
Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye berkata beberapa kemalangan membabitkan pelancong asing yang berlaku baru-baru ini boleh memberikan persepsi bahawa adalah tidak selamat untuk bercuti di Malaysia dan perkara seumpama itu perlu dielakkan.
Oleh itu, semua pengusaha pengangkutan awam perlu mematuhi syarat keselamatan asas dan meningkatkan rekod keselamatan jika mereka mahu pelancong khususnya pelawat asing terus datang ke negara ini, seru beliau.- Selain pengusaha pengangkutan awam perlu bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan semua penumpang mereka, beliau turut menggesa semua orang untuk sama-sama komited dalam soal itu.Kita semua perlu komited untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang selamat, bukan sahaja selamat daripada jenayah dan keganasan tetapi juga tragedi akibat kecuaian manusia, katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengambil contoh kemalangan bas di Cameron Highlands pada minggu lepas yang mengorbankan 28 warga Thailand dan semalam kejadian bot karam yang meragut nyawa tiga warga Singapura manakala dua lagi masih hilang, Lee berkata kejadian berkenaan memberikan implikasi serius bukan sahaja kepada keselamatan awam tetapi juga industri pelancongan.“Semua ini menunjukkan bahawa amalan keselamatan baik masih tidak diamalkan sepenuhnya walaupun kita mempunyai undang-undang mengenainya,” katanya.



December 30, 2010 1:22 PM
sememangnya pengusaha pengangkutan awam perlu memathui syarat keselamatan penumpang. ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.
December 30, 2010 1:24 PM
pengusaha pengangkutan awam perlu mengutamakan ciri2 keselamatan dalam pemanduan bagi memastikan keselamatan mereka dan penumpang terjamin.
December 30, 2010 1:24 PM
pengusaha yang gagal mengikuti syarat keselamatan penumpang perlu dikenakan tindakan tegas.
December 30, 2010 1:26 PM
kemalangn yan berlaku di Cameroon Highland harus dijadikan iktibar kepada kita agar mengutamakan keselamatan semasa di jalan raya.
December 31, 2010 12:46 AM
SIKAP adalah penyebab utama banyak kemalangan bas awam di SM. Saya pernah naik bas dari Bangi ke KL dan yang mengharukan ialah sikap pemandu dan kelindan bas tu yang mengelarkan para penumpang seperti monyet...dan berteriak dengan suara kasar kepada para penumpang....dahlah pandu laju semacam dan para penumpang terhuyung hayang di dalam bas! sikap adalah punca kemalangan teruk di SM...
December 31, 2010 12:48 AM
saya rasa sudah pelbagai syarat dan peraturan keselamatan penumpang diperingatkan kepada pada pemandu / pengusaha bas awam. namun...mereka tu umpama 'mencurah air di daun keladi'.....yang penting 'duit' dan keselamatan penumpang adalah perkara kedua...
January 3, 2011 12:17 PM
Of course safety must be taken seriously. This involves the lives of passengers and road users.
January 4, 2011 8:48 AM
sudah berkali2 amaran serta nasihat ditujukan kepada pengusaha2 pengangkutan awam tapi sehingga hari ini kemalangan masih tetap berlaku. kerajaan perlu bertindak dengan lebih tegas iaitu dengan menarik serta-merta lesen mereka dan dalam masa yang sama memastikan keadaan jalan di seluruh negara berada dalam keadaan baik dan selamat.
January 4, 2011 9:07 AM
Semoga ditahun baru ini kemalangan dijalan raya akan berkurangan. Sentiasa berhati2 dan langkah pencegahan mesti diambil serius. Sebagai seoarang pemandu bas tanggungjawab anda tersangatlah besar yang mana harus menjaga keselamatan ramai nyawa.
January 4, 2011 11:12 AM
Keselamatan mesti dipastikan kerana membabitkan nyawa para penumpang.
January 4, 2011 2:47 PM
Memang patut pun pengusaha pengangkutan awam patuhi peraturany yg ditetapkan demi menjaga keselamatan bersama.
January 4, 2011 2:47 PM
Kemalangan yang berlaku jadikan sebagai pengajaran. Jangan biarkan ia berulang lagi.
January 5, 2011 9:45 AM
Semakin menjadi-jadi kemalangan yang berkaitan dengan pengusaha pengakutan seperti BUS besar. Harap pengusaha dapat melakukan sesuatu bagi mengelak perkara ini berlaku kembali.
January 5, 2011 10:44 AM
Keselamatan pengangkutan awam adalah sangat penting. Jangan sekali memandang ringan terhadapnya.
Post a Comment