Kes Rogol Murid Perempuan, Polis Harap Lebih Ramai Saksi Tampil
Saturday, July 31, 2010
Pemandu van yang ditahan atas kesalahan merogol murid perempuan berusia 10 tahun enggan bekerjasama dengan pihak polis.
Justeru polis kini sedang mengumpulkan bukti daripada sekolah mangsa.
Sumber mendedahkan suspek enggan bekerjasama semasa disoal siasat dan polis mengharapkan agar lebih ramai saksi tampil bagi membantu siasatan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluaga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil berkata satu dasar perlu digubal agar setiap van atau bas sekolah perlu mempunyai konduktor atau kelindan.
Menurut beliau Kementerian Pengangkutan harus menetapkan polisi berkenaan sambil menambah adalah lebih baik jika konduktor atau kelindan berkenaan adalah wanita.
Sumber: Mstar
Justeru polis kini sedang mengumpulkan bukti daripada sekolah mangsa.
Sumber mendedahkan suspek enggan bekerjasama semasa disoal siasat dan polis mengharapkan agar lebih ramai saksi tampil bagi membantu siasatan.
- "Polis dijangka akan bercakap dengan guru-guru dan murid sekolah berkenaan bagi memastikan sama ada terdapat pelajar lain yang dirogol atau dicabul," kata salah sumber berkenaan.
- Polis pada Jumaat mendapat kebenaran mahkamah untuk melanjutkan enam hari lagi tempoh tahanan reman ke atas suspek yang didakwa melakukan jenayah berkenaan berdekatan sebuah tadika di Jalan Othman, Petaling Jaya, Isnin lepas.
- Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, polis dalam tempoh itu, akan menyiasat penglibatan suspek berusia 51 tahun itu dalam dua lagi kes rogol berasingan di daerah itu iaitu melibatkan seorang gadis berumur 11 tahun dan anak perempuan angkat suspek sendiri berusia sembilan tahun.
- Menurut Arjunaidi, polis masih menunggu keputusan pemeriksaan perubatan ketiga-tiga murid berkenaan untuk memastikan sama ada mereka dirogol atau diperkosa.
- Difahamkan van berkenaan tidak mempunyai logo atau perkataan 'Bas Sekolah'.
- Polis juga menyiasat sama ada van berkenaan milik suspek atau sebaliknya.
- Pihak polis juga tidak menolak kemungkinan suspek memperdaya mangsa-mangsanya ke tempat lain bagi melakukan jenayah berkenaan.
- Arjunaidi juga mengesahkan polis telahpun merekodkan keterangan beberapa saksi dan mengharapkan lebih ramai tampil berbuat demikian.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluaga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil berkata satu dasar perlu digubal agar setiap van atau bas sekolah perlu mempunyai konduktor atau kelindan.Menurut beliau Kementerian Pengangkutan harus menetapkan polisi berkenaan sambil menambah adalah lebih baik jika konduktor atau kelindan berkenaan adalah wanita.
Sumber: Mstar
MTUC sokong kempen kerajaan Buru Majikan Yang Menggaji Pekerja PTI
Friday, July 30, 2010
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menyokong kempen kerajaan bagi memburu majikan yang melakukan kesalahan menggaji pekerja asing secara tidak sah.Bagaimanapun, kesatuan itu berharap pekerja yang menjadi mangsa akibat majikan yang tidak bertanggungjawab tidak akan dikenakan denda.
Kerajaan seharusnya memberi kemudahan dan tanpa sebarang gangguan membenarkan pekerja tersebut meninggalkan negara, kata Naib Presiden MTUC A.Balasubramaniam.
Beliau memberitahu Bernama pekerja berkenaan tidak harus dipersalahkan sekiranya visa mereka tidak diperbaharui kerana ia adalah di bawah tanggungjawab majikan untuk berbuat demikian.- Beliau mengulas mengenai usaha terkini Jabatan Imigresen untuk menangkap majikan yang menggaji pekerja asing secara tidak sah.
- Beliau menyatakan MTUC telah banyak kali mengemukakan masalah kategori pekerja tersebut kepada pihak berkuasa yang berkaitan pada masa lalu tetapi tiada penyelesaian dicapai.
Guru-Guru Di Benarkan Berpolitik?
Thursday, July 29, 2010
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak syorkan agar guru-guru di benarkan berpolitik kerana menurut beliau guru-guru hanya mendidik dan tidak mempunyai kuasa eksekutif, maka tidak akan berlaku konflik kepentingan jika mereka memegang jawatan dalam parti politik.Dalam pada itu, Kerajaan belum bercadang membenarkan pegawai siswazah lain untuk melibatkan diri dalam politik bagi mengelak konflik kepentingan, kata najib.
- "Kita tidak mahu mereka yang ada kuasa (eksekutif) memegang jawatan (dalam politik). Bila kita ada jawatan tertentu...kuasa eksekutif, ada kemungkinan boleh berlaku pertembungan daripada segi kepentingan atau konflik kepentingan.
- "Kita mula dengan kumpulan guru dulu, lepas itu kita tengok sama ada wajar kita perluaskan untuk kumpulan-kumpulan (pegawai siswazah) lain atau tidak," katanya.
- Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan "Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Suatu Pengkisahan" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya kelmarin.
- Berikutan pengumuman itu, ia membolehkan kira-kira 140,000 guru berijazah di seluruh negara terlibat dalam politik.
- Mengulas lanjut, Najib berkata dengan membenarkan guru terlibat dalam politik, ia akan dapat mengukuhkan lagi kepimpinan politik tanah air kerana golongan itu boleh menyumbang daripada segi kepimpinan yang bersifat intelektual.
Semantara itu,Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom menyambut baik langkah kerajaan membenarkan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik bermula 1 Ogos ini.Beliau berkata, guru memiliki banyak ciri kepimpinan dan ia telah dibuktikan dalam sejarah negara sendiri apabila mereka menjadi antara pejuang yang menuntut kemerdekaan.
- "Saya kira dengan cara ini mereka boleh membantu, khususnya untuk meningkatkan lagi pendidikan dan juga untuk memberi khidmat kepada masyarakat. Ini merupakan satu peluang kepada guru-guru kita dan saya ucapkan terima kasih di atas kebenaran itu," katanya selepas majlis pelancaran semaian 501 ranting karang yang dicatat dalam Malaysia Book of Record di sini hari ini. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut Abdul Jamal Maidin.
- Alimuddin berkata, selepas merdeka, ramai guru terlibat dalam politik namun apabila larangan berhubung pembabitan guru siswazah dalam bidang itu dikeluarkan kerajaan, mereka tidak dapat menunjukkan daya kepimpinan yang ada.
- "Jadi, dengan kebenaran itu, guru-guru yang mempunyai kebolehan dapat menunjukkan bakat kepimpinan yang saya rasa guru-guru memang mempunyai banyak ciri itu," katanya.
Penahan Permit Suara Keadilan Dan Rocket Hanya Memburukkan Imej Umno-BN?
Wednesday, July 28, 2010

Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) merasakan bahawa tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menahan permit Suara Keadilan dan Rocket dilihat sebagai kebimbangan kritikal Umno BN menghadapi kebangkitan rakyat yang kian tegar mempersoalkan dasar-dasar kerajaan akhir-akhir ini.Setiausaha , Tarmizi Mohd Jam berkata, jika Umno BN dalam keadaan kuat, stabil dan selamat, maka sudah tentu penahanan, penafian hak dan penggantungan permit dua lidah rasmi PKR dan DAP itu tidak dilakukan, sebaliknya ia akan diberi seperti biasa.
- “Tindakan tidak popular itu hanya memburukkan imej Umno BN yang menguasai kerajaan dan sekaligus mengesahkan sikap tidak demokratik mereka terhadap kebebasan bersuara dan bermaklumat di negara ini.
- “Mengapa Umno BN sanggup merosakkan imejnya, mencalar kepercayaan rakyat jika tidak kerana mereka benar-benar dalam keadaan terdesak untuk mempertahan kuasa yang kian tergugat akibat lambakan maklumat berani, telus dan bersifat reformasi,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
- Menurut Tarmizi, KAMI yakin, kekangan terhadap media cetak sejak akhir-akhir ini terpaksa dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkan fakta tepat kepada rakyat, khususnya yang berkaitan isu-isu politik yang boleh menikam dan menghakis pengaruh Umno dan BN.
- “Sebagai persediaan nekad menghadapi pilihan raya umum ke-13, dan mempertahankan kuasa yang sedia ada, demi untuk merampas kembali Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta Kelantan yang terlepas ke tangan Pakata Rakyat, maka sudah tentulah kerajaan Umno-BN terpaksa bertindak 'membunuh' suara rakyat melalui dua lidah rasmi ini, kerana ia menjadi perhatain rakyat,” katanya.
- Menurut Tarmizi adalah mustahil jika Suara Keadilan dan Rocket tidak berbisa, permitnya ditahan.
Begitupun, katanya, tidak bermakna kelulusan permit lidah rasmi PAS, Harakah menjadi petunjuk keadilan dan sikap profesional KDN.“Sebaliknya amaran keras, larangan dijual di premis awam serta arahan dibesarkan perkataan "Hanya Untuk Ahli Sahaja" pada maskhead akhbar itu jelas kekangan melampau yang tidak wajar wujud dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.
- “KAMI terus mendesak agar KDN menghormati hak kebebasan bersuara, sistem demokrasi berparlimen dan menghormati kebijakan bermaklumat dengan mengembalikan semula kedua-dua permit Suara Keadilan dan Rocket kepada parti-parti berkenaan, sebagai lidah rasmi dan menarik semula amaran keras yang tidak munasabah yang dikenakan ke atas Harakah,” katanya lagi.
- Menurutnya, sebagai lidah rasmi parti, dan bukannya akhbar komersial adalah amat tidak wajar sama sekali KDN menafikan hak-hak warga negara ini dalam menegaskan suara mereka.
- Katanya, tindakan tidak memberikan permit bermakna kerajaan 'menggam' mulut rakyat, memaku minda dan mengganyang rakyat dengan dipaksa menerima maklumat sebelah pihak.
Beliau berkata, berbanding penguasaan Umno BN terhadap media tradisi seperti RTM, TV3, NTV7, NTV9, Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, News Strais Times, beberapa akhbar berbahasa Cina dan India; kekangan KDN terhadap Suara Keadilan, Rocket dan Harakah boleh digambarkan sebagai tindakan tegar dari emosi takut, bimbang dan risau kerajaan Umno BN hilangnya segenggam kuasa yang membukitkan kekayaan kepada pemimpin dan kroni, yang memayahkan rakyat dan yang memayungi kezaliman.Dapat kah Persatuan Suku Kaum Kukuh Kan Perpaduan?
Tuesday, July 27, 2010
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, mahu persatuan suku kaum di negeri itu sentiasa memberi fokus kepada objektif penubuhannya yang bertujuan mengukuhkan perpaduan di kalangan anggota, sekaligus menyumbang ke arah pemantapan hubungan rakyat.“Umpamanya, penganjuran pelbagai aktiviti kebudayaan suku kaum dengan hasrat untuk memelihara dan memartabatkan nilai budaya bangsa, adalah satu usaha murni yang perlu diteruskan,” katanya
Beliau berkata persatuan itu juga boleh menjalinkan kerjasama pintar dengan agensi kerajaan dan swasta bagi mengukuhkan hubungannya dengan masyarakat lain, di samping memberi tumpuan seimbang terhadap pelaksanaan program sepanjang tahun bagi manfaat anggotanya serta masyarakat umum.- “Kita perlu merancang dengan bijak dan menetapkan strategi bagi membolehkan persatuan berfungsi secara berkesan dan membantu etnik yang diwakili memperoleh kejayaan dalam pelbagai sektor pembangunan seperti pendidikan, ekonomi dan pentadbiran,” katanya.
Musa juga berkata keunikan Sabah yang mempunyai pelbagai suku kaum tetapi mampu hidup dalam suasana harmoni, juga merupakan contoh terbaik kehidupan bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.Gagasan 1Malaysia Diberi Pengisian Berhubung Kait Kehidupan Rakyat
Monday, July 26, 2010
Datuk Seri Najib Tun Razak mahu gagasan 1Malaysia diberikan pengisian yang berhubung kait dengan kehidupan rakyat di negara ini selaras dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.Perdana Menteri berkata ini untuk memastikan gagasan 1Malaysia tidak hanya bersifat “upacara” atau sebutan semata-mata.
- “Saya nampak gagasan 1Malaysia dari segi penerimaan boleh dikatakan pada paras yang tinggi menyeluruh, cuma perlu lakukan ialah memberi pengisian konsep 1Malaysia supaya tidak bersifat “ceremonial” (upacara) atau beri kefahaman sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penghayatan 1Malaysia Masyarakat Orang Asli peringkat negeri di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Pos Betau, dekat sini, kelmarin.
Najib berkata rakyat sebenarnya mahu gagasan berkenaan benar-benar berhubung kait dengan kehidupan mereka dan mereka diberi layanan sama rata tanpa mengira status apabila mereka menerima perkhidmatan kerajaan.- Terdahulu ketika berucap pada majlis yang dihadiri lebih 7,000 orang itu, Najib berkata gagasan 1Malaysia merupakan satu gagasan yang sebenarnya telah diperjuangkan oleh Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelum ini.
- “Saya lihat gagasan ini sebagai satu gagasan untuk melihat masa depan negara mencapai wawasan dan impian kita,” katanya.
- Perdana Menteri berkata gagasan itu akan mudah tercapai jika rakyat Malaysia dapat mengukuhkan perpaduan dan integriti nasional.
Najib berkata dimensi yang amat penting dalam menjayakan gagasan 1Malaysia ialah daripada segi perkhidmatan kerajaan yang mesti mencerminkan 1Malaysia.“Kita mesti memberi layanan yang sama kepada semua termasuk kaum Orang Asli, tak ada soal siapa yang tinggi atau siapa yang rendah, bukan dari segi status,” katanya.
Dalam Usaha Bangunkan Ekonomi Negeri Fahaman Politik Perlu Ketepikan
Sunday, July 25, 2010
Fahaman politik perlu diketepikan dalam usaha membangunkan ekonomi negeri terutama yang berada di bawah pemerintahan Pakatan Pembangkang.Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pemimpin tidak seharusnya mempolitikkan semua perkara sehingga menyebabkan usaha-usaha lain seperti membangunkan ekonomi negeri gagal.
"Kita tidak mahu ada (rakyat) yang terpinggir dan tidak mahu hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) sahaja yang beri perhatian untuk membangunkan ekonomi.
"Oleh kerana itu kita berharap sentiasa ada kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan pusat, jangan terlalu mempolitikkan sangat hingga timbul rasa tidak puas hati di kalangan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Cabaran Kayak Berhalangan di Gua Kerbau, dekat sini Jumaat.
Katanya, walaupun berada dalam negeri di bawah pentadbiran Pakatan Pembangkang, pemimpin Umno dan BN tidak akan duduk diam, sebaliknya akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan kembali kepercayaan rakyat.
Janji Pemimpin Untuk Menyelanggara Jalan Raya Maseh DiTunggu?
Saturday, July 24, 2010
Semantara menunggu peruntukan persekutuan yang di uar-uarkan datang ke Sabah dalam kadar bila-bila masa, penduduk Kg. Bonor yang terletak di kawasan pedalaman Keningau telah mula mengorak langkah untuk turun ke padang dan terpaksa bertungkus lumus bergotong-royong membaiki jalan raya ke kampung mereka yang kini rosak teruk (gambar atas) akibat limpahan air hujan lebat yang telah turun tanpa henti baru-baru ini.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Bonor Ampalit Angimun berkata, berikutan kerosakan jalan raya yang dibina oleh syarikat pembalakan beberapa tahun dehulu kini telah menyulitkan penduduk kampung apabila keluar berurusan ke pekan Keningau, Sook dan Nabawan.
- Katanya, penduduk terpaksa berhempas pulas bergotong-royong untuk membaiki dan membuat laluan alternatif kenderaan kerana tiada pilihan lain apabila keluar ke pekan untuk mendapat keperluan harian.
- “Namun kerja-kerja pembaikan dengan tenaga manusia tidak bertahan lama kerana keadaannya tidak stabil. Tetapi apa yang hendak dibuat itulah kemampuan kami,” kata Ampalit kepada New Sabah Times di baru-baru ini.
- “Inilah masalah yang dihadapi oleh penduduk sejak jalan raya rosak,” jelas Ampalit.
- Ampalit berkata, selain penduduk kampung yang mengalami masalah, warga pendidik di Sekolah Kebangsaan (SK) Bonor juga turut mengalami masalah itu.
Seterusnya Menurut Ampalit, selain SK Bonor, beberapa sekolah lagi mengalami masalah yang sama seperti SK Pengaraan, SK. Pohon Batu, SK. Binanun, SK. Nangkawangan dan SK. Mamagun.- Katanya lagi, guru-guru sukar membawa keperluan mereka dan peralatan sekolah juga sukar dibawa masuk kerana kenderaan pengangkutan awam enggan masuk ke kawasan itu.
- “Perkhidmatan Jabatan Kesihatan Bergerak yang sebelum ini mengunjungi kampung ini mengikut jadual kini tidak lagi dapat menjalankan perkhidmatan mereka berikutan kerosakan jalan raya yang dibina syarikat pembalak itu,” tambah Ampalit.
- Ampalit memberitahu, beberapa tahun yang lalu semasa aktiviti pembalakan masih aktif di kawasan itu jalan raya berkenaan sentiasa diselenggara.
- Namun katanya, apabila pembalakan tidak lagi aktif jalan raya yang menjadi laluan utama penduduk kampung semakin teruk dan kini sukar dilalu oleh kenderaan.
- Katanya, walaupun sekali sekala syarikat akan muncul di kawasan itu pada masa ini tetapi mereka tidak menyelanggara jalan raya itu.
- Ampalit berkata, sebagai Pengerusi JKKK beliau sering didesak oleh penduduk kampung untuk mengemukakan masalah itu kepada pihak-pihak yang berkenaan.
- “Justeru itulah saya terpaksa menyuarakan masalah ini melalui akhbar,” katanya sambil merayu kepada kerajaan menyenaraikan jalan raya tinggalan syarikat pembalak itu sebagai jalan raya kerajaan sama ada jalan negeri atau jalan Persekutuan.
Katanya lagi, sejak kebelakangan ini penduduk kampung itu sering disogokkan dengan janji oleh pemimpin-pemimpin di kawasan itu bahawa masalah itu akan diatasi.Tetapi sehingga kini katanya, belum ada apa-apa tindakan yang diambil menyebabkan penduduk kampung mengeluarkan kata-kata yang sumbang terhadap kerajaan.
Wanita Dan Kanak-Kanak Kaum Penan Didakwa Dirogol Serta Didera Secara Seksual
Friday, July 23, 2010
Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Tan Sri Hasmy Agam mengesa Kerajaan perlu menjalankan siasatan terperinci terhadap nasib wanita dan kanak-kanak perempuan kaum Penan di Ulu Baram, Sarawak yang mendakwa dirogol serta didera secara seksual.- Beliau berkata suruhanjaya itu, yang amat bimbang mengenai dakwaan rogol dan penderaan seksual wanita Penan itu, sedang dalam proses menilai tindakan sewajarnya untuk dilaksanakan.
- Rogol dan penderaan seksual adalah kesalahan jenayah yang serius dan merupakan isu yang amat membimbangkan SUHAKAM, terutamanya berhubung keselamatan, kebajikan dan maruah wanita serta kanak-kanak perempuan Penan, katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
- Beliau menggesa polis dan agensi berkaitan yang lain supaya memulakan siasatan mereka terhadap dakwaan itu, dan menimbangkan merit beberapa laporan lain bagi memastikan penjenayah terbabit dihadapkan ke muka pengadilan.
Beliau berkata dakwaan itu diketengahkan kepada umum menerusi media pada 2008 dan sekali lagi dilaporkan dalam penerbitan terbaru oleh gabungan badan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Penan Supports Group.“Laporan pencarian maklumat pasukan petugas yang diwujudkan pada 2008 oleh Kementerian Pem-bangunan Wanita, Keluar-ga dan Masyarakat telah mendedahkan keterangan berhubung penderaan, dan beberapa syor berkaitan faktor lain yang menyumbang kepada penderaan turut dimasukkan dalam laporan berkenaan,” kata-nya.
Untuk Maju Suku kaum Perlu Elemen Anjakan Paradigma?
Thursday, July 22, 2010
Elemen anjakan paradigma perlu diserapkan di kalangan ahli-ahli Pertubuhan Peladang dan agensi yang amat sesuai menerajui anjakan ini seperti Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Keningau sendiri, kata Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Haji Sairin Haji Karno.Kerana maju atau mundurnya sesuatu suku kaum atau kumpulan itu bukan nya terletak di tangan kerajaan sebaliknya di bahu kaum berkenaan, tambah beliau.
Sairin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Liawan berkata demikian semasa berucap merasmikan mesyuarat agung perwakilan tahunan ke 28 PPK Keningau di hotel perkasa di sini pada Sabtu lepas.
Sairin berkata, Jepun menjadi negara membangun kerana sikap bersatu mereka dalam melakukan semua aktiviti.
Oleh itu katanya, sudah tiba masanya para peladang di daerah ini menjadikan PPK Keningau sebagai persatuan yang kukuh dan berwibawa.
Aktiviti Pembalakan Punca Masaalah Bekalan Air Orang Asli Di Kelantan
Wednesday, July 21, 2010
Mereka berdepan risiko penyakit kronik apabila terpaksa menggunakan air berlumpur bagi keperluan harian sejak tiga bulan lalu.
- Menurut seorang penduduk, Asuk Alang, 48, kegiatan yang tidak terkawal itu tanpa menghiraukan kawasan tadahan air bukit yang dahulunya bersih boleh mengakibatkan kerosakan dan pencemaran serius.
- "Kami terpaksa menggunakan keperluan air tadahan bukit yang disediakan Jabatan Kesihatan Kelantan setiap hari walaupun tercemar kerana tidak ada pilihan lain.
- "Sekarang air sungai juga berselut punca daripada kegiatan sama," katanya.
- "Sebelum ini penduduk kampung marah dan keadaan kecoh sehingga hampir mencetuskan pergaduhan dengan syarikat pembalakan dan pengusaha ladang rakyat.
- "Namun, tidak dapat buat apa-apa kerana syarikat itu mendapat kebenaran kerajaan negeri," kata Asuk kepada Bernama.
Kawasan itu sepatutnya diwartakan sebagai Hutan Perlindungan Sepenuhnya.
Antara Gimik atau Pun Kebenaran, Kerajaan Persekutuan Beri Jaminan Sedia Jalan Raya Kampung
Tuesday, July 20, 2010

Demekian juga nasib jalan-jalan raya kampung di lain-lain Daerah di pedalaman negeri Sabah.
Seada nya penyelengeraan jalan-jalan tersebut tersebut ada lah dibawa kawalan Pejabat Daerah atau pun Majlis Daerah dengan menggunakan peruntukan negeri yang agak jauh dari mencukupi untuk tujuan-tujuan pembaikan dan pelbagainya.
Walau macam mana pun, menurut Menteri Kerja Raya, Dato’ Shaziman Abu Mansor, Kerajaan Persekutuan memberi jaminan kepada rakyat Sabah untuk menyediakan jalan raya kampung sebanyak 700 kilometer dalam tempoh 2010 hingga 2012.Shaziman Abu Mansor juga berkata, jaminan itu ditekankan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak ketika memperkenalkan enam NKRA iaitu jaminan beliau kepada rakyat Malaysia.
- “Ia termasuk meningkatkan bekalan air dan elektrik dan sebagainya supaya tidak ada rakyat yang tercicir dan tertinggal daripada arus pembangunan.
- “Sebagai pemimpin yang berjiwa besar yang ingin membawa negara ini menjadi negara maju pada tahun 2020, tidak ada ertinya jika ada di kalangan masyarakat di negara ini tidak dapat merasai nikmat kemerdekaan.
- “Sebab itu sebagai pemimpin dan eksekutif tertinggi di negara ini, beliau membuat jaminan dan janji untuk melaksanakannya di negeri Sabah dan Sarawak,” katanya.
- Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Penampang, bertempat di Restoran Bundusan Palace, Penampang di sini kelmarin.
- Dalam masa yang sama, Shaziman berkata, di dalam negara menuju dengan maju Perdana Menteri mengetahui masih ada di kalangan rakyat negara ini yang masih belum mengetahui nikmat pengangkutan jalan raya kampung, air dan elektrik, dan inilah yang dilakukan oleh Perdana Menteri.
Katanya, banyak perkara telah diperkenalkan sejak Dato Seri Mohd Najib menjadi Perdana Menteri, dan perkara utama yang semua orang tahu ialah visinya, iaitu Gagasan 1Malaysia, iaitu rakyat didahulukan, prestasi diutamakan.- “Sepanjang yang kita ingat bila beliau menjadi Perdana Menteri kira-kira setahun empat bulan lalu, beliau memperkenalkan program ‘walkabout’. Dan Bahagian Penampang cukup bertuah kerana telah dipilih oleh Perdana Menteri untuk dilawati dan mengadakan ‘walkabout’ di kawasan pasar Penampang.
Usaha Umno Ajak Pas Bersatu Adalah Sia-Sia?
Monday, July 19, 2010
kadang-kadang agak aneh juga bilamana kita mendengar satu rumpun melayu mengatakan tidak melihat kewajaran dan kepentingan rundingan membincangkan kesatuan bersama dikalangan mereka.
Demekian yang dikatakan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kepada UMNO yang berusaha untuk menyatu-padukan gagasan bangsa melayu di Malaysia ini.
Sumber: TV Selangor
Demekian yang dikatakan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kepada UMNO yang berusaha untuk menyatu-padukan gagasan bangsa melayu di Malaysia ini.
Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Umno tidak perlu mensia-siakan masa dan sumber untuk memikat dan mengumpan Pas kerana pintu kerjasama telahpun ditutup.- Tuan Ibrahim berkata tindakan Umno terus-menerus mengumpan Pas, bahkan menggunakan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bagi mencapai tujuan politik itu menunjukkan Umno kini dalam keadaan yang amat tenat.
- Beliau menjelaskan Pas hanya bersedia untuk berunding mengenai isu royalti minyak, peruntukan kepada Kelantan, serta serangan Umno terhadap negeri-negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.
Kesusahan Jadikan Motivasi Untuk Berjaya, Keluar Dari Kemiskinan?
Monday, July 19, 2010
Kerana kata beliau, kerana kejayaan dalam apa sahaja bidang termasuk pendidikan dan kerjaya adalah bergantung kepada usaha diri sendiri.
Sumber: NST
- “Tiada sebab mengapa kita tidak boleh berjaya dalam hidup dan mengubah taraf hidup keluarga daripada yang susah kepada yang lebih baik, sekiranya kita ada kesungguhan dan ketabahan menempuhi cabaran.
- “Sebagai contoh orang cacat penglihatan pun ada yang berjaya kerana mereka ada kesungguhan dan kegigihan. Oleh itu saya menasihatkan para pelajar supaya tidak menjadikan faktor kemiskinan keluarga sebagai alasan untuk tidak berjaya dalam hidup,” katanya.
- Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvokesyen kali pertama Kolej Eastern di Promanade Hotel, di sini, kelmarin.
- Dari segi peluang pekerjaan, Masidi berkata hampir 70 peratus daripada mereka yang menjadi jutawan dalam perniagaan tidak pernah masuk universiti.
- “Pendidikan (diploma dan ijazah) memang penting tetapi ia bukan syarat utama untuk berjaya dalam perniagaan dan bukan jaminan untuk mendapatkan pekerjaan, apa yang penting ialah kesungguhan dan keazaman.
- “Ada dikalangan generasi muda yang mempunyai diploma atau ijazah tetapi tiada pekerjaan kerana mereka tiada inisiatif untuk menambah ilmu selepas menamatkan pengajian di universiti, misalnya mempertingkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris dan bahasa asing yang lain,” katanya.
- Beliau berkata, penguasaan dua atau tiga bahasa asing akan meningkatkan nilai pasaran atau peluang yang lebih luas kepada seseorang untuk mencari pekerjaan termasuk menjadi pemandu pelancong.
- “Korea adalah antara pelancong paling ramai melancong ke negeri ini namun terlalu sedikit pemandu pelancong yang berkebolehan dalam bahasa itu.
JKTS Tawarkan 500 Jawatan Kosong DI Sabah
Sunday, July 18, 2010
Lebih 500 kekosongan pelbagai jawatan ditawarkan kepada para pencari kerja atau belia di daerah ini dalam sesi temu duga terbuka yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Kerja Sabah pada 17 Julai ini.Pengerusi Penganjur program Juara Rakyat Karnival Belia Gegar III Abdul Kassim Hj Razali berkata, sesi temu duga terbuka yang disediakan dalam program Juara Rakyat Karnival Belia Gegar III itu merupakan julung-julung kali diadakan.
- Menurut Abdul Kassim para pencari kerja dan belia yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan sama ada dalam sektor swasta atau syarikat-syarikat tempatan di sini bolehlah menghadirkan diri pada program Juara Rakyat Karnival Belia Gegar III yang diadakan di Tuaran Futsal Arena, Kampung Lok Batik Jalan Sulaman dekat sini pada Sabtu ini, katanya pada Rabu.
- Bersempena dengan temu duga tersebut, para majikan daripada sektor swasta dan syarikat-syarikat tempatan turut turun padang dalam menjayakan program Juara Rakyat kali ini.
- Abdul Kassim berkata, mereka yang berminat untuk menghadiri sesi temu duga itu, boleh datang ke tempat yang disebutkan dengan berpakaian kemas, membawa dokumen diri berserta sijil-sijil persekolahan yang berkaitan.
- Selain lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), para graduan juga dipelawa untuk menghadiri temu duga berkenaan termasuk mereka yang memiliki sijil latihan kemahiran.
- “Program temu duga terbuka seumpama itu perlu direbut oleh kalangan belia terutamanya mereka yang masih belum mempunyai sebarang pekerjaan.
- “Sebenarnya masih banyak peluang pekerjaan yang perlu direbut oleh para belia dan pencari kerja di negeri ini, katanya.
PKR Jangan Jadikan Kemiskinan Sebagai Isu Politik?
Saturday, July 17, 2010Baru-baru ini naib presiden PKR Dr Jeffrey Kitingan baru-baru ini yang mengatakan bahawa tidak ada apa-apa yang perlu dibanggakan dengan jumlah anggota Umno yang ramai di Sabah di sebalik negeri ini yang kedua termiskin di negara.
Dikatakan UMNO Sabah tidak merasa senang terhadap komen tersebut. Dalam ulasan nya, Pemuda Umno Sabah menggesa Parti Keadilan Rakyat (PKR) jangan jadikan masalah kemiskinan di negeri ini sebagai isu politik kerana ini tidak akan dapat menyelesaikan masalah itu.
Dikatakan UMNO Sabah tidak merasa senang terhadap komen tersebut. Dalam ulasan nya, Pemuda Umno Sabah menggesa Parti Keadilan Rakyat (PKR) jangan jadikan masalah kemiskinan di negeri ini sebagai isu politik kerana ini tidak akan dapat menyelesaikan masalah itu.
Ketuanya, Azman Ruslan, berkata pemimpin yang bertanggungjawab, kedua-dua dalam kerajaan dan pembangkang, mempunyai tanggungjawab bersama bagi membanteras kemiskinan.- “Kita jangan hanya tahu memberitahu orang ramai bahawa negara kita miskin tetapi tidak berbuat apa-apa menangani masalah itu.
- “Kerajaan BN (Barisan Nasional) yang diketuai Umno adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan sebab itu ramai penduduk Sabah telah menyertai Umno kerana mereka percaya parti itu mempunyai kredibiliti dan kemampuan untuk membawa pembangunan sosio-ekonomi di negeri ini,” katanya.
Perhimpunan Gerakan Rakyat Bantah Judi Hari Ini
Saturday, July 03, 2010
Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) dijangka akan mengadakan satu perhimpunan aman sebagai kempen Tak Nak Judi hari ini, di Masjid Negara. Demekian menurut Setiausahanya, Suhaizan Kaiat.Beliau menyatakan bahawa perhimpunan tersebut ada lah terbuka kepada semua agama dan bangsa.
Suhaizan memberitahu, himpunan akan dimulakan dengan solat Zuhur dan solat hajat secara berjemaah di masjid bagi yang beragama Islam sebelum ucapan daripada wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik sekaligus pelancaran kempen berkenaan.
Katanya, modus operadi judi dan dadah adalah hampir serupa menjadikan pelanggannya sebagai mangsa untuk memperkayakan beberapa kerat orang kaya dan yang ketagihan sebagai pelarisnya.
Sumber: HarakahDaily
Suhaizan memberitahu, himpunan akan dimulakan dengan solat Zuhur dan solat hajat secara berjemaah di masjid bagi yang beragama Islam sebelum ucapan daripada wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik sekaligus pelancaran kempen berkenaan.
- "Mari kita buktikan kepada negara bahawa generasi Anak Muda Malaysia bencikan judi. Marilah kita buktikan kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bahawa kami semua bencikan judi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat turut berkata, negara bakal mencipta sejarah hari ini kerana buat pertama kalinya sejak merdeka, rakyat berjaya menolak judi sukan dan GMJ melangkah ke hadapan dengan mendidik rakyat membenci judi yang merupakan amalan yang tidak baik dan boleh meruntuhkan keluarga, masyarakat dan negara.- "Kita harus menginsafi di sana terdapat anak-anak, wanita, orang tua dan keluarga yang telah lama menjadi mangsa kepada ketagihan judi ini,” ujarnya.
Katanya, mereka ditendang, disepak, dipukul dan dihina oleh suami atau anak-anak mereka yang kalah judi.- “Mereka semua menanti kita semua menyelamatkan negara daripada amalan yang jelas bertentangan dengan semua agama ini," katanya lagi.
Katanya, modus operadi judi dan dadah adalah hampir serupa menjadikan pelanggannya sebagai mangsa untuk memperkayakan beberapa kerat orang kaya dan yang ketagihan sebagai pelarisnya.


