bersepadu di daerah Tuaran secara menyeluruh.”

Sebab-sebab yang lain ada lah dikira bertahap ‘confidential’. Dan dalam kontak ini, ada lah salah dari 'peraturan OSA' untuk kita huraikan detail selanjut nya.

Sdra Mike, untuk pengetahuan sdra; dari sudut pehak mana pun yang saya lihat dan kaji namun faktanya disini, 'Skim PPD Tamparuli Telah Pun Di Lupuskan.'

Justru itu, saya nyatakan di sini bahawa kreadibiti sdra Mike sebagai pembaca dan pengritik ada lah tidak menapati sasaran.


Rasanya pasti ada sebab munasabah pentadbiran PPD Tamparuli dilupuskan.. Takkanlah pula kerajaan suka2 ja lupuskan...


Ada baiknya jika pandangan daripada kedua-dua pihak didengar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang andaian.


Tapi mcm si mike cakap tidak semestinya perkembangan pendidikan akan terkandas berikutan dari tindakan ini..


Setuju amy. Harap lepas ni kita dapat baca pula kenyataan/penjelasan daripada pihak bertanggungjawab.


Apapun saya berharap agar hal ni dapat ditanggani dengan baik dan semoga ia tidak dipolitikkan.


Paquin, salam.

Dalam isu yang begini serius lagi sensasi ini, penulis bukan bertujuan untuk mencari kesalahan sesiapa.Mahu pun Jabatan Pelajaran atau pun kerajaan.Kerana tindakan ini, ada lah bidang kuasa mereka.

Dalam isu ini, penulis bukan gunakan andaian tetapi fakta bahawa penduduk di sini berhadapan dengan masaalah. Besar atau pun kecil masaalah tersebut hanya mereka yang merasai.

Kalau Paquin baca artikel dan response saya pada mike, saya tidak sentuhkan kesalahan Jabatan atau Kementerian Pendidikan kerana melupuskan skim PPD Tamparuli tersebut.

Kata orang 'lebih berat mata memandang berat lagi bahu memikul'. Justru itu,selaku penduduk yang menatap disini, saya telah menerima lapuran disana sini dari sanak saudara dll, bahawa pelupusan ini telah menyusahkan perhubungan yang sedia kala dengan pusat pentadbiran PPD dikawasan ini.
Kerana pembaharuan ini melibatkan 'protocal changes' kepada yang terlibat.

Dalam kontak yang sama, sebab itu lah kerajaan negeri telah mengujudkan Pejabat Daerah kecil ( yang diketuai oleh ADO) disini. Untuk memudahkan perhubungan dsn.
Entah Paquin tahu kah demographi kawasan Tamparuli ini?

Isu pokok disini, ia lah kenapa YB-YB selaku wakil rakyat tidak menyuarakan keluhan penduduk di sini tentang masaalah yang mereka hadapi?

Susah sangat kah untuk menyuarakan hasrat rakyat di DUN dan Parlimen itu? Atau pun mereka perlu bayaran dari rakyat untuk tugas ini kah?

Kerana pada tahap ini, hanya YB-YB tersebut sahaja yang boleh berunding dengan pehak Jabatan Pelajaran atau pun pehak kerajaan.

Atau pun barangkali sebagai opsen penduduk yang terlibat digalakkan untuk mengadakan demonstrasi sebagai bantahan pelupusan skim PPD tersebut.
Tindakan yangmana satu lebih bijak?

Soal sama ada diterima atau pun tidak oleh pehak Pendidikan, itu lain cerita. Kerana sekurang-kurang nya penduduk disini merasakan bahawa aduan mereka telah sampai ke pehak yang berkenaan.

Otherwise, semua rakyat di Sabah ini tak payah lah buat teguran kepada kerajaan dsn, saperti kerbau dicukuk hidung; ala-ala pemerentahan komunis.
Siapa yang tegur atau bantah akan ditangkap dan masuk lokap. Habis cerita.


Apa pun lagi baik jika penjelasan diberikan oleh pihak kerajaan. Kenapa perkara ini boleh berlaku??adakah kerana mereka makan gaji buta, adakah pengurusan mereka tidak baik, adakah mungkin ada PPD lain yang berdekatan kawasan tersebut??itu kemungkinan perkara yang diambil kira dalam pelupusan PPD di Tamparuli.


cari jawapan dalam hal ini, kenapa perkara ini boleh berlaku? Sebab mesti ada tidakkan perkara ini dibuat begitu saja tanpa ada sebab dilupuskan. Oleh itu pihak tertentu perlu memberikan penjelasan berhubung masalah ini.


The people representatives should fulfill their responsibilities to voice out the people's needs.


penjelasan perlu diberikan.


PPD perlu dibuka semula bagi memantapkan pelajaran di Tamparuli


MP di kawasan tersebut patut membantu penduduk.


Mana Adun dan MP bila rakyat memerlukan bantuan mereka?


Kenapa perlu dilupuskan, jika ini akan menganggu aktiviti yang selama ini dijalan kan dengan baik. Jika boleh kembalikan apa yang sudah lama diberikan kepada mereka.


Apa-apa pun, diharapkan perkara ini akan diselesaikan.


Perkara ini perlu dirujukkan kepada pihak yang lebih tinggi.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails