SUARA BEBAS TUARAN

USBO Berhasrat Sertai BN Sebagai Anggota Gabungan?

Labels:
Persatuan Bajau Sabah Bersatu (USBO) muncul sebagai badan bukan kerajaan (NGO) pertama di negara ini yang mengumumkan hasrat untuk menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai anggota gabungan.
Sambil menyambut baik keputusan Dewan Tertinggi BN untuk membuka pintu kepada keanggotaan secara terus oleh individu dan persatuan, Presiden USBO Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, USBO sentiasa memberi sokongan atau bersikap pro-BN selama ini.
  • "Ini adalah peluang keemasan buat kami dalam USBO. Kami berpendapat bahawa sebagai sebuah NGO, masanya sudah tiba untuk memformalkan sokongan berterusan kami kepada gagasan ini dengan menyertainya sebagai anggota gabungan.
  • "Kami mahu membantu memperkukuhkan gagasan ini dalam apa jua cara yang boleh dan menarik lebih banyak orang, terutamanya belia, untuk menyertai Barisan Nasional yang memerintah," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
  • Salleh berkata, USBO turut merakamkan sokongan penuh terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mencetuskan dasar pintu terbuka BN dan gagasan 1Malaysia.
  • Salleh, yang merupakan bekas Ketua Menteri Sabah bagaimana pun berkata, USBO terlebih dahulu akan meneliti syarat-syarat yang ditetapkan sebelum mengambil keputusan muktamad mengenainya.
Kenggotaan USBO terbuka kepada mereka dari keturunan Bajau, Bajo, Badjau, Jama Mapun atau Kagayan, Balangingi, Binadan, Kubang, Sama, Sama Delaut, Simunul, Sibutu, Sikubung, Yakan, Sibaud, Ubian, Suluk dan Iranun.
Objektif utama USBO adalah untuk memelihara dan mempertahankan budaya, adat dan masa depan keturunan Bajau di Sabah dan pernah dikenali dengan nama Persatuan Sabah Bajau Bersatu (PSBB) ketika ditubuhkan pada Jun 1964. Namanya ditukar kepada USBO pada 31 Ogos 2006.
Sumber: BERNAMA
28 comments:

terserah kepada USBO untuk melakukan apa yang mereka rasakan terbaik dan sesuai untuk mereka.


jika semua pemimpin dan ahli USBO bersetuju dengan hasrat ini tidak ada salahnya jika USBO menyertai BN sebagai anggota gabungan.


bgs juga mereka bergabung, USBO akan menjadi semakin kukuh jika bersama dgn BN.


Terpulang kepada USBO jika mereka ingin sertai BN. Yang penting USBO akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sepenuh hati jika mereka menyertai BN.


Semoga USBO akan membuat keputusan yang terbaik untuk mereka.


Itu terpulang dengan USBO untuk menyertai BN. Keputusan adalah dari ahli parti itu sendir jika betul ingin menyertai BN.


Mari kita berjuang bersama-sama untuk rakyat bumiputera. Gabungan ini akan menguatkan lagi BN Sabah untuk terus membantu rakyat. Jangan berikan PR peluang untuk menang di Sabah.


Mari kita berjuang bersama-sama untuk rakyat bumiputera. Gabungan ini akan menguatkan lagi BN Sabah untuk terus membantu rakyat. Jangan berikan PR peluang untuk menang di Sabah.


Datuk Seri Salleh Said Keruak sebagai presiden USBO sudah tentu lebih dari mampu mempengaruhi USBO untuk menyertai anggota gabungan BN.


jika cara ini dpt memperkukuhkan USBO, ia wajar dilakukan.


USBO memang berhak mengikuti BN, jika semua kelayakan ditemui, maka USBO bolehlah menghantar pemohonan secara sah.


Apa-apa pun, selamat berjuang.


terpulang kepada pucuk pimpinan USBO untuk membuat keputusan...namun, pastikan ianya keputusan sebulat suara dan bukannya individu.


adakah dengan penyertaan USBO dalam BN sebagai anggota gabungan akan mencorakkan satu fenomena baru dalam politik sabah dan negara?


yang pasti, jika USBO menyertai BN maka BN akan bertambah teguh dan kuat khasnya di sabah.


Bagus juga. Jadi kebajikan warga Kota Belud semakin kukuh.


Baguslah tu. harap hasrat ni dapat dijadikan kenyataan.


Semuanya dari USBO juga la. kalau mereka rasakan hasrat tu adalah yang terbaik maka teruskanlah :)


Tapi pastikan semua hali bersetuju lah... Jangan belakang hari ada suara sumbang pula. hehhee


Yes sokong ali asgar. hehehhe
Teruskan perjuangan BN :)


Apapun, saya harap semuanya berjalan lancar mengikut apa yang dihasratkan oleh usbo :)


Ada juga kebaikan USBO memasuki BN, mungkin mereka boleh membantu rakyat bumiputra di Sabah dan memperjuangkan hak mereka.


Kita tengoklah bagaimana nanti. Diharapkan USBO membuat keputusan yang baik mengenai perkara ini.


Tapi bagi saya, adalah lebih baik jika hanya ada 1 parti dan kita berjuang bersama demi untuk kepentingan bersama.


Tindakan USBO untuk menyertai BN sebagai anggota gabungan adalah pilihan tepat.


Gabungan USBO dengan BN akan mengukukuhkan lagi parti BN di sabah.


Dengan gabungan ini gagasan 1malaysia akan dapat dicapai.


Harap-harap semua berjalan lancar untuk USBO.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails