SUARA BEBAS TUARAN

Pekan Tamparuli Perkenalkan Aktiviti Berimpak Tinggi, Mesra Alam

Wednesday, June 30, 2010

Senario Pekan Tamparuli
Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, berkata Tamparuli akan dibangunkan dengan aktiviti berimpak tinggi, mesra alam sekitar bagi melonjakkan industri pelancongan di kawasan itu membabitkan kos yang sedikit.
Selanjutnya menurut Jahid Tamparuli memiliki banyak kawasan semula jadi yang boleh dipromosi untuk sukan ekstreme dan berasaskan ekopelancongan yang tidak membahayakan alam sekitar.
Daerah kecil Tamparuli (daerah saya) kira-kira 36 km dari Kota Kinabalu mula terkenal bilamana sebuah lagu Kadazan-Dusun yang berjodol 'Jambatan Tamparuli' dipromosikan di corong-corong radio dinegara ini.
Saterusnya kompilasi CD pula laris pengedaran jualan nya di semua pasaran di seluruh Negeri Sabah.
Selepas itu, ia nya di anjakan lagi pengenalan nya bilamana seorang anak gadis tempatan bernama Marsha Millon Londoh telah terpilih untuk menyertai program realiti Akademia Fantasia ke3.
  • Menyentuh tentang cadangan aktiviti yang diperkatakan , Jahid merasakan bahawa tiada sebarang keperluan untuk membina struktur yang besar. Sesetengah daripada tempat ini bagus dengan caranya sendiri dan berupaya menarik pengunjung.
  • “Satu-satunya tempat yang mungkin akhirnya perlu dinaik taraf atau dimajukan adalah pekan ini kerana apabila lebih banyak pelancong datang, akan wujud permintaan untuk maka- nan, penginapan dan kemudahan lain,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di acara Luncur Udara Kelas Dunia Rentas Desa Sabah Malaysia Borneo di Pekan Tamparuli baru-baru ini.
  • Jahid, yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, berkata pejabat dearah kecil Tamparuli akan memperkenalkan sukan luncur udara di Bukit Ruhiang, sebuah bukit dengan keting- gian 1,000m di sini, sebagai sebuah produk pelancongan baru.
  • Beliau berkata cadangan itu diilhamkan daripada Pyong-chang, sebuah pekan kecil di Korea Selatan yang dianggap serupa dengan muka bumi Tamparuli yang berbukit bukau, begitu popular dalam kalangan penggemar sukan luncur udara.
  • “Kita mungkin hanya memerlukan peratusan yang sangat kecil sahaja daripada jumlah itu untuk datang ke sini pada satu-satu masa dan ia cukup untuk menjadikan ruang udara kita seolah-olah dipenuhi burung, ter- utamanya apabila negara mereka dilanda musim sejuk yang tidak membolehkan mereka melaku- kan aktiviti luncur udara,” kata- nya.
Jahid berkata Tamparuli perlu memperkenalkan lebih banyak tarikan memandangkan pekan ini terletak antara bandar raya dan Gunung Kinabalu, iaitu mercu tanda terunggul Sabah, dan Taman Negara Kinabalu yang telah pun diisytihar sebagai Tapak Warisan Dunia.
Beliau berkata pekan ini juga merupakan tempat persinggahan yang amat sesuai untuk penggemar aktiviti berkayak dalam perjalanan ke Sungai Kiulu.
Sumber: NST, Bernama
Read On 6 comments

UiTM Buka Peluang Kepada Pekerja Miskin Sambung Belajar?

Tuesday, June 29, 2010

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bertanya sesuatu kepada seorang pelajar pada Majlis Ramah Mesra Menteri Pengajian Tinggi Bersama Pelajar Baru UiTM di Kolej Mawar, Shah Alam semalam.
Dilapurkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah membuka peluang kepada golongan pekerja Melayu dan bumiputera yang berhasrat menyambung pengajian namun kurang berkemampuan untuk mengikuti program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dan luar kampus mulai tahun ini.
Dikatakan bahawa pekerja-pekerja miskin tersebut dibagi peluang keemasan untuk melanjutkan pempelajaran mereka di UiTM tanpa mengenakan sebarang yuran pada semester pertama.
  • Sebelum ini, program itu hanya melibatkan pelajar-pelajar yang terdiri daripada anak-anak miskin golongan Melayu dan bumiputera serta kurang kredit dalam peperiksaan.
  • Selanjutnya jika mereka menepati syarat dan mencapai keputusan cemerlang pada setiap semester, UiTM juga akan mempertimbangkan untuk terus memberikan kemudahan ini secara percuma
  • keistimewaan itu dikatakan di kendalikan di bawah program Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM yang kini diperluaskan lagi bagi membantu golongan tersebut meningkatkan taraf hidup keluarga masing-masing.
  • Sebelum ini, program itu hanya melibatkan pelajar-pelajar yang terdiri daripada anak-anak miskin golongan Melayu dan bumiputera serta kurang kredit dalam peperiksaan.
  • Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, ada di kalangan pekerja yang mahu menyambung pengajian tetapi tiada wang kerana gaji kecil dan disebabkan halangan itu, UiTM menawarkan pengajian PJJ dan luar kampus tanpa mengena yuran pada semester pertama.
  • Beliau berkata demekian pada sidang media selepas majlis ramah mesra bersama pelajar baru UiTM di sini semalam.
Kerana kekurangan sumber berita, saya belum pasti sama ada program ini telah dilanjutkan kepada pekerja miskin yang bermastautin di negeri Sabah dan Sarawak.
Harapan kita (kalau maseh belum) agar ia nya dinikmati bersama di sini selaras dengan semangat 1Malaysia sapertimana yang diuar-uarkan saban hari disana sini..
Sumber: Kosmo Online
Read On 8 comments

Cadangan Bina Kasino Di Kundasang Sabah Dapat Bantahan?

Tuesday, June 29, 2010

Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Edmund Chong baru-baru ini menyuarakan cadangan untuk mewujudkan kasino di Kundasang, Sabah.Edmund berkata sebelum ini beliau pernah mencadangkan perkara yang sama supaya sebuah Kasino diwujudkan di Kundasang.
Beliau mencadangkan Kundasang kerana ada persamaan persekitaran dan iklim dengan Genting Highland.
  • Walau macam mana pun, cadangan MP tersebut nampak nya telah mendapat tentangan keras dari Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Azizah Haji Mohd Dun.
  • "Sabah mempunyai banyak destinasi pelancong yang unik dan menarik kepada pelancong tempatan dan luar negara. Oleh itu tidak perlulah mewujudkan tempat perjudian kerana kekayaan flora dan fauna yang asli dan unik di negeri ini mampu menarik pelancong untuk berkunjung ke sini,” katanya.
  • Sebelum itu, Profesor Dr. W. Chan Kim, pembentang Blue Ocean Strategy pernah mengatakan Sabah adalah 'Garden Of The World' yang istimewa untuk pelancongan dan tidak perlu dicampurkan dengan perjudian.
Sumber: NST, LAISI
Read On 15 comments

UMNO Tuaran Di Dalangi Orang Dalaman Parti ?

Monday, June 28, 2010

Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Hajiji Noor mengingatkan bahawa Umno juga tidak terkecuali daripada berdepan dengan cabaran dan ancaman hebat bukan sahaja dari luar, tetapi juga dari dalam parti.
Justru itu kata beliau, ahli Parti Umno Tuaran perlu peka terhadap ancaman dalaman daripada segelintir anggotanya yang cuba memecah-belahkan parti untuk kepentingan diri.
  • “Yang luar jelas, ia itu dari parti pembangkang. Tapi yang dari dalam, amat berbahaya jika tidak berhati-hati.
  • “Ada di kalangan kita, apabila kepentingan sudah tiada, biarpun pada mula nya mereka antara yang bersuara lantang dalam perjuangan, tapi kerana tidak mendapat peluang yang diinginkan, mula menabur fitnah, memburukkan pemimpin dengan tujuan memecah-belahkan parti.
  • “Kita harus berwaspada terhadap anasir-anasir seperti ini,” katanya semasa merasmikan mesyuarat perwakilan serentak pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Tuaran di sini, baru-baru ini.
  • Beliau berkata, Umno tidak boleh menjadi parti yang berjuang untuk kepentingan seorang pemimpin sahaja, sebaliknya ia perlu membela nasib rakyat di negara ini.
  • “Oleh itu, jangan hasut ahli parti kerana tidak dapat pertahankan kepentingan kita. Jangan ingat kita akan disanjung atau disokong bila buat demikian, mungkin ada sesetengah yang sokong pun kerana ada tidak puas hati sendiri, tapi saya percaya terhadap mentaliti ahli-ahli parti kita yang faham apa perjuangan kita,” katanya.
Dalam masa yang sama ketika di tanya, beberapa orang ahli parti yang mungkin dimaksudkan sebagai dalang tersebut telah menyuarakan pandangan mereka agar pemimpin yang terlalu lama berkhidmat dalam parti agar memberi peluang kepada pemimpin dari kalangan muka-muka baru untuk meneruskan kesinambungan perjuangan parti tersebut sebagai Wakil Rakyat dimasa akan datang.
Apa yang dimaksudkan oleh ahli-ahli tersebut ia lah agar beliau (Hajiji) sanggup menggundurkan diri dari menjadi calon UBN di DUN Sulaman ketika PRU13 nanti. Ini selaras dengan janji-janji yang selalu beliau suarakan selama ini.
Sumber: NST
Read On 10 comments

Tragedi 4 Beranak Tinggal Di Rumah Buruk Yang Reput

Sunday, June 27, 2010

Gambar illustrasi yang melambangkan senario rumah keluarga miskin dan rumah orang berada di Malaysia
Amat sukar untuk dipercayai bahawa dalam dunia yang moden dan serba changgih ini maseh terdapat penduduk yang miskin teramat sangat di Negara Kita Malaysia ini. Kecuali mungkin kalau mereka-mereka ini ada lah warga PTI yang menatap secara haram di kawasan setinggan dipinggir kota dan sebagai nya.
Atau pun kemungkinan juga situasi kemiskinan ini boleh terjadi kepada penduduk tempatan yang berkampung di kawasan pergunungan dan hutan belantara di pedalaman negeri Sabah atau pun Sarawak.

Disini timbul paradoks nya, bilamana kita meningatkan bahawa kerajaan kita yang telah memegang tampuk kuasa selama 51 tahun ini diwar-warkan sebagai ' The People Champion'; senentiasa bersedia untuk membasmikan gejala kemiskinan di setiap pelusuk negara yang tercinta ini.

  • Namun apa yang dilapurkan oleh media massa harus perdana BERNAMA dan saluran TV nasional baru-baru ini agak berlainan pula cerita nya. Sungguh dahysat lagi menajubkan.
  • Dikatakan empat beranak di Kampung Tok Sibil di Alor Setar, Kedah terpaksa tinggal di rumah buruk yang reput dengan seorang daripada mereka terpaksa tidur di pondok bersebelahan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
  • Abdul Wahab Ahmad, 46, serta isterinya Zainab Ahmad, 46, dan dua anak mereka Mohd Nasir, 22, serta Nurfazilah, 16, sentiasa hidup dalam ketakutan memikirkan rumah itu akan roboh pada bila-bila masa, tetapi tiada pilihan lain.
  • Abdul Wahab berkata memandangkan lantai dan kayu rumahnya semakin usang dan mereput, pada waktu malam dia akan tidur di sebuah pondok berhampiran rumahnya, yang hanya muat untuk seorang.
  • Beliau berkata pendapatan hasil mengambil upah mengerjakan sawah dan kerja kampung yang dilakukan hanyalah sekitar RM400 sebulan, menyebabkan dia tidak mampu menyediakan tempat berteduh yang lebih selesa untuk keluarganya.
  • "Saya ada berusaha mengumpul duit untuk membuat rumah baru, tetapi saya hanya dapat buat dinding dan selepas duit habis, saya tak dapat teruskan lagi. Rumah ini dah tergendala sejak lima tahun lepas," katanya ketika ditemui di rumahnya.
  • Abdul Wahab berkata bagi mengurangkan bebanan keluarga, anak sulungnya Mohd Nasir bekerja di sebuah kilang di Pokok Sena dekat sini dengan pendapatan kira-kira RM400 sebulan.
  • Katanya dia tidak pernah memohon bantuan termasuk daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak mengetahui tentang perkara itu, dan tidak pernah dimaklumkan mengenai bantuan yang disalurkan.
  • Nurfazilah pula berkata akibat kesempitan hidup, mereka sekeluarga pernah kehabisan wang untuk membeli makanan dan dia tiada duit belanja untuk ke sekolah.
Satelah berkurun lama nya akhirnya Penderitaan keluarga itu mendapat perhatian Timbalan Ketua Umno Bahagian Alor Setar Mohd Guntor Tobeng Mansor Tobeng yang hadir untuk melihat sendiri kedaifan keluarga itu.
Namun apa yang Mohd Guntor Tobeng dapat lakukan hanya lah sekadar untuk mencuba membantu mereka memiliki rumah yang lebih selesa menerusi kerajaan negeri atau Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah, selain bantuan JKM, terutama untuk persekolahan Nurfazilah.
"Kami ambil maklumat terperinci. Bawa kes ini untuk tindakan agresif. Masalah keluarga miskin ini banyak yang tak sampai kepada kerajaan. Kita kena cari dan masukkan dalam senarai miskin tegar," katanya.
Sumber: BERNAMA
Read On 8 comments

Harga Ayam Hanya RM4 Sekilo ?

Sunday, June 27, 2010

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebelum ini, kerajaan menetapkan harga siling ayam hanya sekitar RM7 sekilogram.
Namun, masih juga wujud segelintir peniaga mengaut keuntungan dengan meletakkan harga melebihi paras tersebut meskipun harga pasaran sebenarnya jauh lebih rendah.
  • "Ini bukan perkara baru, sudah kerap sangat berlaku. Masa kita tetapkan harga siling, ada peniaga jual ayam pada harga jauh lebih mahal.
  • "Hakikatnya harga sebenar lebih rendah, mungkin RM4, jadi tak guna kita letak ia sebagai barangan kawalan kerana ia hanya akan merugikan pengguna," katanya.
  • Dalam pada itu, dikatakan Pengguna mungkin terus terbeban untuk membeli ayam pada harga yang jauh lebih tinggi pada masa depan selagi harga siling ayam tidak dihapuskan.
  • Ini kerana sejak penetapan harga siling dilaksanakan, kerajaan mendapati segelintir peniaga terus menggunakan kaedah itu untuk memanipulasi harga ayam.
Apa kah tindakan kementerian selanjutnya terhadap karena towkey ayam yang suka menaikkan harga dengan sesuka hati ini? Pasti nya akan kita tunggu.
Sumber: Kosmo Online
Read On 8 comments

Metos Kebebasan Media Di Malaysia? Kerajaan Haramkan Karya Kartunis Zulkifli

Saturday, June 26, 2010

Gambar illustrasi kartun karya Zulkiflee Anwar Ulhaque
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim pernah menyatakan bahawa Malaysia ada lah salah sebuah negara yang mempunyai kebebasan media yang tinggi selaras dengan piawaian dan piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sebelum ini beliau pernah menapis tuduhan Pengarah urusannya Freedom House , Karin Karlekar menjelaskan bahawa Malaysia menduduki tangga 141 senarai kebebasan media di dunia ini
  • Namun baru-baru ini, banyak pemerhati politik agak terkilan bilamana kerajaan telah mengharamkan penerbitan sebuah buku dan dua kartun oleh kartunis politik terkenal, Zulkifli Anwar Ulhaque . Dilapurkan buku dan kartun tersebut sebagai kritikal terhadap kerajaan.
  • Karya Zulkifli dikatakan "tidak sesuai" untuk tontonan ramai dan mengandungi elemen yang dianggap boleh meghasut orang ramai untuk menentang kerajaan.
  • Zulkifli, dikatakan telah menyiarkan isu-isu sensitif seperti kes sodomi ketua pembangkang Anwar Ibrahim dan penembakan polis,.
  • Namun Zulkifli telah menolak tuduhan tersebut dan berjanji untuk terus melukis.
Dalam masa yang sama Mahmood Adam, selaku ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri berkata tiga penerbitan Zulkifli ada lah dilarang kerana dianggap tidak sesuai untuk membaca awam.
"Semua tiga penerbitan telah diharamkan kerana isi kandungan nya boleh mempengaruhi orang-orang untuk memberontak terhadap para pemimpin. Ia nya tidak sesuai untuk bacaan umum," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Aneh nya, Perdana Menteri Najib Razak, pada mula nya menjalankan tugas pada April tahun lalu telah berjanji untuk membentuk kerajaan yang telus dan keterbukaan dalam Dasar, Politik dan Media
Sumber: Times Live, Malaysia Instinct
Read On 14 comments

DJ Othoe Dari Suria FM Dilantik Bantu Usaha Banteras Pemerdagangan Manusia

Saturday, June 26, 2010

Program Jawatankuasa Pembangunan Manusia, Keuskupan Agung (AHDC) Kota Kinabalu telah melantik juruhebah Suria FM Kinabalu Andrew Impongan atau lebih dikenali sebagai DJ Othoe sebagai jurucakap projek itu untuk menyampaikan mesej itu dengan lebih berkesan.
Manakala dalam fasa kedua projek itu, AHDC akan menggunakan khidmat semua saluran media untuk menghebahkan aktiviti yang bakal dijalankan.
  • Sebelum ini,Penyelaras Program AHDC Dominic Lim berkata, AHDC telah mengadakan seminar kesedaran mengenai migrasi rakyat Sabah ke Semenanjung dan Singapura, seminar kesedaran mengenai migrasi dari luar bandar ke bandar, dan bengkel perancangan strategik.
  • Menurut Lim, Sabah akan memperhebatkan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kegiatan pemerdagangan manusia dengan fasa kedua Projek Penentangan Pemerdagangan Merentasi Sempadan 2010-2011.
  • "walaupun kesedaran di kalangan masyarakat Sabah semakin meningkat, usaha memerangi kegiatan itu daripada ber- leluasa di Sabah perlu diteruskan. Kesedaran di kalangan masyarakat tidak mencukupi sekiranya tidak ada pembanterasan.
  • “Kita masih berdepan dengan situasi kemasukan warga asing secara haram yang kita khuatiri terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia,” katanya pada sidang akhbar mengenai projek itu di Kota Kinabalu baru-baru ini.
  • Projek itu dianjurkan bersama Suruhanjaya Migrasi Katolik Antarabangsa (ICMC) Indonesia dan Pejabat Memantau dan Membanteras Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat .
Selanjutnya, menurut statistik dari Anti Trafficking in Persons Council (MAPO), 149 kes eksploitasi seks dilaporkan berlaku di negara ini antara Feb 28, 2008 dan 18 Mei, tahun ini.
Selama tempoh itu juga, terdapat 42 kes kerja paksa, 11 kes perdagangan manusia, 5 kes jualan bayi dan 1 kes eksploitasi anak untuk visa, yang membawa kepada 208 kes perdagangan orang.
Menurut ICMC, dijangkakan sekurang-kurangnya 30,000 rakyat Indonesia mungkin telah diseludup ke Sabah untuk tujuan eksploitasi seksual, kerja paksa dan perhambaan hutang, dan lain-lain.
Selepas itu diikuti oleh Filipina, 60 , Thailand, 36, China, 29, Myanmar, 23, Vietnam, 20, Malaysia, 12, India, 6, Kemboja, 2 dan Sri Lanka, 2.Ini membawa kepada 295 mangsa yang menerima Perlindungan.
Dalam pada itu, Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO), turut melaporkan bahawa kegiatan perdagangan orang ini membawa keuntungan sebanyak US $ 443 billion setahun.
Sumber: NST
Read On 9 comments

Buaya Serang Manusia Kerana Kehabisan Makanan

Friday, June 25, 2010

photo illustrasi buaya menyerang manusia
Dilapurkan bahawa jumlah buaya di Sabah kini telah meningkat, malang nya sumber makanan mereka telah habis, menyebabkan berlaku serangan terhadap manusia.
Dikatakan habitat mereka telah diganggu. Saliran sungai-sungai kebanyakan nya telah di musnahkan oleh manusia.
  • Justru itu, apa bila haiwan yang menjadi makanan buaya tiada lagi di kawasan mereka mencari makan, buaya akan menyerang apa sahaja yang ada. Termasuka manusia.
  • Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata pembangunan yang tidak mengambil kira kepentingan habitat hidupan liar menyebabkan berlakunya kejadian saperti buaya menyerang manusia.
  • Menurut beliau selanjut nya, pemaju mempunyai tanggungjawab terhadap alam sekitar dan perlu mengambil kira kesan projek mereka terhadap hidupan liar.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Sabah Dr Laurentius Nayan Ambu berkata, terdapat antara 12,000 hingga 15,000 buaya di Sabah, semuanya spesies buaya tembaga.
Sumber: NST
Read On 4 comments

Janji Mu Malaysia Maseh Kami Tunggu?

Thursday, June 24, 2010

Walau pun di katakan bahawa Sabah dan Sarawak telah bersama Malaysia selama hampir-hampir 50 tahun, namun hingga kini maseh terdapat banyak lagi kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak yang kehausan bantuan peruntukan dari federal sapertimana yang dipersetujui ketika penubuhan Malaysia.
Rakyat kedua-dua negeri terasa gelisah, sama ada bantuan peruntukan yang diwar-warkan selama ini akan dikotakan juga akhirnya. Bukan lah hanya setakat janji retorik yang sengaja diumumkan untuk menarik undi rakyat di Malaysia Timor ini.
  • Tidak dapat dinafikan bahawa kalau dibandingkan dengan negeri-negeri di semenanjung, Sabah dan Sarawak maseh lagi jauh ketinggalan dari aspek pembangunan infrastruktur di kawasan bandar dan luar bandar khas nya. Sekaligus menampakkan komitmen yang serius kerajaan federal untuk membantu negeri-negeri di sini mengurangkan gejala kemiskinan dan pengangguran yang kini melandah negeri disini.
  • Dalam masa yang sama juga dikatakan bahawa kedua-kedua negeri ini di iktiraf kan sebagai negeri yang amat selamat bagi kerajaan BN. Sehinggakan ia nya di labelkan sebagai ‘political fixed deposit’.
  • Walau macam mana pun, harus di ingatkan, Sabah pernah pada suatu mengasingkan diri dari bersama komponen BN kerana salah satu sebab nya ia lah janji-janji yang tidak kesampaian atau janji gagal di kotakan.
  • Selanjutnya, dikatakan juga bahawa kemungkinan Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak akan diadakan dalam masa yang terdekat ini. Dan selepas itu Sabah, Negeri di bawah bayu ini juga akan di bayangi oleh pilihan raya umum ke13 sapertimana yang di suara kan oleh PM Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.
Dalam pada itu, Persidangan Dewan Rakyat kelmarin sekali lagi diberitahu bahawa kerajaan memberikan fokus yang serius terhadap usaha membasmi kemiskinan masyarakat luar bandar di pedalaman Sabah dan Sarawak.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun berkata pelbagai projek telah dilakukan kerajaan bagi membantu meningkatkan pendapatan bulanan kumpulan itu.
  • “Kerajaan komited dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan negara dan telah meletakkan sasaran pengurangan kemiskinan kepada tahap 2.8 peratus pada akhir tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
  • “Secara dasar, langkah-langkah utama telah diambil bagi menangani isu kemiskinan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak seperti memberikan tumpuan ke arah meningkatkan pendapatan bulanan kumpulan sasar melalui Program Peningkatan Pendapatan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini kelmarin.
  • Beliau berkata sejumlah RM115.64 juta diperuntukan menerusi RMK-9 kepada Sabah dan Sarawak bagi membiayai pelaksanaan projek yang boleh menjana pendapatan kumpulan sasar yang miskin.
  • Entulu berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Dr Tekhee@Tiki Lafe yang ingin tahu langkah yang telah diambil untuk membasmi kemiskinan di luar bandar khususnya yang tinggal di pedalaman Sabah dan Sarawak.
  • Beliau berkata kerajaan juga memperuntukan sejumlah RM37.79 juta menerusi perlaksanaan kursus latihan kemahiran di bawah Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) bagi melatih kumpulan miskin dan miskin tegar di kedua-dua negeri berkenaan.
  • “Selain itu, langkah lain ialah menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa di bawah Program Bantuan Rumah,” katanya.
  • Entulu berkata bagi tujuan itu, kerajaan meletakkan sasaran untuk membina 24,221 unit di Sabah dan Sarawak dalam tempoh dua tahun bermula 2010 hingga 2012 dengan unjuran kos pembangunan berjumlah RM682.44 juta.
  • Kerajaan katanya akan tetap meneruskan strategi pembangunan tanah yang bersepadu bagi tujuan melonjakkan ekonomi di kawasan yang mempunyai tahap kemiskinan yang tinggi di luar bandar menerusi Projek Lonjakan Mega yang berkonsepkan Agropolitan.
  • Dalam pada itu, beliau berkata kementerian mensasarkan sekurang-kurangnya 95 peratus bagi penerimaan bekalan elektrik dan 90 peratus bagi bekalan air bersih akan dapat dinikmati oleh masyarakat luar bandar pada akhir tahun depan.
Conclusion nya, sebanyak mana ‘progress’ yang dilapurkan, namun disana sini rakyat maseh lagi kurang jelas dengan kebenaran yang dikatakan.Kerana nun jauh di pedalaman sana, situasi tidak banyak berbeza saperti mula nya mereka menerima ‘Malaysia’ sebagai negara mereka yang tercinta.

Dalam pada itu;


  1. Projek Jejambat di Kota Kinabalu maseh lagi terbengkalai.
  2. Sistem solar yang di bekalkan di kawasan luar bandar tidak dapat berfungsi sepenuh nya.
  3. Pembinaan sekolah-sekolah gagal mengikut jadual.
  4. Bekalan air dan letrik luar bandar maseh banyak kekurangan.
  5. Penurapan dan pembaikan-pulih jalan-jalan raya di kebanyakan kawasan tidak teratur dan kurang berkualiti selaras dengan arahan teknik JKR Malaysia.
  6. Peranaan Pegawai tempatan dalam sektor Jabatan Perseketuan maseh belum diselaraskan dengan sepenuh nya.
  7. Pengelibatan Kontraktor tempatan dalam projek mega maseh terhad. kalau pun ada, cuma diletakkan kepada mereka-mereka yang ada hubungan rapat dengan pucuk pemimpin.
  8. Pencemaran Hutan Simpanan berleluasa sehinggakan mengucar-kacirkan habitat binatang liar dan menggangu suasana 'global warming'.
  9. Dan banyak lagi.
Justru itu, Janji mu Malaysia maseh kami tunggu.
Sumber: NST,
Read On 10 comments

Pelajar Sekolah Agama Meninggal Akibat Keguguran

Wednesday, June 23, 2010

gambar illustrasi diresort Pantai Cahaya Bulan
Seorang pelajar perempuan tingkatan lima Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas dilapurkan tiba-tiba rebah dan pengsan, dipercayai akibat keguguran yang menyebabkan pendarahan teruk sebelum meninggal dunia di sebuah resort di Pantai Cahaya Bulan di sini, kelmarin.
Difahamkan mangsa pergi ke resort itu dengan membonceng motosikal ditunggang teman lelakinya, kirakira 9 pagi.Sebaik tiba di resort itu, teman lelaki mangsa yang juga berusia 17 tahun, mendaftar masuk sebuah bilik di situ, tetapi difahamkan sejurus tiba di depan bilik itu, gadis tersebut 'tumpah darah' teruk dipercayai akibat keguguran.
  • Panik dengan keadaan yang dihadapinya itu, teman lelaki mangsa memaklumkan kejadian menimpa teman wanitanya kepada seorang petugas di kaunter penyambut tetamu resort itu untuk mendapatkan bantuan.
  • Pemuda tersebut dikatakan memberitahu bahawa temannya pengsan dalam bilik, namun apabila diperiksa gadis itu didapati sudah meninggal dunia.
  • Sumber memberitahu pekerja resort yang bergegas ke bilik itu menemui mangsa dalam keadaan terbaring dengan berlumuran darah di bahagian pinggang ke bawah, lalu menghubungi polis untuk tindakan lanjut. Setakat ini usia kandungan gadis berkenaan belum diketahui.
  • Sementara itu, seorang guru sekolah pelajar berkenaan, yang enggan namanya disiarkan, memberitahu bahawa pelajar yang disifatkan sebagai berperwatakan baik dan sering solat berjemaah di masjid serta pernah menyertai kegiatan agama sekolahnya itu ponteng selepas dihantar ibunya ke sekolah bersama seorang adiknya pagi kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Penolong Pesuruhjaya Kanan II (ACP II), Datuk Amir Hamzah Ibrahim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Sumber: Cynews, Harian Metro.
Read On 6 comments

Ahli Akademik Setuju Mansuh UPSR Dan PMR

Tuesday, June 22, 2010
Menurut lapuran, ahli akademik menyokong langkah kerajaan untuk menghapuskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tetapi meminta kajian yang teliti dibuat terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan.
Kebanyakan mereka juga bersetuju supaya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diteruskan bagi mengukur mutu pencapaian pelajar sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan.
  • salah seorang dari ahli akademik tersebut, Profesor Madya Dr Hashim Othman selaku Pensyarah kanan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) berkata apa yang lahir melalui UPSR dan PMR selama ini hanya budaya pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan tidak melahirkan pelajar yang berpengetahuan atau berkemahiran.
  • Katanya, sepatutnya sistem persekolah bagi pelajar di peringkat sekolah rendah hingga tingkatan tiga berasaskan kepada sejauh mana pelajar itu mampu menyelesaikan masalah.
  • “Lebih baik jika mereka dapat menggunakan pendidikan yang diterima bagi keperluan hidup mereka sehari-hari,” katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas perkara tersebut.
  • Hashim berkata contoh terbaik kesan yang diterima daripada mengamalkan corak peperiksaan selama ini ialah dalam pembelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang telah melahirkan pelajar yang gagal berkomunikasi atau menyelesaikan masalah dengan baik walaupun mencapai keputusan peperiksaan cemerlang.
  • Sementara itu, Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Abdul Rashid Jamian pula berkata sepatutnya pendidikan peringkat sekolah rendah menumpukan usaha ke arah meningkatkan kemahiran pelajar dalam membaca, menulis dan mengira sahaja.
  • Katanya, UPSR yang dilaksanakan sekarang terlalu berorientasikan pencapaian individu hingga menyebabkan ibu bapa hilang tumpuan dan terlalu mendesak dalam memastikan anak-anak mereka memperoleh keputusan terbaik dalam UPSR dan PMR.
  • “Saya setuju sekiranya ujian peringkat sekolah dan di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah atau yang dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri diadakan untuk menilai kemampuan pelajar di penghujung tahun,” katanya.
Bagaimanapun, penasihat Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) Profesor Emeritus Abdullah Hassan yang turut ditanya mengenai perkara tersebut berkata kajian menyeluruh perlu dilaksanakan sebelum kerajaan memutuskan perkara itu.
Sumber: NST
Read On 8 comments

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails