
Datuk Seri Wilfred Bumburing
Timbalan Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Bumburing berkata pengeluaran K/P dan MyKad tulen adalah sama seperti meluluskan kewarganegaraan secara automatik kepada pendatang asing yang tidak berkelayakan. Justru itu, beliau menggesa kerajaan supaya membatalkan semua kad pengenalan Malaysia (K/P) dan MyKad yang dikeluarkan kepada warga asing menerusi cara yang meragukan.Menurut beliau, keseluruhan langkah untuk mengeluarkan K/P Malaysia dan MyKad kepada pihak yang tidak berkelayakan bertentangan dengan keperluan Perlembagaan Persekutuan dan mencabuli semangat pembentukan Malaysia, di mana Sabah dan Sarawak turut sama menandatanganinya.
Bumburing, yang juga Anggota Parlimen Tuaran, berkata beliau dan Anggota Parlimen lain dari Sabah cuba membangkitkan perkara itu di Parlimen secara lisan dan bertulis.- Bagaimanapun, beliau berkata masa terhad yang diperuntukkan bagi sesi soalan dan jawapan semasa Dewan Rakyat bersidang tidak membenarkan mereka mendapatkan jawapan yang diperlukan daripada Kementerian Dalam Negeri.
Bumburing berkata UPKO akan mengeluarkan satu memorandum menggesa kepada penggantungan segera semua aktiviti yang berkaitan dengan pengeluaran MyKad kepada warga asing, termasuk mengeluarkan kenyataan untuk membatalkan semua K/PMalaysia dan MyKad kepada warga asing.Sumber: mStar, BERNAMA, untuk detail, sila baca selanjutnya , (1) IC Palsu. , (2) SILAU BAH IN...
Analisa Ringkas Penulis
Pada pandangan saya, usaha untuk membentras kebolehan pendatang asing dari memiliki MyKad secara haram ini, ada lah perlu di teruskan secara formal sapertimana yang mungkin sedang dilakukan oleh Datuk Wilfred Bumburing ketika ini.- Namun, saya terfikir bahawa dalam realiti nya bukan lah begitu mudah untuk membatalkan semua MyKad tulen dan sekali gus,menangani fenomena PATI ini dalam kadar yang segera. Apa lagi bila memikirkan masaalah teknik dan logistik yang perlu dilalui oleh pehak Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen kearah penyelesaian kes tersebut.
Dalam pada itu, saya tertanya-tanya juga kenapa Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain hingga setakat ini maseh lagi membisu dan tidak berganjak untuk membantu UPKO dan SAPP dalam usaha untuk menangani isu ini. - Saya difahamkan bahawa pemimpin-pemimpin dari Parti PBS juga telah menghentikan usaha kearah itu.
- Hingga kini, Parti-Parti dari komponen BN yang lain saperti UMNO, LDP dan PBRS maseh membisu untuk membantu UPKO dalam usaha memperjuangkan isu MyKad dan juga PATI. Yangmana dikatakan telah menghantui keselesahan rakyat negeri dibawah bayu ini.
- Mungkin kah tindakan mendiam diri ini, petanda bahawa mereka mempunyai justifikasi logik yang tersembunyi? Mengambil kira kaedah 'Personal gain and losses'? Nampak nya dalam kontak ini hanya mereka yang tahu.
- Dalam pada itu, kita hanya mampu mengikuti perkembangan berita selanjut nya.
- Sebenarnya, masaalah PATI (migeration) ini ada lah satu fenomena global yang sedang dihadapi oleh hampir-hampir seluruh dunia. Saperti America, Euro, Australia dan lain-lain lagi. Dalam kajian saya, masaalah ini akan berterusan selagi negara-negara pengeluaran PATI ini tidak di stabilkan dari segi ekonomi, keamanan (peperangan) dan ketenteraman sosial(uprising) mereka.
Justru itu, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (U.N) sepatut nya berusaha gigih untuk mencari jalan kearah menstabilkan situasi di negara-negara yang terlibat itu secara bersepadu demi untuk mengelakkan dari limpahan penghijraan berantai/beramai-ramai kenegara lain saperti Malaysia.


December 22, 2010 9:15 AM
isu ini perlu diberikan perhatian yang serius. masalah ini sudah lama berlaku.
December 22, 2010 9:17 AM
kerajaan persekutuan perlu berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang sudah sekian lama berlaku di Sabah. pemimpin-pemimpin di Sabah dilihat cukup komited untuk menyelesaikan semua masalah di negeri ini.
December 22, 2010 9:35 AM
kerajaan harus menunjukkan bahawa mereka benar2 mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian melalui isu ini..KDN khasnya tidak harus terus berdolak-dalik dengan pelbagai alasan yang dilihat cuba menutup kesilapan yang telah berlaku.
December 22, 2010 9:38 AM
isu ini sudah lama menjadi duri dalam daging bagi rakyat sabah..usaha UPKO khasnya datuk wilfred ini harus dipuji dan disokong oleh semua rakyat sabah dan juga para pemimpin sabah.
December 22, 2010 9:39 AM
walauapa pun, isu ini harus diselesaikan..bukti sudah diserahkan, sekarang tindakan diperlukan..
December 22, 2010 9:41 AM
diharap kerajaan persekutuan memandang berat dan serius isu ini..pembatalan wajib dilakukan pada kad pengenalan dan mykad yang diperolehi melalui cara yang meragukan..IMM13 juga harus dibekukan.
December 22, 2010 9:43 AM
yang mampu kita lakukan hanyalah menunggu dan mengharap tindakan betul dilakukan bagi menyelesaikan isu ini..
December 22, 2010 9:48 AM
kerajaan pasti akan berhadapan dengan situasi yang lebih mendesak jika memorandum ini tidak diambil perhatian atau sengaja diabaikan.
December 22, 2010 9:49 AM
kita tk boleh biarkan warga asing memiliki mykad dgn sewenang wenangnya.
December 22, 2010 9:53 AM
saya harap kementerian dalam negeri tidak melengah2kan usaha membanters PATI di Sabah. masa yang ada ini patut digunakan sebaik2nya bagi menyelesaikan semua masalah2 kritikal di Sabah sebelum bermulanya pilihan raya umum akan datang.
December 22, 2010 9:56 AM
jika kerajaan persekutuan tidak mampu melakukan sesuatu, sekurang2nya berikan kuasa dan peruntukkan tambahan kepada kerajaan negeri untuk menggerakkan semua jentera2 kerajaan di negeri ini untuk menyelesaikan masalah2 yang telah lama menjadi beban kepada rakyat di negeri ini.
December 22, 2010 10:22 AM
Masalah PATI di sabah adalah serius. Diharapkan semua parti berkerjasama untuk membantu UPKO dalam usaha memperjuangkan isu MyKad dan juga PATI.
December 22, 2010 10:56 AM
Pertama sekali, kerajaan perlu menjejak orang yang diberikan Kad Pengenalan ini.
December 22, 2010 12:00 PM
Kena betul2 peka terhadap mana2 yang menjadi PTI, tidak layak untuk mendapat Mykad.
December 22, 2010 1:19 PM
ramai pati memiliki mykad dri jln belakang. kita tak boleh biarkan, mykad mereka perlu ditarik balik.
December 22, 2010 1:21 PM
Memang benar, batalkan mykad kepada Pendatang asing yang memperolehinya. Ini untuk kebaikkan kita semua pada masa akan datang.
December 22, 2010 1:23 PM
Perkara ini perlu diambil tindakkan serius bagi menangani pendatang asing yang mendapat mykad secara meragukan ini. Pihak yang terlibat haruslah bertaubat sebelum diambil tindakkan atas kesalahan yang dilakukan.
December 22, 2010 1:24 PM
Pemimpin sebegini yang kita perlukan untuk membantu rakyat sabah. Harap Wilfred akan terus memperjuangkan tentang masalah ini.
December 22, 2010 9:26 PM
Memang patut pun dibatalkan kalau meragukan...
December 22, 2010 9:27 PM
Perkara ni patut diberi perhatian sewajarnya sebelum terlambat.. Nanti tambah teruk pula.
December 22, 2010 9:27 PM
Pihak bertanggungjawab harus siasat perkara ni dan pastikan dalangnya dikenakan hukuman setimpal.
December 22, 2010 9:28 PM
Kenal pasti sesiapa yang dpt Mykad melalu cara yang meragukan dan batalkan segera Mykad mereka.
December 22, 2010 9:28 PM
Apapun saya harap hal ni dapat diselesaikan dengan baik.
December 23, 2010 2:17 PM
Kerajaan kenalah membuat keputusan...
Post a Comment