
Senator Datuk Armani Haji Mahiruddin(foto) selaku Ketua Pergerakan Wanita Umno Sabah, menyelar tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mahu konsep ketuanan Melayu dihapuskan, sebagai penderhaka dan tidak mengenang budi.Beliau berkata kesanggupan Wan Azizah itu dilihat sudah melampaui batas sehingga tergamak menggadaikan maruah bangsa sendiri semata-mata untuk menunaikan impian politik mereka.
- “Sudah tentu kita sebagai Orang Melayu dan rakyat Malaysia berasa sangat sedih apabila wujud di kalangan kita sanggup melahirkan pendirian seumpama itu.
Menurut Armani, Wan Azizah(foto), sanggup memperjudikan maruah orang melayu termasuk maruah beliau dan anak bangsa demi untuk meraih sokongan rakyat menerima ideologi mereka. tegas beliau ketika mempengerusikan Perjumpaan Wanita Umno di pejabatnya di sini kelmarin.- Armani yang juga Pengerusi Wanita Barisan Nasional Sabah menambah, perbuatan itu dilakukan adalah untuk memanipulasikan ideologi rakyat dan sengaja menghidupkan api perkauman di kalangan masyarakat.
- “Di bawah konsep Ketuanan Melayu itu sendiri, tiada sesiapa yang tertindas, ditindas dan menindas. Kita hidup dalam kesamarataan dalam semua sektor meskipun kadangkala wujud monolopolism dalam sesuatu bidang pekerjaan.
- “Bagaimanapun, ia tidak mencetuskan isu besar dan masih wujud keseimbangan dalam pengagihan pendapatan kepada rakyat.
- “Oleh yang demikian, mengapa wujud sentimen ini yang sengaja memancing emosi bukan Melayu,” tegas beliau. Armani mengulas kenyataan Presiden PKR itu dalam ucapan dasar Kongres Nasional Tahunan Ketujuh PKR pada Ahad.
- Armani juga melahirkan rasa kesalnya apabila Wan Azizah turut menolak Melayu hari ini yang kononnya sebuah bangsa yang tidak bermaruah dan bercita-cita untuk melahirkan bangsa Melayu bermaruah.
- “Beliau berani menggadai maruah sendiri untuk membeli maruah baru, sewenang-wenangnya beliau menjaja maruah untuk mencapai pengaruh politik suaminya,” katanya.
- Tidak dinafikan dalam al-Quran sendiri tertulis, seorang isteri hendaklah patuh dan taat kepada perintah suaminya, namun selagi mana ia tidak melanggar syariat yang telah termaktub dalam Islam dan keluar dari landasan yang sepatutnya, tambahnya.
Azizah rallies party faithful, trashes 'ketuanan Melayu' from MalaysiakiniTV on Vimeo.



December 3, 2010 8:58 AM
Saya rasa tidak salah Wan Azizah bercita-cita mahu menghasilkan Melayu yang bermaruah. Tapi terpulanglah dengan pembaca lain bagaimana mereka melihat isu ini.
December 3, 2010 9:29 AM
tindakan Wan Azizah telah menyebabkan beliau dikritik oleh banyak pihak. tidak mustahil juga, jika ada ahli PKR yang tidak bersetuju dengan Azizah.
December 3, 2010 9:30 AM
terserah kepada individu untuk membuat penilaian sendiri untuk membezakan mana yang baik dan buruk.
December 3, 2010 9:41 AM
wan Azizah sebagai orang melayu harus mempertahankan orang melayu, bukan menolak ketuanan melayu.
December 3, 2010 9:59 AM
titah Paduka Tuanku Sultan Selangor baru2 ini melahirkan perasaan dukacita dengan sikap biadap segelintir orang Melayu yang mempertikaikan institusi Ketuanan Melayu dan Kesultanan Melayu dalam negara ini. Institusi yang sudah dimartabatkan didalam Perlembagaan Negara itu tidak sepatutnya menjadi bahan cemuhan dan diperkecilkan oleh segelintir pihak lebih2 lagi dikalangan bangsa Melayu sendiri.
December 3, 2010 10:35 AM
Azizah should have thought about the consequence of her touching the "ketuanan melayu" matter.
December 3, 2010 10:37 AM
But kudos to her for standing up for what she believe although the "ketuanan melayu" is a very sensitive matter.
December 3, 2010 10:56 AM
Pasti ada motif yang terselindung.
December 3, 2010 10:59 AM
Tidak perlulah perjuangkan parti kalau terpaksa menggadaikan maruah bangsa sendiri.
December 3, 2010 11:29 AM
Saya rasa ini bukan kemahuan Azizah, beliau hanya boneka suami DSAI. Azizah hanya untuk menyampaikan apa yang Anwar mahukan. Oleh itu, apabila perkara itu Salah maka bukan Anwar yang kena tapi boneka Anwar(azizah) itu sendiri. Sungguh bijak anwar dalam perkara ini.
December 3, 2010 11:31 AM
Memang ada motif yang terselindung dalam cerita ini. Kerana Anwar saja yang tahu sebenarnya. Semua Azizah lakukan atas arahan dari Anwar dan bukan beliau sendiri. Maka kita tidak perlu percaya dengan semua ini. PKR saja menghuru-harakan keadaan supaya mereka dapat meyucuk jarum fikiran rakyat.
December 3, 2010 12:01 PM
Jika ada yang berpendapat demikian, biarkan sahaja, jika kita fikir bahawa apa yang kita lakukan tidak mencerminkan pendapat mereka, teruskan sahaja perjuangan itu.
December 3, 2010 1:36 PM
kita seharusnya kena faham maksud sebenar konsep ketuanan melayu.
December 3, 2010 11:50 PM
lain org lain pandangannya.. apapun jadilah pembaca yang bijak supaya tak tersalah nilai pula:P
December 3, 2010 11:51 PM
Apapun saya yakin masyarakat tahu membezakan apa yang baik dan apa yang buruk.. so tak perlulah perbesarkan hal ni lagi.
December 6, 2010 8:41 AM
Saya berpendapat lain pula, mengapa Ketuanan Melayu tidak boleh disoal, tetapi pada masa yang sama mengetepikan perjanjian Perkara 20? Mungkin saya kurang jelas akan hal ini.
December 6, 2010 9:21 AM
Setiap orang ada pendapat sendiri. Dah pasti ada yang bersetuju, ada yang tidak.
Post a Comment