
Pasukan polis telah melepaskan gas pemedih mata dan menyembur air kepenunjuk perasaan yang cuba untuk menyerahkan satu memorandum tentang isu air di Selangor kepada Istana Negara, Ahad.
Pesuruhjaya SUHAKAM, Muhammad Sha'ani Abdullah yang hadir meninjau keadaan di sini melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan polis itu termasuk penangkapan lebih 70 aktivis.
"Saya kesal tindakan ini dan harap selepas ini jadi lebih baik," kata beliau kepada wartawan di sini.
Beliau turut berjanji akan menghantar laporan SUHAKAM mengenai hal ini ke parlimen untuk tindakan lanjut.
Dilapurkan lebih kurang 10,000 orang penunjuk perasaan tersebut yang telah berkumpul di Masjid Negara sejak pukul sembilan pagi tadi, memulakan perbarisan mereka ke istana itu pada kira-kira pukul 1.30 petang tadi.- Mereka kemudiannya menuju ke stesen kereta api sebelum Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) cuba menghalang mereka.
- Bagaimanapun pihak FRU terpaksa melepaskan beberapa gas pemedih mata dan memancut air ke arah mereka apabila mereka berjaya menembusi kawasan itu.
- Terdahulu, polis melakukan sekatan jalan raya dan mengawal ketat jalan menuju ke Istana Negara.
Pesuruhjaya SUHAKAM, Muhammad Sha'ani Abdullah yang hadir meninjau keadaan di sini melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan polis itu termasuk penangkapan lebih 70 aktivis."Saya kesal tindakan ini dan harap selepas ini jadi lebih baik," kata beliau kepada wartawan di sini.
Beliau turut berjanji akan menghantar laporan SUHAKAM mengenai hal ini ke parlimen untuk tindakan lanjut.
Sumber: Malaysian Chronicle



December 6, 2010 9:33 AM
Polis tidak sepatutnya menggunakan tindakan drastik kecuali keadaan sangat memerlukannya.
December 6, 2010 10:46 AM
Cara penyelesaian bukanlah dengan menunjuk perasaan. Menunjuk perasaan hanya memalukan negara kita sahaja.
December 6, 2010 10:56 AM
Diharap perkara ini dapat diselesaikan dengan cara perbincangan yang baik.
December 6, 2010 1:33 PM
negara2 asing yang lain juga akan menggunakan pendekatan yang sama bagi menangani masalah penunjuk perasaan malah ada yang lebih teruk. sepatutnya penunjuk perasaan ini telah sedia maklum dengan risiko mereka kerana aktiviti ini bukan sesuatu yang baru. oleh itu, pihak polis tidak boleh dipersalahkan lebih2 lagi mereka telah memberikan amaran tetapi tidak dipedulikan.
December 6, 2010 1:34 PM
sepatutnya yang dipersalahkan adalah ahli2 politik yang menggunakan rakyat untuk memperjuangkan kepentingan politik mereka.
December 6, 2010 3:17 PM
Mungkin sesetengah pendapat mengatakan 'menunjuk perasaan' itu hanya memalukan negara, tapi jika tidak sampai bila2 pun kerajaan tidak akan mendengar rintihan rakyat.
December 8, 2010 10:34 AM
polis bertindak demikian kerana sikap penunjuk perasaan yang enggan mengikut arahan dan terlalu ekstrim.
December 8, 2010 10:43 AM
Is protest the best way to solve a problem?
December 8, 2010 10:43 AM
Bagi pendapat saya, jika ini berlaku bukan salah polis, tapi salah protes itu sendiri yang cuba membuat huru hara.
December 8, 2010 11:01 AM
penunjuk perasaan tidak menghiraukan arahan polis sebab itulah polis menggunakan pemedih mata.
December 8, 2010 11:03 AM
apa pun yang berlaku adalah lebih baik jika ia diselesaikan melalui rundingan.
December 9, 2010 2:08 PM
Saya harap pihak polis akan membuat keputusan yang rasional bila berdepan dengan perkara seperti ini.
December 10, 2010 9:31 AM
There should be some other platform for the people to voice their opinions rather than organizing this kind of protest all the time.
December 11, 2010 10:19 AM
Janganlah menjadikan tunjuk perasaan budaya kita.
December 13, 2010 5:04 PM
Itu hanya pemedih mata, bagaimana pula jika beberapa das tembakan???
Post a Comment