Senario Pidato Perdana Rakyat Di Kg Roun Tuaran Dari Kacamata Blogger Solymone
Sunday, February 28, 2010
Pekan Tuaran
Petang tadi, kira-kira jam 6.30 petang saya telah menghadiri perhimpunan pidato perdana bertempat di perkarangan rumah Datuk Kalakau Untol di kg Roun Tuaran . Dalam kiraan saya, perhimpunan tersebut telah di hadiri oleh Lebih kurang 1200 orang penduduk tempatan dan luar daerah. Termasuk beberapa orang pegawai-pegawai polis dari cawangan khas Pusat dan Tuaran.

Petang tadi, kira-kira jam 6.30 petang saya telah menghadiri perhimpunan pidato perdana bertempat di perkarangan rumah Datuk Kalakau Untol di kg Roun Tuaran . Dalam kiraan saya, perhimpunan tersebut telah di hadiri oleh Lebih kurang 1200 orang penduduk tempatan dan luar daerah. Termasuk beberapa orang pegawai-pegawai polis dari cawangan khas Pusat dan Tuaran.
- Pada saya, kehadiran pehak polis ini ada lah untuk memantau keselamatan disamping mengumpul maklumat untuk di lapur ke Ibu Pejabat mereka.
- Selain dari itu, beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat tempatan dan Nasional juga telah dijemput hadir. Antara yang saya kenali ada lah Hj Ansari, Tarmin, Dr Jeffry, Edward Linggu, Dr Chong Eng Liong,Pajudin Nordin, John Ghani, Halik Zaman, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rombongan. Dan beberapa orang pemerhati dari golongan Liga Bebas ( saperti saya dan Dr Saijan Samit).
- Antara Mereka yang telah berucap pada petang tadi ada lah terdiri dari Wakil PAS, Hj Ansari, Datuk Kalakau Untol dan di akhiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Saperti biasa, kebanyakan isi kandungan ucapan mereka berkisar kepada isu kelemahan kerajaan BN, terutama sekali UMNO. Antara lain yang mereka tekan ada lah gejala rasuah pemimpin UBN, campur tangan kerajaan UBN dalam sistem mahkamah negara dan Hak-hak rakyat Sabah dalam Malaysia menerusi ‘Point 20’ yang telah hampir-hampir dimansuh kan oleh kerajaan masa kini.
- ‘Off Course’ mereka juga telah ketengahkan bahawa betapa perlu nya parti pembangkang di beri peluang untuk memerentah kerajaan Malaysia selepas PRU13 nanti.
- Dalam pada itu, saya juga telah membuat kajian ringkas mengenai pendapat mereka yang hadir tentang kes Sodomy Anwar.
- Kebanyakan mereka tidak setuju kes Anwar di besar-besarkan di mahkamah. Kerana kata mereka, kes ini telah disalah gunakan untuk mengaibkan Anwar daripada mencari keadilan sebenar nya. Kes ini, sepatutnya di adili di mahkamah anak negeri atau pun Syariah, tambah mereka.
- Agak menarik juga, bilamana Kalakau dengan tegas dan berani menyentuh perkiraan; sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kerajaan nanti, PKR akan mengulang kaji beberapa perkara penting untuk rakyat Sabah dalam ‘point 20’.
- Antara lain, keperluan untuk memansuhkan agama rasmi di Malaysia ini.
- Pasti nya kita akan mendengar lagi pidato-pidato serupa ini dari Kalakau Untol di Kota Marudu nanti...
- Pada akhir upacara, dikatakan seramai 500 orang ahli PBS menyertai PKR.
Majlis Perunding Melayu Di Bentuk
Sunday, February 28, 2010
PRESIDEN PERKASA, Datuk Ibrahim Ali (kanan) bersama ketua NGO yang hadir pada Pelancaran Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan Menandatangani Watikah Pengisytiharan oleh wakil-wakil NGO di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam.
Demi menjaga kepentingan bangsa, agama dan negara, 76 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu peringkat negeri dan kebangsaan hari ini bergabung di bawah satu payung yang dinamakan sebagai Majlis Perundingan Melayu (MPM).
Sumber: Utusan Malaysia
- Menurut Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, MPM ditubuhkan demi menjaga maruah penduduk bumiputera terutamanya orang Melayu.
- “Semakin jelas nampaknya berlaku tekanan terhadap hak dan keistimewaan orang Melayu di tanah air sendiri dan juga kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
- “Bukan itu sahaja, MPM juga berperanan sebagai benteng yang mempertahankan kedudukan dan kedaulatan Kesultanan Melayu yang sering dipertikaikan,” jelas Ibrahim yang juga antara pengasas MPM.
- Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran MPM dan juga majlis Menandatangani Watikah Pengisytiharan oleh wakil-wakil NGO yang menganggotai MPM di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini hari ini.
Akibat Gempa Bumi Di Chile, Paras Air Laut Di Sabah DiJangka Naik Hari Ini ?
Sunday, February 28, 2010
Berikutan kejadian gempa bumi kuat berukuran 8.8 berskala Richter 90 km dari timur laut bandar Conception, Chile kira-kira pukul 3.34 pagi waktu tempatan (2.43 petang waktu Malaysia) Sabtu.Oleh itu, penduduk di kawasan pantai selatan Sabah dinasihatkan menjauhi pantai kerana terdapat kemungkinan akan berlaku keadaan laut bergelora dan kenaikan paras laut bermula 12 tengah hari sehingga 6 petang hari ini, menurut kenyataan akhbar Jabatan Meteorologi Malaysia.
Sumber: mStar
PRU Sarawak: PR Setuju Satu Lawan Satu ?
Saturday, February 27, 2010

Pakatan Rakyat telah bersetuju agar semua pertandingan dalam pilihanraya negeri Sarawak yang akan datang adalah pertembungan satu lawan satu antara Pakatan dengan BN.
Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, Pakatan telah mula membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya negeri itu yang dijangka diadakan beberapa bulan akan datang, kemungkinan antara bulan Jun dan Julai ini.
- Pilihan raya negeri Sarawak – yang terakhir berlangsung pada 2006 – mesti diadakan dalam tempoh 16 bulan ini. Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak mengadakan pilihanraya negeri serentak dengan pilihanraya Parlimen.
- Saifuddin berkata, strategi satu lawan satu itu – yang telah menghasilkan kemenangan besar kepada pembangkang dalam pilihanraya umum 2008 – akan digunakan dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini.
- “PKR, DAP dan PAS pada prinsipnya telah bersetuju dengan pertandingan satu lawan satu dengan BN. Kita pastinya berharap ia akan memberi impak yang besar kali ini,” katanya kepada Malaysiakini.
- Tsunami politik pada 2008 menyaksikan lima negeri di Semenanjung jatuh ke tangan pembangkang serta menafikan BN penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen.
- Sarawak mempunyai 71 kerusi negeri, dengan 62 daripadanya dikuasai oleh BN. Manakala DAp, Parti Cinta Malaysia yang baru ditubuhkan dan Bebas, menang sembilan kerusi.
- Pilihan raya umum 2008 telah menyaksikan berlakunya beberapa pertandingan tiga penjuru yang membabitkan parti-parti Pakatan di Sabah dan Sarawak.
- Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang berkata, perkara itu telah dibincangkan oleh majlis presiden Pakatan pada hari Isnin.
- Majlis itu, kata beliau, seterusnya akan menumpukan kepada perbincangan mengenai pilihan raya negeri Sarawak, khususnya mengenai strategi pertandingan satu lawan satu, serta memanfaatkan jentera pilihan raya bersama.
MB Perak Saman Wan Azizah RM100 Juta ?
Saturday, February 27, 2010

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kelmarin memfailkan saman RM100 juta ($41 juta) terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan tiga lagi berhubung dakwaan penerbitan satu artikel berbaur fitnah di akhbar bulanan parti itu, Suara Keadilan.
Artikel yang didakwa memfitnah Menteri Besar Perak itu bertajuk 'Zambry Disyaki Pengganas - Gagal Masuk Ke Amerika Syarikat' yang diterbitkan oleh akhbar parti pembangkang itu bagi edisi bertarikh 29 Disember 2009 hingga 5 Januari 2010.
Sumber: CyNews,Utusan Malaysia.
Artikel yang didakwa memfitnah Menteri Besar Perak itu bertajuk 'Zambry Disyaki Pengganas - Gagal Masuk Ke Amerika Syarikat' yang diterbitkan oleh akhbar parti pembangkang itu bagi edisi bertarikh 29 Disember 2009 hingga 5 Januari 2010.
- Dr Zambry, selaku plaintif mendakwa artikel tersebut sengaja direka bagi memburuk, mencemar dan mempersendakan reputasinya sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
- Beliau menamakan Majlis Pimpinan Pusat parti itu, Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali, yang juga editor Suara Keadilan sebagai defendan pertama dan kedua.
- Penerbit akhbar bulanan tersebut, Pelita Koridor Sdn Bhd, dan syarikat pencetak, Percetakan NPK Sdn Bhd, turut dinamakan sebagai defendan ketiga dan keempat.
- Menurut pernyataan tuntutan, plaintif yang juga Ketua Umno Bahagian Lumut mendakwa artikel tersebut mengandungi perkataan-perkataan fitnah, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat.
- Perkataan berunsur fitnah itu difahami bertujuan membawa maksud bahawa beliau merupakan seorang yang disyaki pengganas dan dihalang memasuki Amerika kerana terlibat dalam aktiviti keganasan.
- Dr Zambry sebaliknya menegaskan, beliau tidak pernah dihalang memasuki Amerika.
- Malahan, beliau telah dibenarkan memasuki negara itu dan diberi pengiktirafan yang sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak.
- Katanya, lawatan beliau ke Amerika mendapat liputan meluas media dan pihak defendan telah menyiarkan kata-kata berunsur fitnah itu dengan sengaja.
- Beliau turut menyatakan, artikel tersebut sengaja dicetak dengan ketara di halaman utama belakang akhbar itu bagi menarik perhatian pembaca sekali gus mengakibatkan dirinya terpaksa menanggung malu.
- Perkataan-perkataan yang digunakan dalam artikel itu juga jelas serius dan didakwa mendatangkan kesengsaraan terhadap plaintif dan keluarganya.
- Menurut beliau lagi, penerbitan artikel itu telah melukakan perasaannya, mencemarkan reputasi awam, peribadi dan politiknya dengan begitu teruk serta telah terjerumus kepada skandal awam, kebencian dan penghinaan.
K'jaan Pusat Tetap Dengan Pemberian Wang Ihsan Dan Bukannya Royalti Minyak
Friday, February 26, 2010

Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kerajaan Pusat tetap mahu memberi wang ihsan kepada Kelantan kerana yakin ada rakyatnya yang mahu menerima pemberian berkenaan dan akan memastikan bantuan itu dibuat secara telus kepada golongan yang layak menerimanya.
Perdana Menteri berkata Kerajaan Pusat akan tetap dengan pendiriannya berhubung pemberian wang ihsan dan bukannya royalti minyak seperti yang didakwa kerajaan Kelantan pimpinan PAS.
Sumber:,mStar, BERNAMA
Perdana Menteri berkata Kerajaan Pusat akan tetap dengan pendiriannya berhubung pemberian wang ihsan dan bukannya royalti minyak seperti yang didakwa kerajaan Kelantan pimpinan PAS.
- Mustapa juga berkata kerajaan pusat juga bersetuju untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri dalam jawatankusa itu untuk memantau pengagihan wang ihsan yang disalurkan terus kepada rakyat.
- Beliau berkata dengan pelantikan pegawai daripada kerajaan negeri pimpinan PAS, ia dapat membendung daripada dakwaan serta tomahan palsu terhadap agihan wang ihsan terhadap pusat.
- "Kita mahu tunjukkan bahawa pusat jujur dalam membantu rakyat Kelantan. Kita nak tunjuk bahawa kita tidak ada agenda apa-apa pun. Kita nak berikan wang ihsan kepada rakyat Kelantan secara telus dan terus," katanya.
- Semantara itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan, yang berjumlah RM20 juta tersebut.
Belia Sabah Harus Mengubah Minda Dalam Memilih Pekerjaan?
Friday, February 26, 2010

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun berkata,golongan belia di Sabah tidak perlu berhijrah jauh mencari pekerjaan kerana banyak peluang pekerjaan yang boleh diperolehi di negeri sendiri.
Apa yang penting ialah belia harus mengubah minda dan tidak terlalu memilih pekerjaan.
Sumber: NST
- “Banyak peluang pekerjaan di sini, contohnya dalam sektor perladangan dan pembinaan yang kebanyakannya dimonopolikan oleh ratusan ribu orang pekerja warga asing, kerana orang tempatan kurang berminat dalam bidang itu.
- “Sebenarnya banyak peluang pekerjaan di Sabah tetapi kenapa belia dari negeri ini sanggup merantau jauh untuk mencari pekerjaan gaji pun lebih kurang sama, di sana (Semenanjung) kos sara hidup lagi tinggi berbanding di sini,” katanya.
- Beliau berkata demikian selepas majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Kolej Antarabangsa Teknologi Cosmopoint, di sini, kelmarin.
- Masidi mengulas laporan akhbar baru-baru ini yang menyatakan terdapat golongan belia dari Sabah yang terkandas di Semenanjung Malaysia.
- Sebuah akhbar tempatan mengesahkan terdapat ramai penduduk negeri ini merempat dan menganggur di Kuala Lumpur berdasarkan tinjauan di ibu negara itu. wartawan berkenaan menemui kira-kira 15 penduduk dari Sabah dan tiga dari Sarawak tinggal di salah satu pusat badan bukan kerajaan yang menyediakan makanan percuma kepada mereka yang tidak berumah di sana.
- Difahamkan jumlah rakyat Sabah yang hidup merempat di Kuala Lumpur mungkin mencecah 400 orang.
- Menurut laporan itu, kebanyakan mereka yang datang ke Sememanjung adalah sama ada mengikuti ejen pengambilan pekerja swasta dan akhirnya ditipu ejen atau mengikuti rakan dari Sabah tetapi berhenti atau diminta berhenti kerja disebabkan masalah termasuk penglibatan masalah sosial.
- Masidi turut menasihati para pencari kerja supaya tidak terlalu mengharap untuk bekerja dalam sektor awam sebaliknya mencari peluang dalam sektor swasta yang lebih banyak menawarkan peluang pekerjaan.
- “Peluang pekerjaan dalam jabatan kerajaan, memang ada, tetapi peluangnya tipis kerana saingan dalam sektor ini amat tinggi,” katanya.
Wan Azizah Layak Diberi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik 2010?
Friday, February 26, 2010

Datuk S. Nallakaruppan, yang juga bekas rakan karib Datuk Seri Anwar, secara sinis mencadangkan anugerah 'Pelakon Wanita Terbaik 2010' atas kehebatan 'lakonannya' ketika berhadapan dengan rakyat.
Beliau menyatakan kesediaan mengemukakannya kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, untuk dipertimbangkan.- Beliau berkata, anugerah itu kelak akan mampu menaikkan lagi reputasi Wan Azizah bagi membolehkannya menerima tawaran lumayan dari Hollywood.
- 'Saya amat yakin kelak Wan Azizah mampu meraih 'Anugerah Academy' di Hollywood,' katanya di sini kelmarin.
- Datuk Nallakarupan mengulas kenyataan Wan Azizah dalam satu akhbar Australia baru-baru ini yang menyifatkan perbicaraan kes liwat suaminya merupakan sebahagian daripada usaha menamatkan karier politik Ketua Pembangkang itu.
- Dakwa beliau, Wan Azizah seorang wanita yang hebat kerana boleh melalui kes dakwaan berkaitan moral suaminya.
- Malah, dakwa beliau lagi, Presiden PKR itu juga berada pada satu tahap melebihi wanita lain di Malaysia kerana boleh melakukan apa sahaja demi menjaga kepentingan kerjaya suaminya.
- 'Wan Azizah kena tahu bahawa bukan semua isteri seperti beliau yang boleh menerima keadaan sedemikian. Ramai kalangan wanita di Malaysia tidak boleh terima dengan senang hati.
- 'Mereka juga tidak akan berpura-pura hanya sebab kepentingan kerjaya suami mereka. Hanya Wan Azizah sahaja yang sanggup buat semua ini,' katanya.
- Datuk Nallakaruppan percaya kesanggupan Wan Azizah itu berpunca daripada keyakinannya untuk mencapai cita-citanya satu hari kelak.
- 'Saya kasihan dengan mereka yang masih percaya dengan lakonan dan sandiwara Wan Azizah,' katanya.
- Mengenai perbicaraan Datuk Seri Anwar, Datuk Nallakaruppan berkata, bekas sahabat karibnya itu sepatutnya menjadi seorang lelaki budiman dengan berhadapan segala pertuduhan yang dikemukakan.
- 'Mangsa membuat laporan dan pendakwaan kata ada bukti. Kalau lelaki yang gentleman, dia bukan saja akan hadapi perbicaraan tetapi berharap ia dijalankan secepat mungkin kerana itu penting bagi membersihkan namanya,' ujarnya.
k'jaan Digesa Bangun Serentak Sistem Pengangkutan Bandar Dan Luar Bandar
Thursday, February 25, 2010
Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) hari ini menggesa kerajaan supaya membangunkan serentak sistem pengangkutan awam di bandar dan luar bandar bagi menjimatkan subsidi bahan api dengan lebih banyak.- Sehingga kini, kerajaan hanya mengumumkan program bagi menambah baik sistem pengangkutan awam di bandar dan tidak menyatakan sebarang program bagi sektor luar bandar, kata Presiden Fomca Datuk N. Marimuthu.
- Katanya pengangkutan awam langsung tidak ada di sesetengah kawasan di luar bandar dan jika pun pengangkutan awam disediakan, jadual perjalanannya tidak tetap manakala kenderaan yang digunakan pula adalah bas dan teksi lama.
- Beliau memberitahu bahawa ketika ini hanya 20 peratus daripada penduduk Malaysia yang menggunakan pengangkutan awam disebabkan jadual tidak tetap, kekurangan bas dan kereta api serta perkhidmatan yang lemah.
- Dalam tempoh kira-kira 10 tahun akan datang, sekiranya 50 peratus daripada penduduk Malaysia dapat menggunakan pengangkutan awam, negara akan memperoleh manfaat yang sangat besar melalui pengurangan pelepasan karbon dioksida serta mengatasi kesesakan lalu lintas selain menjimatkan subsidi bahan api, katanya.
- Beliau mencadangkan subsidi silang bagi pengendalian pengangkutan awam, di mana sektor bandar yang lebih menguntungkan dapat memberi subsidi kepada kawasan luar bandar, dan menggesa kerajaan supaya mengkaji model yang sedia ada di dunia, terutamanya sistem di Jepun dan Singapura, untuk mengadakan sistem yang sesuai bagi Malaysia.
Klinik 1Malaysia Perlu maklum Balas Orang Ramai
Thursday, February 25, 2010

Dalam Bajet 2010, Najib telah mengumumkan penubuhan Klinik 1Malaysia yang baru di seluruh negara bernilai RM10 juta yang diilhamkan dalam semangat "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" untuk memberikan rawatan kesihatan segera kepada semua rakyat Malaysia di kawasan-kawasan perumahan yang memerlukan perkhidmatan mudah.
Sumber: MStar, Bernama
- Penduduk yang tidak berupaya mendapatkan rawatan daripada klinik swasta sama ada kerana klinik-klinik itu jauh dari tempat tinggal mereka atau kerana perkhidmatan yang terlalu mahal, kini mempunyai alternatif yang praktikal dengan adanya Klinik 1Malaysia.
- Klinik yang ditempatkan dengan strategik dan dibuka setiap hari selama 12 jam dari 10 pagi hingga 10 malam itu menyediakan rawatan yang berkualiti untuk hanya RM1 manakala RM15 bagi penduduk bukan rakyat Malaysia.
- Disamping itu Najib mahu orang ramai yang pernah mendapatkan perkhidmatan di Klinik 1Malaysia supaya berkongsi pendapat mengenai pengalaman mereka.
- Beliau juga menggalakkan orang ramai mengemukakan komen menerusi blog beliau di www.1malaysia.com tentang bagaimana kerajaan dapat menambah baik lagi konsep klinik tersebut.
- Najib berkata setakat ini, Klinik 1Malaysia yang dibuka sejak 28 Disember tahun lepas, iaitu yang pertama di Lembah Pantai dan 50 lagi di kawasan perbandaran terpilih, begitu popular sekali di kalangan penduduk.
K’jaan Usaha kurangkan kos Bina Hospital ?
Wednesday, February 24, 2010

Kerajaan mahu mengurangkan kos pembinaan hospital di negara ini sehingga satu pertiga tanpa mengabaikan kualiti dan kemudahan yang disediakan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.Sebagai contoh kata beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan agar penanda aras bagi setiap katil harus diletakkan pada RM500,000 berbanding RM1.5 juta sekarang.
Sumber: Borneo Post, Bernama
- Kos setiap katil itu dikira berdasarkan jumlah kos keseluruhan pembinaan hospital dan dibahagikan dengan jumlah katil yang disediakan, katanya kepada pemberita selepas melancarkan persidangan antarabangsa ‘Continuing Professional Development’ bertema “Ke Arah Kejururawatan Bertaraf Dunia”, di sini semalam.
- “Jika kos setiap katil sangat tinggi maka anda terpaksa mengenakan bayaran yang tinggi juga atau mengalami kerugian…dan dalam kes hospital kerajaan akan melibatkan duit pembayar cukai,” katanya.
- Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang terpaksa ditanggung kerajaan apabila membina hospital baru sambil berkata soalan tersebut wajar diaju kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
- Koh berkata penyedia perkhidmatan kesihatan wajar mengutamakan nilai wang, mengurangkan kos dan mengurangkan kemewahan yang tidak perlu selaras dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan.
- “Penekanan kedua adalah pembangunan manusia… bermakna adalah lebih baik (bagi penyedia perkhidmatan kesihatan) untuk berbelanja ke atas kepakaran tenaga kerja berbanding ‘batu bata’,” katanya.
- Beliau berkata kerajaan sekarang memberi penekanan terhadap nilai bagi wang yang dibelanja dan kualiti sumber manusia dalam perkhidmatan kesihatan.
- Koh juga berkata Malaysia masih perlu mengeluarkan lebih ramai jururawat dan paramedik pada pelbagai peringkat, terutamanya untuk memenuhi keperluan Klinik 1Malaysia.
- “Jika dibuat perbandingan, kita mempunyai sekitar 150,000 petugas dalam perkhidmatan kesihatan kerajaan iaitu dengan nisbah lima bagi setiap 1,000 penduduk berbanding 1.5 juta di United Kingdom dengan nisbah 24 bagi setiap 1,000 orang,” katanya.
- Koh berkata walaupun begitu Malaysia berjaya muncul sebagai antara pembekal utama jururawat untuk negara- negara lain.
- Justeru beliau mengalualukan inisiatif kolej kejururawatan International College of Health Sciences (ICHS) di Malaysia untuk meluaskan program dengan membina sebuah kampus baru di negara ini dan memperkenalkan ijazah dalam kejururawatan.
- Persidangan sulung selama tiga hari itu diadakan bagi menyediakan wahana untuk warga perkhidmatan kesihatan meningkatkan kemahiran dan kepakaran mereka dalam usaha mengangkat standard profesyen jururawat di negara ini.
- Persidangan itu dihadiri lebih 200 petugas professional dari hospital kerajaan dan swasta serta institusi perkhidmatan kesihatan.
Kerana Kes Kematian Kugan, Hakim lawat Balai Polis Taipan
Wednesday, February 24, 2010
Hakim Mahkamah Sesyen kelmarin melawat Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya, tempat di mana A. Kugan ditahan sebelum dia meninggal dunia di balai polis itu.
Hakim Aslam Zainuddin, yang mendengar perbicaraan seorang konstabel didakwa menyebabkan kecederaan teruk terhadap Kugan, tiba di bilik di mana Kugan ditemui mati, pagi semalam dengan diiringi Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abas dan peguam bela Datuk P.M. Nagarajan serta beberapa anggota polis.
Sumber: Borneo Post, Bernama
Hakim Aslam Zainuddin, yang mendengar perbicaraan seorang konstabel didakwa menyebabkan kecederaan teruk terhadap Kugan, tiba di bilik di mana Kugan ditemui mati, pagi semalam dengan diiringi Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abas dan peguam bela Datuk P.M. Nagarajan serta beberapa anggota polis.
- Bilik itu yang kini dibahagi kepada dua bahagian, yang satunya berukuran enam kaki x 12 kaki (1.8 meter x 3.6 meter), terletak di tingkat dua balai itu.
- Pada Khamis lalu, Abazafree memohon kepada mahkamah agar dapat melihat sendiri keadaan di mana mangsa ditemui.
- Mangsa, Kugan, 23, mati dalam tahanan polis beberapa hari selepas ditahan pada 15 Jan tahun lepas kerana disyaki terlibat dalam kes curi kereta.
- Tertuduh dalam perbicaraan kes itu, Konstabel V. Navindran, 28, mengaku tidak bersalah pada 1 Okt lalu terhadap dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Kugan.
- Navindran, yang diwakili peguam bela Datuk P.M. Nagarajan, didakwa melakukan perbuatan itu di bilik soal siasat pejabat D9, di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya, pada jam 7 pagi, 16 Jan tahun lalu.
- Bagi kesalahan itu, Navindran didakwa mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
- Bagi dua pertuduhan pilihan, Navindran turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera kepada Kugan pada jam 7 pagi dan 4 petang di tempat dan tarikh yang sama.
- Dia didakwa mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Bayar 'Deposit' Rp 500 Juta Jika Nikah Dengan Wanita Indonesia
Tuesday, February 23, 2010
Rakyat asing yang ingin berkahwin dengan wanita Indonesia dikehendaki membayar wang pendahuluan sebanyak 500 juta rupiah , syarat baru diperkenalkan pemerintah republik itu untuk menjaga kebajikan kaum wanitanya.Wang itu yang perlu dibayar kepada sebuah bank Islam tempatan adalah sebagai jaminan nafkah kepada wanita terbabit sekiranya perkahwinan berkenaan berakhir dengan perceraian.
- Syarat itu terkandung dalam Draf Rang Undang-Undang Perkahwinan yang sedang dirangka dan mendapat sokongan kuat Majlis Ulama Indonesia (MUI), lapor berita di laman web dan Jakarta Post.
- Bagaimanapun, syarat itu hanya membabitkan lelaki asing yang mahu mengahwini wanita Indonesia dan tidak kepada lelaki tempatan yang mengahwini wanita asing.
- 'Syarat baru' perkahwinan itu menyusuli kontroversi beberapa hari lalu mengenai cadangan mengenakan denda atau penjara kepada pasangan tidak mendaftarkan diri selepas berkahwin atau lelaki berpoligami walaupun tiada larangan dalam Islam.
- Perkahwinan campur antara wanita Indonesia dengan lelaki asing terutama dari Asia Barat menjadi amalan biasa di negara itu, kebanyakannya membabitkan pelakon dan penyanyi pop.
- Mengikut draf rang undang-undang itu, wang berkenaan dibayar kepada sebuah bank Islam dan akan diberikan kepada wanita terbabit sekiranya suami mengabaikannya dan anak-anak atas sebab yang tidak dinyatakan.
- Wang itu hanya boleh dikeluarkan selepas perceraian dan digunakan untuk memastikan kebajikan keluarga dan anak-anak wanita terbabit sehingga mereka berusia 21 tahun.
- Bagaimanapun, undang-undang itu tidak diguna pakai bagi perkahwinan campur antara lelaki Indonesia dengan wanita asing.
- Dalam kes itu, suami tidak diminta membayar wang dan isteri yang ditinggalkan terpaksa menanggung diri sendiri.
- Ketua MUI, Encik Amidan Kiai Hajj, adalah antara penyokong kuat rang undang-undang itu kerana ia memastikan kebajikan isteri dan anak-anak selepas sesuatu kes cerai.
- Pemimpin Islam itu menyatakan sokongannya berdasarkan beberapa insiden yang berlaku di Kalimantan.
- Di wilayah itu, ramai rakyat Indonesia mengahwini pekerja asing dalam sektor pertanian dan industri yang akan kembali ke negara mereka jika hilang kerja dan meninggalkan keluarga tempatan tanpa sebarang nafkah.
Raja Perempuan Kelantan Diarah Tunjuk Sebab Ingkar Perintah Mahkamah
Tuesday, February 23, 2010
Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, diperintah tunjuk sebab pada 7 Mac ini kerana mengingkari perintah yang membenarkan isteri kedua Tuanku Ismail Petra melaksanakan perintah ex-parte (sebelah pihak) oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 4 Februari lalu.- Hakim Mahkamah Syarie, Encik Mohamed Yusoff Awang, membuat keputusan tersebut di dalam kamar selepas mendengar permohonan interlokutori (permohonan dalam permohonan) Cik Elia Suhana Ahmad, 31 tahun, bersama peguamnya, Encik Fakhrul Azman Abu Hasan, di sini kelmarin.
- Selain Raja Perempuan, dua lagi responden yang dinamakan ialah Encik Mohd Shahrizan Zainal Abidin iaitu pengawal peribadi responden pertama dan Cik Zaiton Hussein Merican, pekerja di Istana Kelantan.
- Menurut Encik Fakhrul Azman, mahkamah telah membenarkan pihak Cik Elia Suhana mendapatkan kerjasama pihak polis untuk melaksanakan perintah tersebut dengan apa cara sekalipun bagi membolehkan responden mendapat hak giliran bersama Sultan Kelantan, yang masih dirawat di Singapura.
- Ketiga-tiga mereka dikehendaki hadir pada masa dan tarikh yang disebutkan bagi menunjukkan sebab mengapa mereka tidak patut dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan.
- Mereka juga boleh didenda tidak melebihi RM2,000 ($828) kerana melakukan kesalahan menghina mahkamah dengan mungkir atau gagal mematuhi perintah ex-parte Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 4 Februari lalu.
- 'Elia Suhana sebelum ini telah mendapat perintah hak giliran eksklusif selama dua hari dalam seminggu, bermula Sabtu 7 pagi sehingga Isnin waktu yang sama oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu.
- 'Tetapi perintah itu tidak dapat dilaksanakan kerana dihalang oleh responden pertama,' katanya.
- Encik Fakhrul Azman berkata demikian kepada pemberita selepas prosiding berlangsung yang turut dihadiri anak guamnya, Cik Elia Suhana, yang kelihatan tenang, berbaju kurung moden dan bertudung ungu.
- 'Sudah enam bulan Elia tidak bertemu suaminya dan kali terakhir pada 12 Februari lalu, beliau tetap dihalang daripada berjumpa suaminya,' katanya.
- Menurut Encik Fakhrul, sebelum ini anak guamnya enggan membawa kes tersebut ke mahkamah tetapi selepas beberapa kali dihalang malah kunjungannya dibuat laporan polis atas alasan menceroboh, tindakan sewajarnyarrnya terpaksa diambil.
- 'Ketika Sultan Kelantan menerima rawatan, Cik Elia Suhana melawat suaminya pada sebelah pagi supaya tidak menimbulkan kekecohan tetapi dia dilaporkan menceroboh, lantas tindakan ini dilakukan untuk mendapatkan haknya,' katanya.
Iklan Isu Royalti Timbulkan Keliruan Dan Cetus Implikasi Baru ?
Tuesday, February 23, 2010

Semalam kerajaan pusat mengiklankan penjelasan isu wang royalti dalam akhbar-akhbar Bahasa Malaysia dengan menyasarkan pendirian Tengku Razaleigh dan juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam iklan satu halaman yang disiarkan di Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan Sinar Harian kerajaan pusat mendakwa kenyataan Tengku Razaleigh berhubung isu bayaran royalti kepada Kelantan hanya perlu dilihat sebagai pendapat peribadi beliau semata-mata.
Sumber: Harakah daily
Dalam iklan satu halaman yang disiarkan di Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan Sinar Harian kerajaan pusat mendakwa kenyataan Tengku Razaleigh berhubung isu bayaran royalti kepada Kelantan hanya perlu dilihat sebagai pendapat peribadi beliau semata-mata.
- Oleh itu, kerajaan pusat berkata sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.
- Walau macam mana pun menurut Tengku Razaleigh Hamzah hari kelmarin, iklan penjelasan tuntutan wang royalti yang disiarkan kerajaan pusat menerusi akhbar-akhbar Bahasa Malaysia semalam menimbulkan lebih banyak implikasi negatif dan kekeliruan berbanding penjelasan.
- Justeru tegas beliau, iklan satu halaman itu sekali gus menunjukkan tiada negeri yang mempunyai hak untuk mendapatkan bayaran tunai ataupun royalti termasuk Sabah dan Sarawak.
- Kata beliau, iklan muka penuh yang diambil oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhujah Kelantan juga tiada hak kepada bayaran minyak di bawah Akta Kemajuan Petroleum kerana sumber minyak yang menjadi persoalan terletak di kawasan tiga batu nautika, yang menafikan hak kesemua negeri.
- “Iklan itu gagal untuk menyatakan bahawa kesemua minyak yang diperoleh di Malaysia ditemui di kawasan pesisir lebih dari tiga batu nautika, dan bagaimanapun Petronas (terus) membuat pembayaran kepada negeri-negeri ini.
- “Dengan hujah yang diturunkan dalam iklan (semalam), Terengganu, Sabah dan Sarawak juga tidak layak menerima bayaran tunai lima peratus (biasanya dan dengan kurang tepat dirujuk sebagai royalti minyak).
- “Kesemua terletak pada budi bicara kerajaan persekutuan,” kata beliau dalam pandangannya dikeluarkan hari ini.
- Pada 28 Jan lalu beliau menegaskan pada satu ceramah perdana bahawa Kelantan layak menerima wang royalti lima peratus.
- Pun begitu kata beliau, pada tahun lalu Petronas telah membayar RM6.2 bilion dalam bentuk bayaran tunai dengan RM3 bilion kepada Terengganu, RM2.3 bilion kepada Sarawak dan RM0.9 bilion kepada Sabah.
- Ahli Parlimen dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang ini menambah, oleh itu ada pihak tertanya-tanya atas dasar apa bayaran itu dibuat memandangkan petroleum hanya ditemui di kawasan luar pesisir tiga batu nautika.
- Oleh itu tegas beliau, hujah untuk menafikan hak Kelantan daripada memperoleh bayaran tunai lima peratus atas dasar minyak berada di kawasan tiga batu nautika sebenarnya “satu penghinaan kepada kebijaksanaan” seseorang.
- Tengku Razaleigh, bekas pengerusi dan pengasas Petronas, menambah bahawa pembayaran wang tunai lima peratus adalah manfaat dinikmati rakyat tetapi telah dinafikan oleh Umno Kelantan selepas 34 tahun bekas perdana menteri Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia.
- Katanya, tiada pihak dengan fikiran waras akan melakukan ini sebagai satu tindakan, yang kononnya akan memanfaatkan kedudukan jangka panjang Umno di Kelantan, malah di mana-mana sahaja orang memerhatikan perbuatan seperti ini.
- “Saya dituduh meletakkan kepentingan negeri berbanding kepentingan parti. Bagaimanapun isu ini melangkaui (kepentingan) Kelantan.
- “Hujah yang diletakkan dalam iklan semalan mengetepikan hak semua negeri dalam soal sumber alam semula jadi, yang merupakan hak kedaulatan mereka,” katanya.
- Ia juga menafikan perjanjian antara Petronas dan negeri-negeri terbabit dan mengetepikan tujuan asal penubuhan syarikat tersebut, kata beliau.
- “Salah satu implikasi segera diturunkan dalam iklan penjelasan rasmi oleh Kementerian Penerangan semalam ialah Terengganu juga tidak layak untuk mendapatkan bayaran minyak (tunai).
- “Ini bermakna selepas memotong kesemua bayaran apabila Terengganu jatuh ke tangan pembangkang (pada 1999) dan digantikan dengan wang ihsan, tiada asas sama sekali bagi janji kerajaan untuk kembali kepada bayaran tunai.
- “Kesemua minyak Terengganu ditemui jauh di kawasan pesisir pantai,” katanya.
- Disebabkan itu menurut beliau, apa yang terpakai kepada Kelantan juga diguna pakai ke atas Terengganu.
- “Pada akhirnya, ia bukan persoalan politik ataupun personaliti.
- “Ia bukannya pasal saya atau sesiapa berkata, ataupun di mana PAS dan Umno berdiri,” kata Tengku Razaleigh sambil menambah, ia sebenarnya berkaitan dengan pematuhan kerajaan dengan perjanjian bertulis yang diluluskan oleh Parlimen dan sama ada menghormati prinsip demokrasi berparlimen.
- Tegas beliau, sama ada hak orang ramai dipenuhi ataupun tidak ia bergantung kepada siapa mereka mengundi.
- “Melayan Terengganu dan Kelantan dengan cara ini, kita menafikan hak mereka kepada wang yang mereka berhak untuk memiliki, menafikan hak kedaulatan negeri mereka dan mengikis demokrasi berparlimen,” katanya.
Benar Kah Belanjawan Pendidikan Susahkan Orang kampong ?
Monday, February 22, 2010
Lebih 500 penduduk berhimpun di perkarangan Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda, Permatang Pauh di Pulau Pinang hari ini membantah tindakan kerajaan memotong belanjawatan Kementerian Pelajaran sehingga 20 peratus menyebabkan kesengsaraan kepada pelajar dan ibu-bapa miskin.
Penduduk memilih untuk berhimpun di sekolah ini, yang disalahguna kerajaaan untuk program politik Juara Rakyat.
Sumber: TV Selangor
Penduduk memilih untuk berhimpun di sekolah ini, yang disalahguna kerajaaan untuk program politik Juara Rakyat.
- Ibu-bapa marah kerana pemotongan belanjawan itu telah menyebabkan pendidikan anak-anak mereka terencat. Skim Bantuan Tuisyen Pelajar Miskin, Bantuan Seragam Unit Beruniform, Bantuan Makanan Asrama, Rancangan Makanan Tambahan, elaun murid berkeperluan khas dan bantuan sukan dan ko-kurikulum telah dimansuh atau dikurangkan.
- Namun tiada seorang wakil BN yang turun menemui warga miskin tersebut. Sebaliknya kedatangan mereka disambut oleh ketumbukan Unit Simpanan Persekutuan.
- Desakan kuat daripada Pakatan Rakyat menyebabkan Umno akhirnya akur dan terpaksa membatalkan program tersebut apabila penyokong melaungkan ‘Umno bukan juara rakyat, Umno juara penipu”.
- “Umno dah lama kalah tapi masih tak sedar diri dan cuba adakan program yang hanya dihadiri beberapa kerat orang saja. Kami tak puas hati mereka dengan senang guna sekolah yang sepatutnya tidak boleh digunakan sebagai tempat politik,” kata seorang penduduk Abdul Manap Osman.
BN Akan Ditolak Rakyat Dalam PRU13 Nanti?
Monday, February 22, 2010
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan BN bahawa rakyat akan menolak BN dari Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang – tidak kira sama ada beliau merengkok di penjara atau tidak.
Katanya, rakyat sudah begitu bosan dengan BN dan mereka kini sudah bersedia untuk menumbangkan kerajaan pusat yang didukung oleh Umno dan menggantikannya dengan Pakatan Rakyat.
Sumber: Malaysia Kini
Katanya, rakyat sudah begitu bosan dengan BN dan mereka kini sudah bersedia untuk menumbangkan kerajaan pusat yang didukung oleh Umno dan menggantikannya dengan Pakatan Rakyat.
- Bercakap kepada hadirin yang membanjiri rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di Machang Bubok, Pulau Pinang, Anwar berkata, BN, Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, malah isterinya Datin Seri Rosman mansor “tidak seharusnya hidup dalam ilusi palsu’.
- Katanya, mereka tidak seharusnya mempunyai persepsi salah yang para pengundi akan kembali menyokong BN jika beliau dipenjarakan.
- Anwar merujuk kepada perbicaraan tuduhan kes liwat terhadapnya yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
- Sebaliknya, kata beliau, rakyat akan bangun menolak Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang, tidak kira sama ada beliau di dalam penjara ataupun tidak.
- Anwar berkata, di mana-mana sahaja, rakyat dilihat sudah bersedia untuk menolak Umno dan BN.
- Beliau berkata, rakyat sudah lama hilang kepercayaan kepada Umno dan BN kerana “rasuah telah menjangkiti pentadbiran Putrajaya hingga ke akar umbinya”.
- Kerana rasuah, katanya, Malaysia telah jauh ketinggalan dalam bidang ekonominya, termasuk di rantau Asean.
- Malaysia, katanya, kini ketinggalan di belakang Singapura, Thailand, Indonesia, malah Vietnam di segi pertumbuhan ekonomi dan daya saing.
- “Kita hanya baik sedikit daripad Burma dan Zimbabwe,” kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.
500 Bertindak Agresif Apabila Tidak Dapat Buat Pasport ?
Monday, February 22, 2010
Lebih 500 orang bertindak agresif memaki hamun sambil membaling objek ke arah pintu utama Pejabat Imigresen negeri, di Wisma Persekutuan,Johore Bahru kelmarin, bagi melepaskan geram selepas gagal mendapatkan nombor giliran untuk memperbaharui dan membuat pasport baru masing-masing.
Sumber: Cynews, BMM.
- Insiden sekitar 8 pagi itu berlaku selepas kebanyakan pemohon yang menunggu di luar pejabat imigresen seawal 5 pagi hilang sabar apabila gagal berurusan di kaunter imigresen walaupun sudah berulang alik ke pejabat itu sejak tiga hari lalu.
- Agensi itu, yang sepatutnya mula beroperasi jam 8 pagi, bermula sedikit lewat menyebabkan timbul rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai.
- Keadaan bertambah kecoh apabila mereka mendapati pintu masuk utama premis yang akhirnya dibuka hanya dibuka separuh serta dikawal rapi pengawal keselamatan.
- Ekoran daripada kejadian itu, ada pemohon yang tidak dapat mengawal perasaan sehingga mula membaling batu dan objek keras ke laluan masuk pejabat tersebut menyebabkan pintu kaca utama pecah sebelum kakitangan keselamatan bertindak menghubungi polis untuk segera mengawal keadaan.
- Sebaik unit peronda polis muncul, keadaan kembali terkawal apabila orang ramai mulai berundur dan akur dengan nasihat polis yang meminta mereka beredar secara aman.
- Pengarah Imigresen Negeri, Encik Mohd Nasri Ishak, berkata pihaknya memulakan operasi seawal jam 8 pagi, namun terpaksa menapis pemohon yang masuk kerana mereka terlalu ramai.
- 'Kami memulakan operasi sebagaimana yang dijadualkan, namun terpaksa membuat kawalan ketat di pintu masuk kerana jumlah pelanggan yang berganda berbanding hari biasa,' kata beliau yang ditukil Berita Minggu Malaysia semalam.
- 'Kami juga terpaksa berhati- hati ketika mengeluarkan nombor giliran kepada orang ramai kerana bimbang kakitangan kaunter tidak dapat mengendalikan seluruh pelanggan dalam tempoh ditetapkan,' katanya.
- Encik Mohd Nasri berkata seramai 20 kakitangan imigresen ditugaskan mengendalikan urusan pembaharuan dan permohonan dokumen pelanggan di pejabat itu di sini, semalam.
- Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Zainuddin Yaacob, mengesahkan tidak ada individu ditahan atau cedera dalam kejadian tersebut.
- 'Kekecohan itu dipercayai berpunca daripada jumlah pemoho yang terlalu ramai dan datang serentak dalam tempoh sama,' kata beliau.
Thamrin Harapkan Pertandingan Satu Lawan Satu Di Sabah Pada PRU13
Sunday, February 21, 2010
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah berharap parti-parti pembangkang di negeri itu akan berdepan dengan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.Ahmad Thamrin Jaini berkata parti itu percaya harapan itu dapat direalisasikan sebaik sahaja pakatan pembangkang didaftarkan secara rasminya sebagai sebuah gabungan.
Sumber: BERNAMA
- Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat antara pemimpin PKR Sabah dan Presiden PKR kebangsaan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di pejabat PKR negeri di sini pada Ahad.
- Ahmad Thamrin berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai kerjasama antara DAP dan PKR di Sabah ekoran kedua-dua parti gagal menyerlah pada pilihan raya umum 2008, dengan DAP hanya mampu menguasai satu kerusi sahaja iaitu kerusi Parlimen Kota Kinabalu manakala PKR gagal menawan sebarang kerusi.
- Ditanya sama ada Parti Maju Sabah (SAPP), yang keluar daripada BN pada 2008 akan menyertai pakatan pembangkang, katanya: "Ia terbuka kepada perbincangan".
Diplomat Ambil Cuti Sakit Kerana Lemah Bahasa Inggeris ?
Sunday, February 21, 2010
Sesetengah diplomat Indonesia yang bertugas di kedutaan di luar negara begitu lemah dalam Bahasa Inggeris sehingga mereka sanggup mengambil cuti sakit bagi mengelakkan pertemuan dengan pegawai asing.- Birokrat nombor dua di Kementerian Luar Indonesia, Encik Imron Cotan, memberitahu sebuah jawatankuasa Parlimen bahawa masalah tersebut tidak melibatkan diplomat dari kementerian beliau sendiri tetapi atase yang ditempatkan di kedutaan oleh kementerian lain seperti pertahanan, perdagangan dan kewangan.
- 'Saya mendapati sebilangan atase kita tidak fasih berbahasa Inggeris.
- 'Setiap kali rakan sejawatan mereka daripada pemerintah tuan rumah ingin berjumpa dengan mereka, mereka menjadi takut dan mencari jalan untuk mengelakkan pertemuan,' kata Encik Imron yang ditukil akhbar Jakarta Post kelmarin dalam keterangannya kepada jawatankuasa Parlimen yang menyiasat prestasi diplomat Indonesia.
- Cuti sakit menjadi helah utama bagi mengelakkan pertemuan sedemikian, kata Encik Imron yang tidak menyatakan bilangan atase yang lemah penguasaan Bahasa Inggeris mereka.
- Beliau, yang pernah mewakili Indonesia di New York, Geneva dan Australia, mencadangkan supaya semua calon atase lulus ujian bertulis dalam bahasa Inggeris yang merupakan bahasa diplomasi antarabangsa.
- Kebanyakan rakyat Indonesia bertutur dalam Bahasa Indonesia, bahasa rasmi di negara yang juga mempunyai ratusan bahasa atau dialek lain.
- Bahasa Inggeris ialah mata pelajaran wajib dalam kurikulum sekolah pemerintah tetapi bahasa itu jarang didengar dan tidak ramai penduduk Indonesia yang fasih.
Fenomena Politik KDM Dari Kacamata Kalakau Untol
Saturday, February 20, 2010

Masyarakat KDM kini berada dalam kebingungan dan lebih condong kepada pembangkang. Ini bukan kerana pemimpin KDM tidak baik atau tidak bersungguh–sungguh melayani masyarakat dan pengundi mereka tetapi sekarang mereka mempunyai pilihan dan peluang memilih kearah pembetulan dasar-dasar yang mereka inginkan. Seperti penyelesaian isu-isu pendatang tanpa izin. Perjanjian Malaysia.
Sumber: Kalakau Untol, Malaysian Insider, photo: MySabah com
- Perkara yang bersabit dengan skim perjawatan atau Borneonisasi. Dasar pelayanan yang adil kepada semua kaum dan agama dalam pelbagai perkara. Apapun khususnya dikalangan generasi muda KDM sudah menunjukkan minat kearah perubahan kepada sesebuah dasar kerajaan. Bagi mereka,perubahan dasar sesebuah Negara itu hanya dapat dicapai secara efektif dan dinamik melalui sebuah kerajaan baru di peringkat persekutuan. Tidak ada jaminan ia dapat dilakukan sekiranya BN masih berkuasa di pihak persekutuan. Begitulah persepsi ketika ini.
- Parti-parti politik KDM ialah PBS, Upko dan PBRS. Parti kompenen BN ini begitu berhati-hati. Mereka semua tahu kedudukan BN di KL. Cuma mereka mahu melihat pada ‘timing’ yang betul dan tepat. Huguan Siou Datuk Seri Panglima Joseph Pairin tidak mahu kelihatan menjadi membelakangi BN buat kali kedua. Upko juga tidak mahu sembarangan keluar kerana jika tidak menentu nanti tempatnya kelak diperlekehkan oleh seteru lama PBS, kerana BN Pusat akan memperkukuhkan kedudukan yang satu pihak dan situasi itu merugikan pihak Upko.
- Bayangkan jikalau Upko keluar dan tempatnya diambil alih oleh PBS didalam apa jua kapasiti baik di persekutuan,negeri atau badan-badan berkanun bukan mudah baginya menyaingi PBS. Tetapi jikalau kedua-duanya berada didalam BN, sudah tentu sama-sama berpeluang memperkukuhkan kedudukan masing-masing. Kalau pun ada frustrasi maka kedua-duanya merasa sama.
- Jikalau dahulu, formula pembahagian kerusi inilah yang boleh membawa kedua-dua parti ini sujud kepada Umno Sabah, khususnya Ketua Menteri selaku ketua perhubungan BN Sabah dan formula ini jugalah yang boleh memecah dan membelah-bahagikan politik masyarakat KDM dimana suasana melobi pembahagian kerusi ini yang boleh memaksakan kepimpinan parti KDM berlembut, berkompromi, bertolak ansur dan ahkirnya berkesudahan dengan keakuran kearah kesetiaan yang membuta dan kelibat politik membisu begitu mujarab, tetapi, kini iklim politik negara tidak lagi begitu mengizinkan suasana sedemikian.
- Kerana, jangkar dan sauh politik BN khususnya Umno di Semenanjung tidak lagi kukuh. Apa yang kemungkinan boleh berlaku pada pasca countdown PRU-13 nanti ialah salah satu daripada parti KDM itu akan mengambil tindakan keluar daripada BN. Banyak persepsi dan reaksi yang memberangsangkan terhadap teori dan aspirasi sebegini. PBRS itu hanya mengharap ehsan semata-mata. Tokoh politik KDM yang sedang menyinar semula didalam PR ialah Datuk Dr Jeffrey Kitingan dari parti PKR.
'Kahwin Koboi' Stail IPTA ?
Saturday, February 20, 2010
Ghairah mahu menikmati hidup bersuami isteri selepas bertemu kekasih ketika sama-sama menuntut di menara gading mendorong segelintir pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ternama di pinggir ibu negara terjerumus dengan amalan 'pernikahan koboi'.
'Pernikahan' pasangan pengantin terbabit meragukan kerana ia dijalankan hanya sesama rakan sekuliah mereka yang bertindak sebagai kadi, wali dan saksi. Ia juga dijalankan tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.
Sumber: CyNews, Harian Metro.
'Pernikahan' pasangan pengantin terbabit meragukan kerana ia dijalankan hanya sesama rakan sekuliah mereka yang bertindak sebagai kadi, wali dan saksi. Ia juga dijalankan tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.
- Sehingga sekarang tujuh pasangan di IPTA berkenaan dikesan melangsungkan 'pernikahan' itu, yang didakwa mereka sah dan halal.
- Kegiatan songsang itu terbongkar apabila satu daripada pasangan terbabit menemui pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Encik Hanafi Abdul Malek, bagi mendapatkan pandangan.
- Sarat mengandung bayi hasil 'pernikahan' itu, gadis tersebut dan pasangannya, kedua-duanya berusia 23 tahun, menemui Encik Hanafi kerana tidak sanggup lagi menyorokkan 'perkahwinan' mereka daripada pengetahuan ibu bapa.
- 'Saya didatangi pasangan terbabit baru-baru ini. Saya ingatkan mereka mungkin datang kerana terjebak masalah sosial, tapi alangkah terkejut apabila mereka mendakwa berkahwin di asrama lelaki IPTA tersebut.
- 'Kadi, wali, saksi dan tetamu semuanya terdiri pelajar. Mereka mendakwa menganut mazhab yang membenarkan perkahwinan dengan cara sedemikian. Semua kes pernikahan itu tidak diketahui ibu bapa pasangan terbabit.
- 'Pelajar berkenaan yakin pernikahan itu sah semata-mata dengan alasan mereka mempelajari segala hukum- hakam dalam mazhab berkenaan, yang membolehkan upacara pernikahan pelik itu dijalankan,' kata Encik Hanafi.
- Menurut beliau, berdasarkan pengakuan pasangan terbabit, mereka yang mendakwa sudah 'sah' sebagai suami isteri menyewa tempat tinggal sama ada rumah atau bilik di luar kampus universiti sejurus majlis 'akad nikah' dijalankan bagi mengelakkan 'pernikahan' mereka diketahui pihak pentadbiran universiti.
- 'Kemungkinan jumlah pasangan yang melakukan pernikahan pelik di asrama lelaki di universiti itu lebih daripada yang diketahui.
- 'Malah, mungkin juga fahaman yang dipegang mereka turut membabitkan pelajar universiti lain di negara ini,' kata Encik Hanafi.
6,000 HAKTER KAWASAN HUTAN TERBAKAR
Saturday, February 20, 2010
BEAUFORT, Sabah- Lebih 6,000 hakter tanah milik penduduk dan kawasan padang ragut (grazzing reseve) di Nukahan dekat Kuala Penyu dan Kampung Luagan berdekatan Hutan Simpan Klias musnah dalam kebakaran sejak seminggu lalu.
Cuaca panas yang berlaku di kedua-dua kawasan itu telah memusnahkan 5,000 hakter di Nukahan manakala 1,000 hakter lagi di Kampung Luagan.
Sumber: NST
Cuaca panas yang berlaku di kedua-dua kawasan itu telah memusnahkan 5,000 hakter di Nukahan manakala 1,000 hakter lagi di Kampung Luagan.
- Usaha memadam kebakaran tanah milik penduduk di Luagan dalam daerah Beaufort, sedang dilakukan oleh Jabatan Bomba bersama Jabatan Perhutanan dari terus merebak ke kawasan Hutan Simpan Klias yang mempunyai keluasan kawasan 3,360 hektar yang merupakan Hutan Simpan Kelas Satu.
- Dari siasatan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Perhutanan mendapati kebakaran ini dipercayai berpunca daripada pembakaran terbuka yang dilakukan oleh petani menyebabkan kebakaran tidak dapat dikawal lalu merebak ke kawasan orang lain.
- Sementara itu seorang jurucakap Jabatan Hutan yang terlibat dalam tinjauan udara itu berkata, kebakaran juga sedang berlaku di kawasan Hutan Simpan Binsulok yang mempunyai keluasan 12 ribu hektar dan setakat ini kira-kira 100 hektar telah terbakar.
- Hutan Simpan Binsulok juga adalah merupakan Hutan Simpan Kelas Satu (1), dan Jabatan Perhutanan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang mengawal kebakaran daripada merebak lebih jauh ke dalam hutan simpan itu.
- Mengenai kebakaran di Kg Luagan, beliau berkata, ianya belum memasuki kawasan hutan simpan Klias.
PM Kata Sidang Khas Bincang Kes Anwar Tidak Berasas
Friday, February 19, 2010Penasihat DAP Lim Kit Siang meminta agar satu sidang khas Dewan Rakyat diadakan untuk membincangkan usul untuk menggugurkan dakwaan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. kerana menurut beliau kes itu disifatkan Lim telah menjadi bahan jenaka masyarakat dunia.
Sumber: BERNAMA
- Namun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sidang khas Parlimen tersebut adalah sesuatu yang tidak berasas. Menurut Najib perbicaraan kes liwat berkenaan bukanlah "perbicaraan politik", sebaliknya ia adalah "perbicaraan peribadi".
- Mengulas lanjut berkenaan sidang khas, Najib berkata: "hanya perkara berhubungan kepentingan nasional, ini merupakan perkara peribadi dan tidak kena mengena langsung dengan kerajaan".
- Najib berkata kes liwat berkenaan bukan boleh dibincangkan di sidang Parlimen kerana kes itu kini sedang dibicarakan.
- "Ini bukan soal tidak boleh tentukan, ini soal peribadi, personal dan kes telah masuk ke mahkamah dan tidak boleh ditarik balik," katanya.
- "Ini tidak melibatkan kerajaan, ini sebenarnya soal antara Saiful dan Anwar Ibrahim, jadi apa-apa pun dia kena selesai antara dia berdua, tidak libatkan kerajaan, itu yang saya katakan, ini bukan political trial," katanya.
- Najib berkata apa yang dilakukan pihak pembangkang itu kini ialah mereka cuba mengalihkan tumpuan terhadap kes itu dan menggambarkan seolah-olah ia satu perbicaraan politik.
- Mengulas mengenai tindakan 50 Anggota Parlimen Australia yang membantah perbicaraan kes itu, Najib berkata kerajaan akan memberikan penjelasan kepada mereka.
- "Kita kena terangkan, mereka tidak mendapat maklumat yang sebenarnya, mereka (hanya) dapat (maklumat) dari pembangkang," katanya.
MIC Jalin Pakatan Strategik Dengan Parti Congress India
Friday, February 19, 2010
penasihat Pemuda MIC S.Vell Paari

MIC bercadang menjalin pakatan strategik dengan beberapa parti luar negara termasuk parti Congress dari India ke arah memberi manfaat kepada kaum India di negara ini, kata penasihat Pemuda MIC S.Vell Paari.
Sumber: BERNAMA
- Katanya beliau telah mengadakan perbincangan dengan seorang pemimpin penting parti Congress, V.Narayanasamy, yang merupakan seorang menteri negeri dan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu.
- "Beliau meminta MIC menyediakan cadangan bertulis untuk dibawanya kepada peringkat atasan parti Congress," kata Vell Paari dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
- Katanya beliau akan mencadangkan kepada MIC supaya mewujudkan pejabat perwakilan MIC di Chennai, Tamil Nadu dan New Delhi.
- Vell Paari juga berkata beliau akan mengundang ketua pemuda parti Congress, Rahul Gandhi, yang juga anak Sonia Gandhi, presiden parti Congress, untuk melawat Malaysia.
- Katanya MIC akan juga menjalin hubungan dengan parti di negara-negara yang mempunyai ramai penduduk berketurunan India selaras dengan hasrat supaya MIC berperanan lebih aktif di peringkat global.
Hati-Hati Dengan Polis Penyamar
Friday, February 19, 2010
Gambar illustrasi- Pekan Keningau
Seorang Wanita yang berumur 26 tahun di Keningau telah di dalangi oleh seorang lelaki yang menggunakan sebuah kereta dan mengaku sebagai polis.
Dalam insiden tersebut Suspek telah memaksa Mangsa naik dalam kereta dan bertindak mengambil wang dalam dompet mangsa sebanyak RM570.00.
Dalam insiden tersebut Suspek telah memaksa Mangsa naik dalam kereta dan bertindak mengambil wang dalam dompet mangsa sebanyak RM570.00.
- Menurut Ketua Polis Daerah Keningau, Zahari Mohamed, suspek yang berumur 33 tahun telah ditahan polis di salah sebuah pusat hiburan di sini kira-kira jam 4.30 petang pada Selasa.
- Katanya, dengan pemyamaran itu suspek memperdayakan wanita tersebut yang sedang berjalan-jalan berdekatan sebuah restoran.
- Katanya lagi, siasatan awal mendapati mangsa datang ke pekan Keningau bertujuan untuk membeli barang keperluan harian.
- ”Semasa berada berdekatan di salah sebuah restoran di pekan ini suspek bertanya samaada mangsa memiliki kad pengenalan dan pasport, mangsa dalam keadaan takut memberitahu tidak memiliki apa-apa dokumen,” jelas Zahari.
- Berikutan dengan ketiadaan dokumen mangsa kata Zahari, suspek kemudian memaksa mangsa masuk dalam kereta dan semasa dalam kereta suspek mengaku sebagai anggota polis dan meminta dompet mangsa untuk tujuan diperiksa.
- suspek memberhentikan kereta dan menyuruh mangsa turun dan suspek terus beredar. Selepas suspek beredar, mangsa memeriksa dompetnya dan mendapati wang sebanyak RM570.00 telah hilang.
- Menyedari kehilangan wang itu mangsa membuat laporan di balai polis dan bertindak atas maklumat yang dapat mengecam pakaian dan kereta mangsa. Polis berjaya mengesan suspek di salah sebuah pusat hiburan.
- Semasa polis sampai di pusat hiburan itu kata Zahari, suspek kelihatan sedang bermain judi.
Hakim Tidak Tarik Diri Daripada Mendengar Kes Anwar
Thursday, February 18, 2010
Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar beliau menarik diri daripada terus mendengar kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang itu.Hakim Mohamad Zabidin berkata, beliau tidak nampak sebarang sebab kenapa beliau perlu menarik diri daripada mendengar kes itu.
Sumber:KL News
- "Saya tidak mahu lari daripada tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya sebagai seorang hakim,” katanya.
- Katanya, untuk membolehkan beliau menarik diri, pihak pembelaan perlu menunjukkan bahawa hakim yang mendengar kes bertindak berat sebelah ataupun mungkin bertindak berat sebelah.
- "Pemohon juga perlu menunjukkan kepada mahkamah bahawa hakim mungkin membuat keputusan bukan berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan di mahkamah, tetapi berdasarkan perkara-perkara lain,” katanya.
- Pada 10 Februari lalu, Anwar membuat permohonan agar Mohamad Zabidin menarik diri dengan alasan kononnya hakim itu berat sebelah.
- Peguam Karpal Singh, yang mewakili Anwar, membuat permohonan itu setelah Mohamad Zabidin menolak permohonan pihak pembelaan berhubung dua artikel yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai mempunyai elemen berat sebelah.
Kalakau Untol Umum Keluar BN
Thursday, February 18, 2010
Datuk Kalakau Untol telah mengadakan sidang akbar untuk mengumumkan keluar dari Barisan Nasional. Dengan itu, beliau sekali gus telah melepaskan keahlian dari parti UPKO disamping lain-lain jawatan yang beliau sandang dalam beberapa agensi Kerajaan selama ini.
Pengumuman ini beliau buat di Klab Rekreasi Dan Sukan Tamparuli pada jam 10.30 pagi hari ini.
Pengumuman ini beliau buat di Klab Rekreasi Dan Sukan Tamparuli pada jam 10.30 pagi hari ini.
- Selain dari para pemberita, turut hadir untuk menyaksikan pengumuman beliau ada lah terdiri dari beberapa orang pempimpin pembangkang tempatan. Ini termasuk Tuan Haji Ansari dan Datuk Halik Zaman.
- Menurut beliau, hingga kini beliau telah kehilangan kepercayaan terhadap kerajaan BN dalam missi untuk menyelesaikan masaalah tegar rakyat Sabah masa kini.
- Setakat ini, beliau belum lagi menyatakan hasrat untuk menyertai mana-mana parti komponen dalam Pakatan Rakyat, saperti PKR dan sebagai nya.
- Walau macammana pun beliau telah menyatakan sokongan penuh beliau kepada perjuangan Pakatan Rakyat. Dan berjanji akan membantu PR dalam PRU13 nanti.
Anwar Mendakwa Saiful Atas Kesalahan Qazaf ?
Wednesday, February 17, 2010
Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan untuk mendakwa bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas kesalahan qazaf atau tuduhan palsu berhubung kes liwat yang dihadapinya.Hakim Mohd Shukor Sabudin menetapkan demikian selepas mendengar hujah peguam kedua belah pihak di mahkamah pagi ini.
Sumber: Malaysia Kini
- Keputusan penangguhan tersebut dibuat kerana peguam Anwar memerlukan masa untuk menjawab afidavit tiga responden tersebut.
- Tiga responden yang dinamakan dalam permohonannya Anwar ialah ketua pendakwa syarie, Shamsuddin Hussain; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.
- Tarikh tersebut dipersetujui bersama oleh kedua belah pihak.
- Kesemua responden tersebut diwakili tiga peguam, termasuk Zainul Rijal Abu Bakar manakala Anwar pula diwakili lima peguam yang diketuai oleh Kamar Aniah Kamaruzaman.
- Anwar memfailkan permohonan qazaf itu pada 9 Julai 2008 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terhadap Mohd Saiful yang didakwa membuat “tuduhan palsu terhadapnya”.
- Anwar juga memohon mahkamah memastikan agar responden kedua dan ketiga, tidak menghalang dan/atau mempengaruhi responden pertama daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dalam pendakwaan terhadap Mohd Saiful.
- Selain itu, Anwar juga meminta supaya kos permohonan dijadikan kos dalam kausa; relif-relif lain yang mahkamah fikirkan perlu; dan kegagalan mematuhi perintah mahkamah boleh dikenakan tindakan penghinaan mahkamah.
SUP Menteri Di Jabatan PM Letak Jawatan Susuli Siasatan Rasuah
Wednesday, February 17, 2010
Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Hasbie Satar, meletakkan jawatannya berkuat kuasa Ahad lalu, demikian dinyatakan dalam laporan akhbar semalam.Kenyataan satu perenggan yang dikeluarkan pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu kelmarin, bagaimanapun, tidak menyatakan sebab Encik Hasbie meletak jawatan.
Sumber: CyNews
- Difahamkan, peletakan jawatan beliau berkaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya kerana didakwa memiliki sejumlah besar aset yang tidak dapat diisytiharkan perolehannya, termasuk kereta mewah serta beberapa rumah, lapor BHM.
- SPRM juga dilaporkan membekukan beberapa aset dan akaun bank milik Hasbie bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.
- Hasbie dikatakan ditahan Khamis lalu selepas serbuan SPRM pada 3.30 petang di sebuah unit kediaman di Pangsapuri Sri Molek, Teluk Air Tawar, Pulau Pinang, yang menemui wang tunai berjumlah kira-kira RM2 juta ($825,000), yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100.
- Selain itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda didaftar di bawah sebuah syarikat yang beroperasi di Pulau Tikus, Pulau Pinang, dan sebuah kereta mewah disita.
- Tan Sri Nor Mohamed bertanggungjawab bagi mengendalikan Unit Perancangan Ekonomi Malaysia tetapi Hasbie dilantik sebagai setiausahanya semasa beliau masih lagi Menteri Kewangan Kedua Malaysia di bawah pentadbiran mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
- Hasbie, yang berasal dari Sarawak, dilantik sebagai setiausaha politik bersama 26 orang yang lain pada April 2008 ketika Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri Malaysia, kata laporan akhbar The Star.
- Sambil memetik beberapa sumber, laporan The Star itu menegaskan bahawa para penyiasat mengenal pasti beberapa individu lain yang dikaitkan dengan kes tersebut dan akan memanggil mereka tidak lama lagi bagi membantu siasatan.
Cuaca Panas Fenomena Biasa
Tuesday, February 16, 2010
Cuaca panas yang melanda negara ini sejak Januari merupakan fenomena biasa dan diramalkan berakhir pada bulan Mac, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Sumber: mStar, BERNAMA
- Pegawai Ramalannya Azmi Atan berkata fenomena ini sering berlaku pada setiap awal tahun tetapi tidak akan menyebabkan kemarau.
- Cuaca begini diramalkan tidak berpanjangan dan dijangkakan hujan semula bermula Mac nanti, katanya
- Mengikut rekod jabatan itu,kawasan "terpanas" yang dikesan ialah daerah Chuping di Perlis yang mencatatkan suhu tertinggi iaitu 36.6 darjah Celcius semalam, manakala di Lembah Klang suhu tertinggi dicatatkan di Petaling Jaya iaitu 34.7 darjah Celcius.
- Sementara itu Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata penggunaan air di Lembah Klang sepanjang awal tahun ini masih di tahap biasa.
- Kata nya, secara umumnya rakyat Malaysia merupakan golongan yang paling banyak menggunakan air. Bagaimanapun, kadar penggunaan ketika cuaca panas sejak bulan lalu masih di tahap normal dan jika ada peningkatan pun tidaklah begitu ketara.
- Beliau berkata setakat ini bekalan air Syabas tidak terjejas kerana masih mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung keperluan penduduk Lembah Klang.
- Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai agar menggunakan air dengan berhemah dan tidak membazir supaya bekalan air terus mencukupi sekiranya cuaca panas berlanjutan.
AG Akan Ke Uruguay Untuk Bawa Pulang Enjin
Tuesday, February 16, 2010
Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Abdul Gani Patail, akan ke Uruguay dalam masa terdekat untuk menguruskan proses membawa pulang dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang dilaporkan hilang dua tahun lalu di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, Sungai Besi dan Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth.
Sumber: CyNews.
- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pemergian Tan Sri Abdul Gani ke negara Amerika Selatan itu bertujuan menguruskan beberapa dokumen perundangan sebelum dua enjin pesawat berkenaan boleh dibawa pulang ke Malaysia.
- 'Dua hari lalu, saya sudah berbincang dengan Peguam Negara dan beliau akan ke Uruguay untuk membawa balik dua enjin jet berkenaan. Bagaimanapun, beberapa proses perundangan perlu diselesaikan sebelum enjin itu boleh dibawa balik ke Malaysia,' kata Dr Ahmad Zahid seperti ditukil akhbar Berita Harian Malaysia.
- 'Beberapa dokumen perundangan untuk membawa balik enjin jet itu sudah diperoleh pejabat Peguam Negara melalui kerjasama daripada Kedutaan Uruguay di sini,' kata Menteri Pertahanan itu.
- Sabtu lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan akan berusaha dengan pelbagai cara untuk membawa pulang dua enjin pesawat tempur itu walaupun kedua-duanya tidak lagi dikategorikan sebagai aset pertahanan strategik negara.
- Menurutnya, dengan nilai RM303,000 dan berusia lebih 35 tahun, enjin itu tidak seperti enjin pesawat Sukhoi atau F-18. Ini kerana dari segi keupayaan dan teknologi, enjin F-5E tidak lagi digunakan di barisan hadapan pertahanan negara.
- Dua enjin pesawat tempur F-5E berkenaan kini diletakkan di bawah kawalan ketat di suatu tempat oleh pihak berkuasa Uruguay.
- Enjin tersebut dilaporkan ditemui pihak berkuasa Uruguay di sebuah gudang di Montevideo, ibu negara itu, sebelum disita dan dipindahkan ke tempat lain sementara menunggu proses penghantaran pulang ke Malaysia.
- Duta Besar Malaysia ke Buenos Aires, Argentina, yang turut ditauliahkan ke Uruguay, Datuk Zulkifli Yaacob, berkata beliau difahamkan proses membawa balik aset ketenteraan itu sedang diusahakan menerusi saluran diplomatik antara Jabatan Peguam Negara dengan pemerintah Uruguay.
Operasi "Jump Q" Sedang Di Mulakan Di Lebuhraya Nilai-Seremban?
Monday, February 15, 2010
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh berkata, operasi "Jump Q" akan di mulakan dengan kerjasama polis dan "Road Safety Marshal Club" iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah naungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat.
Sumber:BERNAMA
- Tujuan operasi tersebut ada lah untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya tentang bahaya perbuatan memotong kenderaan lain ketika berada di kawasan garisan berkembar.
- "Kita telah mulakan operasi ini semalam di Lebuhraya Nilai-Seremban dari pukul 10 pagi hingga 2 petang dengan kehadiran pihak polis," katanya kepada pemberita di sini selepas sesi menampal pelekat "Kegunaan Sistem Pengangkutan Awam Mengurangkan Kemalangan" di Hentian Duta di sini, hari ini.
- Suret berkata menerusi operasi itu, polis akan menahan kenderaan yang melakukan kesalahan memotong kenderaan lain di garisan berkembar.
- "Ketika anggota polis merekodkan saman, anggota kelab pula akan memberi penerangan kepada pemandu terbabit tentang kesalahan serta bahaya perbuatan mereka itu terhadap pengguna jalan raya yang lain," katanya.


