
Imam Masjid Tanjung Bidara, Ustaz Abu Khir Jamaluddin (memakai serban), menikahkan Asmani Aziz dengan pasangannya, Kamisah Abdul Majid (duduk), di Hospital Melaka.
Biarpun terlantar di hospital selepas patah kedua-dua belah kaki akibat kemalangan jalan raya Isnin lalu, pekerja am di Kem Terendak Melaka, Asmani Aziz, 32 tahun, tetap menunaikan hasrat menikahi tunangnya, Kamsiah Abdul Majid, 21 tahun, di Hospital Melaka, sabtu lalu.Asmani, yang parah selepas kereta yang dipandunya berlanggar dengan lori di Taman Seri Jeram, Masjid Tanah, dinikahkan Imam Masjid Tanjung Bidara, Ustaz Abu Khir Jamaludin, sekitar 11 pagi.
- Pengantin lelaki, yang memakai baju Melayu warna putih dan bersongkok, sambil berbaring di katil menyempurnakan akad nikah dengan tiga kali lafaz.
- Asmani yang masih lemah, berkata beliau tidak menyangka majlis akad nikah itu akan berlangsung di hospital.
- 'Selain memakai baju pengantin, saya juga terkejut apabila tilam saya turut dilapik cadar berwarna hijau seperti tilam pengantin,' kata beliau sambil mengalirkan air mata.
Majlis akad nikah itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran Exco kerajaan negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara, Datuk Abdul Karim Sulaiman (foto) dan pengarah Hospital Melaka, Dr Narimah Nor Yahaya.
- Suasana dalam wad itu penuh sesak dengan saudara-mara, sahabat handai pasangan pengantin serta pihak media yang masing-masing ingin menyaksikan saat bersejarah itu.
- Malah, majlis pernikahan tersebut juga menyaksikan pengantin perempuan, yang diapit bunga manggar dan bunga telur, berarak menuju ke wad pengantin lelaki yang terletak di tingkat dua.
- Mengulas mengenai perkara itu, Kamsiah berkata majlis pernikahan itu terpaksa diteruskan walaupun tunangnya cedera selepas kereta yang dipandunya berlanggar dengan sebuah treler tiga hari lalu.
- 'Walau apa pun, saya tetap rasa gembira. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Kami ucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama pihak hospital yang membuat sambutan untuk majlis pernikahan kami,' kata Kamsiah.



December 13, 2010 11:15 AM
Saya mengucapkan tahniah kepada pengantin baru ini. Semoga sentiasa bahagia sehingga ke akhir hayat.
December 13, 2010 1:12 PM
Biarpun kaki patah, yang penting cinta kuat.
December 13, 2010 1:13 PM
Tahniah kepada mereka dan semoga pengantin lelaki cepat sembuh.
December 13, 2010 1:23 PM
selamat pengantin baru kepada pengantin berkenaan. bersabarlah menghadapi dugaan. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
December 13, 2010 2:41 PM
Semoga berkekalan sehingga cucu cicit. Ia pasti jadi kenangan yang tidak akan dilupakan.
December 13, 2010 4:06 PM
bukan sahaja bagi pasangan pengantin malah pihak hospital juga pasti menyifatkan majlis perkahwinan ini sebagai detik manis bersejarah yang belum pernah dilakukan oleh mana2 hospital. tahniah kepada pasangan pengantin dan pihak yang menjayakan majlin perkahwinan ini.
December 13, 2010 8:45 PM
Ini barulah semangat mahu kawin. hehe
December 13, 2010 8:49 PM
Apapun taniah juga la kepada penganti ni :)
December 13, 2010 8:52 PM
Apapun taniah juga la kepada pengantin ni :)
December 14, 2010 9:02 AM
Selamat pengantin baru diucapkan. Walau apa pun halangan akad nikah tetap dijalankan.
December 14, 2010 9:53 AM
Congratulations to the new couple.
December 14, 2010 11:11 AM
inilah cinta sejati. biarapun lelaki itu kini patah kaki, namun wanita itu tetap menerimanya.
December 15, 2010 10:56 AM
Perkhawinan yang luar biasa ini pasti akan menjadi kenangan yang unik bagi pasangan ini.
Selamat pengantin baru diucapkan kepada pasangan pengantin ini.
December 15, 2010 4:28 PM
Apapun tahniah diucapkan kepada pengantin.
December 15, 2010 4:43 PM
Tahniah. Apapun harus difikirkan juga risiko yang mungkin bakal di hadapai oleh pasangan ini terutamanya pengantin perempuan kerana mungkin terpaksa bekerja kuat untuk menampung keperluan, ini kerana keadaan suami tidak mengizinkan.
December 20, 2010 3:01 PM
Kesian tapi apapun majlis itu tetap dijalankan... Tahniah... semoga cepat sembuh.!
January 3, 2011 11:59 AM
Malang tidak berbau, apapun, semoga cepat sembuh dan selamat pengantin baru.
Post a Comment