Gejala Buang Bayi, Petanda Keruntuhan Institusi kekeluargaan?
Friday, April 30, 2010
Marah dan kesal dengan begitu banyak kes buang bayi di negara ini, seorang senator kelmarin menyarankan agar bapa kepada bayi yang berkenaan dikenakan hukuman ‘Senator Ahmad Hussin berkata hukuman itu adalah wajar untuk ‘mengajar’ golongan lelaki yang terbabit agar lebih bertanggungjawab.
Gambar hiasan melambangkan beribu makna

Sama ada disedari atau pun tidak gejala buang bayi mempunyai hubungan yang rapat dengan penyakit yang sedang dihidapi oleh masyarakat kita. Penyakit-penyakit sosial ini ini ada kaitan pula dengan dasar yang dilaksanakan dalam sebuah negara, demikian menerut kajian Ann Wan Seng, seorang penyelidik anthropologist tempatan
Berdasarkan kepada statistik yang dikemukakan oleh pihak berkuasa didapati bahawa gejala pembuangan bayi telah mencatatkan peningkatan berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Tidak gunanya kita mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam kalau pegangan agama dan akidah umat Islam berada di ambang kehancuran. Akidah merupakan asas kekuatan kepada umat Islam. Jadi, usaha-usaha perlu dirangka untuk memantapkan akidah orang-orang Islam melalui pelbagai program yang bercorak keagamaan bukannya hiburan yang telah mendominasi kehidupan rakyat negara ini.
Pilihan dibuat oleh masyarakat dan kita sebagai anggota masyarakat harus merasa bertanggungjawab terhadap apa yang sedang terjadi dewasa ini.

- Menurut beliau, kejadian membuang bayi bukan merupakan satu perkara yang baru. Gejala tersebut telah dikesan lama dahulu dan pernah menjadi heboh beberapa tahun yang lalu. Kini gejala buang bayi diperkatakan semula berikutan semakin ramai bayi yang ditemui sama ada dalam keadaan hidup atau mati di merata tempat.
- Selanjutnya, kalau sebelum ini, kita dikejutkan dengan penemuan bayi di dalam tong sampah, longkang, pintu pagar masjid, bawah pokok, kaki lima, tandas dan depan rumah orang. Tetapi kini cara membuang bayi jauh lebih ekstrem dan tidak masuk dek akal.
- Dalam kejadian yang terbaru, seorang bayi telah ditemui mati selepas dibuang daripada atas sebuah flat. Seorang bayi lagi ditinggalkan dalam beg plastik yang diikat rapat. Lebih menyayatkan hati lagi apabila seorang pelajar melahirkan anak di sekolah dan memasukkan bayi yang baru lahir itu ke dalam beg sekolahnya.
- Bayi-bayi itu yang dibuang dan sesetengahnya dibiarkan mati hasil daripada keterlanjuran yang dilakukan oleh ibu mereka yang kebanyakannya masih muda remaja. Bayi yang dilahirkan itu hasil daripada perhubungan seks yang dilakukan secara haram dan pergaulan bebas yang sudah menjadi trend bagi masyarakat kita.
- Gejala buang adalah bukti yang paling nyata bahawa masyarakat kita sedang dilanda oleh masalah keruntuhan moral yang serius. Kebejatan sosial yang sedang berlaku itu menandakan bahawa masyarakat kita sedang sakit.
- Sekaligus menunjukkan betapa proses pembangunan yang dilaksanakan dalam negara kita berada pada kedudukan yang tidak seimbang. Terdapat sesuatu yang tidak kena pada program pembangunan sosial negara. Begitu juga dengan sistem pendidikan yang telah gagal membendung pelbagai gejala dan kegiatan tidak sihat di kalangan pelajar-pelajar sekolah.

- Hasil kajian seorang pensyarah di UKM yang mendapati hampir kesemua responden pelajar perempuan yang dikajinya di sekolah menengah di negeri Selangor pernah melakukan hubungan seks adalah asas yang paling kuat untuk menunjukkan kepincangan yang berlaku pada sistem pendidikan dan pembangunan sosial negara.
- Ini belum lagi termasuk gejala-gejala lain seperti penyebaran ajaran Black Metal, Gothic, Punk, budaya Money Boy, Bohsia, Mat Rempit, Budak Makan Sampah, Grrr dan sebagainya.

Berdasarkan kepada statistik yang dikemukakan oleh pihak berkuasa didapati bahawa gejala pembuangan bayi telah mencatatkan peningkatan berbanding tahun-tahun sebelum ini.
- Pada tahun 2006, sebanyak 83 kes telah dicatatkan di seluruh negara berbanding 65 kes pada 2000. Sepanjang tempoh 2000 hingga 2006, sejumlah 580 pembuangan bayi telah dicatatkan dengan 48 daripadanya masih merupakan janin. Apa yang lebih membimbangkan lagi ialah pembuangan bayi turut menular di institusi pengajian tinggi (IPT).
- Walaupun berpendidikan tinggi tetapi demi untuk menutup malu dan melindungi perbuatan songsang mereka sanggup membuang dan membunuh anaknya sendiri. Ini membuktikan bahawa manusia tidak kira apa peringkat dan kedudukan boleh melakukan perkara yang di luar dugaan bila mereka berada pada keadaan yang tertekan.
- Mereka sanggup menjadi pembunuh dan pendera apabila tidak menemui jalan keluar terhadap masalah yang dihadapinya.

Tidak gunanya kita mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam kalau pegangan agama dan akidah umat Islam berada di ambang kehancuran. Akidah merupakan asas kekuatan kepada umat Islam. Jadi, usaha-usaha perlu dirangka untuk memantapkan akidah orang-orang Islam melalui pelbagai program yang bercorak keagamaan bukannya hiburan yang telah mendominasi kehidupan rakyat negara ini.
- Bagi memenuhi hasrat tersebut, masjid, surau, madrasah dan institusi keagamaan yang lain perlu dihidupkan semula. Membiarkan masjid dan surau sepi tanpa sebarang program yang berbentuk keilmuan dan bercorak kemasyarakatan hanya akan menyebabkan golongan remaja berpaling kepada pusat-pusat hiburan untuk memenuhi keperluan jiwa serta rohani mereka yang kosong.
- Golongan remaja dan pelajar tidak seharusnya dikorbankan demi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju mengikut acuan barat. Kemajuan tidak seharusnya diukur berdasarkan kepesatan pembangunan, berapa banyak bangunan tinggi telah dibina, pembukaan kawasan perumahan yang baru dan bilangan graduan yang berjaya dikeluarkan oleh IPT.
- Ukuran kepada kemajuan perlu berdasarkan kepada indikator etika dan nilai ketamadunanan yang telah dicapai oleh rakyat sesebuah negara seperti peningkatan taraf sosial yang meliputi aspek-aspek yang berkaitan dengan moral, peratusan celik ilmu yang tinggi dan gaya hidup yang sihat serta seimbang di antara jasamani serta rohani.
- Pembangunan yang tidak mengambil kira aspek-aspek ini pada hakikatnya tidak boleh dianggap sebagai kemajuan tetapi adalah satu kemunduran yang menyebabkan masyarakat hidup dalam keadaan yang tertekan dengan pelbagai kenaikan kos hidup yang tidak terkawal.
- Sama ada disedari atau pun tidak gejala buang bayi mempunyai hubungan yang rapat dengan penyakit yang sedang dihidapi oleh masyarakat kita. Penyakit-penyakit sosial ini ini ada kaitan pula dengan dasar yang dilaksanakan dalam sebuah negara.
- Kalau sekali pun dasar itu baik tetapi perlaksanaannya bermasalah dan penuh dengan penyelewengan, penyalahgunaan, kepincangan, rasuah serta beraneka kebobrokan yang lain maka dasar yang yang cantik akhirnya akan meninggalkan kesan yang hodoh sekali. Dan kesan-kesan negatif itu telah menjelma dalam kehidupan kita dalam berbagai-bagai kebejatan sosial yang begitu hodoh dan buruk sifatnya.
- Salah satunya ialah gejala buang bayi yang menunjukkan bahawa masyarakat kita kian hilang peri kemanusiaan dan nilai ketamadunannya sehingga mereka tidak lagi merasa sedih dengan apa sedang melanda itu.
- Sebaliknya gejala buang bayi dilihat sebagai suatu fenomena yang biasa dan harga yang perlu dibayar untuk mencapai taraf negara maju serta masyarakat yang up to date. Orientasi pemikiran sebegini perlu diperbetulkan.
Pilihan dibuat oleh masyarakat dan kita sebagai anggota masyarakat harus merasa bertanggungjawab terhadap apa yang sedang terjadi dewasa ini.

Dalam isu yang sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berpendapat antara langkah yang dilaksanakan bagi mengekang gejala itu ialah menyediakan khidmat kaunseling dan bimbingan kepada mereka yang terdedah terhadap bahaya moral.“Selain itu kita juga mewujudkan Pusat Remaja kafe@TEEN bagi membantu remaja mengatasi masalah fizikal, mental dan sosial remaja,” katanya.
Sumber: mks, HarakahDailySabah Distinasi Perdagangan Manusia Terhebat Di Malaysia
Thursday, April 29, 2010

Empat kawasan dikenalpasti sebagai destinasi utama pemerdagangan orang di Sabah iaitu Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu dan Keningau, kata Pegawai Kanan Program Archdiocese Human Development Commission (AHDC) Kota Kinabalu, Jenifer Majalap.
Jennifer berkata berdasarkan laporan penilaian yang dibuat oleh Pusat Kajian Antropologi Pusat (PUSKA) dan Universiti Indonesia yang membuat penyelidikan mengenai isu pemerdagangan orang dari 14 Jan hingga 3 Mac lalu mendapati Sabah juga digunakan sebagai transit untuk putaran pemerdagangan kanak-kanak perempuan ke Labuan, Sarawak dan Sememanjung Malaysia.
“Manakala laluan utama pemerdagangan orang pula ialah dari Nunukan atau Sungai Nyamuk (Indonesia) ke Tawau, Nunukan (Indonesia-Kalabakan), laluan laut dari Zamboanga (Filipina) – Sandakan, laluan udara dari Manila ke Kota Kinabalu dan laluan darat dari Lawas (Sarawak) ke Sindumin dan Labuan – Kota Kinabalu.
“Sehubungan itu program anti pemerdagangan orang di negeri ini dijalankan serentak dengan kempen anti pemerdagangan di Sarawak dan Labuan,” katanya.
Sumber:NST

- Jenifer berkata, kebanyakan pemerdagangan orang dari luar Sabah adalah berasal dari Jawa Timur, Sulawesi Selatan (Torjan), Kalimantan Barat (Pontianak), Visaya, Mindanao (Zamboanga), Luzon dan sebahagian kecil dari Sarawak.
- “Buruh-buruh dari Indonesia tanpa dokumen biasanya diperdagangkan melalui Tawau/ Kalabakan, manakala pekerja dari Filipina pula melalui Semporna dan Sandakan,” jelas beliau.
- Katanya lagi, antara cabaran utama menangani isu ini ialah kekurangan data statistik, pengenalan kepada mangsa pemerdagangan, kekurangan latihan dalam mengetahui agensi yang berpengalaman, cabaran penyiasatan, keengganan mangsa dan saksi untuk bekerjasama dan penipuan pengambilan pekerja asing.
- “Faktor yang menyebabkan pemerdagangan orang adalah rumit dan berkaitan antara satu sama lain ialah ‘Demand & Supply’ iaitu manfaat daripada jenayah pemerdagangan orang lebih besar daripada risikonya,” katanya dan menambah pemerdagangan orang adalah salah satu industri yang paling menguntungkan dalam ekonomi pasaran gelap dunia selepas dadah dan senjata api.
- Beliau berkata, pemerdagangan orang adalah jenayah yang paling cepat berkembang di dunia, lebih kurang 27 juta penduduk dunia menjadi mangsa pemerdagangan orang.
- Sehubungan itu katanya, pencegahan pemerdagangan orang di negeri ini memerlukan kerjasama antara Malaysia dan rakan-rakan sejawat daripada Indonesia dan pihak berkuasa Filipina.
- Jenifer berkata, bagi mengelak orang tempatan terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman menjadi mangsa pemerdagangan orang, kesedaran mengenai masalah itu perlu dimasukkan dalam Kempen Anti Dadah.
- Kesan pemerdagangan orang boleh dilihat dari tiga aspek iaitu mangsa (individu), Masyarakat dan negara atau kerajaan.
- “Mangsa akan mengalamai gangguan kesihatan, dijangkiti pelbagai penyakit, gangguan mental, trauma dan menanggung malu, katanya.
Tanah diambil Felda Plantations Patut Dikembalikan Kepada Anak-Anak Peneroka
Thursday, April 29, 2010
Kerajaan negeri diminta menyemak semula terma-terma yang terkandung dalam Akta GSA 1960 bagi membolehkan tanah-tanah yang diberikan kepada Felda Plantations diambil kembali dan diisi bagi penempatan generasi kedua Felda. 

Perkara itu dibangkitkan Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang, di sini, hari ini.
Sumber: Harakah Daily
- Menurut Mazlan, jika tanah-tanah yang diberikan kepada Felda Plantations seluas 384 ribu hektar seluruh negara ditempatkan peneroka, maka seramai 84 ribu anak peneroka akan dapat memperoleh penempatan dan pekerjaan di skim-skim Felda yang ditempatkan itu.
- “Anak akan menyerahkan memorandum kepada kerajaan-kerajaan negeri agar menyemak semula terma-terma yang terdapat dalam Akta GSA 1960 termasuk usaha mengambil balik tanah yang diberikan kepada Felda Plantations untuk diisi oleh anak peneroka.
- “Kami mahu asas penubuhan Felda sebagaimana yang dihasratkan Tun Abdul Razak untuk menempatkan rakyat yang tidak bertanah untuk membolehkan mereka hidup selesa di tanah rancangan Felda dilaksanakan,” katanya.
Sabah Antara 3 Tempat Perdagangan Manusia Terhebat DiMalaysia?
Thursday, April 29, 2010

Pegawai Penguasa polis ‘anti-pelacuran dan perjudian’ negeri Sabah, DSP Mohd Taufik berkata perdagangan manusia telah berkembang pesat di Sabah. Disamping itu, Sabah kini telah dikenali sebagai salah satu dari tiga negeri dimana terdapat perdagangan manusia yang tertinggi di Malaysia.
Taufik berkata sebahagian besar dari wanita yang ditangkap dalam tiga serbuan di sarang pelacuran, termasuk di Keningau ada lah dari negara jiran,
Beliau mengatakan 33 wanita yang ditangkap dalam satu serbuan, berusia antara 14 .
Sumber: Daily Express
- Ini dijangka berlaku kerana kemakmuran ekonomi negeri ini dan selain dari itu keadaan sempadan yang terbuka luas untuk membolehkan wanita dari negara jiran memasuki negeri ini secara haram .
Dikatakan, wanita-wanita ini telah dibawa masuk melalui darat atau pun melalui laluan air selain dari diterbangkan sebagai pelancung. - Dalam situasi yang sama, masaalah logistik dan sistem pengedaran tenaga kerja yang tidak teratur di negeri ini merumitkan lagi kerja-kerja pemantauan terhadap gejala perdagangan manusia tersebut.
- Dilapurkan bahawa setiba nya wanita-wanita tersebut di Sabah, mereka telah menjadi korban paksaan Petualang sindiket untuk menceburi perdagangan seks dengan penipuan, paksaan, gangguan atau intimidasi.

Taufik berkata sebahagian besar dari wanita yang ditangkap dalam tiga serbuan di sarang pelacuran, termasuk di Keningau ada lah dari negara jiran,
Beliau mengatakan 33 wanita yang ditangkap dalam satu serbuan, berusia antara 14 .
Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu - PR, BN Umum Calon
Wednesday, April 28, 2010

Ketua DAP Sarawak, Wong Ho Leng secara rasmi diumum sebagai calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu. Beliau akan bakal bertembung dengan Robert Lau Hui Yew, 45, calon BN yang juga Bendahari cawangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Sumber: TV Selangor
- Sebelum ini Wong pernah bertanding dua kali menentang calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hoi Chew yang menyandang kerusi itu selama lima penggal tetapi tewas. Wong adalah adalah antara enam pemimpin DAP yang berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri Sarawak 2006.
- Manakala pengumuman Hui Yew sebagai calon BN dibuat Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 Mei sebagai hari penamaan calon dan 16 Mei ialah hari mengundi.
- Pilihan Raya kecil kerusi Parlimen Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya Robert Lau, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April lalu.
Arang Batu Antara Yang Terbaik Untuk Penjanaan Kuasa Letrik Di Sabah?
Wednesday, April 28, 2010

Penasihat Sain kepada Ketua Menteri Datuk Seri Salleh Said Keruak meminta masyarakat untuk memahami alasan di sebalik cadangan Kerajaan Persekutuan untuk membina loji kuasa tenaga Arang Batu di Lahad Datu, pantai timur Sabah.
Salleh yang merupakan mantan Ketua Menteri, juga memberi ingatan supaya isu ini jangan di politikkan, kerana cadangan untuk membina loji di Lahad Datu ada lah diantara penyelesaian yang terbaik untuk menangani kekurangan bekalan letrik di negeri ini, khusus nya di pantai timur.

- "Kerajaan, melalui Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB, bertekad untuk menyelesaikan masaalah kekurangan bekalan letrik di Negeri ini.
- " SESB telah merumuskan strategi jangka pendek dan jangka panjang, termasuk usulan untuk penjanaan kuasa tenaga Arang Batu, demi untuk meningkatkan lagi kapasiti penjanaan elektrik dan saya berharap agar masyarakat dapat memahami situasi yang sebenarnya," katanya ketika ditemui oleh para wartawan selepas mendengar taklimat oleh Pengarah Urusan SESB, Baharin Din.
- Ketika diminta untuk mengulas bantahan dari beberapa badan yang bukan kerajaan (NGO) terhadap cadangan ini, Salleh, yang dilantik oleh ke jawatan tahap Menteri pada bulan Januari lalu, mengatakan kerajaan akan mempertimbangkan semua pandangan, termasuk analisis mengenai impak ‘environments’ akibat penjanaan tersebut.
- Semantara itu, Baharin Din telah menyatakan bahawa kekurangan bekalan Arang Batu tidak akan timbul kerana bekalan tersebut boleh di dapati dari Kalimantan, Indonesia.
- Lagi pun kapasiti Janakuasa letrik di pantai timur Sabah ketika ini 220MW, dijangka akan meningkat menjadi 400mw pada tahun 2017, kata beliau.
- Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengumumkan pada bulan September tahun lalu, bahawa kilang loji Janakuasa letrik Arang Batu berkapasiti 300 mw akan didirikan di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Daerah Ranau Terus Membangun Di bawah 4 Pemimpin BN : Antara Metos Dan Realiti?
Tuesday, April 27, 2010
Kemakmuran Ranau: mitos atau realiti?
Dilapurkan daerah Ranau kini terus membangun di bawah kepimpinan empat orang pemimpin ‘Barisan Nasional’ yakni, dua orang Menteri Penuh Kabinet Negeri, Datuk Haji Masidi Manjun (Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar), yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karanaan dan Datuk Dr. Ewon Ebin (Menteri Pembangunan Luar Bandar) juga Adun Paginatan bersama Ahli Parlimen Ranau, Datuk Siringan Gubat serta Adun Kundasang Dr. Joachim Gunsalam.
Rakyat Ranau dikatakan, amat bertuah mempunyai keempat-empat Wakil Rakyat, yang prihatin, berjiwa rakyat dan sentiasa ‘turun padang’ untuk menemui penduduk sekaligus memantau dan menangani permasalahan rakyat akar umbi.
Analisis Solymone
Syabas untuk penduduk Ranau kerana telah dianjakan lagi dengan beberapa pembangunan tambahan saperti Kompleks Sukan yang telah dibinakan di dataran salah sebuah bukit di Tanah Merah berhampiran Kampung Lohan Ulu.
Stadium saperti ini memang telah lama dinanti-nantikan oleh belia Ranau. Diharapkan dengan ada nya 'facility' sukan saperti ini akan menaikan lagi tahap mutu pembangunan sukan di daerah Ranau. Terutama sekali sukan bola sepak.
Walaupun tidak disentuh dalam berita diatas, namun ingin juga saya bagi kredit kepada penduduk Kampung Liwanti baru kerana telah meng-ilhamkan satu projek rekreasi unik yang mereka namakan 'Tagal Kg. Luanti'.
Walau macam mana pun, pada pendapat saya, (selaku seorang individu yang ada hubung kait dengan Daerah Ranau) selain dari pembangunan infrastruktur asas yang sedia ada, saperti sekolah-sekolah menengah, mini hydro dan beberapa batang jalan raya yang telah dinaikkan taraf dan Rekreasi Golf, saya rasa maseh banyak lagi perkara yang perlu diambil kira oleh 4 pemimpin tersebut sebagai pengesahan terhadap kewibawaan mereka sapertimana yang telah war-warkan.
Perkara yang saya maksudkan antara lain nya ada lah;
- Dinyatakan juga dengan kehadiran Pegawai Daerah, Faimin Kamin keadaan pekan Ranau bertambah kemas dan pembangunan sentiasa berjalan lancar dan apa lagi bila beliau mendapat kerjasama penuh daripada ketua-ketua dan para kakitangan Jabatan kerajaan negeri & persekutuan bersama agensi-agensi lain termasuk swasta (NGO) untuk sama-sama berganding bahu bagi merealisasikan wawasan pembangunan daerah ke tahap lebih maju.
- Seperti di daerah lain di negeri ‘Di Bawah Bayu’ daerah Ranau juga terus menikmati pelbagai bentuk pembangunan termasuklah usaha menaiktaraf beberapa batang jalan raya menuju ke kampung-kampung, penyediaan bekalan air bersih dan bekalan tenaga elektrik semata-mata untuk membantu penduduk meningkatkan tahap sosio ekonomi mereka.
- Pembinaan bangunan ‘Guna Sama’ bakal menempatkan pejabat kerajaan Persekutuan dan bangunan Mahkamah Daerah, menelan kos jutaan ringgit peruntukan daripada kerajaan pusat kini hampir siap terletak berhampiran pekan dan tersergam indah berhadapan dengan bangunan Urusetia Daerah Ranau.
- Satu lagi projek mega daerah Ranau ialah, pembinaan Kompleks Sukan juga menelan kos berjuta ringgit kini dalam pembinaan, terletak di dataran salah sebuah bukit di Tanah Merah berhampiran Kampung Lohan Ulu, pastinya akan memberi kemudahan kepada para atlet bukan sahaja dari daerah Ranau tetapi juga dari luar daerah termasuk venue kejohanan sukan dan permainan peringkat daerah, bahagian dan negeri kelak.
- Sesuai sekali dengan jolokan ‘Daerah Pelancongan’ dan ‘Pekan Kobis’ Ranau dan Kundasang yang terletak di kaki Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara, bukan sahaja memerlukan pembangunan infrastruktur yang lengkap malah penyediaan kemudahan para pelancong dari dalam dan luar negara untuk sama-sama menikmmati keindahan alam semulajadi serta lokasi peranginan yang menarik seperti Taman Kinabalu, Taman Kolam Air Panas Poring selain panorama kebun sayuaran tanah tinggi Kundasang, Resort Sabah Teh di Nalapak dan banyak lagi.
- Pihak berkuasa tempatan khususnya Majlis Daerah Ranau (MDR) juga, akan terus berusaha mempelbagaikan kemudahan awam menerusi sokongan orang ramai khususnya warga pekan untuk mempastikan kawasan dan persekitaran pekan sentiasa bersih, indah dan selamat.
Analisis Solymone
Syabas untuk penduduk Ranau kerana telah dianjakan lagi dengan beberapa pembangunan tambahan saperti Kompleks Sukan yang telah dibinakan di dataran salah sebuah bukit di Tanah Merah berhampiran Kampung Lohan Ulu.
Stadium saperti ini memang telah lama dinanti-nantikan oleh belia Ranau. Diharapkan dengan ada nya 'facility' sukan saperti ini akan menaikan lagi tahap mutu pembangunan sukan di daerah Ranau. Terutama sekali sukan bola sepak.

Walaupun tidak disentuh dalam berita diatas, namun ingin juga saya bagi kredit kepada penduduk Kampung Liwanti baru kerana telah meng-ilhamkan satu projek rekreasi unik yang mereka namakan 'Tagal Kg. Luanti'.
Walau macam mana pun, pada pendapat saya, (selaku seorang individu yang ada hubung kait dengan Daerah Ranau) selain dari pembangunan infrastruktur asas yang sedia ada, saperti sekolah-sekolah menengah, mini hydro dan beberapa batang jalan raya yang telah dinaikkan taraf dan Rekreasi Golf, saya rasa maseh banyak lagi perkara yang perlu diambil kira oleh 4 pemimpin tersebut sebagai pengesahan terhadap kewibawaan mereka sapertimana yang telah war-warkan.
Perkara yang saya maksudkan antara lain nya ada lah;
- Pembaikanpuleh bekalan letrik di daerah Ranau yang tidak menentu. Selalu 'black out' kata penduduk di sana.
- Menaikkan taraf jalan Lintas Libang-Marakau dengan sepenuh nya.
- Menaikan kualiti Lebuhraya Ranau-Kirokot/Tambunan
- Koridor Pembangunan Warisan Paginatan
Menyedia kan 'Blue Print' atau pun plan tindakan untuk kawasan DUN Paginatan. Merangkumai Rangkaian jalan yang menghubung Pginatan-Tambunan, Paginatan-Telupid (selain dari lebuhraya Ranau-Sandakan, Ranau-Tambunan).
Kawasan atau lokasi yang sesuai dimajukan untuk pertanian, perladangan dan industri tahap kecil dan sederhana yang bersesuaian,Hospital mini, Instituasi Pengajian Tinggi tahap Kolej (Agro-Eko based) dan sebagai nya. - Projek untuk menyusun dan mengemaskini situasi di kawasan pekan kecil Kundasang
- Satu pusat pengajian tinggi bertaraf Universiti yang khusus dalam bidang pelancongan (agro-eko based). Tapak cadangan di Kawasan bekas pelombongan 'Mamut'
- Pembangunan Pekan mini 'Nunuk Ragang'
- Dan lain-lain lagi
Zaid Akan Di Ambil Tindakan Undang-Undang Menuduh BN Membeli Undi?
Tuesday, April 27, 2010

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Barisan Nasional (BN) sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim yang menuduh BN membeli undi untuk memenangi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor semalam.
Malah, katanya dakwaan itu adalah sebaliknya kerana berdasarkan pemantauan sepanjang pilihan raya kecil Hulu Selangor itu, pembangkang dilihat 'membeli undi' apabila mengagihkan RM200 kepada pengundi serta barang-barang makanan, beras dan sebagainya.
Sumber: BERNAMA

- "Saya hairan kenapa mereka sanggup menuduh kami yang melakukan perkara-perkara yang telah mereka lakukan. Mereka yang mengagihkan wang, dikatakan kita yang mengagihkan wang.
- "Kerajaan negeri juga melakukan pelbagai cara untuk menarik pengundi untuk mengundi mereka sehingga mengagihkan borang 5A iaitu borang untuk memohon tanah, dan berkata bahawa kalau mereka (PKR) kalah, borang 5A ini akan ditarik balik dan tanah tidak akan diberikan kepada rakyat. Bukankah itu merupakan satu sogokan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
- Tengku Adnan berkata, Zaid dan pakatan pembangkang seharusnya menerima hakikat bahawa rakyat sudah menolak calon yang dipilih untuk bertanding di kawasan itu dan menolak PKR sebagai sebuah parti yang boleh membela nasib rakyat di Hulu Selangor.
- Pada pilihan raya kecil Hulu Selangor semalam, calon BN P.Kamalanathan menewaskan Zaid dengan majoriti 1,725 undi.
BN Perlu Post Mortem Tentang Kehilangan Sokongan Pengundi Cina - Mahathir
Tuesday, April 27, 2010
Mantan Perdana Menteri ,Tun Dr Mahathir Mohamad. berkata BN harus melakukan post mortem tentang kehilangan sokongan pengundi Cina manakala sokongan pengundi Melayu dan India telah meningkat.
"PRU (pilihan raya umum) ke-13, ada kemungkinan kita menang, lebih dari kali ini. PRU 12 kalah bukan kerana BN, tapi orang tertentu yang rakyat tak suka," katanya.
Bagaimanapun, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dapat memperbaharui imej kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan ia berpeluang memperoleh kejayaan lebih baik pada pilihan raya umum akan datang, kata nya.
Beliau memuji peranan Najib dalam kemenangan calon BN P.Kamalanathan dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor. "Saya fikir Datuk Seri Najib telah dapat tukar imej kepimpinan BN daripada yang terdahulu," katanya.
Sumber: BERNAMA, Photo: Minaq Jinggo

Mampu kah KPLB Turunkan Kadar Kemiskinan Di Sabah Akhir RM9?
Monday, April 26, 2010

Dikatakan baru-baru ini, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah( KPLB&W) komited untuk menurunkan kadar kemiskinan di Malaysia menjadi 2.8% pada akhir Rancangan Malaysia 9.
Spekulasi ini pasti nya akan menjadi tanda tanya kepada penganalisa ekonomi dan politik di Sabah kerana setakat ini kita maseh lagi difahamkan bahawa kadar kemiskinan di Sabah masa kini maseh lagi dalam tahap kronik, ia itu lebih kurang 23.4%.
Disamping itu mengikut pendapat Datuk Harris Salleh, mantan Ketua Menteri Sabah; pengangguran sebenar nya di Sabah masa kini ada lah 30%.
Walau macam mana pun, dilapurkan, KPLB&W kini sedang merangkakan beberapa plan tindakan yang akan digunapakai demi untuk menjayakan usaha yang akan dapat menyelesaikan gejala tersebut.
Menurut sumber selanjutnya , tindakan yang akan diambil, ada lah sebagai berikut: -
Data-data dan maklumat yang dikumpulkan oleh 'melalui sistem e-Kasih' akan dilancarkan untuk membantu kaum miskin. Kumpulan NGO atau pun 'Focus Group' akan diminta untuk membantu rakyat yang dikenal pasti sebagai golongan miskin. Seterusnya kumpulan ini akan di pertanggungjawabkan untuk membanteras kemiskinan dan seterusnya dapat mengurangkan tahap kemiskinan di Sabah.
Analisa Solymone:
Kalau setakat itu lah strategi kerajaan untuk menangani gejala kemiskinan di Sabah, saya rasa setuju lah dengan komen Dr. Hiew King Cheu( MP Kota Kinabalu) bahawa semua ini hanya lah cantik di kertas tetapi tidak mungkin dapat di laksanakan.
Apa lagi bila diambil kira masa untuk penyelesaian yang ditetapkan; ia itu selama 5 tahun(diselesaikan dalam program RM ke9).

- Untuk memastikan semua program di bawah 'Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang benar dilakukan untuk meningkatkan pendapatan mereka, dan program latihan kemahiran hidup harus dinaik -tarafkan. Rumah-rumah orang miskin harus ditingkatkan untuk keadaan yang lebih selesa dan selamat.
- Untuk mengatur langkah-langkah yang boleh membanteras kemiskinan melalui tatacara dari 'Focus Group tentang Pemberantasan Kemiskinan' di peringkat nasional, negeri dan peringkat daerah.
- Program Kerajaan yang akan menyediakan pusat kumpulan data yang merekodkan bilangan masyarakat miskin dengan menggunakan sistem 'e-Kasih', yang akan mempunyai profil semua rakyat miskin dan 'hardcore' miskin yang perlu diberi bantuan.
- Kerajaan akan mengenalpasti kawasan-kawasan yang dikirakan mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi dengan merangkakan plan-strategik pembangunan tanah untuk meningkatkan lagi ekonomi rakyat , seperti Lonjakan Projek Agropolitan di Pulau Banggi, Sabah, dan Projek Ladang Sejahtera Bangkoka, Sabah.
- Untuk meningkatkan tahap pendidikan, kesihatan, kemudahan asas seperti pembinaan jalan, bekalan air, dan lebih baik bekalan elektrik untuk kumpulan minoriti di Sabah seperti Rungus, Suluk, Orang Sungai,Tidong dan sebagainya.
Data-data dan maklumat yang dikumpulkan oleh 'melalui sistem e-Kasih' akan dilancarkan untuk membantu kaum miskin. Kumpulan NGO atau pun 'Focus Group' akan diminta untuk membantu rakyat yang dikenal pasti sebagai golongan miskin. Seterusnya kumpulan ini akan di pertanggungjawabkan untuk membanteras kemiskinan dan seterusnya dapat mengurangkan tahap kemiskinan di Sabah.
Analisa Solymone:
Kalau setakat itu lah strategi kerajaan untuk menangani gejala kemiskinan di Sabah, saya rasa setuju lah dengan komen Dr. Hiew King Cheu( MP Kota Kinabalu) bahawa semua ini hanya lah cantik di kertas tetapi tidak mungkin dapat di laksanakan.
Apa lagi bila diambil kira masa untuk penyelesaian yang ditetapkan; ia itu selama 5 tahun(diselesaikan dalam program RM ke9).
- Dari lapuran yang dibekalkan, maseh banyak lagi ruang yang saya rasa kan telah terlepas pandang. Bukan bertujuan untuk racist, tetapi sungguh jelas tiada rumusan atau strategi yang menyentuh tentang tatacara untuk membantu rakyat miskin atau termiskin dari suku kaum KDM dan juga Bajau.
- Saperti yang kita tahu, kebanyakan nya kaum KDM terdapat di kawasan pedalaman negeri Sabah, saperti di Kota Marudu,Pitas, Tempasuk/Kadamaian, Ranau, Telupid, Beluran, Ranau, Tambunan, Keningau, Tenom, Nabawan dan sebagainya.
- Manakala suku kaum Bajau kebanyakan nya terdapat di pesisiran pantai saperti Semporna, Kunak,Lahad Datu, Sandakan, Kudat, Kota belud Tuaran, KK, Papar dan sebagai nya.
- Dalam realiti nya, kedua-dua kaum ini juga kebanyakan nya layak untuk dikategorikan dalam carta rakyat miskin.
Mereka maseh lagi perlu suntikan pembangunan yang sesuai untuk membantu mereka dalam berhadapan dengan gejala kemiskinan ini.Terutama sekali belia-belia dari kedua-dua kaum tersebut kebanyakan nya terpinggir, sehinggakan mereka terpaksa berhijrah ke Semenanjung Malaysia. - Agak mengherankan juga kenapa Menteri tersebut terlupa untuk memahami situasi yang saya jelaskan tadi. Sedangkan beliau sendiri ada lah anak kelahiran Sabah.
- Sebagai contoh di kawasan pedalaman daerah Tuaran terdapat kawasan yang luas dan layak untuk di beri peluang dalam program Agropolitan dan pelancongan jenis eko dan agro yang bertaraf Antara Bangsa. Saperti di kawasan Topokon, Kiulu dan Warisan Teluk Sulaman.
- Manakala di Daerah Ranau, hingga kini kita belum pun mendengar ada kah atau tidak nya program Koridor Pembangunan Paginatan dan sebagai nya? Bagaimana pula situasi di lain-lain kawasan-kawasan yang saya sebutkan tadi? Berserah pada nasib kah?
- Usaha membasmi dan membenteraskan gejala kemiskinan rakyat Sabah bukan lah hanya sekadar Missi atau Visi kita tetapi ia nya ada lah 'Tujuan Perjuangan ' kita.
Adira, Ain Penuntut AF8 Dari Sabah Selamat Dari Penyingkiran Malam Ini
Sunday, April 25, 2010
Akhir nya setelah keputusan diumumkan oleh Sarimah Ibrahim pengecara sessi Debaran malam tadi, Adira dan Ain terselamat dari penyingkiran dari program realiti Akademi Fantasia8 minggu ini.
Walau pun debaran agak terasa juga oleh peminat 'die hard' Ain, kerana pada mula nya nama Ain juga dikategorikan sebagai salah seorang daripada tiga penuntut yang terendah, namun terasa lega setelah nama Ain diumumkan terselamat dari penyingkiran.
Dengan itu, kita telah melihat Nadia Emilia Roselan@Nad salah seorang penuntut dari Selangor terpaksa akur dengan keputusan AFUNDI SMS yang tidak berpihak kepadanya.
Beliau memperolehi 24,997 undi untuk menewaskan Datuk Zaid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat yang mendapat 23,272 undi.Tahniah untuk BN kepada PR yang kalah kali ini, teruskan perjuangan.
Sumber: Astro Ria, TV Awani
Walau pun debaran agak terasa juga oleh peminat 'die hard' Ain, kerana pada mula nya nama Ain juga dikategorikan sebagai salah seorang daripada tiga penuntut yang terendah, namun terasa lega setelah nama Ain diumumkan terselamat dari penyingkiran.

Dengan itu, kita telah melihat Nadia Emilia Roselan@Nad salah seorang penuntut dari Selangor terpaksa akur dengan keputusan AFUNDI SMS yang tidak berpihak kepadanya.
Thanks, kepada mereka yang telah bersusah payah menggundi Adira dan Ain sehingga ketahap ini.Teruskan sokongan kepada penuntut AF dari negeri kita.
Dalam kontek yang lain pula, kita telah melihat dan mendengar pengumuman di TV501, P. Kamalanathan calon BN, telah memenangi PRK Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi.Beliau memperolehi 24,997 undi untuk menewaskan Datuk Zaid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat yang mendapat 23,272 undi.Tahniah untuk BN kepada PR yang kalah kali ini, teruskan perjuangan.
Persembahan Adira, Ain Penuntut AF8 Dari Sabah, Maseh Cemerlang
Saturday, April 24, 2010
Pada konsert ke6 Akademi Fantasia8 malam tadi, Adira dan Ain dari Sabah maseh lagi mengekalkan persembahan yang menarik lagi cemerlang sehinggakan membuat para penuntun di Dewan Putra Bukit Jalil terpegun dan seterus nya memberi tepukan gemuruh.
Adira dengan lagu 'My All (Mariah Carey)' telah mendapat dua lampu hijau masing-masing dari Adlin dan Aznil. Manakala Ain dengan lagu 'Jujur Tak kan Melupakanmu (Ella)' hanya mendapat satu lampu hijau dari Aznil; walau pun pada hakikat nya Ain mendapat komen yang memberansangkan dari ketiga-tiga pengkritik malam itu.
Sumber: Astro Ria, Murai.Com

- Harapan kita, kedua-dua penuntut AF8 dari Negeri Di Bawah Bayu ini akan kekal untuk meneruskan pempelajaran mereka sehingga kefinal nanti. Disamping menghiburkan, mereka ini boleh juga kita letakkan sebagai harapan yang membanggakan Negeri Sabah di persanda hiburan tanah air.
- Apa yang perlu kita lakukan ia lah bantuan Afundi kita kepada mereka dengan menaip Afundi Adira/Ain dan hantar ke 32999.
- Dari peratusan carta yang terakhir kita lihat, Ain maseh lagi tercorot kalau di bandingkan dengan Adira. Sekiranya tiada bantuan 'Afundi ' yang berterusan, besar kemungkinan nya Ain akan terpaksa meninggalkan AF malam esok. So please SOS vote untuk Ain.
Professor Goggle Ramal Calon PR Dijangka Menang PRK Hulu Selangor?
Saturday, April 24, 2010
Professor Madya Abu Hassan Hasbullah atau digelar Professor Goggle meramalkan calon PKR, Zaid Ibrahim akan menang pada PRK Hulu Selangor 25 April ini.Hasil kajian beliau melalui badan penyelidiknya Zentrum Future Studies menunjukkan lebih 60 peratus pengundi yang terarah menyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor 25 April ini.
Abu Hassan berkata kajian Produksi awal Zentrum sebelum menamakan calon, PR masih lagi mendahului lebih 60 peratus dan kita percaya data ini akan berubah kerana telah wujud kepercayaan politik dalam diri pengundi di parlimen Hulu Selangor.
Menurut beliau, dalam kajian awal Zentrum, Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim merupakan calon yang mempunyai intektual tinggi dan ciri-ciri ini mampu mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh pengundi.
Selain itu, wujud kebangkitan golongan menengah yang menjadi pengundi terbesar di Hulu Selangor ia itu dengan jumlah 68.4 peratus.
Sejauh mana kebenaran ramalan Professor Goggle atau Professor Madya Abu Hassan Hasbullah, penentuan keputusan PRK Hulu Selangaor, akan kita ketahui juga pada petang esok hari; Ahad 25 April, 2010.
Sumber: Cari Forum

Usah Terpedaya E-mel Tawar iPad Percuma
Saturday, April 24, 2010
AWAS peminat komputer tablet skrin sesentuh atau iPad. Belum pun produk keluaran Apple yang sedang dinanti-nantikan itu tiba secara rasmi di Singapura dan Malaysia, satu e-mel yang mendakwa boleh membantu orang ramai mendapatkan produk itu secara percuma dengan syarat mereka mengambil bahagian dalam satu ujian yang menilai produk tersebut, kini tersebar luas.Mereka yang berminat diminta melungsuri laman web Testitandkeepit.com bagi menguji produk tersebut. Mereka yang menyertai ujian itu kemudian ditawarkan iPad sebagai ganjaran.
Namun 'tawaran menarik' itu mempunyai satu helah - pihak-pihak yang berminat perlu menyediakan alamat e-mel dan kata laluan supaya 'rakan-rakan mereka dapat juga diberitahu' dan ini menyebabkan rakan-rakan mereka yang berminat turut menjadi mangsa.
Beberapa syarikat di Singapura telah menghantar e-mel kepada kakitangan mereka meminta mereka supaya berwaspada dan usah terpedaya dengan muslihat e-mel yang menjanjikan iPad percuma itu.
Sumber: Cynews

Anwar , Najib Debat Di Pentas Kubu Bahru Esok?
Friday, April 23, 2010
Dikatakan KEADILAN sudah menyediakan pentas untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Apco dan hubunganya dengan Zionis Israel.Debat Perdana bertajuk "Isu Apco, Israel dan Keselamatan Negara" itu dijadual berlangsung esok bertempat di Stadium Mini Kuala Buku Baharu bermula pukul 9 malam.
Sumber: Suara Keadilan, TV1
- Anwar membuat cabaran terbuka kepada Najib untuk berdebat dengan beliau atas isu kepentingan negara dan rakyat semasa berucap di Batang Kali dia hari lalu.
- Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh berkata pentas debat ini akan memberikan peluang kepada kedua-dua pemimpin menerangkan kepada rakyat Malaysia secara terbuka.
- "Debat ini akan memberi peluang kepada Najib dan Anwar berdebat di depan umum dan saya cabar kepada RTM, TV3 dan semua rangkaian televisyen menyiarkan debat ini secara langsung untuk rakyat menilai," kata beliau.
- Fuziah juga menyelar tindakan media arus perdana yang menyiarkan kempen secara berat sebelah kerana tidak Pakatan Rakyat tidak diberi media dengan adil.
- Ditanya media berhubung tempat untuk kedua pemimpin berdebat, Fuziah berkata KEADILAN akan menyediakan pentas, logistik dan permit polis untuk mereka.
- "Tempat sudah disediakan tetapi kita masih menunggu jawapan yang positif daripada pihak Umno-Barisan Nasional dan berharap semua rangkaian televisyen boleh menyiarkan secara langsung," ujar Fuziah lagi yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan.
- Semalam, Anwar selaku Ketua Pembangkang sekali lagi mencabar Najib berdebat secara terbuka berhubung isu Apco yang didakwa mempunyai hubungan dengan rejim zionis Israel.
S’wak Sasar tanam 2.6 Juta Pokok Dalam Tempoh 5 Tahun
Friday, April 23, 2010
Sarawak bakal memiliki pusat penyelidikan benih sendiri bagi menjalan-kan aktiviti penyelidikan pokok-pokok yang sesuai ditanam di negeri ini.Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata ia merupakan satu pendekatan agresif diambil oleh kerajaan negeri dalam usaha memelihara alam sekitar.
“Dengan itu sebagai langkah awal kita memperuntukkan sejumlah RM5 juta dalam usaha berkenaan,” katanya berucap merasmikan pelancaran Kempen Menanam 26 Juta Pokok Peringkat Negeri di pekarangan bangunan Dewan Undangan Negeri baru di sini, semalam.
Sumber: BP

- Menurut beliau pembiayaan berkenaan adalah untuk menjalankan penyelidikan dari-pada negara-negara tropika yang lain mengenai jenis pokok yang sesuai ditanam di Sarawak.
- Katanya, pendekatan yang sesuai dalam usaha menjaga alam sekitar amat penting berikutan perubahan iklim yang berlaku sejak akhir- akhir ini.
- Beliau dalam pada itu turut menggesa pakar botani di negeri ini agar meneliti bagaimana negara-negara seperti China dan Singapura berjaya menanam pokok di kawasan bandar mereka.
- Sarawak mensasarkan penanaman sekurang-kurangnya 2.6 juta pokok dalam tempoh lima tahun akan datang.
- Ia adalah sebahagian daripada program di seluruh negara untuk menanam 26 juta pokok.
PAS Tetap Sokong Zaid Walau Dicemari Isu Arak
Friday, April 23, 2010

Walaupun menyedari imejnya terjejas, Parti Islam SeMalaysia (PAS) tetap menyokong calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim, yang berdepan isu arak yang dihebahkan sepanjang kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali, berkata langkah mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bertaubat membuktikan tanggungjawabnya sebagai umat Islam sudah selesai.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali, berkata langkah mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bertaubat membuktikan tanggungjawabnya sebagai umat Islam sudah selesai.
- 'Sebab itu, PAS tidak menggunakan isu sama dalam kempen pilihan raya kerana ia isu peribadi individu tertentu yang tidak akan menjejaskan rakyat. Orang PAS faham hal berkaitan Islam dan serangan peribadi tidak akan beri kesan,' katanya
- Datuk Mustafa berkata, bagi memantapkan kempen pakatan pembangkang, mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor PAS pada Isnin lalu memutuskan menggerakkan petugas parti sehingga 60 peratus berbanding 20 peratus ketika ini.
- 'Pengalaman mengendalikan pilihan raya kecil ada pada PAS dan kita akan bergerak secara intensif mulai sekarang sehingga hari pengundian,' katanya.
- Selain itu, Datuk Mustafa mendakwa PAS tidak pernah menyerang peribadi calon atau pemimpin Barisan Nasional (BN) sejak terbabit dalam pilihan raya pertama.
- 'Jika bercakap hal peribadi pun, PAS akan pastikan ia berkaitan salah guna kuasa, rasuah atau tindakan kerajaan menzalimi rakyat, bukannya memburukkan keperibadian pemimpin,' katanya.
- Bagaimanapun, tiada arahan dikeluarkan kepada pemimpin PAS berhubung perkara itu kerana semua terbabit dengan ceramah sudah sedia maklum pendirian parti berhubung isu berkenaan.
- 'Tetapi, kita tidak tahu bagaimana (pendirian) pemimpin PKR,' katanya.
- Mengenai kesan berikutan tindakan pemimpin parti tertentu melompat parti, Datuk Mustafa berkata hasil kajian menunjukkan tiada kesan besar kerana rakyat beranggapan pilihan raya adalah musim 'orang beli orang'.
- Sumber: Cynews
Kakak Menyamar Jadi 'Abang' Walikan Perkahwinan
Thursday, April 22, 2010

Seorang wanita yang mengemukakan permohonan memfarakkan pernikahannya (pengasingan sementara) di Mahkamah Rendah Syariah di sini, kelmarin, membuat kejutan apabila mengaku perkahwinannya diwalikan kakak kandungnya yang menyamar sebagai 'abang'.
Nurul Farhana Azrin Jamas Abdullah, 30 tahun, dari Sarawak, berkata beliau membenarkan kakak kandungnya menjadi wali kerana tidak arif dan baru memeluk Islam pada 1997.
Sumber: Cynews
Nurul Farhana Azrin Jamas Abdullah, 30 tahun, dari Sarawak, berkata beliau membenarkan kakak kandungnya menjadi wali kerana tidak arif dan baru memeluk Islam pada 1997.
- 'Perkahwinan saya yang pertama juga diwalikan kakak sulung saya. Perkahwinan kedua dengan suami sekarang pada 17 April 2004. Semua kakak saya yang uruskan. Perkahwinan kedua saya dinikahkan oleh seorang jurunikah di masjid di Pantai Dalam,' katanya ketika menjawab pertanyaan Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamed Zain.
- Nurul Farhana berkata, beliau sebelum ini tidak memaklumkan status wali kepada suaminya, Encik Ahmad Salim Moideen, 30 tahun, kerana diugut akan dibuang keluarga jika mendedahkannya.
- Katanya, kakaknya kini menghilangkan diri selepas Encik Ahmad Salim mengetahui perkara sebenar.
- Sementara itu, Encik Ahmad Salim dalam keterangannya, berkata penampilan dan suara kakak iparnya, Nawi a/k Ilai, yang didakwa sudah memeluk Islam ketika itu, memang seperti lelaki.
- 'Sebenarnya pada hari pernikahan, saya mula was-was apabila melihat nombor kad pengenalannya tetapi jurunikah ketika itu meneruskan saja pernikahan.
- Jika saya tahu dia seorang wanita, saya tidak akan teruskan kerana ia membabitkan hukum dan menjadi masalah. Saya datang ke mahkamah untuk menyelesaikan masalah ini dan sanggup berpisah dengan isteri buat sementara waktu,' katanya yang hanya mengetahui status kakak iparnya pada 2008.
- Hakim Mohd Yunus arahkan kes itu dijalankan secara perbicaraan penuh dan meminta pasangan itu mencari imam yang menikahkan mereka memberi keterangan.
- Mahkamah menetapkan 15 Jun ini untuk perbicaraan kes itu.
Kontraktor Dari Luar Sabah Pun Bukan Nya Baik sangat?
Wednesday, April 21, 2010

Datuk Liew Teck Chan hari ini menyetuh tentang kelemahan kontraktor dari luar negeri Sabah kerana lambat menyelesaiankan beberapa buah projek mega di Kota Kinabalu.
Projek mega yang dimaksudkan ada lah Projek naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan projek Jejambat di Jjejaran jalan Tanjung Aru - Kepayan.
Sumber: Daily Express
Projek mega yang dimaksudkan ada lah Projek naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan projek Jejambat di Jjejaran jalan Tanjung Aru - Kepayan.
Kata beliau," kalau benar lah kontraktor ini bukan dari Sabah, bermakna, kerajaan selama ini, telah mengenepikan kontraktor tempatan dari mendapat peluang yang sepatut nya untuk mendapat projek mega tersebut.
Kami sering mendengar tentang mega projek ini diberikan kepada kontraktor yang berkredibeliti kerana mereka dikatakan memiliki kemampuan untuk menyelesaikan projek-projek dengan cepat.
Dengan alasan ini lah kononnya kontraktor tersebut dilantik oleh kerajaan melalui perundingan dan biasanya kontraktor ini t berasal dari luar Sabah," katanya.- Disamping itu beliau bertanya apa kah sebab-sebab kelambatan projek naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan projek jejambat di jajaran Jalan Tanjung Aru dan Kepayan tersebut.
- Menurut Liew projek Jejambat ini seharusnya telah siap sepenuhnya pada akhir 2007. Namun hingga saat ini projek tersebut maseh lagi tergendala.
- Selanjut nya, beliau menyatakan bahawa akibat kelewatan jejambat di Tanjung Aru, perjalanan lalu lintas kini tergendala. Terutama sekali papan tanda yang ada tidak menentu sehinggakan telah mengundang masalah kepada pengguna, kenderaan disitu, katanya.
- Justru itu, beliau menyarankan agar dimasa akan datang semua tender di lakukan secara telus dan terbuka demi untuk memberi peluang kepada mereka yang benar-benar layak.
1,000 Tan Metrik Gula Akan Dibekal Di Sabah Mulai Bulan Depan?
Wednesday, April 21, 2010
Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Azizah Mohd Dun berkata bermula bulan ini Sabah menerima tambahan bekalan gula sebanyak 1,000 tan metrik bagi menampung keperluan rakyat disini.
Menurut beliau, penambahan itu berikutan bekalan gula di Sabah berkurangan kira-kira 13 peratus sejak tiga bulan lepas selepas dua pembekal memberhentikan pembelian dari Semenanjung.
Dalam sessi yang sama, Pembantu Menteri kementerian itu Herbert Timbun Lagadan menyatakan bahawa keperluan gula di Sabah adalah sekitar 68,000 tan metrik setahun namun tahun lepas negeri itu hanya menerima 62,000 tan metrik.
Keadaan itu menimbulkan masalah kekurangan bekalan gula di Sabah yang diburukkan lagi dengan aktiviti menyorok bahan tersebut, katanya.

Bung Moktar, Zizie Didakwah Berpoligami Tanpa Izin?
Tuesday, April 20, 2010
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dan isteri keduanya, Zizie Ezette mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini kerana berpoligami tanpa izin mahkamah.Bung Moktar, 51, dituduh berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan Zizie, 31, di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Dis tahun lepas.
Sumber: mStar
- Beliau didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.
- Zizie juga dituduh berkahwin dengan Bung Moktar tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di alamat, waktu dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 40 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.
- Selain itu, Zizie didakwa bersubahat dalam kes Bung Moktar berpoligami tanpa kebenaran mahkamah manakala Bung Moktar dituduh bersubahat dengan pasangannya berkahwin tanpa kebenaran.
- Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 134 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.
- Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kemudiannya melepaskan pasangan itu dengan bon jaminan lisan RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Mei depan bagi Peguam Amli Embong yang mewakili pasangan itu mengemukakan rayuan bertulis.
- Sementara itu di mahkamah yang sama, dua abang dan adik Zizie Izette serta dua yang lain mengaku bersalah atas pertuduhan bersubahat dalam kes berpoligami itu.
- Ahmad Shahazmi Abdul Samad, 48, Samzy Fuzette Abdul Samad, 34, Shaheizy Sam Abdul Samad, 27, dan dua rakan anggota Parlimen Kinabatangan itu, Sahari Ahmad, 54, dan Titing Putang, 56, didakwa melakukan kesalahan itu di tempat, masa dan tarikh yang sama.
- Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 134 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.
- Ahmad Shahazmi turut menghadapi pertuduhan lain iaitu mengakadnikahkan adiknya, Zizie dengan Bung Moktar tanpa mendapat kebenaran berkahwin daripada pendaftar nikah daerah Gombak Timur.
- Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 40 (1) (a) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.
- Selain itu, kedua-dua adiknya, Samzy dan Shaheizy didakwa mengambil bahagian sebagai saksi dalam pernikahan Zizie dan Bung Moktar tanpa kebenaran pendaftar.
- Kesemua mereka yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu dilepaskan dengan bon jaminan lisan RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin.
- Hakim Mahyuddin turut menetapkan 18 Mei depan bagi Peguam Amli Embong mengemukakan rayuan bertulis.
- Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Syariah Bahagian Selangor Shafezan Rusli dan Zusyarafain Yusof.
- Kedua-dua mereka mencetuskan kontroversi Disember lalu apabila menafikan berita pernikahan mereka tetapi akhirnya terpaksa membuat pengakuan terbuka selepas dihidu oleh media.
- Pada 21 Disember lalu, Bung dan Zizie, 31, akhirnya mengakui bahawa mereka telahpun selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri tetapi enggan menyatakan lokasi pernikahan tersebut berlangsung.
- Bung yang ketika itu berada di luar negara telah menjawab melalui kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) bahawa beliau telah menikahi Zizie.
- "Jika Datuk (Bung) kata benar, maka jawabnya benarlah kami dah berkahwin," kata Zizie ketika mengulas mengenai pengakuan suaminya itu.
- Ketika ditanya oleh mStar Online dan The Star Zizie memberitahu, jika benar sekalipun mereka berkahwin, mereka tidak bersalah di sisi Allah walaupun mungkin bersalah pada sisi undang-undang dan peraturan buatan manusia.
- Beberapa minggu kemudian, gambar Bung dan Zizie yang baru pulang dari luar negara berjaya dirakam media sebaik keluar dari Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).