Majlis Gereja Malaysia Kecewa Pendirian Kerajaan Menengani Isu Agama
Sunday, January 31, 2010Majlis Gereja Malaysia kecewa dengan pendirian terbaru kerajaan yang tidak bercadang menubuhkan Majlis Perundingan Agama yang sebelum ini dianggap platform terbaik bagi membolehkan wakil agama berbincang menangani isu-isu yang berkaitan pada masa depan.
Sumber: mStar
- Presidennya, Rev. Dr Thomas Phillips berkata, pihaknya keliru dengan pendirian sebenar kerajaan berhubung isu persefahaman agama di negara ini.
- "Sekarang kami sudah keliru dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini kerajaan kata serius nak tubuhkan majlis berkenaan... tapi sekarang tak jadi nak tubuhkan pula," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.
- Media hari ini melaporkan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak bercadang menubuhkan Majlis Perundingan Agama kerana dialog tertutup yang diadakan bagi menangani isu-isu sensitif termasuk penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly sudah memadai.
- Muhyiddin berkata proses dialog adalah yang terbaik bagi mencari satu titik pertemuan, mewujudkan sifat saling hormat-menghormati serta memastikan tidak tercetus perasaan yang boleh membawa perkara kurang baik kepada negara.
- Bagaimanapun laporan sebelum ini menyatakan kerajaan serius untuk memikirkan penubuhan majlis perundingan antara agama bagi menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan agama.
- Selain itu, Dr Thomas yang juga Pengerusi Majlis Perunding Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao berkata, pihaknya tetap dengan pendirian bahawa majlis rundingan antara agama merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan isu-isu sensitif yang berkaitan.
AIM Basmi Kemiskinan Di Bandar ?
Sunday, January 31, 2010
Kerajaan berhasrat membasmi kemiskinan di kalangan penduduk di bandar terutamanya miskin tegar melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.Katanya Program Kewangan Mikro Bandar AIM akan memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.- “Kerajaan sedar sebahagian besar daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah di bandar tidak berupaya meningkatkan taraf hidup mereka kerana tidak mempunyai modal cukup kerana kesukaran mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan formal memandangkan ketiadaan pekerjaan tetap.
- “Apatah lagi mereka tidak mempunyai sumber untuk dijadikan cagaran dan jauh sekali memiliki rekod kredit. Jadi mikro kredit yang disediakan AIM adalah harapan bagi mereka mendapatkan sumber kewangan untuk menjalankan aktiviti ekonomi,” katanya ketika berucap merasmikan Program Kewangan Mikro Bandar Cawangan Kuantan di sini semalam.
- Beliau berkata Program Kewangan Mikro Bandar itu boleh membantu menghapuskan kadar kemiskinan sebanyak dua peratus dan kemiskinan tegar 0.3 peratus di bandar.
- Katanya Skim Kewangan Mikro AIM telah membolehkan banyak isi rumah miskin dan golongan berpendapatan rendah melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi yang produktif dan menyumbang kepada kejayaan negara mengurangkan kadar kemiskinan, dengan lebih 230,000 keluarga miskin mendapat manfaat pembiayaan melebihi RM3.65 bilion, sehingga kini.
- Nor Mohamed berkata prestasi bayaran balik pinjaman juga cemerlang iaitu pada tahap 99 peratus.
- Kerajaan juga akan menggalakkan lebih banyak institusi kewangan menyediakan kemudahan kredit mikro bagi memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil mempunyai lebih akses kepada kemudahan pembiayaan, katanya.
- Sehingga tahun lepas, sebanyak RM2 bilion kredit mikro disediakan oleh agensi kerajaan, bank pembangunan dan bank komersial.
Sarawak Sasar Tanam Sejuta Hektar Hutan Menjelang 2020
Saturday, January 30, 2010
Kerajaan negeri Sarawak meletakkan sasaran menanam sejuta hektar hutan menjelang tahun 2020.Sehingga kini, Sarawak memiliki 250,000 hektar hutan yang ditanam atau 25peratus daripada sasaran.Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Datu Len Talif Salleh berkata kerajaan sehingga kini mengeluarkan 43 lesen untuk penanaman hutan dengan 1.5 juta hektar tanah yang boleh ditanam dengan hutan.
- Beliau berkata, jika mampu mencapai sasaran, Sarawak akan menjadi negeri yang terkemuka di Malaysia dari segi pembangunan penaman hutan.
- “Hutan tanam mampu menghasilkan lebih banyak kayu iaitu kira-kira 10 hingga 20 kali lebih banyak berbanding hutan semula jadi.
- “Kayu dari hutan ini bukan sahaja membekalkan bahan mentah bagi industri pulpa dan kertas tetapi juga untuk industri perkayuan lain serta mengekalkan pembangunan sosioekonomi di Sarawak,” katanya dalam Majlis Makan Malam Tahunan Kedua Sarawak Planted Forest Sdn Bhd (SPF) di sebuah hotel di sini malam kelmarin.
- Len yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata penanaman hutan juga akan meningkatkan pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) di samping menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk negeri ini.
- Beliau menyatakan bahawa industri perkayuan di negeri ini berpotensi menjadi penyumbang ketiga tertinggi kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sarawak.
Kerajaan Komited Untuk Terus Melakukan Perubahan ?
Saturday, January 30, 2010

Kerajaan komited untuk terus melakukan perubahan melalui pelaksanaan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sehinggalah rakyat mengalami sendiri penambahbaikan dalam kehidupan mereka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sumber: NST
Perdana Menteri berkata kerajaan bersikap telus dalam melaksanakan perubahan-perubahan itu kerana sedar akan prinsip kebertanggungjawaban sebagai kerajaan.
- Kerajaan tidak akan berhenti sehingga rakyat boleh melihat, menyentuh dan mengalami penambahbaikan kehidupan mereka. IsyaAllah, dengan komitmen semua pihak dan dengan izin Allah, kita akan berjaya, katanya
- Najib berkata kerajaan bersedia untuk dinilai oleh rakyat sama ada ia telah berjaya melaksanakan janji-janjinya kepada rakyat apabila sampai masanya kelak.
- “Dalam sistem demokrasi berparlimen, kalau rakyat buat kesimpulan bahawa kita ini tidak dapat memenuhi janji kita kepada rakyat, kita sedar risikonya. Tetapi sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kita reda dinilai dan ditentukan oleh rakyat apabila sampai masanya. Inilah sebenarnya komitmen ikhlas kita kepada rakyat.”
- Ketelusan kerajaan juga boleh dilihat melalui kesediaannya mendedahkan Laporan Tahunan Pelan Hala Tuju GTP yang boleh dilihat sendiri oleh rakyat dalam menilai prestasi pentadbiran, kata Najib.
- Perdana Menteri berkata pelaksanaan GTP dan NKRA adalah metadologi baru yang diperkenalkan kerajaan seiring dengan pertukaran persekitaran.
- Bagaimanapun, katanya, metadologi baru itu bukan bermakna kerajaan hari ini adalah kerajaan baru, sebaliknya ia dirangka bagi memastikan kerajaan dapat mencapai matlamat-matlamat nasional, baik yang baru mahupun yang telah digariskan sebelum ini, termasuk Wawasan 2020 dan misi membasmi kemiskinan.
- Beliau berkata tahun-tahun awal merdeka telah menyaksikan langkah berani, kreatif dan inovatif kerajaan khususnya dalam bidang pembaharuan tanah melalui pembukaan Felda, pembangunan sistematik kawasan luar bandar melalui sistem Bilik Gerakan serta kaedah Buku Merah, rancangan pembangunan lima tahun dan penggubalan dasar ekonomi yang bertunjangkan pembasmian kemiskinan juga pertumbuhan ekuiti.
- “Hasilnya kita mencapai kemajuan sosioekonomi yang membanggakan. Tetapi bagi memastikan kejayaan itu berterusan, kita harus sentiasa berada di hadapan keluk perubahan dan pembangunan. Sebab itu hari ini dengan GTP, jika berjaya, bermakna Malaysia telah melakukan perubahan yang cukup besar dan sekali lagi kita berada di hadapan keluk perubahan,” katanya.
- Najib berkata bagi memastikan segala pendekatan dalam transformasi kerajaan itu dapat direalisasikan sepenuhnya, kerjasama semua pihak khususnya penjawat awam menjadi pra-syarat utama.
Pemuda Umno Lancar Kempen Tambah Ahli Baru
Friday, January 29, 2010
Pergerakan Pemuda Umno akan melipatgandakan usaha bagi memperkuatkan keanggotaan sayap itu, dengan mensasarkan lebih 50,000 keahlian baru sepanjang 2010.
Sumber: mStar, bernama
- Dijangka Pemuda Umno akan melancarkan kempen menambah ahli tersebut pada Jumaat depan bagi tujuan meraih sokongan dari golongan muda dalam usaha mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan pucuk pimpinan parti itu.
- Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata Pemuda Umno mensasarkan jumlah ahli baru pergerakan itu tahun ini akan bertambah daripada 25,000 ahli baru pada tahun lepas.
- "Program ini dijadualkan akan dirasmikan oleh Pengerusi Umno Kedah merangkap Naib Presiden dan Biro Keahlian Umno Malaysia Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan akan turut dihadiri Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda di sini semalam.
Blogger yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan perlu mohon maaf
Thursday, January 28, 2010
Penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, perlu membuat permohonan maaf secara formal di hadapan Hakim Mahkamah yang akan membicarakan kesnya kelak.Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata blogger itu juga boleh memohon maaf secara formal kepada keluarga Diraja Johor sendiri.
“Jika seseorang itu ingin memohon maaf mereka boleh buat secara formal di mahkamah yang merupakan satu faktor mitigasi di mahkamah. Memohon maaf kepada keluarga diraja pula soal di luar undang-undang, (dan) terserahlah kepada budi bicara pihak diraja berkenaan sama ada menerima atau tidak. Tetapi lunas undang-undang tetap harus berjalan,” katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam.
Sumber: Borneo Post, Bernama
- Penulis blog berusia 29 tahun itu dilaporkan telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, pada Isnin lepas dan direman selama empat hari untuk pihak polis menjalankan siasatan.
- Dia kemudian menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjuran dirinya dalam blog itu dan menarik balik artikel yang dipersoalkan itu.
- Rais sebelum ini berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau keduaduanya sekali.
- “Di bawah Seksyen 233, seseorang yang menghantar mesej ataupun seseorang yang menggunakan bahasa, menggertak atau menggunakan kelucahan atau menyakitkan hati ataupun sabit dengan perlakuan yang boleh dikaitkan dengan hasutan, kesemuanya ini boleh dikemukakan oleh pihak yang mendakwa supaya kes tersebut dibawa terus ke mahkamah,” katanya.
10 Kena Tahanan ISA
Thursday, January 28, 2010

Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, semalam mengesahkan 10 orang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan pengganasan.
Mereka yang ditahan itu terdiri daripada seorang warga Malaysia dan sembilan warga asing yang baru tiba di negara ini dan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa.
Sumber: The Agency.
Mereka yang ditahan itu terdiri daripada seorang warga Malaysia dan sembilan warga asing yang baru tiba di negara ini dan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa.
- 'Saya boleh mengesahkan 10 orang telah ditahan di bawah ISA kerana terlibat dalam kegiatan pengganasan. Mereka mempunyai hubungan antarabangsa dan boleh menjejas keselamatan negara kita jika kita tidak mengambil tindakan.
- 'Kita telah bekerjasama dengan badan perisikan antarabangsa dalam operasi ini,' kata Datuk Seri Hishammuddin.
- Beliau mendedahkan bahawa pihak berkuasa telah menerima maklumat daripada Interpol dan agensi risikan lain mengenai kedatangan mereka ke Malaysia.
- Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan sama ada para tahanan itu sedang atau merancang melancarkan serangan pengganasan. Beliau juga enggan mendedahkan di mana dan bila mereka ditahan.
- Sebelum itu, peguam Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan pejuang hak asasi, Encik Edmund Bon, berkata pihak berkuasa telah menahan 50 orang pada Khamis lalu. Ini termasuk rakyat asing dan pelajar universiti tempatan. Menurut beliau, mereka yang ditahan dibawa ke ibu pejabat polis Bukit Aman.
- Seramai 38 orang daripada mereka dibebaskan sehari selepas itu manakala yang lain masih ditahan. Menurut Encik Bon, beliau telah bercakap dengan beberapa orang yang dibebaskan dan sedang berusaha menemui mereka yang masih ditahan.
- Pegawai kerajaan pula berkata kini terdapat 25 orang, termasuk 10 tahanan baru, yang ditahan di bawah ISA.
- Pada September tahun lalu, lima tahanan ISA yang dipercayai anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) telah dibebaskan setelah menjalani proses pemulihan antara dua dengan tujuh tahun.
Sistem Ganjaran Dan Hukuman Untuk Penjawat Awam
Wednesday, January 27, 2010
Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan sistem ganjaran dan hukuman untuk 1.2 juta penjawat awam sebagai langkah me- ningkatkan produktiviti dan memupuk etika kerja lebih baik, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
- Beliau berkata sudah tiba masanya penjawat awam dinilai dan diberi ganjaran ber- dasarkan prestasi masing-masing bukan diberi ganjaran secara menyeluruh seperti sekarang.
- Menurut beliau, kerajaan sedar bahawa bagi menjamin keberkesanan sesuatu sistem, perlu ada ganjaran dan hukuman. Setakat ini, kami melihat kepada aspek ganjaran.
- kerajaan juga sedang mengkaji secara mendalam terhadap langkah mengguna pakai sistem ganjaran dan hukuman di bawah Program Transformasi Kerajaan (PTK), yang memasuki tahun pertama pelaksanaannya tahun ini, kata nya.
- Bagaimanapun, dalam tempoh dua tahun pertama pelaksanaannya, tumpuan kami ialah bagaimana hendak menggalakkan dan memberi sokongan kepada setiap orang supaya bertugas dengan lebih baik, bukan untuk mula melaksanakan hukuman…langkah ini jauh lebih penting ketika ini, kata Dr Koh.
Dapat kah KPLB Hidupkan Ekonomi Luar Bandar Untuk Elak Belia Berhijrah ?
Tuesday, January 26, 2010
Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah kini sedang dalam usaha untuk menceriakan dan menghidupkan kegiatan ekonomi di kawasan luar bandar bagi mengelakkan kadar migrasi yang tinggi di kalangan anak-anak muda ke kawasan bandar.
Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya akan menyediakan persekitaran yang sesuai seperti;
Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya akan menyediakan persekitaran yang sesuai seperti;
- Mewujudkan peluang pekerjaan
- Memberi peluang perniagaan kepada golongan itu
- Mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing.
- “Proses migrasi luar bandar ke bandar ini telah mengakibatkan kawasan luar bandar didiami golongan berusia dan kurang produktif. Contohnya sebahagian besar pesawah dan penoreh getah diusahakan petani yang berusia 60 tahun ke atas, pekerja ladang sawit di Sabah pula didominasi pekerja asing.
- “Untuk mengatasi masaalah ini kita perlu menyediakan projek-projek yang melibatkan belia-belia, mengukuhkan kedudukan rakyat di peringkat bawah, contohnya apabila kita buat rumah, kita libatkan juga belia-belia di Pusat Giat Mara,” katanya.
- Beliau berkata segala usaha untuk meningkatkan produktiviti dan asas ekonomi luar bandar itu akan berjaya menarik perhatian belia dan seterusnya mengurangkan penghijrahan golongan itu ke bandar.
- “Saya akan memastikan setiap agensi kementerian ini yang terlibat bersedia membuat perancangan dengan teliti bagi memastikan semua projek dilaksanakan mengikut jadual,” katanya.
- Sementara itu, Mohd Shafie berkata kira-kira 360,000 buah rumah di kawasan luar bandar di negara ini akan mendapat bekalan air bersih dan terawat apabila projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di bawah NKRA kementerian berkenaan berakhir pada 2012.
- Mohd Shafie berkata kerjasama strategik antara pentadbiran pusat, negeri dan daerah adalah penting bagi mencapai kejayaan NKRA, memandangkan tempoh pelaksanaannya yang singkat dan peruntukan yang besar iaitu RM17.4 bilion.
Selamat Pengantin Baru Bung
Tuesday, January 26, 2010
Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, 52, bersama isterinya, Zizie Izette Abdul Samad, 32, sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, hari ini.
Mereka baru pulang dari Sabah selepas Bung Mokhtar meninjau keadaan banjir di kawasan beliau. Zizie yang juga pelakon drama bersiri 25 episod, 'Suraya' terbitan Zeel Production, dikatakan mendirikan rumahtangga dengan anggota parlimen itu penghujung tahun lepas.
Sumber: mStar, Bernama
Mereka baru pulang dari Sabah selepas Bung Mokhtar meninjau keadaan banjir di kawasan beliau. Zizie yang juga pelakon drama bersiri 25 episod, 'Suraya' terbitan Zeel Production, dikatakan mendirikan rumahtangga dengan anggota parlimen itu penghujung tahun lepas.
Sumber: mStar, Bernama
Lim Percaya Pakatan Tetap Bersatu Tanpa Anwar
Monday, January 25, 2010
Encik Lim Kit Siang, sekali lagi menyangkal kebimbangan ramai bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan runtuh tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua de facto pakatan pembangkang tersebut, jika beliau dikenakan hukuman penjara atas dakwaan liwat keduanya yang sedang dihadapi sekarang.
Sumber: CyNews
- Laman berita dalam talian, The Malaysian Insider, semalam melaporkan bahawa ketua Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu percaya bahawa pakatan pembangkang persekutuan yang kini menguasai empat negeri di Malaysia itu sudah berkembang dan semakin erat sejak penubuhannya selepas pilihan raya umum 2008 di negara itu.
- 'Sememangnya kami bimbang dan kami tidak mahu melihat beliau dipenjarakan atas dakwaan yang sengaja dibuat-buat itu tetapi (ketiadaan beliau) bukan satu perdebatan besar asalkan PR teruskan perjuangannya,' kata Ahli Parlimen (AP) Ipoh Timur itu kepada The Malaysian Insider selepas satu kempen DAP dalam satu majlis makan malam, kelmarin.
- 'Kami sudah bersedia,' tambah ahli politik veteran itu, yang kali pernah dilantik ke parlimen pada 1969.
- Datuk Seri Anwar dilihat sebagai kuasa penyatu yang membawa ketiga-tiga parti komponen PR - DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) - bersama walaupun masing-masing parti mempunyai ideologi yang berlainan.
- Bagaimanapun, pakar-pakar politik dan sebahagian penyokong PR percaya segala perjuangan mereka boleh terjejas jika Datuk Seri Anwar didakwa dalam kes liwat keduanya dalam masa sedekad, yang dipercayai oleh para pemimpin PR sebagai satu helah menamatkan kerjaya politiknya dan pengaruh pakatan itu.
- Datuk Seri Anwar sendiri sedang gigih berceramah dan berkempen untuk mendapatkan sokongan rakyat Malaysia dan menjelaskan kepada mereka tentang perbicaraan kes liwatnya yang kedua.
- Kes perbicaran liwat kedua Datuk Seri Anwar, tindakan keras ke atas rasuah, dan pencerminan PR sebagai kumpulan anti-Islam, telah mendorong pakatan pembangkang itu mengadakan pameran di seluruh negara itu untuk mengekalkan sokongannya menentang Barisan Nasional (BN).
SPR Kaji Perkenal Sistem Pengundian Awal
Sunday, January 24, 2010
Sistem pengundian awal yang membolehkan pengundi berdaftar mengundi lebih awal, dan dua hari sebagai tempoh bertenang mungkin diperkenalkan dalam sistem pilihan raya di Malaysia.
Sumber: mStar
- Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya sedang mengkaji kedua-dua sistem itu yang kini dilaksanakan di beberapa negara, termasuk Thailand dan Indonesia.
- Menurut beliau, fokus utama SPR adalah untuk menggantikan konsep undi pos, sambil menambah apa yang telah dilaksanakan selama ini melalui undi pos sebenarnya adalah pengundian awal.
- "Hakikatnya, pada hari pilihan raya diadakan, tidak semua pengundi berdaftar yang dapat membuang undi kerana terikat dengan komitmen lain seperti telah dijadualkan bertugas pada hari tersebut dan sebagainya," katanya kepada Bernama.
- Wan Ahmad berkata mereka mempunyai hak di sisi Perlembagaan dan adalah menjadi tanggungjawab SPR untuk mencari jalan bagi membolehkan mereka mengundi.
- Wan Ahmad berkata beliau dan beberapa pegawai SPR telah melawat Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand akhir tahun lepas bagi mempelajari dan mengkaji proses pengundian awal serta undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
- "Tujuan lawatan saya ialah untuk mempelajari dan mengkaji peraturan dan perundangan berhubung proses pengundian awal di Thailand kerana negara itu berjaya mengendalikan sistem itu dengan cukup baik," katanya.
- Beliau berkata SPR akan mengemukakan cadangan mengenai sistem itu kepada kerajaan selepas dipersetujui di peringkat suruhanjaya.
9 Ditahan Protes Pilihan Raya Kampus
Sunday, January 24, 2010
Sembilan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) ditahan semasa berhimpun secara haram di depan kompleks membeli-belah Sogo dekat sini kerana membantah proses pilihan raya kampus yang didakwa tidak adil termasuk undian secara elektronik (e-voting).
Sumber:mStar
- Difahamkan mereka antara 200 mahasiswa yang menyertai bantahan tersebut bermula di sekitar Dataran Merdeka kira-kuira pukul 11 pagi sebelum berarak sepanjang Jalan Raja Laut ke kompleks membeli-belah terbabit yang terletak kira-kira 500 meter.
- Mereka yang ditahan termasuk empat pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), masing-masing dua dari Universiti Malaya (UM) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) serta seorang pelajar perubatan dari Universiti Sains Malaysia (USM).
- Sumber Kementerian Pengajian Tinggi mengesahkan mereka merupakan pelajar dari beberapa IPTA di sekitar Lembah Kelang.
- "Kumpulan itu juga dipercayai yang sama berhimpun di bangunan kementerian di Putrajaya pada 15 Januari lalu sebelum menyerahkan memorandum berkaitan isu yang sama," kata sumber itu lagi kepada mStar Online di sini hari ini.
- Mereka yang ditahan ialah Hilman Idham (Fakulti Sejarah, UKM), Mohd. Aizat Mohd. Salleh (Akademi Pengajian Islam (API) UM), Mohammad Za'im Mustapha (Fakulti Pengajian Islam (FPI) UKM), Ahmad Shukri Kamarudin (FPI KUIS), Ahmad Syukri Che Razab (Fakulti Syariah dan Undang-Undang Islam KUIS), Mohd. Idris Mohd. Yusoff (APIUM), Mohd. Pikhri Harun (FPIUKM), Syahriul Ismail (FPIUKM) dan Mohd. Ridhuan Muhammad Jamil (Fakulti Perubatan, USM).
- Antara kumpulan yang terlibat ialah Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (Bantah) and Pro-Mahasiswa.
- Menurut sumber itu lagi, kumpulan pelajar berkenaan diarah bersurai sebaik tiba di Sogo dan polis terpaksa bertindak menahan mereka kerana enggan bersurai walaupun telah diarahkan berbuat demikian.
- Mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk disoal siasat.
Kes Seludup Pasir: Sindiket Transit Di Thailand, Indonesia Sebelum ke S'pura
Saturday, January 23, 2010
Satu sindiket menyeludup pasir di Malaysia dipercayai menjadikan perairan Indonesia dan Thailand sebagai transit sebelum ke Singapura melalui jalan laut di Selat Melaka.Taktik itu dikesan berdasarkan beberapa kes tangkapan membabitkan kapal tunda yang dibuat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum ini.
Sumber: CyNews
- Menurut sumber, kapal itu yang dikesan di perairan Perak mendakwa hendak membawa pasir berkenaan ke negeri di utara Semenanjung. Namun, ia melencong ke perairan Thailand atau Indonesia bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.
- Beliau juga tidak menolak kemungkinan sindiket itu mempunyai kaitan dengan 38 orang yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Selasa lalu kerana disyaki menerima sogokan serta rasuah seks berhubung kes mencuri dan menyeludup pasir di Johor, Pahang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
- Antara yang ditahan ialah setiausaha kerja seorang Exco Selangor, setiausaha sulit seorang ahli politik dan 28 kakitangan kerajaan yang sebahagiannya pegawai dan ketua jabatan.
- Menurut sumber itu, sindiket terbabit dipercayai bergiat aktif sejak lebih lima tahun lalu selepas kerajaan mengharamkan eksport pasir ke Singapura.
- Sumber itu berkata, sindiket terbabit dipercayai membuat empat penghantaran dalam masa sebulan dengan setiap kapal tunda dikatakan boleh mengangkut lebih 30,000 tan pasir.
- Berdasarkan statistik APMM, kes tangkapan membabitkan penyeludupan pasir di Malaysia meningkat setiap tahun sejak lima tahun lalu.
India Minta Malaysia Jamin Keselamatan Di Selat Malaka
Saturday, January 23, 2010
India berharap Malaysia akan terus berusaha menjamin keselamatan di Selat Melaka.Perdana Menteri India Manmohan Singh turut meminta agar Kuala Lumpur membantu dalam menangani keganasan serantau.
Sumber: Borneo Post
- Pemimpin India itu memberitahu demikian kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu perbincangan di sini petang kelmarin.
- “India melahirkan kebimbangan mereka mengenai isu keganasan khususnya selepas serangan di Mumbai (26 Nov 2008) dan berharap kita akan bekerjasama dengan mereka dalam soal berkongsi maklumat,” kata Najib kepada wartawan Malaysia.
- Perdana Menteri berkata India meminta Malaysia untuk terus memastikan bahawa Selat Melaka sentiasa selamat untuk kapal-kapal asing.
- Selat itu merupakan laluan penting kepada kapal-kapal dagang dan minyak termasuk dari India.
- Isu keselamatan menjadi antara tajuk utama dalam perbincangan pemimpin kedua-dua negara sempena lawatan rasmi Najib selama empat hari ke India.
Lepas Gereja Kini Surau Pula Di bakar
Friday, January 22, 2010
Dalam kejadian terbaru hari ini, dua buah surau di Muar iaitu Surau Sillaturahim di Jalan Ismail dan Surau Parit Beting di Jalan Salleh rosak kerana dibakar.Para pemimpin Kristian hari ini mengecam tindakan membakar dua buah surau di Muar dan menyifatkan tindakan tersebut hanya akan menghuru-harakan keadaan lagi.
- Pengarang akhbar Herald, Paderi Lawrence Andrew berkata, menyerang mana-mana rumah ibadat adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum ini.
- “Kita perlu menghormati rumah ibadat kerana ia adalah rumah yang memang perlu dihormati,” katanya.
- Lawrence juga berharap, tindakan segera akan dapat diambil ke atas pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
- “Kita perlu mengucapkan terima kasih kepada polis kerana mereka telah menjalankan tugas yang sangat baik setakat ini dan kita berharap pihak polis akan dapat mengesan dan menangkap mereka yang telah bertindak membakar dua buah surau itu,” katanya lagi.
- Dalam pada itu, Presiden Majlis Gereja-Gereja Malaysia, Dr Thomas Philips berkata, beliau terkejut dengan kejadian terbaru ini.
- “Mereka yang melakukan perbuatan ini adalah mereka yang tidak mahu melihat rakyat Malaysia hidup dalam aman dan mencari jalan penyelesaian dengan baik,” tegas beliau.
- Di Pulau Pinang, Ketua Menteri, Lim Guan Eng turut menyelar perbuatan membakar surau tersebut dengan berkata, semua pihak perlu bekerjasama dengan polis untuk menghentikan perbuatan ini.
- “Kita perlu memikirkan satu mekanisma bagaimana untuk menghentikan perbuatan seperti ini daripada terus berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.
AS lebih Cenderung Rasa Prejudis Terhadap Islam Dari Agama Yang Lain
Friday, January 22, 2010
Satu tinjauan di Amerika Syarikat, yang didedahkan kelmarin menunjukkan para penduduk negara itu dua kali ganda lebih cenderung untuk melahirkan rasa prejudis terhadap penganut Islam, berbanding penganut agama Kristian, Yahudi atau Buddha.
Sumber: AP, AFP.
- Hampir dua pertiga daripada penduduk Amerika juga berkata mereka kurang atau tiada pengetahuan mengenai agama Islam.
- Tinjauan itu dijalankan oleh Tinjauan Agama Dunia Gallup.
- Ia sebahagian projek untuk meneroka cara untuk meningkatkan pemahaman di antara masyarakat Amerika dengan penganut Islam.
- Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, dan pentadbirannya mahu memperbaiki imej Amerika di dunia Islam.
- Dalam tinjauan terbaru itu, hanya separuh daripada responden yang berkata mereka tidak mempunyai sebarang prejudis terhadap penganut Islam.
- Ditanya mengenai pengetahuan mereka mengenai agama Islam, 63 peratus rakyat Amerika berkata mereka mempunyai 'sedikit pengetahuan' atau 'tidak tahu apa-apa'.
- Majoriti responden percaya penganut Islam mahukan kedamaian.
- Namun, 53 peratus daripada mereka berkata mereka tidak mempunyai tanggapan yang baik terhadap agama itu.
Mangsa Banjir Kota belud Akan Di Bantu-Musa Aman
Thursday, January 21, 2010
Kerajaan Negeri melalui Tabung Bencana Alam akan menghulurkan bantuan kepada semua mangsa banjir yang terlibat di negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman berkata bantuan itu dalam bentuk wang tunai, makanan dan pakaian akan diagihkan kepada lebih 5,000 mangsa banjir di enam daerah.
Sumber:NST
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman berkata bantuan itu dalam bentuk wang tunai, makanan dan pakaian akan diagihkan kepada lebih 5,000 mangsa banjir di enam daerah.
- “Kerajaan amat prihatin terhadap nasib mereka dan bersedia membantu. Apa yang paling penting sekarang kita akan memberikan keutamaan mengenai keselamatan dan kehidupan mereka sebelum mereka dibenarkan balik ke rumah masing-masing,” katanya.
- Beliau memuji anggota dan pasukan penyelamat dan agensi kerajaan yang terbabit yang membantu memindahkan mangsa dan menghulurkan bantuan keperluan mereka di pusat-pusat pemindahan.
- Sebagai langkah berjaga-jaga, Musa menasihatkan penduduk yang sering dilanda banjir supaya sentiasa berwaspada apabila keadaan cuaca yang tidak menentu dan meminta pihak terbabit juga bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya banjir.
- Mengenai sama ada kerajaan akan memberikan ganti rugi kepada penduduk yang hasil tanaman dan harta banda mereka musnah, beliau berkata kerajaan akan membincangkan perkara itu dengan kerajaan persekutuan setelah memperolehi jumlah sebenar kerugian.
- “Kita akan membincangkan perkara ini dengan kerajaan persekutuan sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya selepas menyampaikan bantuan kewangan, makanan dan pakaian kepada mangsa-mangsa banjir yang dipindahkan di pusat pemindahan di Dewan SMK Taun Gusi kelmarin.
SPRM Minta Maaf Atas Kenyataan Ketua Pendakwa Yang Di Anggap Menghina
Thursday, January 21, 2010

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin memohon maaf di atas kenyataan Ketua Pendakwaan agensi itu, Datuk Abdul Razak Musa, yang dianggap menghina peguam, Encik Karpal Singh, dan golongan orang kurang upaya (OKU), semasa prosiding inkues Teoh Beng Hock, Jumaat lalu.
SPRM dalam kenyataan di sini menjelaskan agensi itu tidak bermaksud menyinggung perasaan mana-mana pihak dalam perkara itu.
Sumber: CyNews,BHM.
- 'SPRM dimaklumkan bahawa Peguam Kanan Persekutuan (Encik Abdul Razak) sudah menarik balik kenyataan yang dibuat dan permohonan maaf sudah dilakukan kepada individu berkenaan.
- 'Ketua Pesuruhjaya SPRM mewakili warga SPRM ingin memohon maaf di atas kenyataan itu dan tidak bermaksud menyinggung perasaan mana-mana pihak dalam perkara ini,' katanya.
- Jumaat lalu, prosiding inkues mendiang Teoh di Mahkamah Koroner menjadi tegang apabila Encik Abdul Razak hampir dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana didakwa mempersendakan ketidakupayaan fizikal Encik Karpal, yang berkerusi roda.
- Ketegangan berlaku apabila Encik Abdul Razak, yang sebelum itu beberapa kali diminta Encik Karpal supaya duduk ketika ingin mengemukakan bantahan, secara spontan berkata:
- 'Saya boleh duduk tetapi kamu tidak boleh berdiri.'
- Berikutan kenyataan itu, Gabungan Rakyat Antidiskriminasi Terhadap OKU Malaysia (Madd) dan Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC) menyerahkan memorandum kepada SPRM membantah kenyataan Encik Abdul Razak yang dianggap menghina golongan OKU.
- SPRM turut memohon maaf di atas masalah yang timbul ketika Madd dan ILTC mahu menyampaikan memorandum kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed, di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, Isnin lalu.
- 'Pejabat Ketua Pesuruhjaya hanya menerima permohonan daripada ILTC berhubung penyerahan itu melalui faks pada 18 Januari pada 10.03 pagi yang meminta Ketua Pesuruhjaya hadir ke pejabat SPRM Wilayah Persekutuan untuk menerima memorandum pada 11.30 pagi.
- 'Namun, Ketua Pesuruhjaya tidak dapat hadir kerana pada waktu sama beliau menghadiri Majlis Perasmian MyID dan Mesyuarat Agensi Sektor Awam oleh Timbalan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),' katanya.
Mahkamah Persekutuan Menangguhkan Kes Liwat Anwar Ke 2hb Febuari 2010
Thursday, January 21, 2010
Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan rayuan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen pendakwaan dan DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada 29 Januari ini.
Perbicaraan berkenaan sepatutnya bermula hari ini untuk selama sebulan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sumber: MalaysiaKini
Perbicaraan berkenaan sepatutnya bermula hari ini untuk selama sebulan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
- “Selepas mempertimbangkan hujah, kami tidak dapat memberikan keputusan, petang ini,” kata Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria.
- Beliau mengetuai panel tiga hakim mahkamah persekutuan yang juga dianggotai oleh Md Raus Sharif dan Abdull Hamid Embong.
- Mahkamah juga memutuskan perbicaraan kes liwat Anwar yang dijadual bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari ini ditangguhkan kepada 2 Februari depan.
AS Di Minta Semak Amaran Pelancongan
Wednesday, January 20, 2010
Malaysia menggesa Amerika Syarikat agar mengkaji semula amaran yang terkandung dalam nasihat pelancongannya bahawa pengganas sedang mengarahkan sasarannya ke destinasi-destinasi pelancongan di Borneo, sambil menyifatkannya sebagai 'salah dan mengelirukan'.
Sumber: AFP
- Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur minggu lalu berkata terdapat tanda-tanda bahawa kumpulan-kumpulan pengganas sedang merancang untuk menyerang kawasan-kawasan terpencil di timur Sabah, di pulau Borneo, termasuk di Pulau Sipadan, sebuah pulau peranginan yang digemari pelancong Barat.
- Malaysia kelmarin memanggil duta Amerika ke negara itu, Encik James Keith, untuk menyampaikan kebimbangannya terhadap perkembangan itu, dan menegaskan bahawa keadaan keselamatan di Sabah 'tidak seperti yang ditanggap' dalam amaran pelancongan yang dikeluarkan Amerika itu, kata kementerian luar Malaysia dalam kenyataannya lewat kelmarin.
- 'Amaran pelancongan itu telah menimbulkan kebimbangan, kekeliruan dan rasa terperanjat di kalangan para pemimpin dan orang awam Malaysia mengenai dakwaan suasana keselamatan di tempat-tempat peranginan pelancong yang popular di timur Sabah,' katanya.
- 'Ia boleh menghasilkan gambaran salah, keliru dan negatif kepada dunia luar mengenai suasana keselamatan di Malaysia keseluruhannya berkaitan dengan ancaman pengganas,' tambah kenyataan itu.
- Kementerian itu berkata timbalan setiausaha agungnya, Datuk Radzi Abdul Rahman, telah menggesa duta berkenaan 'agar mengkaji semula notis dan amaran pelancongan itu, memandangkan peraturan keselamatan yang kukuh ketika ini'.
- Bagaimanapun, para pegawai kedutaan Amerika di Malaysia tidak dapat dihubungi untuk memberi ulasan.
- Pihak berkuasa Malaysia tidak mahu menghebohkan amaran itu, sambil berkata langkah-langkah keselamatan dan mengumpulkan maklumat risikan di kawasan tersebut telah ditingkatkan dengan banyaknya sejak kejadian beberapa tebusan asing yang diculik anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf pada 2000.
- Negara-negara lain pernah memberi amaran kepada rakyat masing-masing mengenai ancaman serangan pengganas di Sabah, tetapi amaran terbaru oleh Amerika itu adalah lebih khusus, terutama di kawasan-kawasan yang disyaki menjadi sasaran serangan itu.
- Amerika telah mengenal pasti destinasi-destinasi seperti Semporna, Mabul dan Sipadan sebagai potensi sasaran pengganas, dan menggesa warga negaranya agar 'mengelak atau amat berhati-hati berkaitan dengan sebarang rancangan pelancongan di kawasan-kawasan atau lokasi-lokasi itu'.
M'sia Kaji Had Bekalan Minyak Di Stesen Sempadan
Wednesday, January 20, 2010
Kerajaan Malaysia sedang mengkaji kemungkinan menghadkan bekalan minyak kepada stesen minyak di kawasan sempadan negara itu sebagai langkah mencegah penyelewengan.
Sumber: CyNews
- Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dipetik oleh agensi berita Bernama sebagai berkata ini kerana terdapat laporan menunjukkan sesetengah stesen minyak di kawasan berkenaan merekodkan jualan yang tidak munasabah berbanding keperluan sebenar.
- Kerajaan Malaysia bimbang jika bekalan petrol dan diesel ini tidak dihadkan, akan timbul lebihan bekalan yang boleh menyumbang kepada kegiatan penyeludupan, katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa stesen minyak berhampiran sempadan di sini kelmarin.
- Pada masa ini terdapat 334 stesen minyak yang terletak dalam lingkungan 50 kilometer dari sempadan di seluruh negara itu.
- Mengenai penjualan maksimum 20 liter minyak kepada kenderaan asing, beliau berkata, sejak penguatkuasaan peraturan itu pada 16 Disember lalu, pihak berkuasa Malaysia telah menyita empat stesen minyak di sekitar kawasan sempadan kerana tidak mematuhi arahan itu.
- Pada masa yang sama, jualan petrol dan diesel di 334 stesen minyak di negeri-negeri yang bersempadan dengan negara jiran juga susut antara 10 hingga 20 peratus sejak Disember lalu, lapor akhbar Utusan Malaysia semalam.
- Sejak 9 Disember lalu, Malaysia tidak membenarkan kenderaan asing yang ingin melintasi sempadan untuk balik ke negara asalnya dengan mengisi muatan tangki melebihi 20 liter.
- Berikutan arahan itu, semua stesen minyak dalam lingkungan 50 kilometer dari pintu sempadan yang melibatkan Perlis, Kedah, Johor, Kelantan, Sabah dan Sarawak dilarang menjual petrol dan diesel melebihi 20 liter kepada kenderaan asing.
- Ini bagi memastikan subsidi petrol dan dieselnya hanya diterima oleh rakyat negara itu, terutama di kalangan golongan berpendapatan rendah.
- Semalam, satu laporan Bernama memetik Datuk Seri Ismail sebagai berkata bahawa mekanisme berhubung pemberian subsidi petrol kepada golongan sasar yang benar-benar layak menerimanya dijangka diumumkan sebelum 1 Mei ini, tarikh yang mana Malaysia akan memansuhkan sepenuhnya harga bersubsidi kepada warga asing.
- Beliau berkata, ia bagi membolehkan kementeriannya mendapat maklum balas daripada orang ramai dan mengenal pasti sekiranya ada sebarang kelemahan dalam mekanisme itu.
- 'Setakat ini, kementerian masih berbincang dan menjalankan kajian terperinci mengenainya termasuk kemungkinan berlaku sebarang penyalahgunaan,' kata beliau kepada pemberita di Putrajaya, Selangor, semalam.
- Datuk Ismail berkata, antara mekanisme yang sedang dibincangkan ialah mengehadkan jumlah pembelian petrol kepada setiap pengguna yang layak dan pemberian subsidi petrol mengikut jenis kenderaan.
BN Perlu Sealiran Dengan Minda Masyarakat Masa Kini
Tuesday, January 19, 2010
Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu berfikiran sealiran dengan minda masyarakat Malaysia hari ini kerana senario politik kini telah banyak berubah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sumber: BERNAMA
- Untuk itu, katanya, parti-parti komponen perlu bermula daripada sekarang untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat terhadap BN dan bukan hanya bertindak ketika pilihan raya umum semakin hampir.
- "2013 menjelang Mei jika saya tak silap adalah bulan terakhir penggal lima tahun.
- "Biasanya Perdana Menteri tak tunggu sampai akhir. Jika mahu tunggu tahun itu baru nak mula, sori...dah terlambat," katanya.
- Timbalan Perdana Menteri berkata masyarakat kini terutamanya generasi muda yang kebanyakannya berpendidikan tinggi mempunyai pemikiran yang berbeza dengan generasi terdahulu dalam soal politik.
- "Sebab itu kita tidak boleh lagi statik. Kita tidak harus ikut cara lampau kerana cara lampau walaupun sudah berhasil, tetapi tidak lagi sesuai dan sebahagiannya mungkin tidak diterima oleh generasi baru," katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam 1Malaysia anjuran Umno Titiwangsa di sini Ahad malam.
- Muhyiddin berkata golongan muda ketika ini mempunyai jangkaan (expectation) yang tinggi terhadap kerajaan.
- "Kita perlu mengambil kira tuntutan mereka. Sekarang tuntutan mereka jauh lebih tinggi. Tidak seperti masa lampau. Jadi kita berdepan dengan profil rakyat Malaysia yang berlainan," katanya.
- Timbalan Perdana Menteri berkata kemenangan tipis BN pada pilihan raya umum yang lepas dan kejatuhan empat negeri di tangan pembangkang perlu ditebus semula pada pilihan raya umum akan datang.
Wanita Meninggal Lepas Bakar Diri Sebab Anak Degil
Monday, January 18, 2010
Ibu tujuh anak yang membakar diri selepas mencurah petrol ke badannya minggu lalu kerana dikatakan marah dengan sikap anak perempuannya, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Star, malam Jumaat lalu.Cik Rossliana Rosli, 33 tahun, yang melecur 54 peratus badannya dalam kejadian Sabtu minggu lalu, disahkan meninggal dunia pada 8.30 malam, genap seminggu selepas kejadian itu yang menyebabkan mangsa koma.
Jenazah yang tiba di Masjid Kampung Besar, Sungai Kechil, di sini sekitar 9.30 pagi kelmarin, selamat dikebumikan di tanah perkuburan bersebelahan masjid itu.
Sumber: CyNews, BMM, Metro Ahad.
Jenazah yang tiba di Masjid Kampung Besar, Sungai Kechil, di sini sekitar 9.30 pagi kelmarin, selamat dikebumikan di tanah perkuburan bersebelahan masjid itu.
- Suami Allahyarhamha Rossliana, Encik Marzuki Jamaludin, 39 tahun, berkata beliau ke HSB selepas dimaklumkan keadaan isterinya yang tenat, tetapi sebaik tiba mereka diberitahu mangsa sudah meninggal dunia.
- 'Walaupun sedih, saya reda dengan ketentuan-Nya,' katanya.
- Dalam kejadian Sabtu lalu, Allahyarhamah Rossliana bertindak nekad mencurah badannya dengan petrol sebelum membakar dirinya menggunakan api lilin.
- Encik Marzuki, seorang pengawal keselamatan di sebuah kilang, berkata sebelum kejadian, beliau dijemput Allahyarhamha Rossliana dengan motosikal sekitar 8.30 malam dari tempat kerjanya kira-kira 13 kilometer dari rumahnya.
- Apabila tiba di rumah, Allahyarhamah Rossliana yang bekerja sebagai pembantu kedai makan, terus ke rumah ibunya, kira-kira 100 meter dari rumahnya untuk memanggil pulang anak keduanya yang berusia 15 tahun.
- Difahamkan, berlaku pertengkaran di antara Cik Rossliana dengan anak serta ibunya menyebabkan beliau bertindak nekad membakar dirinya.
- Mangsa dipercayai mengalami tekanan perasaan berikutan sikap anak perempuannya itu yang tidak mahu mendengar nasihatnya dan sering menimbulkan masalah.
- Ketika kejadian, enam daripada tujuh anaknya yang berusia dua hingga 17 tahun turut berada di rumah.
Kalimah 'Allah' Sudah Lama Di Gunakan Masyarakat Kristian Arab
Sunday, January 17, 2010
'ALLAH' adalah istilah yang digunakan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara-negara Arab sejak sekian lama sebagai satu definisi bahawa kekata 'Allah' adalah Tuhan yang maha agung.
Sumber: CYNews
- Zamil Kanan Universiti Harvard, Dr Ali Allawi, berkata kekata 'Allah' turut digunakan secara meluas di negara-negara Arab.
- 'Dalam bahasa Arab, kalimah 'Allah' itu melambangkan Tuhan. Ramai masyarakat Kristian Arab turut menggunakan kalimah tersebut.
- 'Lantas, untuk membezakan antara orang Islam dengan orang bukan Islam, masyarakat Islam Arab banyak menggunakan kalimah-kalimah yang menggambarkan sifat Allah seperti Ar-Rahman, Ar-Rahim dan Ya Karim,' kata Dr Allawi.
- Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan berhubung isu penggunaan kalimah 'Allah' oleh masyarakat bukan Islam Malaysia yang kini diperdebatkan di Malaysia.
- Soalan itu dikemukakan oleh hadirin dalam ceramah awam anjuran Akademi Muis dan Jabatan Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura (NUS) semalam.
- Namun, Dr Allawi enggan mengulas lebih lanjut tentang masalah itu kerana tidak mahu masuk campur urusan kerajaan Malaysia kerana menurutnya, setiap pemerintah atau kerajaan mempunyai cara mereka sendiri dalam menguruskan negara masing-masing.
Kristian Sabah, Sarawak Boleh Guna Kalimah Allah ?
Sunday, January 17, 2010
Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dibenar menggunakan kalimah Allah dalam upacara sembahyang dan keagamaan kerana secara tradisinya ia telah diamalkan sejak dahulu lagi.
Langkah itu juga mengambil kira kebiasaan penduduk Islam di kedua-dua negeri berkenaan terhadap amalan penganut Kristian itu.
- Bagaimanapun Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, penganut Kristian dan pihak gereja di Semenanjung tetap tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah di dalam sebarang upacara keagamaan termasuk penerbitan.
- Larangan tersebut katanya, turut melibatkan penganut Kristian Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung.
- ''Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu ini kerana ia sudah menjadi tradisi mereka.
- ''Malah saya pernah hadir di dalam satu upacara sembahyang di sebuah gereja kaum Iban dan saya mendengar perkataan Allah disebut di gereja berkenaan,'' katanya.
Syarat Membeli Gula Perlu Membeli Barang Lain Dahulu
Saturday, January 16, 2010
Timbalan Presiden Persatuan Pengguna Sabah-Labuan (Cash) yang juga Pengerusi persatuan itu bahagian Sandakan, Ali Ahmad mendakwa beliau adalah antara orang ketiga yang menjadi mangsa perbuatan beberapa kedai runcit di pusat bandar ini.“Seminggu lalu beberapa pengguna datang ke pejabat saya dan membuat aduan mengenai tindak-tanduk beberapa premis kedai runcit yang menjual gula dengan mengenakan syarat kepada pengguna yang sama,” katanya
Sumber: CASH
- Akibat tidak yakin dengan aduan itu, Ali sendiri telah pergi ke sebuah kedai runcit yang terletak di Jalan Lima pada keesokan harinya dan bertanyakan tentang gula kepada salah seorang pembantu kedai itu.
- Ali berkata dia agak terkejut apabila diberitahu: “Jika mahu membeli sekilo gula anda perlu membeli terlebih dahulu barang-barang lain.”
- “Untuk membuktikan kenyataan ini saya telah mendapat resit pembelian tersebut dari premis berkenaan dan apabila memperkenalkan diri saya pemimpin Cash, pemilik kedai itu agak terkejut,” katanya.
- Ali berkata sebelum itu seorang pemimpin politik iaitu Bonney Juanico Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) kawasan Sekong merangkap Timbalan Pengerusi Cash bahagian Sandakan adalah orang pertama menjadi mangsa perbuatan berkenaan
- Ali meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Bahagian Sandakan supaya memantau kegiatan itu yang boleh mencetuskan kemarahan di kalangan pengguna.
Pelajar Di Dakwa Sebab Tulis Ugutan Di 'Facebook'
Saturday, January 16, 2010
Seorang pelajar berusia 25 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, kerana menulis perkataan ugutan dalam laman web Facebook berkaitan isu penggunaan kalimah 'Allah'.
Pelajar itu, Mohamad Tasyrif Tajudin, didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sumber: CyNews, Agensi.
Pelajar itu, Mohamad Tasyrif Tajudin, didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
- Dia didakwa menulis: 'Kenapa? Nak aku baling bom petrol pulak kat sana? harga boleh runding.'
- Mohamad tidak dapat membayar ikat jamin RM10,000 ($4,157) yang ditetapkan dan akan ditahan sehingga Isnin ini apabila mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan.
- Sejauh ini, 10 gereja di seluruh Malaysia menjadi sasaran khianat menyusuli keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu membenarkan sebuah akhbar Katolik, Herald-The Catholic Weekly, menggunakan kalimah 'Allah' dalam ruangan bahasa Melayunya.
- Sementara itu, selepas Selangor dan Pahang, lapan negeri mengesahkan sudah dan sedang dalam usaha untuk menguatkuasakan larangan penggunaan kalimah 'Allah' oleh agama bukan Islam melalui penguatkuasaan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di negeri masing-masing.
- Lima negeri termasuk Kedah, Johor, Melaka, Terengganu dan Negeri Sembilan sudah menguatkuasakan enakmen itu sementara Kelantan, Perak dan Perlis yang mempunyai enakmen berkenaan kini sedang dalam proses untuk diwartakan.
- Empat negeri lagi iaitu Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak masih belum menggubal undang-undang berkenaan.
- Mufti Kedah, Datuk Syeikh Uzir Baharom, berkata enakmen berkenaan diwarta dan dikuatkuasakan di negeri itu sejak 1988 dan ia menjadi larangan kepada bukan Islam daripada menggunakan 24 perkataan berunsur Islam termasuk kalimah 'Allah' dalam sebarang terbitan dan ucapan yang dikaitkan dengan agama lain.
- 'Kita sudah lama warta dan kuat kuasa enakmen berkenaan. Perkataan yang dilarang penggunaannya oleh bukan Islam juga jelas,' katanya ketika dihubungi kelmarin.
- Isnin lalu, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menitahkan pihaknya supaya teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam bagi memelihara akidah umat Islam dan keharmonian beragama.
Sabah Perlu Skim Perumahan Tambahan Capai Sasaran NKRA
Friday, January 15, 2010
Kerajaan Sabah memerlukan skim perumahan lain sebagai tambahan kepada Program Bantuan Rumah (PBR) Kerajaan Pusat bagi mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk membasmi kemiskinan.
source: BERNAMA, photo: Wait Seminit
- Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, keperluan perumahan bagi penduduk miskin luar bandar di Sabah, termasuk mereka yang tinggal di rumah panjang, sangat besar dan langkah tambahan perlu diambil bagi mempercepatkan sasaran NKRA dicapai.
- Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata, Sarawak contohnya mempunyai skim tambahan lain bagi membantu golongan miskin dengan setiap penghuni rumah panjang boleh memohon pinjaman RM10,000 untuk membaiki kediaman mereka.
- Beliau berkata, di Kota Marudu, terdapat 1,495 penduduk miskin tegar yang layak mendapatkan bantuan Program E-Kasih tetapi pada setiap tahun, peruntukan sedia ada hanya dapat membaiki kira-kira 60 buah rumah di setiap kawasan parlimen.
- Sedemikian, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 tahun untuk memenuhi keperluan perumahan bagi golongan miskin di negeri ini dan keadaan itu juga menyukarkan usaha membasmi kemiskinan tegar di Malaysia dalam masa singkat, katanya kepada pemberita selepas melawat rumah panjang Marimbau Darat dan Rita di Matunggong, dekat sini.
- Ongkili mencadangkan tiga bentuk bantuan yang boleh disediakan kerajaan negeri iaitu bantuan membaiki rumah bagi kediaman yang masih boleh didiami, model PBR bagi rumah percuma golongan miskin yang disediakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan pinjaman tanpa faedah bagi jenis rumah sedemikian.
- "Contohnya, kerajaan negeri boleh menyediakan geran pembaikan antara RM10,000 dan RM15,000 bagi setiap rumah, berbanding kos RM40,000 hingga RM50,000 setiap unit yang perlu disediakan bagi membina rumah baru PBR," katanya.
- Menjelaskan tentang masalah serius di kawasan luar bandar, Ongkili berkata, di Matunggong, satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Parlimen Kota Marudu, kira-kira 70 peratus daripada 30 rumah panjang sangat usang dan memerlukan pembaikan besar, dan ada juga yang tidak selamat diduduki.
- "Rumah-rumah panjang itu dibina semasa zaman kerajaan Berjaya. Kerja-kerja pembaikan sebuah rumah panjang dengan bantuan kerajaan pusat telah siap manakala tender bagi tiga rumah panjang lain akan dikeluarkan sedikit masa lagi dan tiga lagi sedang menunggu kelulusan.
- "Kami telah menyediakan bantuan kepada rumah-rumah panjang di kawasan ini termasuk Marimbau Darat bagi pembaikan daripada segi bantuan zink dan papan lapis tetapi ia tidak mencukupi terutamanya rumah panjang yang sudah berusia dan memerlukan pembaikan besar," katanya.
Pasukan Petugas Pantau Integeriti Pejawat Awam Sabah Di Tubuh
Friday, January 15, 2010
Kerajaan Sabah akan menubuhkan sebuah pasukan petugas bagi memantau integriti penjawat awam negeri dalam pelbagai program dan projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata Pasukan Petugas Pengawasan Integriti Negeri itu akan diketuai oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) Datuk Nordin Siman.
Sumber: NST
- “Bagi memastikan kejayaan setiap perancangan, pelaksanaan dan kejayaan program pembangunan, nilai integriti perlu mendasari apa juga tindakan seluruh anggota perkhidmatan awam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan di sini kelmarin.
- Selain JPAN, beliau berkata pasukan itu juga akan dianggotai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Biro Pengaduan Awam Negeri dan Unit Integriti, Jabatan Ketua Menteri.
- Musa berkata pasukan itu bertanggungjawab, antaranya, memantau keberkesanan pelaksanaan program integriti, kualiti dan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
- Selain itu, pasukan itu juga akan melakukan pemeriksaan mengejut atau “Mystery Shopping” di semua agensi kerajaan dan mengemukakan laporan serta merta kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Sukarti Wakiman atau ketua jabatan berkenaan serta mengesyorkan cadangan penambahbaikan.
Gara-Gara Isu Kalimah ' Allah', Kuil Sikh Pun Di Baling Batu ?
Thursday, January 14, 2010
Pintu kaca masuk sebuah kuil Sikh di Sentul retak lewat kelmarin selepas dibaling batu, menjadikannya tempat sembahyang bukan Kristian pertama yang diserang sejak keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan sebuah akhbar Katolik menggunakan kalimah 'Allah' dalam ruangan bahasa Melayunya, kata sebuah laman berita setempat.- Pengikut Sikh juga menggunakan kalimah berkenaan untuk 'Tuhan' dalam bahasa Punjabi, tetapi gagal menjadi sebahagian daripada tindakan undang-undang oleh gereja Roman Katolik di mahkamah tersebut untuk menggunakan kalimah itu, yang mencetuskan kemarahan pengikut Islam di Semenanjung Malaysia, yang mendakwa kalimah 'Allah' eksklusif bagi mereka.
- Lapan gereja dan sebuah sekolah Kristian di Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak telah diserang sejak Jumaat lalu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu.
- Laman berita The Malaysian Insider berkata serangan baling batu di kuil Sikh atau gurdwara di Jalan Haji Salleh, dekat bekas tapak Stesen Kereta Api Sentul, dibuat seminggu sebelum Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, membuat lawatan rasmi tiga hari ke India pada 19 Januari ini.
- Beliau dijangka bertemu rakan sejawatannya, Encik Manmohan Singh, juga seorang Sikh.
- Kejadian terbaru itu mencerminkan kesukaran yang dihadapi kerajaan Malaysia dalam menangani isu tersebut dan mencegahnya daripada menular tanpa kawalan, kata laman berita itu.
- Ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman, mengesahkan kejadian tersebut apabila beliau dihubungi oleh agensi berita Bernama.
- Semasa kejadian itu, katanya, beberapa tenaga sukarela yang sedang membersihkan pekarangan kuil itu melihat batu-batu melayang ke arah pintu masuk utamanya dan segera menelefon polis.
- Kira-kira 20 ketul batu dibaling dari luar, kata beliau, sambil menambah bahawa polis telah mengambil batu-batu itu untuk siasatan lanjut.
- Para pegawai kuil itu telah merayu kepada kaum Sikh supaya bertenang dalam menghadapi isu itu.
- Kaum Sikh membentuk bahagian minoriti sejumlah penduduk India yang sebaliknya membentuk 7 peratus daripada 28 juta penduduk di Malaysia.
- Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, semalam, berkata polis kini telah mempunyai maklumat mengenai 'ciri fizikal' para suspek yang menyerang Gereja Metro Tabernacle di Taman Desa Melawati di sini, dengan menggunakan bom-bom buatan sendiri pada Jumaat lalu.
39,046 Warga India Hilang Di Malaysia
Thursday, January 14, 2010
Sejumlah 39,046 warganegara India ‘hilang’ di Malaysia selepas visa pelancongan mereka tamat tempoh dan perkara itu merupakan isu yang membimbangkan bagi negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.Perdana Menteri berkata mereka tidak dapat dikesan daripada rekod Jabatan Imigresen, menurut anggaran yang dibuat pada Jun tahun lepas.
Sumber:NST
- Keadaan itu menyebabkan jabatan itu kurang berminat mengeluarkan visa waktu ketibaan kepada warganegara India kerana kemudahan itu telah disalahgunakan, terutamanya mereka dari Chennai, katanya.
- “Mereka ini yang datang ke Malaysia melalui kemudahan visa waktu ketibaan mungkin telah kembali ke India atau masih berada di negara ini…(mungkin) bekerja di restoran-restoran India.
- “Kami tidak tahu di mana mereka ini berada sekarang…kemungkinan masih berada di Malaysia atas alasan ekonomi,” katanya dalam temu bual dengan para wartawan India yang sedang dalam rangka lawatan ke sini, di pejabatnya di sini kelmarin.
- Najib membayangkan beliau mungkin akan membangkitkan isu itu pada lawatan rasmi tiga hari beliau ke India, bermula 19 Jan.
- Perdana Menteri berkata Malaysia bersikap agak liberal dalam membenarkan sami dan tukang gunting rambut dari India untuk datang dan bekerja di negara ini.
- “Kami mengalu-alukan warganegara India datang melawat ke Malaysia sebagai pelancong. Kami bersikap agak liberal. Kami mahu mereka yang benar-benar tulen. Mereka amat dialu-alukan.
- “Kami bersedia menimbangkan memperkenalkan semula skim visa itu bagi mereka yang datang dari bandaraya seperti Bangalore, Mumbai dan Delhi tetapi bukan dari Chennai. Masalah tinggal melebihi tempoh hanya membabitkan dari Chennai,” katanya.
Wanita Cabar Tindakan Rampas CD Sebut 'Allah'
Wednesday, January 13, 2010
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menetapkan 15 Mac ini bagi sebutan satu permohonan oleh seorang wanita Melanau untuk mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia merampas lapan cakera padat (CD) ceramah Kristian yang mengandungi perkataan 'Allah', demikian lapor sebuah laman berita tempatan.
Sumber:CyNews
- Tarikh itu ditetapkan oleh timbalan pendaftar mahkamah itu, Tuan Nik Mohd Fadli Nik Azlan, dan secara tidak langsung mengulangi satu lagi pusingan pertikaian di mahkamah berhubung penggunaan kalimah 'Allah', kata laporan The Malaysian Insider, semalam.
- Malaysia telah menghadapi satu pertikaian hebat berhubung penggunaan istilah tersebut sejak Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu memutuskan bahawa sebuah akhbar mingguan Katolik berhak, dari sudut perlembagaan negara itu, untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam ruangan bahasa Melayunya sebagai pengganti kepada perkataan 'God'.
- Keputusan itu mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan beberapa golongan penduduk Islam di sana, hingga berlakunya serangan bom dan tindakan merosak lapan buah gereja sejak Jumaat lalu.
- Dalam kes terbaru, pemohon mendakwa bahawa lapan CD yang dirampas itu adalah untuk kegunaan peribadinya.
- Terbitan CD dalam bentuk audiovisual itu mengandungi kalimah 'Allah'.
- Cik Jill Ireland Lawrence Bill, 27 tahun, anggota Sidang Injil Borneo (SIB), pada Mei tahun lalu diberi izin memulakan satu prosiding semakan semula kehakiman terhadap KDN dan kerajaan Malaysia, sebagai responden.
- Cik Ireland mahu satu arahan certiorari untuk menolak keputusan yang membolehkan KDN merampas lapan CD itu.
- Beliau juga mahu lapan CD-nya itu dipulangkan, serta mengisytiharkan bahawa beliau pemiliknya yang sah dan boleh menggunakan dan mengimport bahan yang mengandungi kalimah 'Allah' itu, lapor The Malaysian Insider.
- Pada 11 Mei lalu, KDN merampas lapan CD itu di bawah Seksyen 9 (1) Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 apabila Cik Ireland, seorang kerani, mendarat di Terminal Penerbangan Kos Rendah (LCCT) Sepang.
- Antara lain, ia mengandungi tajuk, 'Cara Menggunakan Kunci Kerajaan Allah', 'Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah' dan 'Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah', yang dibawanya dari Indonesia.
- Cik Ireland, seorang bumiputera Sarawak beragama Kristian, mendakwa beliau mengunakan perkataan 'Allah' dalam doa, sembahyang dan pendidikan agamanya.
- Menurutnya, beliau menerima surat bertarikh 7 Julai lalu daripada KDN, yang menggariskan sebab-sebab tindakannya merampas lapan CD itu, termasuk alasan bahawa ia satu ancaman kepada keselamatan negara kerana menggunakan kalimah yang dilarang dan melanggar garis pandu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
- Sementara itu, akhbar Berita Harian Malaysia (BHM) melaporkan bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, mengarahkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) supaya teguh dengan pendiriannya untuk mengharamkan penggunaan kalimah 'Allah' oleh golongan bukan Islam, bagi memelihara akidah umat Islam dan keharmonian beragama.
19,055 Keping MyKad Di S’wak Belum Di Tuntut
Tuesday, January 12, 2010
Sebanyak 19,055 keping MyKad di Sarawak belum dituntut oleh pemohonnya sejak 2006 hingga 2009.Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Ahmad Khazali pada sidang media sempena Operasi Bersepadu Penyerahan MyKad Yang Tidak Dituntut semalam berkata Kuching mencatat jumlah tertinggi, iaitu sebanyak 4,035 keping MyKad belum ditutut, diikuti Miri sebanyak 3,083.
Sumber:Borneo Post
- Manakala menurut beliau kawasan Petra Jaya di Kuching mencatat jumlah sebanyak 1,351 dan menunjukkan jumlah ketiga tertinggi di Sarawak.
- Katanya, ini diikuti Sibu dan Bintulu yang masingmasing mencatat jumlah 341 dan 1,126.
- Sementara itu, Pengarah Imigresen Negeri Sarawak Datu Robert Lian berkata terdapat juga penduduk di kawasan pedalaman seperti Bario dan Ba’kelalan masih belum menuntut MyKad mereka.
- “Jumlah yang dikenal pasti adalah sebanyak sembilan di Bario dan empat di Ba’kelalan,” katanya.
- Sehubungan itu, kata kakitangan Jabatan Imigresen di kawasan pedalaman akan bekerjasama dengan pihak JPN dalam opersasi tersebut.
96 Kedutaan Asing Telah Dimaklumkan Tentang Kes Kalimah 'Allah'
Tuesday, January 12, 2010
Lapan gereja diserang sama ada dengan bom petrol atau dirosakkan sejak Jumaat lalu, menyusuli keputusan mahkamah membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah'.
Sumber: CyNews, isiukm.blogspot.com
- Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam, telah memaklumkan kepada 96 kedutaan asing di Malaysia semalam bahawa keadaan berikutan kes pembakaran gereja terkawal.
- Beliau juga mempertahan pendirian kerajaan tidak membenarkan golongan bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah' walaupun kalimah itu digunakan secara meluas oleh golongan Kristian di Indonesia dan Timur Tengah.
- 'Mereka tidak faham keadaan di sini, mereka hanya ingin tahu mengapa ia dibenarkan di negara-negara lain tetapi bukan di sini,' kata beliau kepada wartawan.
- Dalam masa yang sama Pemuda Umno menolak tuduhan pihak tertentu bahawa insiden cuba membakar gereja sekitar Lembah Klang Jumaat lalu dilakukan ahlinya.
- Exco pergerakan itu, Encik Ali Mazat Salleh, berkata kejadian tersebut berlaku selepas keputusan penghakiman dibuat tanpa mengambil kira sensitiviti agama Islam, tetapi ia tidak bermakna perbuatan itu dilakukan ahli Umno.
- 'Kita tidak boleh menuding jari kepada mana-mana pihak kerana kita sendiri tidak tahu siapa melakukannya. Ini soal agama dan agama Islam bukan saja untuk orang Umno, malah pertubuhan lain seperti Pertubuhan Cina Muslim juga ahlinya beragama Islam.
- 'Jadi, soal kalimah Allah ini soal agama, bukan soal parti politik. Sebagai Exco Pemuda Umno, saya tolak sama sekali tuduhan oleh mana-mana pihak bahawa tindakan membakar gereja ini kerja orang Umno,' katanya.
- Encik Ali Mazat berkata demikian selepas menyertai bantahan aman berhubung penggunaan kalimah 'Allah' oleh akhbar mingguan Herald - The Catholic Weekly oleh kira-kira 200 ahli Pemuda Umno bahagian Kulai, yang diketuainya, di sini, kelmarin.
- Beliau turut berkata bantahan itu menunjukkan sensitiviti generasi muda terhadap isu tersebut, sekali gus menafikan dakwaan bahawa golongan muda bersikap tidak peduli.
- Semalam, sebahagian pintu depan Gereja Sidang Injil Borneo di Lakeview Square di Seremban 2, dekat sini, didapati terbakar pada 8.30 pagi. Ini disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abdul Manan Mohd Hassan.
Kes Bakar Lelaki India Di Australia Merungsingkan
Monday, January 11, 2010
Polis Australia semalam menyiasat kes seorang lelaki keturunan India yang dimasukkan ke sebuah hospital di Melbourne selepas melecur parah akibat diserang empat orang yang membakar tubuhnya sebelum melarikan diri.
Sumber: CyNews
- Dalam serangan Sabtu lalu itu, Encik Jaspreet Singh, 29 tahun, sedang meletak keretanya apabila beliau dihampiri empat lelaki yang menolaknya sehingga tersandar pada keretanya.
- Mereka kemudian menyimbah petrol ke tubuh Encik Singh dan menyalakan api, kata polis Victoria.
- Akibat kebakaran itu, lengan, dada dan muka mangsa melecur, kata polis. Beliau dimasukkan ke hospital dalam keadaan serius tetapi mantap.
- Kejadian itu berlaku seminggu selepas seorang pelajar warga India, Encik Nitin Garg, 21 tahun, mati akibat ditikam di perut sewaktu hendak pergi kerja di sebuah restoran lewat malam.
- Hubungan Australia dengan India menjadi tegang ekoran pembunuhan pelajar itu.
- New Delhi memberi amaran bahawa hubungan diplomatik akan terjejas kecuali Australia bertindak tegas bagi melindungi rakyat India di negara itu.
- Tengkarah tersebut diburukkan lagi oleh reaksi lantang akhbar-akhbar India, dengan Mail Today menyiarkan kartun yang menyamakan polis Australia dengan kumpulan pelampau kulit putih, Ku Klux Kla (KKK).
- Tindakan akhbar itu dikecam Pemangku Perdana Menteri Australia, Cik Julia Gillard, yang menyifatkannya sebagai 'amat menyinggung'.
- Walau macam mana pun, semalam, Pemangku Menteri Luar Australia, Encik Simon Crean, mengalu-alukan kenyataan jurucakap Kementerian Luar India, Encik Vishnu Prakash, yang menasihati akhbar dan media India agar 'mengawal emosi berhubung isu yang sensitif ini'.
1 Lagi Cubaan Membakar Gereja Dengan Melempar Bom Api Di Perak
Sunday, January 10, 2010
Walau pun Datuk Seri Hishammuddin menafikan tiada lagi kes bakar gereja, namun pagi ini dua insiden yang merupakan cubaan yang sama telah berlaku di Taiping, Perak.Dua insiden cubaan membakar berlaku membabitkan gereja All Saints dan sebuah sekolah di taiping awal hari ini selepas dilempar dengan bom api, kata Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah
- Tiada kerosakan pada gereja yang terletak di Jalan Taming Sari, Taiping itu tetapi hanya kerosakan kecil dilaporkan pada pos pengawal Sekolah Menengah Convent, katanya.
- Insiden itu hanya disedari penjaga gereja itu pada pukul 7.30 pagi, katanya ketika dihubungi hari ini.
- Polis yang membuat siasatan selepas menerima aduan mendapati dua kesan tompok hitam di dinding gereja serta menemui dua botol yang telah pecah dipercayai digunakan dalam kejadian itu, katanya.
- Dalam kejadian di Sekolah Menengah Convent, hanya pos pengawal sekolah tersebut mengalami kerosakan kecil selepas dilempar dengan molotov cocktail dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi dan disedari oleh pengawal keselamatan sekolah terbabit, katanya.
- Zulkifli berkata, setakat ini belum ada suspek yang ditahan berikutan insiden itu dan polis sedang menyiasat serta mengambil bahanbahan bukti yang ditemui di tempat kejadian.
- Katanya siasaatan awal polis mendapati kejadian itu dipercayai dilakukan oleh individu yang nakal dan tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan daripada isu yang sedang berlaku sekarang dan bukan dirancang oleh mana-mana organisasi.
- Katanya polis memberi perhatian serius dan meningkatkan pemantauan ke atas rumahrumah ibadat di negeri ini bagi memastikan keadaan terkawal dan menasihatkan orang ramai agar tidak panik.
Bantuan RM500,000 Untuk Gereja Metro Tabernacle yang Terbakar
Sunday, January 10, 2010
Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini yang rosak kerana dibaling bom api bagi membolehkan pihak pentadbiran gereja membangunkan rumah ibadat itu di tempat lain.
Sumber:BERNAMA
- Perdana Menteri berkata ia adalah sebagai tanda simpati kerajaan terhadap apa yang telah berlaku dan peruntukan itu akan disalurkan kepada pihak Assembly of God agar mereka dapat membangunkan gereja di kawasan baru.
- "Ini adalah sokongan kerajaan...ini adalah tanda keikhlasan kerajaan dan saya harap semua pihak akan bersikap tenang".
- "Kerajaan amat komited untuk menjaga keadaan yang harmoni dan hubungan yang baik antara kaum dan agama di dalam negara kita," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerosakan yang dialami oleh gereja itu dan pengumuman itu disambut dengan tepukan oleh ramai yang hadir.
- Najib dengan diiringi beberapa orang menteri kabinet dan timbalan menteri menghabiskan masa 15 minit di tingkat bawah bangunan yang menempatkan gereja itu dan menyaksikan sendiri beberapa kemusnahan seperti peralatan pejabat, akibat lontaran bom api.
- Lebih 1,000 orang yang terdiri daripada ahli gereja serta penduduk setempat berebut-rebut untuk bersalaman dengan Perdana Menteri sebaik beliau selesai meninjau kerosakan di gereja itu selepas tiba di situ pukul 5 petang.
- Najib berkata lawatan beliau ke tempat itu menunjukkan betapa kerajaan memandang serius insiden itu.
- "Perbuatan seperti membakar tempat orang lain beribadah dalam agama yang lain adalah satu perbuatan yang sangat terkutuk...bukan sahaja di sisi undang-undang negara... segi agama Islampun kita dilarang oleh agama untuk melakukan perbuatan seperti ini.
- "Dalam Surah Al An'am Ayat 108, Allah berfirman " Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan."
- Najib berkata ayat ini membawa pengertian bahawa apa-apa tindakan seperti memaki hamun, merosakkan apa-apa yang berkaitan dengan kepercayaan dan anutan agama lain adalah merupakan perkara-perkara yang ditegah dan dilarang oleh agama Islam. Justeru Perdana Menteri berharap agar semua pihak tidak melakukan perkara yang ditegah itu.
- "Supaya ianya melambangkan bukan sahaja kita sebagai umat Islam mesti merupakan umat yang terbaik tapi kita juga mesti menunjukkan kita adalah warganegara Malaysia yang bertanggungjawab dan ingin hidup dalam keadaan rukun serta aman damai dan harmoni di antara pelbagai kaum dan agama dalam negara kita," kata Perdana Menteri.
- Ditanya tentang usaha kerajaan melakukan yang terbaik bagi mencari jalan penyelesaian kepada isu ini, sedangkan ada pula pihak yang masih melemparkan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan, Najib berkata pihak-pihak ini ada agenda politik.
- "Ialah dia tuduh ini orang kata spinning. Mereka cuba menuding jari kerana mereka ada agenda politik. Jadi saya mengutuk cara seperti ini sebab kita tak boleh mempolitikkan insiden atau perkara-perkara seperti ini.
- Kita mesti mengambil sikap bahawa kita mesti bertanggungjawab untuk menenangkan keadaan dan untuk mencari penyelesaian terbaik," katanya.
- Ditanya sama ada kerajaan akan turut memberikan peruntukan kepada gereja-gereja lain yang terlibat dalam serangan Najib berkata "Tempat ini (Gereja Metro Tabernacle) dulu kerana inilah tempat yang paling berat sekali (mengalami kerosakan)."
- Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut meninjau kerosakan gereja itu berkata, beliau percaya pihak yang sanggup melakukan perbuatan itu adalah mereka yang jahil tentang Islam dan sama sekali tidak melambangkan ajaran agama Islam yang sebenar.
- "Ini bercanggah dengan ajaran agama Islam yang melarang umatnya mengganggu rumah ibadat agama lain seperti gereja semasa perang ataupun aman. Islam tidak mengajar begini (menyerang gereja) saya tidak tahu orang yang buat perkara seperti ini sembahyang atau tidak," katanya yang melawat gereja pada masa yang berasingan.
- Justeru PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu yang hanya mencemar Islam dan merosakkan keharmonian antara agama di negara ini.
- Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat yang turut melawat gereja itu berkata kejadian itu sama sekali tidak menggambarkan suara rakyat Malaysia, sebaliknya ia dilakukan oleh individu yang cuba mengambil kesempatan dari perselisihan pendapat yang berlaku antara penganut agama Islam dan Kristian.
- "Dalam tempoh 24 jam kejadian itu berlaku, saya menerima pelbagai pendapat yang dihantar ke blog, Facebook dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dari mereka yang beragama Islam dan bukan beragama Islam."
- "Ini menunjukkan semua rakyat Malaysia inginkan keamanan dan kita tidak harus membiarkan kejadian ini merosakkan apa yang sudah kita bina bersama selama ini," katanya.


