Israel Serang Kapal Bantuan Ke Gaza: Nasib Rakyat Malaysia Belum Diketahui
Monday, May 31, 2010
BERITA ANTARABANGSA

Tindakan kejam tentera marin Israel yang menyerang kapal Mavi Marmala kira-kira jam 7.30 pagi tadi (waktu Malaysia) ketika kapal tersebut dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza (rajah) setakat ini telah mengorbankan 15 sukarelawan dan 30 lain cedera.
Belum dapat dipastikan nasib 11 rakyat Malaysia yang turut serta dalam konvoi laut berkenaan.
Sumber: mStar, photo: AP
Belum dapat dipastikan nasib 11 rakyat Malaysia yang turut serta dalam konvoi laut berkenaan.
- Difahamkan tentera rejim Zionis telah menguasai bilik media menyebabkan hubungan dengan kapal-kapal terbabit putus.
- Pengarah Palestine Center of Excellence (PACE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor yang mengesahkan insiden tersebut kepada mStar Online berkata, bagaimanapun sehingga kini tiada maklumat sama ada sukarelawan Malaysia antara yang menjadi mangsa atau tidak.
- "Seramai 12 sukarelawan Malaysia terlibat dalam misi ini, termasuk dua wartawan Astro Awani. Tapi kita masih belum mendapat maklumat sama ada mereka yang terkorban atau cedera itu melibatkan sukarelawan kita atau tidak," katanya di sini hari ini.
- Dua warganegara Malaysia - wartawan, Ashwad Ismail dan jurukamera, Shamsul Kamal Latip dari Astro Awani - menaiki kapal Turki bernama Mavi Marmara yang diserbu komando Israel.
- Pagi tadi, Mavi Marmala telah diserang oleh tentera Israel menggunakan peluru hidup dan semburan gas sebelum sempat rombongan tersebut memasuki perairan Gaza.
- Konvoi Freedom Tortilla adalah konvoi kemanusiaan terbesar yang disertai oleh 50 buah negara termasuk Malaysia.
- Rombongan kemanusiaan ini melibatkan lebih daripada 700 peserta dan kapal Mavi Marmala membawa seramai 540 orang penumpang.
PERKASA Tolak Model Ekonomi Baru Najib
Monday, May 31, 2010

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menerima satu 'tamparan' daripada Datuk Ibrahim Ali apabila Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu menegaskan bahawa orang Melayu Malaysia menolak Model Ekonomi Baru (MEB) yang sedang dilakar pemimpin negara itu.
Beliau berkata sebagai anak pengasas DEB, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia, beliau tidak mungkin mengkhianati perjuangan bapanya itu.
Datuk Seri Najib berkata, MEB yang bakal dilaksanakan itu perlu diterima oleh pasaran untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju menjelang 2020.
Sumber: Cynews
Datuk Seri Najib, malam kelmarin, kemudian menjelaskan bahawa MEB belum muktamad.
Beliau, bagaimanapun, mempertahankan rancangan pembaharuan itu, yang antaranya melibatkan perubahan pada dasar afirmatif yang memihak kepada orang Melayu Malaysia atau Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Mengulas pandangannya itu, Datuk Ibrahim dipetik oleh laporan laman berita Malaysiakini, semalam, sebagai berkata bahawa Kongres Ekonomi Bumiputera dengan 'tegas dan jelas' menolak MEB 'secara prinsip' sehingga cadangan kongres itu diterima oleh kerajaan.- 'MEB gagal meletakkan agenda bumiputera kerana ia asas perlembagaan dan rumusan Model Ekonomi Baru ini adalah satu penghinaan kerana menolak semangat DEB,' kata Datuk Ibrahim, yang juga jurucakap MPM.
- Sehubungan itu, kongres tersebut meluluskan 31 resolusi, yang antara lain menggesa kerajaan menjadikan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia dan DEB sebagai sumber induk kepada penggubalan MEB.
- Resolusi itu diserahkan kepada Datuk Seri Najib, yang menyampaikan ucapan penutup kongres tersebut di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra pada malam kelmarin.
- Namun, Datuk Seri Najib, semasa berucap untuk menutup kongres itu, dipetik oleh laporan agensi berita rasmi Bernama sebagai berkata bahawa MEB masih belum dimuktamadkan kerajaan dan merupakan cadangan daripada pakar-pakar ekonomi supaya pertumbuhan ekonomi negara itu dapat bersaing hingga ke peringkat global.
- Menurutnya, MEB adalah satu proses bagi mendapatkan pandangan pelbagai pihak, termasuk orang Melayu, untuk melaksanakannya.
- 'Saya harap tidak ada sesiapa yang yang sangsi dan khuatir bahawa saya tak akan mendengar isi hati orang Melayu. Tak mungkin saya sebagai Presiden Umno tidak mengambil kira kehendak orang Melayu sebagai majoriti rakyat Malaysia,' katanya.
Beliau berkata sebagai anak pengasas DEB, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia, beliau tidak mungkin mengkhianati perjuangan bapanya itu.Datuk Seri Najib berkata, MEB yang bakal dilaksanakan itu perlu diterima oleh pasaran untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju menjelang 2020.
Wakil Rakyat PKR Melompat Terima Sogokan?
Monday, May 31, 2010
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bimbang jika pihak tertentu menuduhnya berbohong mengenai pendedahan tawaran jutaan ringgit kepada Ahli Parlimen dan ADUN PKR untuk belot.
Sambil menyifatkan mereka sebagai khianat kepada amanah rakyat, beliau berkata rakyat akan lebih bijak menilai dan mengetahui hal sebenar apabila pendedahan dibuat.
Sumber:TV Selangor; Rujukan: Blog Bujang Susah
Sambil menyifatkan mereka sebagai khianat kepada amanah rakyat, beliau berkata rakyat akan lebih bijak menilai dan mengetahui hal sebenar apabila pendedahan dibuat.
- Anwar yakin ada hikmah di sebalik insiden 'lompat katak' kerana rakyat dapat melihat sendiri kerakusan yang Umno sanggup berbuat apa sahaja termasuk rasuah demi kuasa.
- "Sekarang saya ada maklumat baru. Apa dia maklumat? Saya tau ni katak-katak yang melompat ni, dapat sekurang-kurangnya 2 juta ringgit. dan kontrak. Saya bagitau malam ni, saya ada keterangan yang cukup untuk mengesahkan orang yang lompat knianat ini terima dari ejen Umno 2 juta ringgit," kata Anwar.
- Ketua Pembangkang itu berkata demikian depan hampir 10 ribu hadirin di ceramah perdana, di Padang Perdana Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) di Kelantan.
Sime Darby Berhad Alami Kerugian Operasi RM1.02 Bilion
Sunday, May 30, 2010

Sime Darby Berhad mengalami kerugian operasi sejumlah RM1.02 bilion daripada bahagian tenaga dan utiliti bagi tempoh kewangan sembilan bulan pertama yang berakhir 31 Mac 2010.
Laporan itu diumumkan oleh Pemangku Ketua Eksekutif Kumpulan yang baru dilantik, Datuk Azhar Abdul Hamid dalam sidang media di Pusat Konvensyen Sime Darby disini, Khamis lalu.
Sementara itu, Azhar turut mengakui beliau dikunjungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum sidang media bagi melakukan siasatan terhadap kerugian besar yang dialami syarikat tersebut.
"Kedatangan SPRM selama tiga jam di Sime Darby itu sebagai satu prosedur siasatan awal dan kami bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya," katanya.
Sumber: Free malaysia Today
Laporan itu diumumkan oleh Pemangku Ketua Eksekutif Kumpulan yang baru dilantik, Datuk Azhar Abdul Hamid dalam sidang media di Pusat Konvensyen Sime Darby disini, Khamis lalu.
- Angka kerugian itu diperoleh selepas mencatatkan peruntukan kerugian bagi subsegmen minyak dan gas dan kejuruteraan pada suku ketiga tahun kewangan 2010 (3QFY2010) yang telah pun diumumkan pada 13 Mei lalu dan berjumlah RM964 juta.
- Kerugian itu membabitkan peruntukan projek Petroleum Qatar (QP) RM200 juta, RM159 juta bagi projek Maersk Oil Qatar (MOQ) , RM155 juta bagi projek Marin dan RM450 juta bagi projek Bakun.
- Berdasarkan empat projek itu, projek QP telah disiapkan tahun lalu dan projek marinnya telah ditutup, manakala Projek Empangan Hidroelektrik Bakun dan projek MOQ akan diteruskan dengan membabitkan peruntukan sejumlah RM1.3 bilion.
- Sime Darby turut mengumumkan kerugian bersih sejumlah RM309 juta bagi suku tahun ketiganya yang berakhir 31 Mac 2010, juga daripada bahagian tenaga dan utiliti sejak penggabungan konglomerat itu pada tahun 2007.
- Berikutan itu, Sime Darby melaporkan keuntungan sebelum cukai sejumlah RM1.7 bilion bagi sembilan bulan pertamanya yang berakhir 31 Mac 2010, namun susut 13 peratus berbanding tempoh masa yang sama tahun lalu.
- Azhar ketika mengulas mengenai kerugian ini terutamanya bahagian tenaga dan utiliti berkata, pihaknya buat masa ini tidak akan melucutkan bahagian itu daripada penglibatan urusan perniagaan.
- "Perniagaan ini bukan baru kepada kami. Kami mempunyai rekod prestasi yang baik sebelum ini kerana kami telah terlibat di dalam perniagaan ini sejak sekian lama dahulu.
- "Ia hanya disebabkan beberapa projek yang menyebabkan isu itu timbul. Malah kami ingin menambah baik tahap pengurusan projek bahagian itu, terutama sekali bagi bahagian minyak dan gas," katanya.
- Beliau turut memberi jaminan akan segera menyelesaikan masalah di bahagian tenaga dan utiliti serta memberi jaminan krisis ini mampu dipulihkan pada hujung tahun.
- Sehubungan itu, firma perakaunan dan audit daripada luar, PricewaterhouseCoopers telah dilantik oleh lembaga pengarah Sime Darby pada 26 Mei lalu untuk menyemak semula struktur organisasi dan setiap laporan yang dicatatkan Sime Darby, termasuk audit forensik terhadap projek yang terlibat.
- Sime Darby turut mengumumkan lembaga itu telah melantik sebuah firma guaman, dipercayai Zaid Ibrahim & Co, untuk menyiasat jika wujudnya sebarang perbuatan jenayah pada empat projek utama di dalam bahagian tenaga dan utiliti itu.
- Projek itu termasuk projek Bulhanine dan Maydan Mahzam dengan QP, Projek projek MOQ, Projek Bakun dan projek marin.
- Langkah itu adalah sebagai respons kepada hasil siasatan kumpulan kerja yang dilantik oleh lembaga pengarah itu, yang ditubuhkan untuk menentukan punca dan kuantiti kerugian yang dialami di bahagian tersebut.
Sementara itu, Azhar turut mengakui beliau dikunjungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum sidang media bagi melakukan siasatan terhadap kerugian besar yang dialami syarikat tersebut."Kedatangan SPRM selama tiga jam di Sime Darby itu sebagai satu prosedur siasatan awal dan kami bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya," katanya.
Kemalangan Jalan Raya Penyebabkan Jumlah Kematian Yang Besar?
Saturday, May 29, 2010
"Setiap tahun jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya adalah antara 6,000 hinga 6,500 orang. Kerugian akibat kos membaik pulih infrastruktur yang rosak akibat kemalangan sahaja mencecah RM9 bilion."Ini tidak termasuk kos perbelanjaan rawatan yang ditanggung kerajaan dan keluarga terbabit, selain kesan emosi dan sebagainya," Demekian kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan mesyuarat agung ke-10 Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA) di sini, hari ini.
Selain itu, Perdana Menteri turut menegur penguatkuasaan undang-undang jalan raya yang dilihat masih lemah.
Justru itu kata beliau, pendekatan yang lebih komprehensif dan holistik dalam usaha menangani isu keselamatan jalan raya yang saban tahun dilihat menyebabkan jumlah kematian yang besar.
Rakyat Selangor Terus Bantah Kerajaan Lulus Lesen Judi Bola Sepak
Saturday, May 29, 2010

Rakyat Selangor terus bangkit membantah tindakan kerajaan 1Malaysia meluluskan lesen judi bola sepak.
Tunjuk perasaan di Masjid Jumhuriyah Taman Dato Harun hari ini menyaksilan hampir 1,000 orang berhimpun mengecam kegelinciran Kerajaan dari landasan moral kerana menghalalkan operasi judi sukan di negara ini.
Pakatan Rakyat dan penduduk kawasan setempat menyahut suara bangkangan seluruh negara dengan mengadakan tunjuk perasaan selesai solat Jumaat kelmarin.
Semantara itu, kesemua majlis tempatan di Selangor diarah membekukan pertaruhan yang membabitkan judi sukan di semua premis di negeri itu.
Seksyen tertentu dari Akta Kerajaan Tempatan Selangor akan dikuatkuasakan bagi menyekat penularan aktiviti judi sukan. Mana-mana premis yang dikesan menjalankan aktiviti haram ini menghadapi tindakan lesen mereka dibeku, dan premis mereka ditutup.
Selepas Selangor, Pulau Pinang turut mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan dan permohonan dari konsesi perjudian sukan.
Sumber: TV Selangor
Tunjuk perasaan di Masjid Jumhuriyah Taman Dato Harun hari ini menyaksilan hampir 1,000 orang berhimpun mengecam kegelinciran Kerajaan dari landasan moral kerana menghalalkan operasi judi sukan di negara ini.
Pakatan Rakyat dan penduduk kawasan setempat menyahut suara bangkangan seluruh negara dengan mengadakan tunjuk perasaan selesai solat Jumaat kelmarin.
Semantara itu, kesemua majlis tempatan di Selangor diarah membekukan pertaruhan yang membabitkan judi sukan di semua premis di negeri itu.Seksyen tertentu dari Akta Kerajaan Tempatan Selangor akan dikuatkuasakan bagi menyekat penularan aktiviti judi sukan. Mana-mana premis yang dikesan menjalankan aktiviti haram ini menghadapi tindakan lesen mereka dibeku, dan premis mereka ditutup.
Selepas Selangor, Pulau Pinang turut mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan dan permohonan dari konsesi perjudian sukan.
KKLW Tubuh Unit Khas Bantu Ekonomi Rakyat
Friday, May 28, 2010

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan merangka model baru ekonomi luar bandar melalui satu unit khas yang ditubuhkan baru-baru ini, kata Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
unit khas yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Datuk Mohd Nasir Baba dan dibantu oleh lapan orang pegawai daripada pelbagai jabatan dan agensi itu ditubuhkan bagi memberi perhatian khusus terhadap Bidang Keberhasilan Ekonomi Utama (NKEA), kata beliau.
Sumber:NST
unit khas yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Datuk Mohd Nasir Baba dan dibantu oleh lapan orang pegawai daripada pelbagai jabatan dan agensi itu ditubuhkan bagi memberi perhatian khusus terhadap Bidang Keberhasilan Ekonomi Utama (NKEA), kata beliau.
- Dijangka, Unit ini akan merangka model baru ekonomi luar bandar di mana pihak kementerian akan memenuhi kehendak dan hasrat kerajaan untuk melonjakkan pendapatan per kapita rakyat daripada US$7,000 kepada US$15,000 menjelang tahun 2020.
- Shafie berkata, untuk itu sebuah makmal khas akan dilaksanakan dalam tempoh dua minggu bagi membincangkan strategi dan kaedah bagaimana membawa rakyat luar bandar mencapai tahap ekonomi berpendapatan tinggi.
- Sementara itu, Shafie berkata sehingga semalam, sejumlah 407.91 kilometer jalan luar bandar di seluruh negara telahpun siap dilaksanakan, di mana 248.01 kilometer daripadanya adalah di Semenanjung, 154.7 kilometer di Sabah dan 5.2 kilometer di Sarawak, manakala 344.02 kilometer lagi sedang dalam tindakan.
- Beliau berkata sehingga semalam juga, 6,576 buah rumah telah disambungkan dengan kemudahan bekalan air, di mana 397 daripadanya adalah di Perak, 421 rumah di Selangor, 66 di Pahang, 5,396 di Sabah dan 296 di Sarawak manakala 63,605 buah rumah lagi masih dalam pelaksanaan.
- Dari segi bekalan elektrik pula, beliau berkata sebanyak 599 buah rumah telah disambungkan dengan kemudahan tersebut, merangkumi 84 buah rumah di Semenanjung, 453 buah rumah di Sabah dan 62 buah rumah di Sarawak.
Ramai Pekerja Tempatan Mengelak Dari Bekerja Dalam Industri Perladangan?
Friday, May 28, 2010
Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Persatuan Pengeluar Pertanian Malaysia (MAPA) hari Khamis lalu, menggesa kerajaan untuk mengiktiraf pengambilan pekerja asing sebagai satu keperluan di sektor perladangan memandangkan ramai pekerja tempatan mengelak dari bekerja dalam industri berkenaan.
Justru itu, cadangan kerajaan untuk menaik kan levi tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh industri pertanian dan perladangan, kata Shamsuddin Bardan selaku Pengarah Eksekutif MEF.

Menurut Shamsuddin, mengambil pekerja asing memberi kelebihan ekonomi kepada negara dan memberi sumbangan besar terhadap pembangunan dan pertumbuhan ladang.
Menurut Mohamad selanjutnya, beban yang bertambah sama ada menerusi perundangan, levi, bon sekuriti atau gaji minimum wajib akan menghakis lagi daya saing perusahaan ladang dalam persekitaran global.
Sumber: BERNAMA
Justru itu, cadangan kerajaan untuk menaik kan levi tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh industri pertanian dan perladangan, kata Shamsuddin Bardan selaku Pengarah Eksekutif MEF.

Menurut Shamsuddin, mengambil pekerja asing memberi kelebihan ekonomi kepada negara dan memberi sumbangan besar terhadap pembangunan dan pertumbuhan ladang.
- Beliau berkata seorang pekerja asing yang memetik kelapa sawit menyumbang kira-kira RM195,700 setahun.
- Sementara itu, Pengarah Eksekutif MAPA Mohamad Audong berkata Malaysia adalah pengeluar kos tertinggi berbanding dengan pengeluar tanaman ladang lain di rantau ini kerana kos buruh terus meningkat.
- Oleh itu, Mohamad berkata dengan peningkatan bayaran levi dan bon sekuriti, kos pengeluaran akan terus naik dan ini tidak boleh dikenakan pada pengguna oleh kerana ladang adalah pihak yang terpaksa menanggung harga yang ditetapkan.
Menurut Mohamad selanjutnya, beban yang bertambah sama ada menerusi perundangan, levi, bon sekuriti atau gaji minimum wajib akan menghakis lagi daya saing perusahaan ladang dalam persekitaran global.Kempen "No To Plastic Bags", Pelanggan Bawa Beg Sendiri Ketika Beli-Belah
Thursday, May 27, 2010

Orang ramai atau pelanggan yang hendak membeli-belah di pasaraya sekitar bandaraya Kota Kinabalu bermula 7 Jun ini digalakkan membawa beg masing-masing atau mendapatkan beg di pasaraya terbabit dengan membayar 20 sen sehelai.
Ia bagi menjayakan Kempen ‘Hari Isnin Tanpa Beg Plastik’ yang bertujuan mengurangkan penggunaan beg plastik dan meningkatkan tahap kesedaran di kalangan masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar.
Kempen ini dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di daerah-daerah lain di bawah Jawatankuasa Program Kebersihan, Keindahan dan Kecerian Tempat Awam dan Pejabat Kerajaan Zon Kota Kinabalu iaitu di daerah Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kota Belud, Tamparuli dan Ranau melalui rangkaian pasaraya atau kedai yang menyertai kempen ini
Sumber:NST
Ia bagi menjayakan Kempen ‘Hari Isnin Tanpa Beg Plastik’ yang bertujuan mengurangkan penggunaan beg plastik dan meningkatkan tahap kesedaran di kalangan masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar.
- Hasil jualan beg itu akan dimasukkan ke dalam tabung Pusat Tindakan Alam Sekitar Sabah (EAC) untuk tujuan projek alam sekitar dan kebersihan.
- Kempen itu diterajui oleh oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan EAC.
- Ketua Pengarah DBKK Yeo Boon Hai berkata, sebagai permulaan kempen ‘Hari Isnin Tanpa Beg Plastik’ itu disertai oleh 23 buah pasaraya, kedai dan premis makanan sekitar bandaraya.
- “Antara pasaraya yang menyertainya ialah Parkson, KFC, Milimewa, Tong Hing Supermarket, Giant, WholeSale Mart, G-Mart Supermarket, Watson, Daisho (1Borneo), Pacific Ngiu Kee, Guardian, Southern Cake House, Multi Bake Cake House, 7-Eleven, Metrojaya, Servay, Merdeka Supermarket, One Stop Superstore, Popular Bookstore, Tong’s Supermarket, Chu Kah Seng, Sunny Supermarket,” katanya.
Kempen ini dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di daerah-daerah lain di bawah Jawatankuasa Program Kebersihan, Keindahan dan Kecerian Tempat Awam dan Pejabat Kerajaan Zon Kota Kinabalu iaitu di daerah Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kota Belud, Tamparuli dan Ranau melalui rangkaian pasaraya atau kedai yang menyertai kempen iniPolitik Dan Wang Tidak Dapat Di Pisahkan?
Wednesday, May 26, 2010

"Tidak dapat dinafikan politik membabitkan wang. Tanpa wang, karier politik anda tidak boleh bergerak," kata Mantan Perdana Menteri dan bekas presiden Barisan Nasional (BN) Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui
Selanjutnya beliau mengakui Umno dan MCA telah menggunakan banyak wang dalam keadaan meragukan semasa pilihanraya, menurut laporan dalam kewangan politik.
Ku Li mendakwa, pengendalian projek selalunya bertukar tangan, keuntungan akan jatuh, dan mendorong kepada hasil kerja yang kurang elok terutamanya membabitkan projek infrastruktur.
Dalam laporan setebal 234 muka surat itu, TI-M turut mengkritik Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain kerana terlibat dalam urusan perniagaan yang mengawal organisasi media.
Sumber: FreeMalaysiaToday
Selanjutnya beliau mengakui Umno dan MCA telah menggunakan banyak wang dalam keadaan meragukan semasa pilihanraya, menurut laporan dalam kewangan politik.
- Beliau berkata demikian dalam satu temubual tahun lepas bersama Transparensi Antarabangsa-Malaysia (TI-M) yang diterbitkan dalam laporan Politik Kewangan di Malaysia, baru-baru ini.
- Disebabkan kebergantungan hubungan antara politik dan wang, Mahathir berkata Umno membangun hasil daripada perolehan wang rakyat.
- "Rakyat Malaysia senang dipujuk. Mereka percaya jika dengan sumbangan itu mereka akan dapat hasilnya. Jadi bila tibanya pilihanraya, rakyat akan datang dan minta wang pada kita. Kadangkala duit itu diguna tanpa direkodkan, jadi terpulang sama ada kita jujur atau tidak,"kata bekas pemimpin Umno selama 22 tahun itu.
- Mahathir mendakwa amalan beli undi sentiasa terjadi ketika pilihanraya umum yang diadakan setiap tiga tahun dan mendakwa "boleh dikatakan setiap orang" yang terpilih dalam Majlis Tertinggi Umno itu menggunakan cara sedemikian.
- "Jadi anda boleh berkata ahli Majlis Tertinggi itu dilantik hasil daripada undian sogokan," katanya.
- Beliau kemudiannya mengaitkan pengalamannya semasa tahun 2006 apabila beliau membida untuk merebut jawatan tertinggi Umno ketika Mesyuarat Agung Tahunan namun dihalang kerana pencabarnya telah membeli undi ahli.
- Pada ketika itu beliau kalah untuk merebut tempat sebagai wakil Bahagian Kubang Pasu yang dipimpinnya selama lebih daripada tiga dekad.

- "Saya kalah kerana Ibu Pejabat Umno tabur duit kepada ahlinya supaya tidak mengundi saya. Ketua Bahagian dapat RM2,000 dan setiap ahli mendapar RM200.
- "Saya meluat. RM200, adakah saya begitu murah? Berapa banyak benda yang anda mampu beli dengan RM200? Anda jual kuasa untuk menentukan pemimpin dengan hanya RM200?" katanya.

Ku Li mendakwa, pengendalian projek selalunya bertukar tangan, keuntungan akan jatuh, dan mendorong kepada hasil kerja yang kurang elok terutamanya membabitkan projek infrastruktur.
- "Hospital retak, stadium runtuh, itu semua hasil daripada kroni kontraktor.
- "Tak semestinya disebabkan ada unsur rasuah. Boleh jadi disebabkan reka bentuk yang buruk dan sebagainya kerana kontraktor yang dilantik oleh ahli politik berdasarkan jumlah sogokan yang diberi.
- "Jika kontraktor tak bagi duit, mereka tidak akan berminat dengan anda. Anda nak tambah duit, anda mesti suap kroni anda secara haram".
- Pemimpin MCA Dr Chua Soi Lek (semasa menjadi pemimpin No.2 MCA tahun lepas) mendedahkan ramai calon BN membelanjakan banyak wang semasa pilihanraya umum.

Dalam laporan setebal 234 muka surat itu, TI-M turut mengkritik Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain kerana terlibat dalam urusan perniagaan yang mengawal organisasi media.
Kes Pengedaran Dadah, Vandalisme Dan 'Sexual Harrasment' Berluasa Di Sekolah?
Wednesday, May 26, 2010
Dilapurkan melalui media arus perdana, bahawa disalah sebuah sekolah di Rawang Selangor, terdapat aktiviti-aktiviti kongsi gelap, mengedar dadah, alkohol, Gangsterisme, vandalisme dan jenayah seksual berleluasa di kalangan pelajar sekolah itu.Namun mereka memberitahu bahawa mereka ‘tiada kuasa’ untuk berhadapan dengan pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin disana.

Menurut sumber dari seorang guru disana, keadaan sekolah tersebut sesak dengan 3,264 pelajar dan hanya terdapat 30 guru disiplin di kalangan 169 kakitangan yang mengajar.
Peratus bilangan pelajar meliputi Cina sebanyak 43.96 peratus, India pula 38.63 peratus dan Melayu (15.4 peratus). “Ia terlalu ramai untuk kami kawal,” kata guru tersebut.
Pelajar-pelajar terbabit yang terdiri daripada beberapa kumpulan telah menimbulkan kebimbangan di kalangan pelajar, guru-guru, ibu bapa juga penduduk setempat.- Kes pencabulan, dilihat perkara biasa di sekolah itu dan kerana bilangan pelajar yang terlalu ramai hanya menjadikan keadaan tersebut semakin buruk.
Dikatakan, seorang gadis berumur 14 tahun pernah dirogol oleh rakan sekelas nya. Namun hingga kini belum ada sebarang tindakan, kerana guru-guru di sana merasa ketakutan untuk bertindak selanjutnya.- Rina (bukan nama sebenar), bekas pelajar mengakui dia pernah dicabul sewaktu belajar di sekolah itu.
- Namun dia hanya dituduh kerana melakukan konspirasi dengan pelajar lain apabila mengadu kejadian tersebut kepada seorang guru. “Guru itu berkata jika benar saya dicabul, saya sepatutnya mengalami trauma,” ujarnya.
Seorang guru berkata, pelajar-pelajar akan dibuang sekiranya mempunyai masalah disiplin, namun kembali semula dengan bantuan ibu bapa mereka.- “Kami percaya ibu bapa pelajar terbabit menggunakan ‘kedudukan’ mereka untuk memastikan anak-anak mereka kembali belajar di sini. Sekurang-kurangnya 30 pelajar akan kembali semula selepas dua atau tiga bulan mereka dibuang,” katanya.
- Malah katanya, terdapat kejadian di mana pelajar buli mengambil tindakan dengan membuat laporan polis terhadap guru yang didakwa mengasari mereka. “Mereka sepatutnya tampil bersama peguam,” ujarnya.
Pengendali bas sekolah yang membawa pelajar-pelajar daripada sekolah berkenaan selama 15 tahun berkata, disiplin mereka semakin teruk sejak bertahun-tahun lama nya.“Ada di antara mereka melakukan vandalisme terhadap rakan lain yang mengendalikan bas sekolah dengan menyembur ayat ’08 is tops’ pada bas terbabit. Malah, mereka pernah menyerang seorang pelajar berhampiran kenderaan saya dua bulan lepas,” katanya.
Fenomena Habitat Hidupan Liar Musnah, Tanah Penduduk Tempatan Di Rampas?
Tuesday, May 25, 2010

Pengerusi Yayasan Warisan Borneo (BHF), Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah membuat bantahan agar Kerajaan tidak meneruskan usaha untuk membangunkan kawasan BW 4/00 (A) sebagai ladang kelapa sawit dan hanya meninggalkan kawasan Hutan Simpan Dara di tengah-tengah Benta Wawasan sebagai kawasan simpanan hidupan liar.
Menurut Jeffry tujuan Kerajaan Negeri telah mengondolkan kawasan hutan seluas 80,000 hektar dengan tujuan menanam kelapa sawit demi untuk mendapat pulangan RM15 billion bagi setiap pusingan dengan kontrak selama 30 tahun sebelum ditanam kembali dengan kayu hutan.
Menurut Jeffry, Kerajaan Negeri lebih mementingkan kroni, proksi dan syarikat milik mereka dalam segala hal sehingga hak anak negeri Sabah terus dicabul secara kejam dan tidak berperi kemanusiaan.
Kawasan yang dimaksudkan menerima nasib malang ada lah Hutan Simpan Ulu Kelumpang, Hutan Simpan Mensuli, Hutan Simpan Mount Pock dan Tanjung Nagus serta beberapa hutan simpan lain di seluruh Sabah.
Sumber: BHF, SabahKini

Menurut Jeffry tujuan Kerajaan Negeri telah mengondolkan kawasan hutan seluas 80,000 hektar dengan tujuan menanam kelapa sawit demi untuk mendapat pulangan RM15 billion bagi setiap pusingan dengan kontrak selama 30 tahun sebelum ditanam kembali dengan kayu hutan.
- Tegas Jeffrey lagi, daripada kajian lapangan pihaknya, keseluruhan kawasan BW 4/00 (A) adalah kawasan tanah tinggi melebihi 25 % dan merupakan kawasan tadahan air terpenting bagi Benta Wawasan dan hutan simpan dara yang terdapat di kawasan tersebut.
- Menurut Jeffry, semua saki baki hidupan liar daripada Benta Wawasan dan sekitarnya terperangkap di BW 4/00 (A) dan tidak mempunyai sebarang koridor untuk membolehkan mereka bergerak ke hutan lain.

- Dalam pada itu, Jeffrey menyifatkan keadaan ini amat berbahaya kepada habitat semula jadi haiwan seperti gajah pygmy, orang utan, rusa, beruang madu, harimau dahan, kijang dan sebagainya yang mengalami kepupusan secara drastik akibat kemusnahan hutan yang tidak terkawal lagi.
- Sehubungan itu, Jeffrey mendesak agar Kerajaan Negeri dan Kerajaan Malaysia berhati-hati membangunkan Benta Wawasan agar tidak mengganggu ekologi dan ekosistem alam semula jadi di BW 4/00 (A) yang mula diceroboh pembalak haram sekalipun masih dalam keadaan terkawal.
- Jeffry juga menyaran agar Jabatan Perlindungan Alam Sekitar menjalankan kajian punca anak sungai dan sungai di BW 4/00 (A) dan sekitarnya kering kontang ketika kemarau sehingga membahayakan hidupan liar yang terperangkap di dalam hutan simpan tersebut. Terutama sekali pembinaan kilang kelapa sawit di dalam kawasan hutan simpan tersebut telah mencemarkan sungai dan anak sungai di kawasan tersebut pada tahap serius.
- Jeffrey turut membidas Dasar Talam Dua Muka (Double Standard) Kerajaan Negeri Sabah yang membenarkan penanaman kelapa sawit di kawasan Hutan Simpan dan dalam masa yang sama menghalau anak negeri daripada tanah tumpah darah mereka; membakar rumah dan merampas tanaman mereka untuk diberikan kepada syarikat kroni dan proksi bagi satu jangkamasa yang agak lama, antara 25 hingga 30 tahun.
Menurut Jeffry, Kerajaan Negeri lebih mementingkan kroni, proksi dan syarikat milik mereka dalam segala hal sehingga hak anak negeri Sabah terus dicabul secara kejam dan tidak berperi kemanusiaan.Kawasan yang dimaksudkan menerima nasib malang ada lah Hutan Simpan Ulu Kelumpang, Hutan Simpan Mensuli, Hutan Simpan Mount Pock dan Tanjung Nagus serta beberapa hutan simpan lain di seluruh Sabah.
Penyeludupan PATI Maseh Berleluasa Di Sabah?
Tuesday, May 25, 2010
Baru-baru ini dilapurkan, Unit Khas Tiger Platun Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu. Dalam operasi tersebut Batalion 17 PGA telah menahan seramai 71 Pendatang Tanpa Izin (PATI).Daripada jumlah PATI yang ditahan itu 71 adalah lelaki dan seorang wanita; 64 terdiri dari warganegara Filipina, manakala 8 yang lain adalah warganegara Indonesia.
- Disamping itu, pihak Batalion 17 PGA juga turut Berjaya merampas pelbagai barangan seludup berupa rokok dan minuman keras bernilai lebih RM200,000 dari Selatan Filipina dan dipercayai cuba diseludup masuk ke daerah Lahad Datu.
- Sepekara yang menarik dalam operasi khas ini juga ialah kejayaan merampas 12 bot dan enjin sangkut pelbagai saiz yang digunakan dalam kegiata
n ini. - Menurut Pegawai Pemerintah kontinjen, Supt Ahmad Fuad Osman, pihaknya mendapati kegiatan penyeludupan dan juga menyeludup masuk PATI adalah melibatkan antara kawasan di Selatan Filipina dan kawasan persisiran pantai daerah Lahad Datu khususnya dari Gugusan Felda Sahabat hingga ke Daerah Kunak.
- Tambahnya, modus operasi kegiatan ini adalah menggunakan bot-bot kecil dan sederhana yang memuatkan enam ke 20 orang dengan bayaran RM200 dikenakan untuk setiap seorang bagi sekali perjalanan.

Kerajaan Negeri Jadikan Kimanis Sebagai Pekan Minyak?
Monday, May 24, 2010
Kerajaan Negeri menjadikan Pekan Kimanis sebagai Bandar Minyak dengan pelaksanaan Projek Carigali Petronas yang akan membawa perubahan besar terhadap pembangunan Kimanis dari segi ekonomi dan prasarana infrastruktur sekaligus memberi manfaat yang besar kepada rakyat khususnya rakyat Kimanis sendiri.Dengan kewujudan projek itu di sini, Pekan Kimanis akan mula menerima pembangunan dan akan menjadi antara pekan yang paling maju yang akan memberikan banyak peluang peningkatan ekonomi dalam usaha kita menaiktaraf kehidupan rakyat di sini.
Namun demikian bukanlah bermakna kerana harga tanah itu melambung tinggi maka rakyat di pekan Kimanis perlu menjual tanah-tanah mereka kecuali jika mereka perlu menjualnya untuk tujuan tertentu, namun demikian beliau menasihatkan supaya mereka tidak berbuat demikian.
Sumber: NST
- Bukan itu sahaja, peluang pekerjaan untuk direbut oleh golongan belia termasuk peluang untuk memulakan atau menjalankan perniagaan akan terbuka luas.

- Kerajaan Negeri dan Petronas telah mengenalpasti Kimanis adalah lokasi yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai Bandar Minyak dan ianya sudah tentu merupakan suatu rezeki kepada rakyat Kimanis, demekian menurut Datuk Seri Anifah Hj Aman,kata Menteri Luar Malaysia, semasa sidang akhbar bersama wartawan selepas merasmikan Juara Rakyat Peringkat Parlimen Kimanis dan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Papar yang diadakan serentak di Dewan Baru Bongawan pada Jumaat.
Namun demikian bukanlah bermakna kerana harga tanah itu melambung tinggi maka rakyat di pekan Kimanis perlu menjual tanah-tanah mereka kecuali jika mereka perlu menjualnya untuk tujuan tertentu, namun demikian beliau menasihatkan supaya mereka tidak berbuat demikian.
Kehidupan Rakyat Terjejas Kiranya Subsidi Bahan Keperluan Harian DiPotong
Sunday, May 23, 2010
Agensi berita Reuters melaporkan Kabinet akan bermesyuarat 26 Mei depan dengan tujuan untuk membincangkan usul memotong rejim subsidi keatas minyak, gas asli, makanan dan tol lebuhraya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak pernah menyakinkan pengundi seluruh negara bahawa harga keperluan asas tidak akan naik, namun Reuters melaporkan BN kini mempertimbang semula keputusan itu kerana defisit negara membengkak ke rekod tertinggi sejak 20 tahun lalu.
Sumber: Reuters
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak pernah menyakinkan pengundi seluruh negara bahawa harga keperluan asas tidak akan naik, namun Reuters melaporkan BN kini mempertimbang semula keputusan itu kerana defisit negara membengkak ke rekod tertinggi sejak 20 tahun lalu.

- Justru itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor bimbang pelan pemotongan subsidi yang dilakukan pentadbiran Najib , bakal mencetuskan impak negatif kepada kehidupan rakyat.
- Menurut wakil AMK Selangor, rakyat sewajibnya tidak dibebani dengan kenaikan harga keperluan dan perkhidmatan, sebaliknya soal pembaziran, penyelewengan dan ketirisan dalam kerajaan perlu diberi perhatian.
- kerajaan harus melaksanakan polisi yang menguntungkan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana, apatah lagi kerajaan meuar-uar pertumbuhan suku pertama 2010 mencecah 10 peratus.
- Dijangka penstrukturan semula subsidi ini perlu mengambil kira kesusahan rakyat khususnya perkara asas seperti subsidi bahan api, gula, tepung, makanan, pertanian dan bahan keperluan utama rakyat.
Perlu Kah BN Sabah, Sarawak Lakukan Inovasi Politik?
Sunday, May 23, 2010

Baru-baru ini Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Dr Maximus Ongkili menyarankan agar Barisan Nasional (BN) Sabah dan Sarawak perlu melakukan inovasi politik untuk terus kekal sebagai "simpanan tetap" bagi parti gabungan itu.
Bidang teknologi, pola respons terhadap keperluan rakyat juga perlu dibuat pengubahsuaian, kata beliau. Beliau setuju bahawa sokongan akar umbi terhadap BN, terutama di Sabah, masih kuat, tapi masih ada kelemahan yang perlu diperbetulkan.
"Bagaimanapun, BN tetap perlu membuat penilaian dan penelitian terhadap keputusan pilihan raya kecil Sibu," katanya.
Sumber: BERNAMA
Bidang teknologi, pola respons terhadap keperluan rakyat juga perlu dibuat pengubahsuaian, kata beliau. Beliau setuju bahawa sokongan akar umbi terhadap BN, terutama di Sabah, masih kuat, tapi masih ada kelemahan yang perlu diperbetulkan.
- "Rakyat mahukan perubahan daripada segi pembangunan atau dalam pentadbiran negeri itu sendiri dan kita perlu mendengarnya. Kalau kita sedia mendengar perubahan yang mereka mahukan dan mempunyai keazaman politik untuk melakukan perubahan sejajar dengan apa yang disuarakan oleh rakyat, maka BN tidak akan menghadapi masalah," katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan konvoi kenderaan yang memasang logo "Malaysia Innovating 2010" di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
- Ongkili, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata label yang diberi kepada dua negeri berkenaan sebagai deposit tetap BN boleh berubah mengikut masa, bergantung pada senario politik semasa.
- "Sebab itulah para pemimpin BN (negeri) perlu membuat penyesuaian atau mencontohi transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat persekutuan bagi memastikan rakyat terus memberi sokongan," katanya.
"Bagaimanapun, BN tetap perlu membuat penilaian dan penelitian terhadap keputusan pilihan raya kecil Sibu," katanya.


