SUARA BEBAS TUARAN

PR Disyor Pulau Pandikar Amin Sebagai Speaker


Portal The Malaysian Insider melapurkan bahawa Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad(foto) bercadang agar Pakatan Rakyat memulaukan persidangan Dewan Rakyat sesi akan datang yang dipengerusikan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ekoran penggantungan empat wakilnya Khamis lalu.
Tindakan ini diambil sebagai "mesej protes yang keras" kepada Pandikar agar tidak bertindak bias selaku ketua Dewan Rakyat dan sewenang-wenangnya "membuli" wakil rakyat pembangkang.
  • Lazimnya perjalanan Dewan Rakyat dipengerusikan secara bergilir-gilir oleh speaker dan dua timbalannya. Dua timbalannya merupakan anggota Dewan Rakyat yang dipilih dalam pilihan raya umum lalu.
  • Katanya, cadangan itu hanya membabitkan mana-mana sesi yang dipengerusikan oleh Pandikar.
  • "Saya akan mencadangkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat, kemungkinan ketika konvensyen Ahad ini (esok) atau pada mesyuarat Pakatan akan datang . . . kita kena menyampaikan mesej yang tegas kepada Tan Sri Pandikar agar wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak dibuli," kata beliau.
  • Yang Dipertua PAS Shah Alam ini menyampaikan idea itu ketika berceramah di Puchong semalam. Ketika dihubungi, Khalid berkata, apa yang berlaku pada hari-hari terakhir sidang Dewan Rakyat terbaru menunjukkan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat seolah-olah dibuli dan tidak dihormati sebagai barisan yang mempunyai satu pertiga kerusi di Parlimen.
  • Dewan Rakyat akan bersidang semula mulai awal Mac depan di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan awal tahun depan.
  • "Mereka kena ingat Pakatan Rakyat ada satu pertiga kerusi di Parlimen, tapi mereka nak buli, nampak jelas Speaker pilih kasih kepada BN dengan kenyataan-kenyataan sinis seperti 'bercita-cita mahu ke Putrajaya. Kata-kata ini tidak harus keluar daripada seorang speaker," kata Khalid yang menegaskan Pandikar selaku Speaker Dewan Rakyat perlu bertindak berkecuali demi integriti Parlimen.
Oleh itu kata Khalid, beliau berharap Dewan Rakyat mempunyai seorang speaker yang benar-benar adil kepada semua parti.
"Kita memerlukan seorang speaker yang boleh memastikan perjalanan Dewan Rakyat yang adil dan dengan baik," katanya.
Sumber: TVS, Malaysian Insider
12 comments:

rasanya syor ini tidak perlu dilakukan oleh PR. ini tidak membawa kebaikan.


The necessary actions must be taken in regards to this issue. If the Speaker Pandikar Amin is claimed to be unsuitable to continue his work, then a new speaker should be elected.


rasanya lebih baik jika semua MP fokus terhadap isu lain yang lebih dekat dengan rakyat. kekecohan bukanlah satu pekara yang diharapkan oleh rakyat.


tindakan speaker menggantung 4 ahli PR ini adalah wajar kerana sikap mereka yang tidak menghormati dewan. tindakan memulaukan Tan Sri Pandikar hanya sia sia.


membawa unsur2 demonstrasi jalanan kedalam dewan rakyat benar2 mencemarkan imej dewan rakyat. kenapa unsur2 itu boleh dibawa masuk? sejak bila bahan2 demo itu wujud? jawapannya Pakatan juga telah membuat rancangan awal untuk menimbulkan kekecohan dalam dewan..


prinsip demokrasi Berparlimen adalah setiap Ahli Parlimennya mesti bercakap benar dan tidak menyelewengkan fakta. malah, mereka tidak harus berselindung di belakang kenyataan politik yang memudaratkan fakta. tindakan Pandikar Amin adalah wajar sesuai dengan tanggungjawab beliau yang memerlukan ketegasan bagi mengawal perjalanan dewan rakyat dari sebarang bentuk penyelewengan fakta.


Pedulilah mereka itu mahu buat apa. Pulau kah apakah itu terpulang dengan PR, Apa yang penting perkara ini tetap dijalankan walaupun tanpa PR.


PR ni tak sudah2 nak buat hal, sudahlah buat kecoh, kali ini nak berkomplot nak memulaukan Pandikar Amin.


Satu badan untuk menganalisis bagaimana Pandikar Amin menjalankan tugasnya adalah diperlukan. Hal ini memastikan kesahihan apa yang telah di perkatakan bahawa beliau bersikap bias.


Diharapkan tindakan yang betul akan diambil.


Jangan hanya ingin membela kepentingan sebdiri,dan menentukan sesuatu itu untuk diri sendiri tanpa memikirkan tentang orang lain.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails