Kit Siang Saran Muhyiddin Letak Jawatan Kerana Gagal Menjelas 1Malaysia
Wednesday, March 31, 2010
Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri jika beliau tidak dapat menjelaskan konsep 1 Malaysia sepenuhnya.Beliau mendakwa konsep 1 Malaysia itu seolah-olah masih tidak mempunyai kesamarataan dalam pemberian hak sama rata terhadap semua kaum.
Penasihat DAP itu turut mencabar Muhyiddin supaya menjawab persoalan mengenai perbezaan hak istimewa orang Melayu dan bangsa lain.
Lim berkata, Muhyiddin dilihat sebagai ahli politik yang terdesak hingga memaksa beliau membuat satu gadaian yang tidak berasas dan menentang Perlembagaan negara.
Sumber: TV Selangor
Penasihat DAP itu turut mencabar Muhyiddin supaya menjawab persoalan mengenai perbezaan hak istimewa orang Melayu dan bangsa lain.
Lim berkata, Muhyiddin dilihat sebagai ahli politik yang terdesak hingga memaksa beliau membuat satu gadaian yang tidak berasas dan menentang Perlembagaan negara.
Sumber: TV Selangor
Kerajaan Laksanakan Beberapa Dasar Baru Mengenai Pekerja Asing
Wednesday, March 31, 2010
Tujuh dasar baru telah dilaksanakan hasil satu kajian oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara berhubung kesan kehadiran pekerja asing terhadap ekonomi Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Perdana Menteri berkata antara dasar itu ialah;
, mulai 1 April tahun lepas majikan akan menanggung bayaran levi, katanya.
Beberapa memorandum persefahaman turut dimeterai antara Malaysia dan Indonesia pada 13 Mei 2006 dan Malaysia-India pada 3 Januari 2009 bertujuan memperkukuhkan lagi sistem pengurusan pekerja asing di negara ini.
“Walaupun cadangan-cadangan dalam kajian itu telah pun dilaksanakan, perlu ditegaskan bahawa kerajaan prihatin dan memantau perkembangan pekerja asing di negara ini,” katanya.
Sumber: NST
Perdana Menteri berkata antara dasar itu ialah;
- penubuhan pasukan petugas khas oleh Kementerian Dalam Negeri bagi meneliti semula dasar serta prosedur pengambilan pekerja asing secara keseluruhan.
- Pusat Kelulusan Setempat juga ditubuhkan untuk memproses permohonan majikan yang lengkap dan layak mengambil pekerja asing yang dianggotai wakil dan pegawai daripada enam agensi berkaitan termasuk KDN, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Sumber Manusia
- Satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Kementerian Dalam Negeri juga diwujudkan bagi memantau prosedur permohonan baru pekerja asing.
- Dasar Job Clearing System pula menjadi satu syarat bagi memastikan semua pekerjaan ditawarkan kepada rakyat tempatan terlebih dahulu, dan majikan yang memerlukan pekerja asing pula dinasihatkan supaya memohon lebih awal bagi mengelak sebarang kelewatan mendapatkan pekerja asing.
- Pengenalan buku panduan, dasar, prosedur dan syarat-syarat penggajian pekerja asing di negara ini oleh Kementerian Sumber Manusia yang telah diedarkan kepada majikan yang ingin mengambil pekerja asing bertujuan memastikan proses pengambilan pekerja asing menjadi lebih teratur serta berkesan.
, mulai 1 April tahun lepas majikan akan menanggung bayaran levi, katanya.Beberapa memorandum persefahaman turut dimeterai antara Malaysia dan Indonesia pada 13 Mei 2006 dan Malaysia-India pada 3 Januari 2009 bertujuan memperkukuhkan lagi sistem pengurusan pekerja asing di negara ini.
“Walaupun cadangan-cadangan dalam kajian itu telah pun dilaksanakan, perlu ditegaskan bahawa kerajaan prihatin dan memantau perkembangan pekerja asing di negara ini,” katanya.
Kes Ibu Tunggal Tinggal Anak Di Gerai Bagi Elakkannya Daripada Dijual Bekas Suami
Tuesday, March 30, 2010
Seorang ibu tunggal berusia 22 tahun yang ditahan Sabtu lalu kerana menagih dadah di Pelantar Siput, Kuala Kedah, dekat, mengaku meninggalkan anaknya berusia empat tahun di sebuah gerai nasi lemak dua minggu lalu.Wanita itu berkata dia berbuat demikian ketika berusaha melarikan anak sulungnya itu daripada bekas suaminya yang berusia 25 tahun dan juga seorang penagih dadah.
Sumber: CyNews,BHM.
- Dia mendakwa bekas suaminya mahu menjual anaknya itu kepada seseorang yang tidak dikenali pada bayaran RM2,000 ($854).
- 'Saya tidak berniat untuk buang anak, tetapi mendapat tahu bekas suami mahu menjual anak kami kepada seseorang dengan harga RM2,000. Disebabkan itu saya membawa anak saya lari dan meninggalkannya di sebuah gerai di Air Hitam.
- 'Bagaimanapun, apabila kembali semula beberapa jam kemudian saya dapati gerai itu sudah tutup dan anak saya juga tiada di situ. Saya hanya mengetahui mengenai anak saya selepas terbaca dan ternampak gambarnya dalam akhbar,' kata wanita itu ketika ditemui selepas ditahan di Balai Polis Kuala Kedah.
- Dia adalah antara 50 penagih yang ditahan dalam Ops Tapis yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada Sabtu lalu.
- Pada 17 Mac lalu, akhbar setempat melaporkan kisah seorang kanak-kanak lelaki ditinggalkan ibunya di kedai makan di Kampung Permatang Paku, Air Hitam, Jitra.
- Kanak-kanak malang itu sedang nyenyak tidur ketika ditinggalkan ibunya dengan memberi alasan dia mahu ke Pekan Air Hitam kepada pemilik gerai itu, yang ketika itu baru mahu memulakan perniagaan.
- Bagaimanapun, selepas hampir dua jam, kelibat ibu kanak-kanak itu tidak kelihatan. Kanak-kanak itu kemudiannya ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Arau, Perlis.
- Sementara itu, ibu tunggal berkenaan, yang mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia lima bulan dan sekarang hamil tiga bulan, mengaku mula mengambil dadah jenis syabu dan ganja sejak berusia 13 tahun selepas diajar rakan ketika berkunjung ke sebuah kedai makan di Jalan Putra Alor setar.
- Wanita itu, yang berkahwin pada usia 17 tahun dengan bekas suaminya, turut mendakwa diajar oleh bekas suaminya itu mengambil dadah jenis heroin melalui suntikan.
Ema, Penuntut Pertama Dari Sabah Tersingkir Dari AF8
Monday, March 29, 2010

Ema terpaksa akur dengan keputusan pegundi apabila diumumkan sebagai peserta yang tersingkir di minggu kedua. Pengumuman penyingkiran dibuat oleh hos, Sarimah Ibrahim dalam Debaran AF yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Sumber: Berita Akademi Fantasia
- Ema atau nama sebenarnya Erma Suhaima, 21, berasal dari Ranau Sabah, telah menyanyikan lagu 'Pakai Buang' nyanyian asal Stacy semasa konsert minggu kedua malam semalam.
- Menurut pegeritik, alunan suara Ema pada malam konsert sabtu ada lah lebih baik dari beberapa penuntuk yang lain. Namun beliau maseh gagal meraih undian penonton, terutama sekali afundi dari Negeri di bawah Bayu ; menyebabkan beliau terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada adiknya Adira serta rakan-rakan yang masih kekal di akademi.
- Turut menerima undian terendah di atas Ema ialah Ain (Tuaran, Sabah) serta pelajar terbaik pilihan pengetua dalam konsert kedua semalam, Maulana. Kedudukan tersebut sedikit berubah berbanding pada awal rancangan di mana Sarimah mengumumkan bahawa tiga pelajar yang menerima undian terendah sebelumnya adalah Ain, Ema dan Shahir.
- Dengan penyingkiran itu, kini hanya tinggal 10 pelajar bakal meneruskan perjuangan pada minggu depan untuk merebut gelaran juara.
- Dijangkakan kalau tidak cukup bantuan afundi terutama nya dari Sabah, Ain atau nama sebenar, Nadiwati Ainul Basir yang berasal dari Tuaran, juga akan mengikut jejak Ema untuk mengusungkan AF8 minggu depan.
- IWAN 12.47
- ALIF 12.30
- DAUS 9.84
- ADIRA 9.37
- SHAHIR 9.34
- NAD 8.54
- FARINA 8.03
- ANUM 7.99
- MAULANA 7.71
- AIN 7.38
- EMA 7.03
Umno Tidak Lagi Dianggap Pelindung Melayu?
Monday, March 29, 2010
Kepercayaan orang Melayu pada Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha melindungi diri mereka sendiri, kata mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sumber: CyNews
- 'Maaf saya katakan, wujudnya begitu banyak NGO Melayu yang memberi tumpuan kepada masalah Melayu adalah kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada Umno sebagai pelindung nasib mereka,' kata belilau ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kelmarin, yang dipetik dalam satu laporan laman berita Malaysiakini.
- Menurutnya, prestasi Umno pada pilihan raya 2008 terlalu buruk dan Barisan Nasional (BN) hanya mampu menubuhkan kerajaan yang lemah, yang dilihat sebagai tidak berupaya mempertahankan kedudukan orang Melayu.
- 'Kita lihat seolah-olah kerajaan memberi layanan kepada mereka daripada apa yang ada pada kita. Saya tak kata kerajaan berat sebelah tetapi lemah kerana ada si polan yang tak tau Umno dan BN hampir kalah.
- 'Masa saya jadi PM, ada juga tuntutan, tapi janganlah biadab,' kata Dr Mahathir.
- Beliau berkata tuntutan dan desakan pada zaman itu tidaklah sebiadab seperti sekarang.
- 'Saya bukan rasis, saya keturunan orang Melayu. Nak aman, hidup rukun dan damai. Negara dapat dibangunkan. Hampir 50 tahun tak ada masalah yang besar dihadapi kecuali tahun 1969 dan 1987. Tak ada tuntutan yang bukan-bukan daripada mana-mana pihak.
- 'Zaman Tunku (Abdul Rahman), Tun Razak, (Tun) Hussein dan zaman saya, tak ada tuntutan yang bukan-bukan. Apa yang saya perkatakan adalah benar belaka, negara kita unik, penduduk pelbagai kaum, negara lain, penduduk tempatan tak akan beri hak kepada pendatang, orang lain melainkan guna syarat-syarat yang ketat seperti guna bahasa tempatan, budaya tempatan,' katanya lagi.
- Menurut Dr Mahathir, orang Melayu amat bermurah hati dan sanggup berkongsi negaranya hampir tanpa sebarang syarat yang ketat.
- Bagaimanpun, akibat kerajaan BN kini lemah, maka golongan berkenaan mula berani menuntut perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan ia ditambah burukkan lagi dengan bantuan parti pembangkang yang memutar-belitkan perkara itu, tegas beliau.
- Justeru, orang Melayu memerlukan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), seperti Perkasa, bagi memperjuangkan hak mereka, tambahnya.
- Laporan laman berita mStar Online juga memetik Dr Mahathir sebagai berkata supaya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak mengetepikan Perkasa kerana ia kini memiliki kuasa pendesak yang perlu diambil kira.
- 'Dengar pandangan mereka sama ada ia waras atau tidak. Kegagalan mendengar mungkin mengakibatkan kehilangan undi mereka.
- 'Sebagaimana kerajaan mendengar rungutan komuniti lain, rungutan orang Melayu juga patut diambil kira,' katanya.
- 'Lebih 50 tahun, kita tidak melihat kewujudan NGO seperti itu sebab selama itu Umno menjuarai isu-isu Melayu,' ujar beliau, sambil mengaskan bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak pernah menghalang pembangunan Malaysia.
- Dr Mahathir sekali lagi menyalahkan penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerana menyebabkan Umno dan BN menjadi sangat lemah, di samping mendedahkan bahawa ada sesetengah pihak menasihatkanya supaya jangan hadir ke program Perkasa kerana reputasi dan nama baiknya mungkin rosak.
- 'Perkasa bukan ekstremis atau kumpulan yang ganas, objektif mereka ialah mempertahankan dan melindungi hak orang Melayu,' katanya kepada lebih 10,000 orang hadirin pada perasmian NGO Melayu itu.
BN Dalam Dilema Kerana Ramai Calon Yang Berkelayakan Sebagai Calon Hulu Selangor.
Sunday, March 28, 2010

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN tidak berada dalam dilema untuk menentukan calon sama ada daripada Umno atau MIC, tetapi berada dalam dilema kerana terdapat ramai calon yang berkelayakan.
"Kita tidak berada dalam dilema, tetapi dilema kita kerana ramai calon yang layak... calon yang baik yang boleh kita ketengahkan. Kita tidak ketandusan pemimpin-pemimpin yang boleh kita ketengahkan," katanya kepada pemberita selepas menutup Konvensyen Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kebangsaan 2010 di Institut Aminuddin Baki (IAB) di sini pada Ahad.
Sumber: BERNAMA
"Kita tidak berada dalam dilema, tetapi dilema kita kerana ramai calon yang layak... calon yang baik yang boleh kita ketengahkan. Kita tidak ketandusan pemimpin-pemimpin yang boleh kita ketengahkan," katanya kepada pemberita selepas menutup Konvensyen Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kebangsaan 2010 di Institut Aminuddin Baki (IAB) di sini pada Ahad.
- Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata apa pun akhirnya parti akan memutuskan yang terbaik sebagai calon yang boleh diterima oleh pengundi.
- Ketika ditanya mengenai cadangan daripada Umno yang ingin mencalonkan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, Muhyiddin berkata: "Saya tidak fikir Mat Taib (Muhammad) setuju."
- Beliau berkata keputusan mengenai calon pilihan raya kecil itu akan dibuat oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin BN yang lain.
- "Soal calon bukan perkara baru, setiap kali pilihan raya kecil prinsip dan asas yang sama kita gunakan dalam menilai siapa yang kita hendak letakkan sebagai calon," katanya.
- Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, Khamis lepas akibat barah otak.
Jual Remaja Jadi Pelacur Untuk Lebatkan Rambut
Sunday, March 28, 2010
Seorang lelaki di Klaten Jawa Tengah berkata dia 'menjual' seorang remaja perempuan sebagai pelacur bagi membolehkan dia mendapatkan rawatan melebatkan rambut.Polis berkata, Mardi, 21 tahun, yang ditahan Rabu lalu bertindak sebagai bapa ayam untuk remaja berusia 15 tahun yang dikenali sebagai WE.
Sumber: Agensi.
- Polis dimaklumkan bahawa penduduk setempat curiga selepas remaja itu sering mengunjungi hotel dengan lelaki berbeza.
- Menurut polis, Mardi mengaku dia 'menjual' WE kepada empat lelaki.
- Setiap seorang membayarnya antara 70,000 rupiah (RM 27) dengan 100,000 rupiah.
- Lelaki terbabit kemudian ditahan dan dinamakan sebagai suspek penyeludupan manusia.
- Mardi memberitahu saluran Metro TV dia memerlukan wang untuk rawatan melebatkan rambut.
- 'Kami sedang menyiasat kemungkinan WE bukan satu-satunya gadis yang dijualnya,' kata Ketua Detektif Polis Klaten, Encik Edy Sitepu.
Anwar Dedah Penyelewengan UBN Kepada Rakyat Hulu Selangor?
Saturday, March 27, 2010
Rakyat Hulu Selangor malam semalam didedahkan dengan pelbagai penyelewengan yang selama ini dicuba diselindung pentadbiran kerajaan Umno Barisan Nasional.Bertempat di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu yang dihadiri hampir 10,000 orang, satu persatu tembelang Umno BN dibongkar pimpinan Pakatan Rakyat termasuk tokoh utama, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Sumber: TV Selangor
- Pimpinan Pakatan Rakyat menyentuh pelbagai isu kepentingan negara, antaranya kehilangan enjin pesawat TUDM, penyelewengan kontrak kapal selam Scorpene, gejala rasuah dan sebagainya.
- “Saya, kalau saudara tengok sudah 12 tahun yang dicerca. Sebulan dua ini, panas balik sebab Umno tidak mampu berdepan dengan rakyat. Saya diaib, ditelanjangkan, dipukul, dipenjara, dituduh berbagai-bagai.
- "...Khianat negara, pecah belah, guna Agong, guna tentera, semua.. sebut satu kesalahan, Anwar Ibrahim!” cabar Anwar pada ceramahnya kepada pimpinan Umno BN.
- Beliau turut memberi gambaran perkembangan politik di negara ini termasuk suasana sebenar yang berlaku dalam sidang Parlimen yang menjadikan beliau sebagai objek sasaran tohmahan.
- “Titah di-Raja Yang di-Pertuan Agong, dibahaskan tetapi tidak jadi bahas titah di-Raja. Yang dibahaskan ialah pidato Anwar Ibrahim di Parlimen minggu ini.
- "Hari-hari bangun tidur sahaja, orang Umno tidak ada lain, Anwar Ibrahim tidak bagus. Eh, saya kata, tajuk ini titah Agong ke apa? Punya elerginya dia,” Anwar menyindir.
- Meskipun Anwar dituduh sebagai ejen Yahudi dan ejen Hindu, ironinya kerajaan UMNO-BN yang mengaku memperjuangkan Malaysia sebagai negara Islam sebaliknya menggalakkan perjuadian.
- “Islam agama rasmi tapi lesen judi tambah, tak malukah kita? Di Parlimen, ahli-ahli parlimen yang Melayu, Islam, Keadilan, PAS bangkit. Kita menentang Najib tambah lesen judi, Umno diam.
- "Yang sokong kita siapa? Cina, termasuk Cina DAP, Anthony Loke. DAP dan Pakatan Rakyat tidak bersetuju beri banyak lesen judi. Dunia sekarang sudah terbalik,” hujah Anwar lagi.
BN Yakin Rampas Hulu Selangor
Saturday, March 27, 2010
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) dapat merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil kawasan berkenaan tidak lama lagi.
Beliau berkata keyakinan tersebut berdasarkan perubahan senario sokongan rakyat yang dilihat sudah kembali menyokong parti itu. "BN memang ada peluang untuk menang pada kali ini.
Sumber: mStar
Beliau berkata keyakinan tersebut berdasarkan perubahan senario sokongan rakyat yang dilihat sudah kembali menyokong parti itu. "BN memang ada peluang untuk menang pada kali ini.
- "Kita percaya senarionya sudah berubah, tak seperti pada tahun 2008," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini malam ini.
- Bagaimanapun Najib yang juga pengerusi BN menegaskan jentera parti perlu bekerja keras dan menunjukkan kesungguhan jika mahu merampas kembali kerusi Parlimen berkenaan.
- "Kita mesti memberi tumpuan dan menunjukkan kesungguhan untuk bekerja keras bagi mencapai kejayaan," katanya.
- Berhubung hasrat MIC untuk meletakkan calon mereka bertanding di kerusi berkenaan, Najib berkata perkara berkenaan akan dibincangkan dengan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.
- "Tentang itu (hasrat MIC) saya akan bincang dengan presiden MIC dahulu," katanya.
- Ditanya kemungkinan Umno juga berminat untuk menurunkan calonnya kerana wujudnya permintaan diperingkat akar umbi agar BN meletakkan calon Melayu, Najib berkata: "Sabarlah dulu... bersabarlah, kita kena bincang dulu."
- Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham Zainal Abidin menewaskan calon BN, Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.
Mungkin Kah Umno Dan MIC Akan Berebut Kerusi Hulu Selangor?
Friday, March 26, 2010
Belum pun kering tanah bersemadinya Allahyarham Zainal Abidin Ahmad, dilaporkan Umno dan MIC bergelut merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor.
- Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu hari ini berkata bahawa MIC akan mencadangkan kepada BN supaya Palanivel, yang juga Timbalan Presiden MIC, dicalonkan semula bertanding di situ.
- Palanivel adalah Ahli Parlimen Hulu Selangor dari 1990 sehinggalah beliau ditewaskan oleh Zainal dalam PRU12 2008.
- Akar umbi Umno turut dilaporkan yakin Hulu Selangor adalah milik BN sekiranya bekas Menteri Besar Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menjadi calon BN.
- Masyarakat Melayu mewakili 53.9 peratus dari 60,000 pengundi, manakala pengundi Cina sekitar 26.7 peratus dan India 19 peratus. Dalam pada itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata BN akan Letak Calon Mesra Rakyat Di Hulu Selangor.
- "Calon BN akan diumumkan oleh pucuk pimpinan dan berdasarkan pengalaman kita sebelum ini, calon itu perlu mempunyai hubungan baik dengan orang ramai dan masyarakat tempatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
9 Beradik Di Tinggalkan Ibu Bapa Sejak Lima Bulan Yang Lalu
Friday, March 26, 2010
Perbalahan antara suami isteri yang kemudian membawa haluan masing-masing tanpa khabar berita sejak lima bulan lalu meninggalkan sembilan adik-beradik berusia dua hingga 13 tahun kini di bawah jagaan datuk dan moyang mereka.Adik-beradik itu tinggal di rumah keluarga yang diwarisi daripada datuk mereka, Encik Kasim Mat Diah, 55 tahun, dan menumpang kasih sayang beliau serta moyang mereka, Cik Esah Kasim, 74 tahun.
Sumber: CyNews, BHM.
- Encik Kasim berusaha menyara persekolahan dan keperluan harian anak-anak itu. Mereka juga mendapat simpati saudara-mara terdekat.
- Sebelum menghilangkan diri, ibu bapa adik-beradik itu, Encik Mahadi dan Cik Kasmaliza, 29 tahun, dikatakan bergaduh besar sehingga menyebabkan Cik Kasmaliza mengalami kecederaan. Kejadian itu menyebabkan Encik Kasim terpaksa campur tangan dengan menegur perbuatan menantunya itu.
- Namun, teguran itu tidak diterima menantunya yang kemudian meninggalkan keluarganya.
- 'Sebulan selepas itu, anak saya (Cik Kasmaliza) pula meninggalkan semua anaknya tanpa sebarang khabar berita,' kata Encik Kasim ketika ditemui di Kampung Tengah di sini, kelmarin.
- Encik Kasim, yang bekerja sebagai pemandu jentolak, berkata beliau terpaksa berusaha lebih gigih untuk menyara semua cucunya itu selain dua anaknya yang masih belajar di maktab.
- 'Pendapatan saya sebagai pemandu jentolak sekadar mampu menampung kehidupan harian kami. Sebelum ini, cucu-cucu saya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150 sebulan, tetapi selepas ibu bapa mereka melarikan diri, bantuan itu turut terhenti.
- 'Bantuan itu disalurkan atas nama Mahadi. Ketiadaan dia menyebabkan semua cucu saya tidak mendapat bantuan. Saya sudah memohon kepada JKM untuk meminda penama itu, tetapi sehingga sekarang permohonan itu belum diluluskan,' kata Encik Kasim.
- Cik Esah juga berasa sedih melihat nasib yang menimpa adik-beradik itu. 'Sayu hati saya apabila cicit-cicit menangis mengenangkan ibu bapa mereka yang hilang entah ke mana.' kata beliau.
Isteri Minta Cerai Untuk Memperolehi Status "Janda Segera" ?
Friday, March 26, 2010

Segelintir suri rumah sanggup memperjudikan rumah tangga, termasuk memujuk suami menceraikan mereka demi memperoleh status 'janda segera' gara-gara terpengaruh tawaran pakej hidup percuma oleh bomoh puja nombor ekor di bandar raya Johor Bahru.
Sumber: CyNews, Harian Metro.
- Perbuatan bomoh itu dibongkar seorang suami yang hidup tertekan dan keliru akibat desakan isterinya supaya menceraikannya semata-mata kerana mahu memiliki kemewahan hidup secara mudah.
- Encik Zulkifli Abu Hassan, 38 tahun, seorang pemandu teksi, berkata beliau tidak menyangka isterinya yang berusia 30-an termakan pujukan bomoh yang didakwa menawarkan duit poket hingga RM1,000 sebulan.
- Ini selain janji manis akan menanggung segala kos makan dan minum serta sewa rumah sekiranya bersetuju menuruti kehendak gilanya itu.
- Menurutnya, beliau juga terkilan sikap isterinya yang bersedia mencari rezeki dengan cara tidak halal, termasuk menceburi amalan khurafat apabila dijadikan barang perantara utama ketika pemujaan nombor ekor dilakukan bomoh dikenali sebagai Pak Ungku.
- 'Kononnya syarat yang dikenakan bomoh itu hanya satu iaitu menghendaki isteri berpisah dengan saya dan bergelar janda secepat mungkin bagi membolehkan dia dijadikan perantara ketika pemujaan nombor ekor yang akan dilakukan bersama kaki judi.
- 'Lebih pelik, biarpun sudah menjadi teman hidup saya lebih 16 tahun, syaitan bertopengkan manusia yang dikenali isteri sejak lebih setahun lalu itu mampu mempengaruhi pemikirannya tanpa memikir masa depan keluarga dan nasib enam anak kami.
- 'Bomoh berusia 60-an yang kononnya terkenal dengan kepandaian ilmu tarik wang dan harta karun itu meracuni pemikiran isteri termasuk berjanji menyediakan segala keperluan dan menjamin kebahagiaan isteri saya sepanjang hayat selepas bergelar janda,' katanya yang membuat dua laporan di Balai Polis Nusajaya, Johor bahru baru-baru ini.
- Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor (JAJ), Encik Yosree Ikhsan, berkata tindakan isteri lelaki berkenaan meminta cerai semata-mata kerana terpengaruh tawaran bomoh itu perbuatan tidak masuk akal.
- Beliau berkata, perbuatan bersubahat dalam proses pemujaan seumpama itu perbuatan berdosa dan boleh membawa kesesatan.
- 'Kami berharap suami wanita berkenaan dapat menghubungi JAJ. Maklumat daripada wanita itu penting bagi membantu kami bagi mengesan bomoh terbabit seterusnya membolehkan kami mengambil tindakan bersesuaian,' katanya ketika dihubungi.
Ahli Parlimen Hulu Selangor Meninggal Dunia
Friday, March 26, 2010
Ahli Parlimen Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, yang menghidapi barah otak meninggal dunia di rumah beliau di Batu 10, Kajang pukul 9.27 malam tadi.Allahyarham memenangi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-12 atas tiket parti Keadilan Rakyat dengan majoriti 198 undi mengalahkan Datuk G. Palanivel dari Barisan Nasional.
Satu pilihan raya kecil dijangka diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya.
Parlimen Hulu Selangor mempunyai 63,593 pengundi di mana 53.94 peratus adalah Melayu, 26.67 peratus Cina dan 18.98 peratus India serta 0.41 peratus lain-lain bangsa.
Sumber: SK
Satu pilihan raya kecil dijangka diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya.
Parlimen Hulu Selangor mempunyai 63,593 pengundi di mana 53.94 peratus adalah Melayu, 26.67 peratus Cina dan 18.98 peratus India serta 0.41 peratus lain-lain bangsa.
Benar Kah Media Asing Dedah PM Mahu Anjur Judi Sukan?
Thursday, March 25, 2010
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan mendedahkan cadangan itu ketika menghadiri Persidangan Pelaburan Asia Credit Suisse ke-13 2010 di Hong Kong.
Presiden Umno itu dikatakan mahu mempertimbang cadangan melaksanakan perjudian melibatkan Fifa World Cup final di Afrika Selatan yang bermula 11 Jun sehingga 11 Julai ini.
Sumber: YV Selangor
Presiden Umno itu dikatakan mahu mempertimbang cadangan melaksanakan perjudian melibatkan Fifa World Cup final di Afrika Selatan yang bermula 11 Jun sehingga 11 Julai ini.
- Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook pada sidang media di lobi Parlimen sambil mempertikai mengapa Najib seolah-olah merahsiakan hal itu dari pengetahuan rakyat Malaysia.
- Beliau merujuk laporan akhbar yang mengatakan Berjaya Group, sebuah syarikat berasaskan perjudian dikatakan berminat untuk melobi lesen judi dari kerajaan.
- Berita itu ditemui dengan melayari www.asiaone.com dengan mengklik judul berita: 'Legal Sport Betting In Malaysia'
- Berjaya Group yang dikepalai Tan Sri Vicent Tan diketahui umum sebelum ini kerana menjalankan perniagaan perjudian selama 20 tahun dengan hanya membayar cukai sebanyak RM25 juta.
Hospital Queen Elizabeth Di Kota Kinabalu Sama Seperti Kem Pelarian Vietnam?
Thursday, March 25, 2010
Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang menyamakan Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu seperti kem pelarian Vietnam serta mendakwa Menteri Kesihatan tidak ambil pusing terhadap laporan yang dibuat berkali-kali mengenai keadaan buruk hospital tersebut.
Sumber:SK
- Kit Siang mendesak agar Datuk Seri Liow Tiong Lai dipecat daripada jawatannya kerana kegagalan beliau mengambil tindakan.
- Menurut Ahli Parlimen itu seorang doktor yang bertugas di hospital tersebut telah menulis sepucuk surat yang menceritakan masalah kekurangan doktor pakar menyebabkan pesakit terpaksa dipindahkan dari satu hospital ke hospital.
- "Doktor tersebut telah menghantar surat terbuka kepada Liow tentang krisis yang dihadapi hospital di Sabah dan mendedahkan pengalaman pesakit yang bernama Wong yang dipindahkan dari satu hospital ke hospital untuk mendapat rawatan disebabkan kekurangan kelengkapan doktor dan kelengkapan.
- "Krisis ini amat memalukan kerana di masa Najib mencanangkan 1Malaysia dengan retorik 'Rakyat Didahulukan", rakyat Sabah tidak mendapat kemudahan kesihatan yang sepatutnya.
- "Najib sepatutnya mengarahkan Liow supaya meletak jawatan dan melantik Menteri Kesihatan yang baru", tegas Kit Siang dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
- Sehubungan itu Ahli Parlimen Kota Kinabalu Hiew King Cheu juga mendedahkan masalah hospital di Tuaran yang tidak mempunyai katil manakala hospital Queen Elizebeth pula kekurangan katil.
- "Hospital juga kekurangan peralatan dan kompleks hospital masih belum siap setelah hampir 3 tahun tertangguh.
- "Ambulan pula bukan digunakan untuk kecemasan tetapi untuk memindahkan pesakit dari satu hospital ke satu hospital,
- "Jika menteri berkenaan tidak boleh menyelesaikan masalah ini, seharusnya beliau letak jawatan," kata King Cheu.
- Kit Siang berkata beliau akan menghantar kenyataan doktor Hospital Queen Elizebeth tersebut kepada Perdana Menteri apabila Kabinet bermesyuarat Jumaat ini.
RM171 Juta Tanggung Perbelanjaan Tahanan Warga Asing?
Wednesday, March 24, 2010
Kerajaan membelanjakan kira-kira RM171 juta bagi menanggung perbelanjaan tahanan dan banduan warga asing bagi tahun lalu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.Beliau berkata sepanjang tahun lalu, banduan warga asing yang diuruskan di penjara adalah berjumlah 81,396 orang dan purata sehari tahanan adalah berjumlah 13,392 orang.
Sumber: NST
- Katanya ini menunjukkan kemasukan pekerja asing juga boleh dikaitkan dengan bebanan ekonomi yang meliputi implikasi kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan untuk perbelanjaan pengurusan melibatkan tahanan warga asing.
- “Ini termasuk peruntukan yang disalurkan untuk pengurusan pusat-pusat tahanan seperti lokap, penjara dan depoh tahanan Imigresen,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ahli makmal pengurusan warga asing di Kementerian Dalam Negeri di sini kelmarin.
- Beliau berkata tahanan warga asing yang diuruskan di 13 buah depoh tahanan pula adalah berjumlah 408,979 orang bagi tempoh tiga tahun sejak 2006 dan purata setahun tahanan adalah berjumlah 102,244 orang.
- Hishammuddin berkata perbelanjaan yang ditanggung kerajaan bagi jumlah kos makan untuk sehari bagi tahanan warga asing di depoh tahun lalu sahaja adalah sebanyak RM341,881.
- Selain itu, katanya program penghantaran pulang dan pengusiran warga asing yang diuruskan oleh Jabatan Imigresen dari tahun 2007 hingga tahun lalu melibatkan kos kira-kira RM35 juta.
- Beliau berkata kerajaan juga terpaksa berbelanja untuk kos-kos langsung dan tidak langsung yang berkaitan dengan warga asing seperti aspek keselamatan, implikasi sosial dan perkhidmatan kesihatan.
- Katanya itu tidak termasuk nilai yang begitu tinggi membabitkan subsidi minyak dan keperluan asas yang diberikan kepada rakyat tetapi hakikatnya turut dinikmati oleh warga asing yang berada di negara ini.
- “Melalui makmal ini, kita berharap agar dapat diwujudkan mekanisme untuk memastikan data dan maklumat yang terdapat di semua kementerian dan agensi kerajaan serta sektor swasta dapat dikumpul dan diselaras untuk membolehkan analisa kos dan keuntungan dapat diperolehi dengan tepat dan menyeluruh,” katanya.
- Hishammuddin berkata makmal yang dianggotai seramai 33 ahli daripada kementerian dan agensi yang berkaitan akan bermula secara rasmi pada hari ini untuk mencari kaedah terbaik dalam pengurusan dan pemantauan warga asing.
- Katanya mereka diberi tempoh sebulan iaitu sehingga 23 April ini untuk mengemukakan cadangan daripada segi mekanisme agar kerajaan mendapat maklumat tepat dan terkini berhubung analisis perbandingan kos dan keuntungan berhubung kemasukan warga asing ke negara ini.
- Katanya penilaian itu meliputi semua sektor terpilih seperti pembinaan, perkilangan, perladangan, perkhidmatan, pelancongan dan pertanian.
- Bagaimanapun, katanya beliau berharap mereka dapat mengemukakan cadangan itu kurang daripada tempoh sebulan berikutan ia perlu dibentangkan pada jawatankuasa Kabinet.
Bukan Tugas Speaker Pujuk ADUN Letak Jawatan?
Wednesday, March 24, 2010
Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua mempersoal sikap tidak profesional Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perlis, Datuk Yazid Mat yang tidak mahu menerima surat peletakan jawatan dan mengisytiharkan kekosongan kerusi.Ujarnya, sama ada Yip akan meletakkan jawatan atau tidak, beliau sudah hilang kredibiliti kerana menjadikan kerusi Dun sebagai senjata untuk kepentingan diri sendiri.
Sumber: Harakah Daily
- "Sama ada Adun Titi Tinggi akhirnya letak jawatan atau tidak, tapi saya anggap Yip sudah hilang kredibilti sebagai wakil rakyat kerana sanggup mempermainkan amanah rakyat sebagai Adun untuk kepentingan parti sendiri," ujarnya.
- Namun beliau berkata, sekiranya berlakunya pilihan raya kecil akibat kekosongan kerusi itu, Pakatan Rakyat bersiap sedia untuk menghadapinya dan yakin mempunyai peluang yang cerah untuk menawan kembali Dun tersebut.
- "Kita bersiap sedia dan kali ini kami yakin kalau bertanding kita ada peluang cerah untuk menang kerana jelas Adun BN tidak menghormati kerusi dan hanya anggap isu peletakan jawatan sebagai protes terhadap parti," katanya.
- Beliau juga yakin dapat menawan undi kaum Cina di kawasan itu.
- "Saya percaya kalau bertanding bukan sahaja boleh dapat sokongan majoriti rakyat tapi juga dapat sokongan kaum Cina," katanya.
- Mengulas peletakan jawatan itu, Tian berkata Yip Sun Onn mempamerkan sikap wakil rakyat BN yang lebih mementingkan kuasa dalam parti berbanding menunaikan amanah rakyat.
- Beliau berkata, perkara itu jelas terbukti apabila Yip sanggup menjadikan kerusinya sebagai pertaruhan semata-mata untuk merebut kuasa dalam parti.
- "Ini menujukkan bahawa sebenarnya wakil-wakil BN lebih mementingkan kuasa dalam parti sehingga boleh menggunakan kerusi dalam Dun sebagai pertaruhan untuk merebut kuasa dalam parti.
- "Budaya ini sangat tidak sihat dan mencerminkan identiti BN yang kebanyakan wakil rakyatnya mementingkan kedudukan dalam parti lebih daripada amanah yang telah diserahkan kepada mereka," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen petang semalam.
- Tian yang juga Ahli Parlimen Batu juga berkata, tindakan Yip yang merupakan Exco tunggal MCA dalam kerajaan negeri ini membuktikan krisis dalaman MCA yang sangat kritikal menjelang pemilihan parti itu pada hujung minggu ini.
- "Saya nampak ini mungkin satu permainan untuk menarik perhatian dan peletakan jawatan ini mencerminkan kekecohan di dalam MCA dan kemelut perampasan kuasa dalam MCA.
- "Krisis dalaman MCA sangat teruk sehingga sanggup menggunakan kerusi sebagai satu ancaman kepada parti untuk melanlanjutkan agenda perebutan kuasa dalam parti dan menjelang pemilihan MCA hujung minggu ini kita nampak ia makin kritikal," katanya.
- Yip memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan dan satu-satunya Exco yang digugurkan pada 19 Mac lalu.
- Tempatnya digantikan oleh Adun Indera Kayangan, Dr Por Choo Cho, yang juga Setiausaha MCA Perlis.
- Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 Mac 2008 lepas, Yip mendapat 3,399 undi, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Keria Senawi (846) dan Mohammad Radzi Mustaffa (Bebas) pula 1,585 undi.
- Berdasarkan daftar pemilih PRU ke-12, terdapat seramai 7,830 pengundi di Dun Titi Tinggi yang melibatkan 73.52 peratus Melayu, Cina (23.2), India (2.8) dan lain-lain kaum (0.59).
Ghapur Desak Zahrain Minta Maaf Dedah Namanya Sertai PR
Wednesday, March 24, 2010
Hampir seminggu selepas pendedahan Datuk Zahrain Hashim, Datuk Abdul Ghapur Salleh marah terhadap wakil rakyat Bayan Baru itu kerana menamakan beliau sebagai antara lapan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang kononnya diumpan bagi menyertai rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kerajaan pada 16 Sept 2008.
Sumber: The Malaysian Insider
Selain dari Ghapur, Zahrain juga menamakan , Dr Puad Zarkashi (Batu Pahat MP), Datuk Anifah Aman (Kimanis), Datuk Eric Majimbun (Sepanggar), Tengku Datuk Seri Azlan Sultan Abu Bakar (Jerantut), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Datuk Chua Soon Bui (Tawau) dan Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan) terlibat dalam pakatan tersebut.
- Selanjut nya Ghapur berkata “Saya sudah katakan saya tidak pernah diumpan, tidak pernah dipujuk dan tak pernah pergi Taiwan, bererti saya bukanlah golongan yang dipujuk untuk lompat.
- “Jadi bererti umpan yang dibagi kepada rakan mungkin tidak cukup, jadi tidak lompat, umpan yang dibagi kepada Ahli Parlimen Bayan Baru ini besar, sebab dia lompat,” kata Ahli Parlimen BN Kalabakan ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
- Abdul Ghapur (gambar) mendesak Zahrain, yang baru-baru ini keluar daripada Parti Keadilan Rakyat untuk menjadi wakil Bebas, supaya menarik balik kenyataan yang menamakan beliau antara yang diumpan untuk lompat parti serta meminta maaf kepadanya.
- Beliau turut mempersoalkan tindakan Zahrain menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai komunis.
- “Bolehkah dalam dewan ini tunjuk satu orang antara kita ini komunis. Ini (tuduhan Zahrain) bukan bukti, ini salah dari segi peraturan, mana boleh duduk dalam Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri seorang komunis,” kata beliau dipetik Bernama.
- Abdul Ghapur turut mempersoalkan tindakan Zahrain yang meninggalkan PKR dua tahun selepas mengetahui pembohongan peristiwa 16 Sept yang diilhamkan Anwar.
- “Sekarang sudah jadi Bebas dan kemudian nanti mahu masuk Umno. Jangan terima orang seperti ini. Kalau dia boleh gigit ketua dia, dia boleh gigit ketua kita juga,” katanya.
- Abdul Ghapur berkata beliau membangkitkan isu itu selepas dihubungi ramai pemberita setelah Zahrain menyebut namanya ketika membuat pendedahan di Dewan Rakyat mengenai rancangan Anwar mengambil alih kerajaan minggu lepas.
- “Mungkin sekarang sudah gemuk, sudah kenyang, jadi macam-macam tohmahan, saya tidak tahu perjanjian dia dengan parti pembangkang, saya tidak tahu, saya bukan pernah di sana, tapi kenapa libatkan saya yang tidak ada dosa ini,” katanya.
- Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) kemudian bangun mencelah dan meminta Abdul Ghapur bertenang.
- “Bayan Baru menceritakan, dia tidak menuduh Kalabakan, jadi...,” kata Mohamad.
- Abdul Ghapur enggan memberi ruang serta mempertikaikan tindakan Mohamad mahu membela Zahrain.
- “Takkan Sri Gading mahu bela, sedangkan saya dalam BN, mahu bela pembangkang yang mungkin mahu masuk Umno.
- “Saya minta maaf saja, kalau orang seperti ini masuk Umno, mungkin Umno punya orang akan keluar,” katanya.
- Beliau juga enggan membenarkan Zahrain mencelah walaupun untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu.
- Abdul Ghapur turut menyatakan pendiriannya berhubung tindakan keluar parti.
- “Saya kalau keluar parti, (adalah kerana) saya tidak percaya kepada pucuk pimpinan, bukan kerana dibeli. Ini penting, jangan bikin tohmahan yang bukan-bukan,” katanya.
Pakatan Rakyat Pelawa Umno Duduk Semeja Atasi Masalah Judi
Wednesday, March 24, 2010
Walaupun ia sebenarnya dilesenkan parti pemerintah, Pakatan Rakyat hari ini mempelawa Umno untuk duduk semeja bagi membincangkan masalah judi yang semakin berlebih-lebihan di negara ini.
Malah, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Pakatan Rakyat sedia bersama-sama dengan Umno menghasilkan memorandum bersama, khususnya dengan Pemuda Umno bagi menangani masalah berkenaan.
Sumber: TV Selangor
- Bercakap pada sesi perbahasan Dewan Rakyat, beliau turut mempersoal kesahihan dakwaan Ahli Parlimen Bebas, Ibrahim Ali diberi lesen perjudian Ascot Sports untuk tempoh 20 tahun, melibatkan lumba kuda, bola sepak dan sebagainya.
- Secara tegas, beliau menyifatkan perjudian tidak membawa sebarang manfaat, malah hasil judi juga tidak membawa sebarang keberkatan, khususnya kepada umat Islam.
- Mengikut taksiran Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Pindaan 1983), perjudian adalah permainan berasaskan nasib atau kepandaian dan nasib bagi pertaruhan wang atau barang ganti wang.
- Ironinya, isu judi bukan dibawa Ahli Parlimen Umno sebaliknya dibangkitkan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke dari DAP yang mencelah perbahasan Saifuddin sebelum mengajukan soalan kepada Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR)
- Sehubungan itu, Saifuddin mempelawa Umno supaya berlapang dada dan duduk semeja serta membuat memorandum bagi membuat keputusan tegas mengenai aktiviti perjudian di negara ini.
Dewan Rakyat kecoh Fasal Kenyataan 'Satu Israel'
Tuesday, March 23, 2010
Dewan Rakyat kecoh semalam apabila ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, diminta menjelaskan kenyataannya dalam dewan minggu lalu yang mengaitkan kerajaan negara itu dengan sebuah firma penasihat Israel, lapor beberapa media tempatan.
Ini selepas Ahli Parlimen (AP) Barisan Nasional (BN) bagi Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, melanggar prosedur parlimen dengan mengancam Datuk Seri Anwar bahawa beliau akan dirujuk kepada Jawatankuasa bagi Hak dan Keistimewaan Parlimen, kata laporan laman berita The Malaysian Insider, semalam.
Sumber: CyNews

Ini selepas Ahli Parlimen (AP) Barisan Nasional (BN) bagi Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, melanggar prosedur parlimen dengan mengancam Datuk Seri Anwar bahawa beliau akan dirujuk kepada Jawatankuasa bagi Hak dan Keistimewaan Parlimen, kata laporan laman berita The Malaysian Insider, semalam.
- Datuk Abdul Rahman bangun selepas waktu soalan sambil menyebut perkara 37 (1) (A), yang dibacakan sekali dengan perkara 36 (12) peraturan mesyuarat, dan meminta kesempatan untuk menyatakan ancaman kepada Datuk Seri Anwar supaya menjelaskan perihal kenyataan 'Satu Israel' yang pernah diluahkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam Dewan Rakyat baru-baru ini.
- Datuk Seri Anwar menyatakan demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong pada 17 Mac lalu.
- Laman berita Malaysiakini pula memetik Datuk Abdul Rahman sebagai berkata bahawa AP Permatang Pauh itu jelas menggunakan kenyataan yang memalukan dewan semasa membuat kenyataan tersebut.
- Kekecohan kemudian berselang-seli antara para AP BN dengan pembangkang hingga suasana sukar dikawal speaker dewan dan perdebatan dewan tertangguh kira-kira sejam.
- Akhirnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, memberitahu Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee, bahawa kerajaan memberi Datuk Seri Anwar tempoh seminggu untuk membuktikan dakwaannya itu, dan jika Datuk Seri Anwar gagal, kerajaan akan mengusulkan agar ketua pembangkang itu diheret ke jawatankuasa khas parlimen itu.
- Sementara itu, The Malaysian Insider memetik Datuk Seri Anwar semalam sebagai berkata beliau tetap dengan pendirian bahawa Apco Worldwide pernah berkhidmat dengan pentadbiran Encik Ehud Barak pada 1999 dan akan memberi penjelasannya di dewan dalam masa terdekat.
- 'Saya akan memberikan penjelasan saya dan penjelasan saya akan didasarkan atas jawapan Perdana Menteri pada 18 Mac lalu,' ujarnya dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat, sambil merujuk kepada jawapan bertulis Datuk Seri Najib Razak kepada dewan itu bahawa 'Apco Worldwide Sdn Bhd dilantik bagi menawarkan khidmat perhubungan penuh'.
Sarawak Dan Sabah perlu Pelajari kesilapan Dari Kegagalan BN Di Semenanjung
Tuesday, March 23, 2010
Parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sarawak dan Sabah perlu mengambil iktibar daripada kegagalan BN di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada pilihan raya Parlimen 2008, kata Presiden Parti Gerakan, Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.- Pemimpin BN harus belajar daripada kesilapan yang kami lakukan. Berhubung dan berkomunikasilah dengan rakyat, agar mereka faham dan menghargai apa yang kerajaan lakukan,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri Seminar Politik anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Eastwood Valley Golf & Country Club semalam.
- Beliau berkata, rakyat mungkin mudah terpengaruh dengan propaganda atau kritikan yang disebarkan oleh pihak pembangkang, justeru pemimpin BN harus men-dekati rakyat lebih kerap untuk mengelakkan sebarang buruk sangka terhadap kerajaan.
- “Pilihan raya negeri bakal menjelang tidak lama lagi. Justeru pemimpin harus menggunakan strategi yang jujur, telus dan budiman untuk menakluki hati rakyat,” nasihatnya.
- Dalam konteks ini, Dr Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengajak pemimpin BN di negeri ini agar mendalami permasalahan rakyat dan mencari jalan terbaik besandarkan semangat 1Malaysia.
- “Apa yang saya katakan adalah berdasarkan analisis yang berlaku pada Mac 2008, yang mana Pulau Pinang jatuh ke tangan pembangkang,” katanya sambil menambah kegagalan itu berpunca daripada kurangnya komunikasi antara pemimpin dan rakyat.
UBN Dicabar Batal Kontrak APCO
Monday, March 22, 2010
Parti Keadilan Rakyat mendesak kerajaan BN membatalkan kontrak APCO Worldwide yang mempunyai kaitan dengan elemen Zionis dan Neo-Konservatif Amerika Syarikat.Desakan ini dibuat ekoran pendedahan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat tempoh hari, yang mengkritik keputusan Perdana Menteri Najib Abdul Razak melantik syarikat perunding itu membantu BN menguruskan negara.
- "Jika Umno-BN tidak membatalkan kontrak APCO, ia memberi implikasi bahawa dasar-dasar Israel menjadi asas kepada komunikasi negara. Saya cabar Perdana Menteri jika tidak ada tindakan tegas diambil, rakyat akan berkata kamu bersekongkol dengan pemimpin Israel," kata Ahli Parlimen Yusmadi Yusoff bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.
- Sebelum ini, Anwar mendedahkan semasa pentadbiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan Umno-BN juga telah membayar sejumlah wang kepada pelobi Yahudi yang pro-Zionis dan neo-konservatif ektremis, Jack Abramoff.
- Kerajaan Malaysia telah membayar yuran perundingan sebanyak AS$1.2 juta (RM4.6 juta) kepada Abramoff bagi khidmat menguruskan pertemuan antara Dr Mahathir dan Presiden Amerika ketika itu George W. Bush di White House, Washington pada Mei 2002.
- Menteri Pertahanan Zahid Hamidi turut dikecam keras kerana mengadakan pertemuan bersama Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak di sebuah majlis koktel di Pertunjukan Udara Paris, 17 Julai tahun lalu.
- Muqabalah antara pemimpin kanan Umno ini dan Penyembelih Gaza (The Butcher of Gaza) telah menghiris hati umat Islam di negara ini.

- Beliau turut mempersoal tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil Apco sebagai penasihat kepada pentadbiran negara.
- "Saya mencadangkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menghantar memorandum khas kepada Majlis Raja-Raja Melayu meminta Majlis Raja-Raja Melayu meneliti perkara ini.
- "Kenapa kerajaan perlu mengambil khidmat syarikat antarabangsa yang terlibat dengan rejim zionis, sedangkan banyak lagi syarikat antarabangsa mahupun tempatan yang boleh menjadi jururunding," katanya yang juga Naib Presiden PAS pada sidang media di lobi Parlimen tengah hari ini.
- Anwar sebelum ini, mendakwa Apco Worldwide, sebuah agensi perunding dilantik oleh kerajaan Malaysia adalah syarikat yang sama melakarkan slogan ‘One Israel'
Mantan Presiden Filipina, Estrada Nafi Tuduhan Musuhi Islam
Monday, March 22, 2010
Mantan Presiden Filipina, Joseph Estrada, semalam menolak 'fatwa' pemimpin Islam setempat yang menyifatkannya sebagai musuh agama itu.Sebaliknya, beliau memberi amaran kepada kumpulan pemisah bahawa beliau akan melancarkan 'perang besar-besaran' ke atas golongan itu jika beliau memenangi Pilihan Raya Presiden kelak.
sUMBER: AFP, AP.
- Minggu lalu, Majlis Tertinggi Ulama Bangsamoro mengeluarkan fatwa menggelar Encik Estrada sebagai musuh Islam. Fatwa itu mendapat sokongan pergerakan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).
- Fatwa itu, yang dibaca dalam satu perhimpunan di bandar Marawi pada 9 Mac lalu, turut menggesa pengundi Filipina menolak percubaan Encik Estrada menjadi presiden dalam Pilihan Raya Presiden pada Mei ini.
- Fatwa itu menyatakan, kempen tentera ketika pemerintahan Encik Estrada pada 1998 menyebabkan kemusnahan meluas, mencemarkan rumah ibadat dan mengakibatkan jutaan penduduk Islam Filipina kehilangan tempat tinggal.
- Encik Estrada diguling pada 2001 atas tuduhan rasuah.
- 'Beliau sudah membuat pengumuman bahawa sebaik saja dipilih sebagai presiden, keutamaannya ialah memerangi MILF, yang kini mengadakan rundingan damai dengan pemerintah,' kata fatwa itu.
- Beberapa tinjauan terbaru di kalangan pengundi meletakkan populariti Encik Estrada di tempat ketiga selepas calon Presiden lain, Senator Benigno 'Noy-noy' Aquino III dari Parti Liberal dan Senator Manuel Villar dari Parti Nacionalista.
- Semalam, Encik Estrada berkata beliau yakin fatwa itu tidak akan disokong sekitar lima juta penduduk Islam di wilayah selatan Filipina.
- 'Saya rakan Islam dan saya menghormati Islam. Bagaimanapun, saya tidak boleh mengambil sikap toleransi ke atas mana-mana pertubuhan, tanpa mengira agama, jika mereka melanggar undang-undang,' kata Encik Estrada.
Perdana Menteri Jelas Tersimpang Dari Matlamat?
Monday, March 22, 2010
Demi laba politik, kerajaan Datuk Seri Najib Razak menyimpang dari matlamat membantu negeri-negeri miskin di pantai timur melalui hasil khazanah petroleum seperti yang dirancang oleh bapanya Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak.
Sumber: TV Selangor
- Hakikat ini didedahkan dalam Forum Royalti Minyak Hak Perlembagaan? hari ini oleh Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah yang membentangkan bagaimana Tun Abdul Razak mahu Petronas dituibuhkan demi membangunkan Pantai Timur.
- “Tun Razak berkata, walau apapun, kita perlu wang minyak itu untuk Pantai Timur. Jadi saya pun cuba lakukan apa yang dianggap mustahil dan saya siapkan draf (undang-undang Petronas) dan menhantarnya ke Jabatan Perdana Menteri untuk dinilai,” katanya.
- Beliau menerangkan konsep asas perjanjian minyak antara Petronas dan kerajaan negeri ialah pemberian royalti 5 % kepada kerajaan negeri kerana menyerahkan hak pengurusan hasil minyak kepada Petronas.
- Malah Akta Pembangungan Petroleum 1974 ditulis sebegitu rupa untuk memberikan lebih peluang kepada anak-anak negeri di pantai timur mendapat manfaat hasil bumi negeri mereka.
- Tengku Razaleigh berkata, pada semangatnya amalan pengagihan hasil petroleum di Terengganu sebelum ini tidak menghadapi sebarang masalah ketika di bawah pentadbiran Umno-BN.
- “Akhirnya semua negeri bersetuju memberi hak petroleum kepada kita tetapi sebagai ganti mereka dapat 5% atas hak untuk petroleum di luar pantai yang mereka beri kepada Petronas . Mudah. Saya tak faham kontroversi ini kerana berdasarkan keadaan ini, Terengganu dibayar berbillion dollar. Tetapi bila tahun 99, PAS menang, bayaran dihentikan. Kerajaan Negeri diberi wang ehsan duit itu disalurkan pada agensi kerajaan. Saya pelik kerana tiada apa dalam peruntukkan undang-undang ini yang megatakan kerajaan Persekutuan boleh campur isu negeri,” jelas beliau.
- Cubaan Kerajaan Umno BN ini dilihat sebagai tindakan menghalang usaha pembangunan kerajaan Negeri yang tidak ‘sehaluan politik’ dengan mereka.
- Tengku Razaleigh juga mempertikaikan mekanisme kewangan yang cuba digunapakai di Kelantan berhubung isu royalti petroleum kerana ketelusan dan keberkesanannya seperti apa yang berlaku dalam amalan ‘wang ehsan’ di Terengganu.
- “Tapi kita lihat apa yang berlaku di Terengganu, penyalahgunaan, korupsi, kerana ia tidak bertanggungjawab. Hampir 20 bilion dibelanjakan dalam wang ehsan. Kerajaan Negeri Terengganu walau telah disambung pemberian wang ehsan tidak bersetuju memerima baki royallti kerana tidak mahu bertanggungjawab dengan penyalahgunaan wang ehsan selama 5 tahun ini. Buat stadium, runtuh, bus stop, runtuh, swimming pool, bocor,” katanya.
- Seorang lagi ahii Panel, Tommy Thomas, yang juga peguam dalam kes royalti minyak Terengganu mendedahkan bahawa perkara ini hanyalah penderaan politik oleh kerajaan Barisan Nasional dengan memberi contoh pengalaman Terengganu.
- “Nov 99, selepas pilihanraya umum, Pas telah menang di Terengganu tapi selepas Mac 2000, tiada bayaran royalti diberikan. Kita boleh pergi kepada September 2000. Tiada asas undang-undang untuk hentikan bayaran tetapi ia keputusan politikal yang dibuat oleh Mahathir sebelum itu untuk halang PAS dari dapat bayaran,” jelasnya.
Nikah Hanya Menerusi Sidang Video?
Monday, March 22, 2010- 'Keputusan melakukan pernikahan secara sidang video diambil kerana suami (Encik Mohd Zahid) tidak dapat pulang ke tanah air. Malah, beliau bertekad tidak akan pulang selagi tidak menggenggam ijazah dalam bidang Usuluddin.
- 'Selepas berbincang dengan kedua-dua keluarga, kami akhirnya bersetuju mewakilkan abang Mohd Zahid untuk majlis akad nikah. Walaupun nampak kompleks, saya bersyukur semuanya berjalan lancar mengikut hukum syarak walaupun tanpa kehadiran suami.
- 'Saya bersyukur hubungan kami berakhir dengan perkahwinan dan saya bercadang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam jurusan Syariah di Universiti Al-Azhar, sekali gus membolehkan kami tinggal bersama di sana,' kata Cik Yasidah.
- Menceritakan detik pertemuan dengan suaminya di Mesir, beliau berkata, perkenalan singkat dalam persatuan amar makruf membawa kepada ikatan pertunangan pada 25 Disember 2009.
- 'Kami merancang berkahwin dalam tempoh tiga bulan selepas bertunang dan majlis akad nikah hari ini (Jumaat lalu) melengkapkan perjanjian itu.
- 'Bagi kami perkahwinan ini adalah ikatan percintaan, sekali gus menjaga adab dan nilai kesucian agama kerana kebebasan tanpa had dan sempadan tanpa ikatan bakal mengundang keruntuhan moral dan mencemarkan kesucian agama,' katanya.
- Sementara itu, Naib Kadi kawasan Bota/Lambor, Encik Omar Tahir, berkata upacara akad nikah terbabit sah mengikut syarak walaupun pengantin lelaki diwakili oleh abangnya.
- 'Saksi dan orang ramai yang mengikuti sidang video secara langsung ini juga tidak mempunyai masalah mengenai status pengantin lelaki kerana mereka dapat melihatnya secara jelas dalam komputer,' katanya.
Rasuah Berpunca Akibat Kelemahan Dalam Diri Individu?
Sunday, March 21, 2010

Menurut kajian yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mendapati amalan rasuah lebih berpunca akibat kelemahan dalam diri individu sendiri seperti sikap tamak, ingin cepat kaya, berbelanja melebihi pendapatan dan mengamalkan gaya hidup mewah.
Skala gaji yang rendah dan kos sara hidup yang tinggi bukanlah merupakan faktor utama berlakunya rasuah di kalangan kakitangan kumpulan sokongan perkhidmatan awam.
Sumber: NST
Skala gaji yang rendah dan kos sara hidup yang tinggi bukanlah merupakan faktor utama berlakunya rasuah di kalangan kakitangan kumpulan sokongan perkhidmatan awam.
- Selain itu, kelemahan dalaman sesebuah organisasi akibat kepimpinan yang lemah, sistem dan prosedur yang tidak telus, kerenah birokrasi serta kuasa budi bicara yang luas menyebabkan ruang dan peluang rasuah semakin terbuka.
- Apakah benar wujudnya peningkatan kes-kes rasuah di kalangan penjawat awam? Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat SPRM, Datuk Ahmad Khusairi Yahaya berkata berdasarkan perangkaan tangkapan ke atas penjawat awam bagi tahun 2007, 2008 dan 2009, kes-kes rasuah yang melibatkan golongan itu didapati semakin menurun.
- Beliau berkata ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa tahap integriti serta kesedaran penjawat awam terhadap kesalahan rasuah semakin meningkat.
- Pada 2007, katanya, daripada sejumlah 591 orang yang ditangkap atas kesalahan rasuah, seramai 303 atau 51 peratus daripada mereka adalah penjawat awam.
- Bilangan itu menurun pada tahun 2008, iaitu hanya 282 orang atau 47 peratus berbanding keseluruhan tangkapan sebanyak 605 orang.
- Penurunan jelas ketara dalam tahun 2009 apabila hanya 194 penjawat awam yang ditangkap iaitu 39 peratus daripada jumlah tangkapan seramai 500 orang.
- Daripada segi perangkaan jumlah pertuduhan kes-kes rasuah terhadap penjawat awam juga menunjukkan trend penurunan yang ketara bagi tempoh tiga tahun kebelakangan ini.
- Pada 2007, terdapat 133 pertuduhan ke atas penjawat awam, menurun kepada 104 pertuduhan dalam tahun 2008 dan menurun lagi kepada hanya 90 pertuduhan dalam tahun 2009.
- Ini jelas memperlihatkan bahawa tahap kesedaran penjawat awam terhadap kesalahan rasuah dan tanggungjawab memerangi jenayah itu semakin meningkat.
- Faktor-faktor yang membawa kepada peningkatan itu adalah berasaskan kepada program-program yang diperkenalkan kerajaan termasuk aktiviti kesedaran yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.
- Selain itu, pelaksanaan Modul Pencegahan Rasuah dalam kursus-kursus induksi dan kenaikan pangkat pegawai-pegawai awam, dasar-dasar semasa kerajaan termasuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan serta penubuhan Jawatankuasa Tadbir Urus Terbaik (JKTU).
- Sehubungan itu, beliau berkata SPRM memberi amaran tegas kepada orang ramai agar menjauhi amalan menyogok kakitangan awam.
- “Sekiranya tertangkap, hukuman berat pasti menanti anda termasuk dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi,” katanya.
Politik Pelbagai Kaum Adalah Langkah Ke Hadapan Bagi Malaysia
Sunday, March 21, 2010
Politik pelbagai kaum merupakan langkah ke hadapan bagi Malaysia selaras dengan konsep 1Malaysia yang diutarakan oleh kerajaan, kata timbalan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Katanya konsep Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal pelbagai kaum merupakan aspirasi pemimpin politik terdahulu termasuk bekas timbalan perdana menteri Allahyarham Tun Ghafar Baba yang melahirkan hasrat itu pada 1999.
Sumber:BERNAMA
Katanya konsep Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal pelbagai kaum merupakan aspirasi pemimpin politik terdahulu termasuk bekas timbalan perdana menteri Allahyarham Tun Ghafar Baba yang melahirkan hasrat itu pada 1999.
- "Konsep 1Malaysia ini juga merupakan acuan untuk membina 1BN -- BN sebagai parti pelbagai kaum yang tunggal," kata Ongkili semasa membentangkan kertas kerja bertajuk "Menginovasikan Politik Malaysia - Pendekatan Pelbagai Kaum" pada sebuah seminar politik anjuran Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di sini.
- Ongkili, yang juga Menteri Sains, Teknoloji dan Inovasi, berkata mengurus harapan masyarakat juga melibatkan peranan kepimpinan yang mantap dan bersikap kesederhanan.
- "Kita perlu menumpukan kepada perjuangan ideoloji berbanding hanya memenuhi keperluan asas. Perjuangan ideoloji adalah perjuangan untuk membentuk sebuah Malaysia yang adil, saksama, sejahtera dan bersatu padu di mana keperluan asas rakyat dipenuhi," katanya.
- Misalnya, katanya, ahli parti-parti politik perlu melihat perjuangan ideoloji dan bukan hanya mementingkan keperluan sendiri seperti jawatan dalam kerajaan, kontrak dan projek kerajaan.
- "Kunci kepada kejayaan mengurus sebuah parti pelbagai kaum adalah berdasarkan rakyat dan ahli memahami objektif parti bagi menampung kepentingan semua kaum di negara ini," katanya.
- Katanya pemimpin di peringkat persekutuan kini lebih bersedia mendengar dan ikhlas dalam membantu Sabah dan Sarawak serta merapatkan jurang pembangunan antara kedua-dua negeri itu dengan Semenanjung.
Wang Royaliti Sepatutnya Dikendalikan Oleh Kerajaan Negeri
Sunday, March 21, 2010

Bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam dalam wawancara yang disiarkan melalui Astro Awani menegaskan bahawa pembayaran wang royalti atau pun wang ehsan seharusnya diserahkan kepada kerajaan Kelantan untuk diuruskan selaras peruntukan undang-undang yang ada.
Wang tersebut mesti dikendalikan kerajaan negeri dan bukannya oleh Kerajaan Persekutuan dengan mewujudkan jawatankuasa khas mengenainya.
Sumber: Harakah Daily
Wang tersebut mesti dikendalikan kerajaan negeri dan bukannya oleh Kerajaan Persekutuan dengan mewujudkan jawatankuasa khas mengenainya.
- Kerajaan Pusat melalui Pengerusi Perhubunga Umno Negeri Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad memberitahu, satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengendalikan pengagihan wang ehsan. Ekoran itu, kerajaan negeri Kelantan dijemput menghantar wakil untuk menyertai jawatankuasa itu namun ia ditolak oleh kerajaan negeri kerana tidak mengiktirafnya.
- Kenyataan Tun Musa sekali lagi memberikan tekanan hebat terhadap Umno yang terus berkeras tidak mahu menyerahkan wang royalti petroleum kepada kerajaan negeri dan mahu mengendalikannya melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan yang dibentuknya.
- Sebelum ini, anggota Parlimen Umno dari Gua Musang yang merupakan bekas pengerusi Petronas Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan, mengikut perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri Kelantan yang beliau sendiri tandatangani, wang tunai lima peratus dari hasil minyak yang diperolehi dari perairan Kelantan perlu dibayar kepada kerajaan negeri. Perjanjian itu pula tidak menghadkan tiga batu nautika sahaja tetapi seluruh perairan Kelantan.
- Ini kerana, mengikut konsep persekutuan, tanpa negeri dimanalah persekutuan dan seluruh laut berdepan dengan sesebuah negeri dikira perairan negeri.
- Namun sehingga kini, Umno bertegas tidak mahu berbuat demikian dengan alasan ia perlu dibayar jika petrol itu diambil di atas tanah atau sehingga tiga batu nautika sahaja dari pantai Kelantan. Pun begitu, ia berubah setiap masa. sebelum ini, tidak ada minyak diperolehi di perairan Kelantan. Kemudian ia berubah dengan ada dan Kelantan akan menerima wang ehsan bukan royalti.
- Mula-mula RM20 juta diumumkan sebagai jumlah wang ehsan yang akan dibayar. Baru-baru ini, jumlah itu berubah pula kepada RM26 juta.
UBN Takut Kalah Walaupun Undi Pengundi Muda Masih Misteri?
Saturday, March 20, 2010
Pakatan Rakyat menegaskan pendaftaran pengundi automatik perlu dipraktik segera walaupun tiada jaminan pengundi muda memihak calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang.
Pada masa ini, lebih 4.38 juta daripada 15.4 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas belum mendaftar dan fakta ini diakui Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf.
Sumber: TV Selangor
Pada masa ini, lebih 4.38 juta daripada 15.4 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas belum mendaftar dan fakta ini diakui Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf.
- Sebaliknya, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menolak cadangan yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya SPR membuat pendaftaran automatik kepada rakyat berusia 21 tahun.
- Mengulas hal itu, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke menyifatkan kenyataan Nazri itu semata-mata berasaskan kebimbangan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) terhadap ‘kuasa’ pengundi muda.
- “Tetapi nampaknya, ini tidak diingini oleh BN dan kita tahu bahawa mereka bimbang kalau pengundi muda terlalu ramai, maka ini akan menggugat kedudukan politik mereka," katanya.
- Beliau menyatakan pengundi muda masa kini memiliki lebih maklumat berbanding pengundi lain berikutan pendedahan mereka lebih luas dan kecenderungan politik mereka sukar dijangka.
- “Saya mengambil pendirian, kita jangan terlalu confident (yakin). Yang kita pasti ialah pengundi muda lebih kritikal dan boleh membuat analisis sebab saluran maklumatnya lebih menyeluruh," katanya.
Kerajaan Dicabar Pamer Perjanjian Royalti Minyak
Saturday, March 20, 2010
Isu pemberian royalti minyak kepada Kelantan hangat kembali baru-baru ini apabila dua gabungan NGO daripada Kelantan dan Terengganu mahu menyerahkan memorandum tuntutan mereka kepada Yang di-Pertuan Agung hari ini.
Sumber: Malaysia Kini
- Bagaimanapun, perhimpunan yang dijangka menghimpun ribuan rakyat daripada kedua-dua negeri di lapangan terbang Kuala Terengganu pagi ini terpaksa dibatalkan atas arahan polis.
- Bercakap dalam seminar kepimpinan anak muda anjuran kerajaan Selangor di Petaling Jaya, Zaid berkata perjanjian royalti minyak antara kerajaan negeri dan Petronas jelas menggariskan pembahagian yang berhak diterima pihak masing-masing.
- “Ia tidak ada sebut tentang jarak berapa batu nautika (yang dipertikaikan kerajaan persekutuan). Ia kata, aku dapat seringgit, engkau (kerajaan negeri) dapat lima sen,” katanya dengan analogi menarik.
Gali Perigi Untuk Cari Air
Saturday, March 20, 2010
Begini lah jadi nya bilamana kemarau panjang terus berkekalan. Penduduk yang tidak mendapat bekalan air dari paip, terpaksa bergotong-royong menggali perigi dalam usaha mendapatkan bekalan air. Di Xifeng yang terletak di wilayah Guizhou, China, lebih 400 jurutera dan pekerja dilaporkan giat menggali perigi di serata wilayah Guizhou bagi mendapatkan bekalan air yang semakin berkurangan ekoran kemarau panjang.
Sumber: REUTERS
Gejala saperti ini mengingingatkan kita bahawa ia nya boleh terjadi dimana-mana termasuk Malaysia?
Najib Garis Empat Elemen Bagi Malaysia Jadi Hab Pendidikan Serantau
Saturday, March 20, 2010
Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggariskan empat elemen bagi Malaysia muncul sebagai hab pendidikan serantau dengan;
Selain itu, katanya kemahiran berkomunikasi dan penguasaan bahasa lain termasuk Inggeris adalah penting.
Sumber: BERNAMA
- i) komitmen mantap kepada kecemerlangan akademik dan program berdasarkan merit.
- ii) membabitkan inklusi sosial di mana golongan miskin dan yang terpinggir diberi peluang untuk berjaya.
- "Mereka tidak boleh ketinggalan dalam mengejar arus pembangunan di peringkat tertinggi," katanya semasa berucap melancarkan Yayasan Jeffrey Cheah di Bandar Sunway di sini malam semalam.
- iii) memantapkan lagi kaedah pendidikan negara dengan mengguna pakai amalan terbaik antarabangsa.
- iv) memupuk kumpulan graduan cemerlang dalam pemikiran strategik dan kreativiti.
Selain itu, katanya kemahiran berkomunikasi dan penguasaan bahasa lain termasuk Inggeris adalah penting.
- Beliau turut menegaskan bahawa sokongan sektor swasta adalah mustahak bagi Malaysia mencapai wawasan menjadi hab pendidikan bagi rantau ini
- "Mengiktiraf sektor pendidikan sebagai kunci dan jentera pertumbuhan dan transformasi negara, maka kami sedang menimbang insentif tambahan bagi menyokong sektor itu bagi memastikan sistem pendidikan memenuhi keperluan semasa dan masa depan," katanya.
- Najib menjelaskan Model Ekonomi Baru akan mementingkan usaha memupuk kreativiti dan inovasi dan dalam hubungan ini, adalah penting bagi universiti awam dan tempatan menumpukan kepada aplikasi penyelidikan dan inovasi serta membangunkan kemahiran berfikir.
- Dalam ucapannya juga, Najib meminta semua sekolah dan institusi pengajian tinggi supaya memperkukuhkan falsafah gagasan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.
- "1Malaysia merupakan satu cara kehidupan dan mencerminkan komitmen tidak berbelah bagi oleh kerajaan dalam membentuk satu Malaysia kepada Semua Rakyat Malaysia - tempat yang menghargai dan menilai penerimaan dan menyambut kepelbagaian," jelasnya.
APCO Tidak Wajar Campur Tangan Urusan Negara
Friday, March 19, 2010
APCO Worldwide, sebuah firma perunding antarabangsa berpangkalan di Amerika Syarikat tidak seharusnya terbabit dalam sebarang urusan politik di negara ini, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu juga menyifatkan tindakan yang mungkin dikenakan terhadapnya melalui Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Parlimen berikutan pendedahan slogan Malaysia dan Isreal, sebagai jenaka basi.
Sumber: TV Selangor
- Anwar apabila diminta menjawab penafian Apco terlibat dalam mengilhamkan Satu Malaysia semalam, mempersoalkan untuk apa Apco dibayar jika bukan untuk membantu menasihati parti pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
- Bercakap pada sidang media selepas berucap di London School of Economics, semalam, Anwar yang sebelum ini ditohmah kononnya ejen Yahudi, menyifatkan persamaan Satu Malaysia dan One Israel sebagai satu “kebetulan aneh”.
- Ironinya, Umno yang mendabik dada sebagai juara Melayu dan memperjuangkan Islam khususnya dalam isu kalimah Allah, melantik APCO yang dipimpin sebahagian Yahudi berfahaman Zionis.
- Anwar menyifatkan beban tanggungjawab bagi menerangkan peranan sebenar Apco terletak di bahu pimpinan Umno.
- Mengikut Malaysia Insider, APCO dibayar dengan nilai kontrak yang bernilai 20 juta ringgit.
- APCO juga disyaki terlibat dalam pengaturan beberapa keputusan politik selain mendalangi beberapa isu politik bagi mengembalikan sokongan rakyat terhadap Umno.
- Pada 10 Ogos lalu, Ketua Pegawai Eksekutif APCO, Margery Kraus mengumumkan syarikat akan membuka pejabat baru di Malaysia pada September dengan Paul Stadlen sebagai pengarah urusan.
12 Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura Di Dakwah
Friday, March 19, 2010
SERAMAI 12 anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS), termasuk timbalan presiden dan setiausaha agungnya, didakwa di mahkamah semalam atas kesalahan merusuh di depan bangunan parti politik itu di Changi Road September lalu.Mereka pergi ke mahkamah dalam dua kumpulan, selang dua setengah jam antara satu sama lain.
Sumber:CyNews
- Kumpulan pertama seramai tujuh orang terdiri daripada Timbalan Presiden, Ali Asjadi, 53 tahun; Naib Presiden 1, Ismail Mohamed Yaacob, 44 tahun; Setiausaha Agung, Malik Ismail, 40 tahun; dan empat anggota biasa, iaitu Nazrudy Nasrul, 27 tahun; Azhar Ali, 44 tahun; Mazlan Soep, 33 tahun, dan Abdul Hamid Ahmad, 59 tahun.
- Mereka didakwa menjadi sebahagian daripada kumpulan yang menyebabkan kecederaan ke atas lima lelaki daripada kumpulan pecahan parti itu.
- Abdul Hamid, penjaga Bangunan PKMS, yang kini bebas dengan ikat jamin $15,000, didakwa bersenjatakan pahat semasa kejadian sekitar 12.18 tengah hari itu.
- Kumpulan kedua terdiri daripada lima anggota biasa - Hasan Nordin, 65 tahun; Mohamad Yusof Jaafar, 43 tahun; Mohamed Salleh Mohamed Said, 68 tahun; Ramli Mohamad dan kembarnya, Ramlan, 49 tahun.
- Mereka didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Ali, Azhar, Mazlan dan Abdul Hamid semasa menyertai perhimpunan haram itu.
- Mohamed Salleh, yang turut ditawar ikat jamin $15,000, didakwa bersenjatakan tukul kayu semasa kejadian.
- Peguam mapan, Encik Subhas Anandan, mewakili tertuduh dalam kumpulan pertama, manakala Encik Tan Cheng Kiong mewakili kumpulan kedua.
- Mahkamah semalam menetapkan sidang praperbicaraan pada 12 dan 19 April.
- Jika sabit kesalahan, Hamid dan Salleh boleh dipenjara sehingga 10 tahun, manakala yang lain sehingga tujuh tahun dan dirotan.


