SUARA BEBAS TUARAN

Pusat Hiburan Yang Sama Diserbu Polis Buat Kali Ke-22 Tahun Ini?

Labels:

Sebahagian daripada wanita warga China yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Lebuh Farquhar, George Town semalam.
Polis menahan 23 pelayan pelanggan (GRO) warga China dan seorang warga Vietnam dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Persiaran Gurney di George Town malam baru-baru ini. Ketua Polis Timur Laut Asisten Komisioner (ACP) Gan Kong Meng berkata pusat hiburan itu jelas tidak serik-serik menjalankan kegiatan tidak bermoral walaupun sudah 21 kali diserbu polis tahun ini.
  • Beliau berkata dalam serbuan Ops Noda pada kira-kira pukul 11 malam itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga pusat hiburan berkenaan.
  • Katanya semua mereka yang dipercayai tidak mempunyai permit kerja yang sah di samping menyalahguna pas lawatan sosial untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral.
  • Menurutnya semua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 39B Peraturan Imigresen dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini Gan berkata pemilik premis itu pula akan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen iaitu menggaji dan melindungi warga asing bekerja tanpa permit.
Sumber: BERNAMA
9 comments:

hukuman yang diberikan adaalah terlalu ringan, sebab itu pusat hiburan ini tak serik walaupun dah berkali kali diserbu.


sudah diserbu banyak kali tapi masih belum serik lagi. mungkin hukuman yang lebih tegas perlu dikenakan terhadap pemilik pusat hiburan ini.


selain itu, operasi dan serbuan perlu dilakukan lebih kerap lagi bagi membanteras masalah yang berlaku.


pusat hiburan ni patut ditutup jika tk serik2.


Kenapa polis tidak merobohkan sahaja bangunan dimana tempat pusat hiburan itu berada...Kan senang, hanya robohkan banggunan tersebut, dan jika mereka meminta permit untuk mendapat tapak baru, senarai hitamkan nama mereka yang terlibat.


jika pengusaha pusat hiburan itu masih tidak serik2, bermakna hukuman yang dijatuhkan tidak cukup berat. mungkin lebih baik jika denda dinaikkan dan begitu juga dengan hukuman penjara, serta lesen perniagaan ditarik balik.


Even after 22 times but the same night club is still in business? These people are above the law?


Tidak sepatutnya berlaku...Pihak atasan perlu mengambil berat apa yang berlaku sebenarnya.


Walaupun telah diserbu berpuluh-puluh kali tapi masih berani lagi menjalankan perniagaan haram.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails