SUARA BEBAS TUARAN

Pemilik Akaun Facebook Di Nasihat Agar Jangan Tulis Unsur Fitnah Dan Hasutan


foto hiasan pengguna facebook ditahan polis
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan menasihatkan pengguna Internet supaya menjaga keselamatan alat-alat yang digunakan untuk membuat capaian Internet seperti 'wireless router' dan mendaftar keluar jika tidak lagi menggunakannya.
Bagi pengguna laman sosial seperti Facebook, Myspace dan Friendster, Datuk Wira Syed Ismail menasihatkan mereka supaya tidak mendedahkan maklumat diri dan gambar kepada individu yang tidak dikenali.
  • 'Jangan tulis sebarang unsur fitnah dan hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam dalam laman-laman sosial kerana polis mampu mengesan sebarang hebahan yang salah,' katanya.
  • Nasihat ini dibuat berikutan tertangkap nya seorang pemilik akaun Facebook 'Sultan Yang Setan' yang diburu sejak Ogos lalu kerana menyiarkan komen menghina institusi diraja Johor.
  • Datuk Wira berkata lelaki berumur 40 tahun itu, yang dipercayai mewujudkan akaun itu selepas kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail, pada Januari lepas, diberkas di ibu negara pada 29 November lalu. Turut dirampas ialah lima telefon bimbit, empat komputer riba dan perkakas komputer. Satu pasukan petugas telah menyiasat kes itu selepas lima laporan polis dibuat tentang kewujudan laman itu.
  • Datuk Wira berkata siasatan mendapati lelaki yang berasal dari ibu negara dan bergerak sendiri itu menyiarkan komen-komen yang mempunyai unsur menghina institusi diraja. Menurutnya, lelaki itu adalah bekas pelajar sebuah universiti tempatan.
  • 'Motif suspek mewujudkan akaun itu ialah memperjuangkan idealism sendiri kerana siasatan mendapati beliau tidak terlibat dengan mana-mana politik,' katanya.
Tambahnya, lelaki berkenaan mendapat pengetahuan menggunakan Internet melalui pembelajaran sendiri. Ini selain menggunakan perisian tertentu yang boleh menyembunyikan identitinya. 'Kertas siasatan telah diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948,' katanya.
Sumber: CyNews, Bernama
10 comments:

jgnlah kita salah guna kemudahan internet untuk menghina dan menjatuhkan orang lain gunakan ia untuk kebaikan.


pengguna internet perlulah bertanggungjawab dan tidak melakukan pekara yang berunsur fitnah dan hasutan ketika menggunakan internet.


menyebarkan pekara yang berunsur fitnah dan hasutan dalam internet adalah merupakan pekara yang tidak bertanggunjawab. ini patut dielakkan oleh semua.


jgn salah guna FB, gunakan ia untuk kebaikan.


Jangan approve mana2 request jika tidak mengenali orang tersebut. Jika boleh, privatekan semua info, gambar, dan lain2..hanya paparkan kepada rakan2 dalam list anda sahaja.


Amaran kepada mereka pemilik facebook supaya tidak menyebarkan fitnah yang membuat sesorang terpengaruh.


sekadar nasihat tanpa tindakan tidak akan memberi apa2 kesan kepada pemilik akaun FB yang suka menyebarkan fitnah dan hasutan.


Use the internet for the right intent.


Hidup secara harmoni akan memberikan kita ketenangan dan unsur fitnah tidak akan berlaku.


Jangan menyalahguna teknologi dan internet. Gunakanya dengan tujuan yang betul.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails