Cadangan Supaya Pakar Racis 'Namewee' Di Buang Negeri?
Tuesday, August 31, 2010


Pihak berkuasa harus mengambil tindakan tegas terhadap sebarang perbuatan yang boleh mencetuskan sentimen perkauman agar ia tidak menimbulkan natijah yang buruk, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas video klip terbaru yang menyentuh isu perkauman oleh Namewee(gambar di atas) atau nama sebenarnya Wee Meng Chee.
Namewee (gambar) yang berasal dari Muar, Johor, sebelum ini pernah menimbulkan kemarahan orang ramai apabila menghasilkan video klip yang menghina lagu kebangsaan, Negaraku.
Menurut Muhyiddin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah menyatakan bahawa isu seumpama ini akan diberi perhatian serius.
Semantara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (gambar) mengesa Kerajaan agar mengambil tindakan undang-undang termasuk 'buang negeri' ke atas Wee Meng Cheng atau dikenali sebagai 'Namewee' ekoran perbuatannya menerbitkan klip video berbaur perkauman.
Beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil bagi membuktikan kerajaan sememangnya menangani isu-isu perkauman secara serius.
Beliau berkata, apa yang dilakukan Namewee merupakan satu bentuk provokasi yang disengajakan selain jelas menunjukkan pemuda itu tidak insaf meskipun pernah memohon maaf atas kesalahannya mengubah lirik lagu Negaraku kepada Negarakuku suatu ketika dahulu.
"Jangan bagi muka kepada individu seperti ini kerana tindakannya itu jelas menimbulkan kemarahan serta keresahan di kalangan rakyat.
Dalam isu yang sama, Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar (gambar) pula menyifatkan tindakan pemuda yang pernah menuntut di Universiti Ming Chuan, Taiwan itu sebagai biadab, kurang ajar dan tidak boleh dimaafkan.
Tegasnya, hukuman keras perlu diambil ke atas Namewee termasuk mengenakan tindakan buang negeri.
Sumber: UM Online
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas video klip terbaru yang menyentuh isu perkauman oleh Namewee(gambar di atas) atau nama sebenarnya Wee Meng Chee.
Namewee (gambar) yang berasal dari Muar, Johor, sebelum ini pernah menimbulkan kemarahan orang ramai apabila menghasilkan video klip yang menghina lagu kebangsaan, Negaraku.Menurut Muhyiddin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah menyatakan bahawa isu seumpama ini akan diberi perhatian serius.
Semantara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (gambar) mengesa Kerajaan agar mengambil tindakan undang-undang termasuk 'buang negeri' ke atas Wee Meng Cheng atau dikenali sebagai 'Namewee' ekoran perbuatannya menerbitkan klip video berbaur perkauman.Beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil bagi membuktikan kerajaan sememangnya menangani isu-isu perkauman secara serius.
Beliau berkata, apa yang dilakukan Namewee merupakan satu bentuk provokasi yang disengajakan selain jelas menunjukkan pemuda itu tidak insaf meskipun pernah memohon maaf atas kesalahannya mengubah lirik lagu Negaraku kepada Negarakuku suatu ketika dahulu.
"Jangan bagi muka kepada individu seperti ini kerana tindakannya itu jelas menimbulkan kemarahan serta keresahan di kalangan rakyat.
Dalam isu yang sama, Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar (gambar) pula menyifatkan tindakan pemuda yang pernah menuntut di Universiti Ming Chuan, Taiwan itu sebagai biadab, kurang ajar dan tidak boleh dimaafkan.Tegasnya, hukuman keras perlu diambil ke atas Namewee termasuk mengenakan tindakan buang negeri.
Pelajar M'sia Di Indonesia Diarah Berwaspada
Monday, August 30, 2010

Lebih 6,000 pelajar Malaysia di Indonesia diarah berwaspada dan berhati-hati berikutan bantahan anti-Malaysia yang dianjurkan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) di negara itu.
Sementara itu di Kuala Lumpur polis telah menahan dua lelaki selepas mereka membakar bendera Indonesia di depan Kedutaan Indonesia, di Jalan Tun Razak.
Menurut laporan, 15 individu berhimpun di depan kedutaan itu sekitar 2.50 pagi kelmarin membantah tunjuk perasaan di Indonesia.
Dua lelaki berusia 20 dan 40 tahun membawa bendera itu sebelum membakarnya kira-kira 50 meter dari pejabat Kedutaan. Mereka diberkas sejurus selepas itu oleh polis
Ketua polis Kuala Lumpur, DCP Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata polis merekodkan keterangan kedua-dua lelaki sebelum membebaskan mereka dengan ikat jamin. Sumber: Sunday Star, Bernama.
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kementeriannya telah mengeluarkan arahan tersebut kepada semua pelajar Malaysia di Indonesia melalui Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta.- 'Kementerian memantau situasi itu dan setakat ini tidak ada laporan pelajar kita menjadi mangsa gerakan tersebut,' kata beliau seperti ditukil akhbar Sunday Star, semalam.
- Datuk Seri Mohamed Khaled yakin pemerintah Indonesia akan melakukan yang terbaik bagi menjamin keselamatan pelajar Malaysia.
- 'Mereka dinasihati supaya keluar secara berkumpulan dan jangan menyertai sebarang perhimpunan awam,' kata beliau.
- Bendera dilaporkan membakar bendera Malaysia dan melempar najis manusia di Kedutaan Malaysia di Jakarta sebagai membantah penahanan tiga pegawai marinnya oleh pihak berkuasa Malaysia dekat perairan pulau Bintan seminggu yang lalu.
Sementara itu di Kuala Lumpur polis telah menahan dua lelaki selepas mereka membakar bendera Indonesia di depan Kedutaan Indonesia, di Jalan Tun Razak.Menurut laporan, 15 individu berhimpun di depan kedutaan itu sekitar 2.50 pagi kelmarin membantah tunjuk perasaan di Indonesia.
Dua lelaki berusia 20 dan 40 tahun membawa bendera itu sebelum membakarnya kira-kira 50 meter dari pejabat Kedutaan. Mereka diberkas sejurus selepas itu oleh polis
Ketua polis Kuala Lumpur, DCP Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata polis merekodkan keterangan kedua-dua lelaki sebelum membebaskan mereka dengan ikat jamin. Sumber: Sunday Star, Bernama.
Beberapa Sekolah Di Sabah, Sarawak Dalam Keadaan Fizikal Yang Kritikal
Monday, August 30, 2010
Sebanyak enam peratus daripada 9,642 sekolah di negara ini yang diaudit oleh Jawatankuasa Audit Kemudahan Sekolah Kementerian Pelajaran dikategorikan dalam keadaan fizikal yang kritikal.
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata kebanyakan sekolah dalam kategori itu terletak di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.
Katanya, antara masalah yang dihadapi ialah soal pendawaian elektrik dan kekurangan kemudahan rumah guru.
Berikutan masalah ini yang turut dialami sekolah menengah, sekolah-sekolah berkenaan terpaksa menumpang di bangunan sekolah rendah.
Bercakap kepada pemberita selepas melawat SK Pekan Beluran , Mohd Puad berkata laporan akan dikemukakan dalam mesyuarat pasca kabinet pada Rabu depan.
Sumber: mStar
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata kebanyakan sekolah dalam kategori itu terletak di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.Katanya, antara masalah yang dihadapi ialah soal pendawaian elektrik dan kekurangan kemudahan rumah guru.
Berikutan masalah ini yang turut dialami sekolah menengah, sekolah-sekolah berkenaan terpaksa menumpang di bangunan sekolah rendah.
Bercakap kepada pemberita selepas melawat SK Pekan Beluran , Mohd Puad berkata laporan akan dikemukakan dalam mesyuarat pasca kabinet pada Rabu depan.
Pemimpin LDP Dituduh Bersekongkol Dengan Pehak Tertentu Untuk Jatuhkan Musa Aman
Sunday, August 29, 2010

Dilapurkan hari ini, terdapat ada dikalangan pemimpin Parti Liberal Demokratik (LDP) bersekongkol dengan pihak tertentu untuk menjatuhkan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Dikatakan pihak berkenaan juga merancang untuk meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggugurkan Musa selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah.
tika di tanya, Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok menyatakan bahawa tindakan untuk menilaikan seseorang ahli dalam komponen yang sama ada lah tidak baik untuk kesatuan komponen itu sendiri.
Beliau merasakan perlu ada semangat setia kawan dan kerjasama yang kuat dikalangan ahli komponen. Kadang-kadang kita memberi dan ada juga masa nya kita meminta, kata beliau
Sumber: NST, SK
Dikatakan pihak berkenaan juga merancang untuk meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggugurkan Musa selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah.
- “Kami percaya ada dalang di sebalik semua ini dan kami tahu apa yang mereka lakukan, tetapi kami BN Sabah tidak akan membiarkan mereka merealisasikan agenda mereka yang melakukan serangan peribadi ke atas Datuk Seri Musa,” kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak dalam satu kenyataan, di sini kelmarin.
Salleh yang juga bekas Ketua Menteri mempersoalkan rasional di sebalik kenyataan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin pada Selasa lepas, dan mendakwa ianya adalah sebahagian daripada plot untuk menjatuhkan Musa.- Beliau seterusnya menasihatkan pemimpin LDP agar tidak membiarkan diri mereka dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda sendiri. Salleh juga yakin semua parti komponen BN Sabah akan menyokong Musa yang telah membuktikan keupayaannya memimpin negeri sejak menjawat jawatan Ketua Menteri pada 2003.
Dalam kenyataannya pada Selasa, Chin dilapor berkata LDP tidak lagi dapat bekerja dengan Musa tetapi akan terus menyokong dan bekerjasama dengan Umno serta menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri dan gagasan 1Malaysianya.
tika di tanya, Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok menyatakan bahawa tindakan untuk menilaikan seseorang ahli dalam komponen yang sama ada lah tidak baik untuk kesatuan komponen itu sendiri. Beliau merasakan perlu ada semangat setia kawan dan kerjasama yang kuat dikalangan ahli komponen. Kadang-kadang kita memberi dan ada juga masa nya kita meminta, kata beliau
Rasuah Berleluasa Di Jeti Pulau Ketam
Saturday, August 28, 2010
Pintu masuk Jeti Pulau Ketam sibuk dengan mereka yang hendak pulang ke Indonesia atau masuk ke Malaysia. -- Foto BHM
Dilapurkan Sekitar RM60,000 ($25,869) sebulan sogokan yang diterima oleh sesetengah anggota dan pegawai imigresen di Jeti Pulau Ketam berdekatan dengan Klang, hingga menyebabkan ia mudah dibolosi pendatang tanpa izin dari Indonesia.Setiap anggota penguat kuasa itu dipercayai dibayar kira-kira RM2,000 sehari untuk 'peranan' mereka memudahkan urusan keluar dan masuk pendatang haram. Ini termasuk melepaskan warga asing yang pasportnya bercop palsu atau tiada dokumen.
Selain pegawai imigresen, anggota dan pegawai agensi penguat kuasa lain, termasuk Jabatan Laut, Kastam Diraja Malaysia, Polis Marin dan Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia dikatakan turut menerima habuan daripada sindiket jika ada kes membabitkan bidang kuasa agensi terbabit.- Intipan Berita Harian Malaysia juga mendapati Jeti Pulau Ketam kini dikuasai sepenuhnya oleh empat sindiket yang kebanyakan anggotanya warga Indonesia tetapi didalangi rakyat Malaysia.
- Khidmat sindiket itu digunakan oleh agensi pekerja asing bagi membawa masuk atau menghantar pulang pekerja haram mereka dengan membayar sejumlah wang kepada rangkaian sindiket terbabit di luar kawasan jeti.
- Modus operasi sindiket itu ialah warga asing bermasalah menghubungi anggotanya yang dikenali sebagai 'chalo' di jeti. 'Chalo' akan berunding dengan pelanggan sebelum menentukan jumlah pembayaran.
- Sindiket palsukan cop imigresen itu dipercayai mempunyai orang hubungan di semua peringkat pemeriksaan di Jeti Pulau Ketam dengan sogokan harian dan bulanan.
- Sindiket itu yang memiliki cop palsu imigresen akan cop pasport pekerja asing yang memasuki negara ini secara haram atau tinggal melebihi tempoh dibenarkan, selepas menerima sejumlah bayaran, seolah-olah pendatang haram itu adalah pekerja sah.
- Menurut sumber, cop pasport itu akan menunjukkan pekerja asing yang menggunakan khidmat mereka sudah keluar dan memasuki semula negara ini secara sah, walaupun hakikatnya dia tidak pernah keluar dari negara ini.
Tinjauan juga mendapati orang kanan sindiket boleh bergerak bebas di pejabat imigresen Jeti Pulau Ketam, walaupun ada tanda larangan. Malah, orang kanan itu juga dilihat bebas mengambil cop pegawai imigresen untuk cop pasport pelanggannya.Jalur Gemilang Penyatu Masyarakat ?
Saturday, August 28, 2010


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim kelmarin menggesa semua pihak untuk mengenepikan fahaman politik, perbezaan budaya dan kepercayaan, sebalik- nya bersatu untuk menjayakan program-program kemerdekaan demi masa depan negara.
Beliau berkata, setiap lapisan masyarakat harus menjayakan program merdeka, termasuk dengan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang kecintaan kepada negara.
Dalam masa yang sama beliau berkata pihak kementerian juga telah mengedarkan lebih 400,000 Jalur Gemilang untuk dikibarkan di seluruh negara.
“Dan apa yang lebih menarik pada kali ini ialah sumbangan Jalur Gemilang ini ialah dibekalkan oleh sektor swasta dan bukannya daripada pihak kerajaan dan sumbangan mereka dalam membekalkan Jalur Gemilang amat kita sanjung dan hargai,” katanya.
Sumber:NST
Beliau berkata, setiap lapisan masyarakat harus menjayakan program merdeka, termasuk dengan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang kecintaan kepada negara.
“Saya yakin patriotisme tidak boleh digesa, ia harus timbul dari dalam, tetapi kami memberi manifestasinya pagi ini supaya tidak lagi kita rasa teragak-agak terhadap 1Malaysia.- “Asingkan rasa politik, perbezaan budaya, kepercayaan agama kerana untuk 1Malaysia dan merdeka, kita mesti bersatu,” katanya sempena program ‘Merakyatkan Kibaran Jalur Gemilang’ di sini kelmarin.
- Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang bermula hari ini dan diadakan serentak di beberapa lokasi di sekitar ibu negara termasuk di Jalan Brickfields, antara lain bertujuan memupuk dan menyegarkan semangat patriotik di kalangan warga kota di seluruh Malaysia, sempena kempen Bulan Kemerdekaan yang akan disempurnakan pada 31 Ogos di Stadium Putera Bukit Jalil.
Sempena program itu, Rais dan ketua-ketua jabatan agensi di bawah kementerian telah mengunjungi premis-premis perniagaan di sekitar lokasi berkenaan sambil menyerahkan Jalur Gemilang.- Selanjut nya kata Rais, “Mungkin kita tidak dapat membekal bendera kepada semua pihak, tetapi apa salahnya kita beli bendera yang kosnya kurang dari sekotak rokok dan kibar di depan rumah atau ofis kita.”
Dalam masa yang sama beliau berkata pihak kementerian juga telah mengedarkan lebih 400,000 Jalur Gemilang untuk dikibarkan di seluruh negara.“Dan apa yang lebih menarik pada kali ini ialah sumbangan Jalur Gemilang ini ialah dibekalkan oleh sektor swasta dan bukannya daripada pihak kerajaan dan sumbangan mereka dalam membekalkan Jalur Gemilang amat kita sanjung dan hargai,” katanya.
PM Kecewa Serangan Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia
Friday, August 27, 2010

Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa kecewa dengan tindakan penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) melempar najis manusia ke kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Isnin lalu.
Dalam kejadian itu, penunjuk perasaan daripada kumpulan Bendera dipercayai bertindak sedemikian bagi menunjukkan kemarahan terhadap Malaysia terutama berhubung penangkapan tiga pegawai Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia (KKP) yang didakwa menceroboh perairan Malaysia baru-baru ini.
Anifah memberitahu, mesyuarat Kabinet semalam sepakat untuk menyelesaikan perkara itu secara baik dan meminta rakyat Malaysia supaya bersabar dan bersikap rasional dengan mengelak kejadian yang sama di negara ini.
Sumber: Kosmo
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman (gambar) berkata, Perdana Menteri menyatakan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet semalam setelah beliau memberi penjelasan tentang apa yang berlaku di Jakarta.- "Sudah tentu beliau amat kecewa. Perdana Menteri berpendapat adalah salah bagi mereka bertindak sedemikian.
- "Namun beliau mempunyai keyakinan dengan pihak berkuasa Indonesia. Beliau (Perdana Menteri) yakin terhadap Presiden (Susilo Bambang Yudhoyono) bahawa perkara ini akan diselesaikan," katanya.
- Anifah menyatakan demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan rombongan Duta Belia 2010 Indonesia di Wisma Putra di sini semalam.
Dalam kejadian itu, penunjuk perasaan daripada kumpulan Bendera dipercayai bertindak sedemikian bagi menunjukkan kemarahan terhadap Malaysia terutama berhubung penangkapan tiga pegawai Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia (KKP) yang didakwa menceroboh perairan Malaysia baru-baru ini.Anifah memberitahu, mesyuarat Kabinet semalam sepakat untuk menyelesaikan perkara itu secara baik dan meminta rakyat Malaysia supaya bersabar dan bersikap rasional dengan mengelak kejadian yang sama di negara ini.
Mata Kanak-Kanak Cedera Akibat Terkena Mercun Roket
Friday, August 27, 2010
Nor Syafiqah menjalani pembedahan dan kini penglihatannya kabur. -- Foto BHM
Seorang kanak-kanak perempuan cedera di mata kanan akibat terkena mercun roket jirannya dalam kejadian berhampiran rumahnya di Taman Seri Abadi Kota Setar, Kedah baru-baru lalu.
'Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda dan boleh juga disebat,' katanya.
Sumber: Bernama.
- Dalam kejadian pada 8.30 malam selesa itu, Nor Syafiqah Abdul Halim, 10 tahun, cedera mata kanannya dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini.
- Ketika ditemui di hospital itu kelmarin, ibu Nor Syafiqah, Cik Noraishah Mohd Saad, 47 tahun, berkata bahawa kejadian itu berlaku selepas anaknya keluar rumah untuk pergi solat tarawih.
- 'Anak saya menunggu kawannya di bawah pokok berhampiran. Saya diberitahu remaja itu (yang bermain mercun) menghalakan mercun roket ke arah anak saya,' katanya.
- Cik Noraishah berkata beberapa kanak-kanak cuba melarang remaja itu tetapi dia terus menyalakan mercun itu yang kemudiannya terkena mata kanan Nor Syafiqah, menyebabkan darah mengalir dengan banyak.
- 'Selepas kejadian, mereka (kanak-kanak di situ) membawa Nur Syafiqah ke rumah jiran sebelum jiran saya membawanya balik ke rumah saya,' kata Noraishah.
- Beliau berkata seorang anaknya telah menelefon suaminya memaklumkan kejadian itu dan apabila suaminya pulang, beliau membawa anaknya ke hospital.
- 'Anak saya menjalani pembedahan malam itu juga selama empat jam. Keadaan anak saya stabil tetapi penglihatannya kabur,' katanya.
'Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda dan boleh juga disebat,' katanya.
PM Umum Kakitangan k'jaan Dapat Duit Raya RM500
Thursday, August 26, 2010

Dalam satu kenyataan hari rabu, perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan dijangka mendapat durian runtuh apabila kerajaan mengumumkan akan membayar bantuan khas kewangan sebanyak RM500.
Ini adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Ia akan dibuat sebelum 1 Syawal.
Dalam reaksi spontan, kongres kesatuan pekerja-pekerja dalam perkhidmatan awam (Cuepacs) dan persatuan pesara kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 seperti yang diumumkan kelmarin.
Ini adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Ia akan dibuat sebelum 1 Syawal.
- "Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
- Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.
- Walau macam mana pun, Cuepacs harap bonus lebih tinggi
Dalam reaksi spontan, kongres kesatuan pekerja-pekerja dalam perkhidmatan awam (Cuepacs) dan persatuan pesara kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 seperti yang diumumkan kelmarin.Cuepacs juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober ini.
Sumber: Bernama, IHUMNO Punca Isu Perkauman?
Thursday, August 26, 2010

Presiden Pusat Pembangunan Kebudayaan (LLG), Dr. Toh Kin Woon berkata, semua isu perkauman yang meretakkan hubungan antara kaum tidak akan berlaku jika Umno tidak memulakannya.Menurut beliau politik perkauman yang melaksanakan dasar pecah dan perintah, pemuda Umno menghunus keris dan mengugut akan membakar Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor, kenyataan diskriminasi perkauman secara terbuka oleh Ahmad Ismail dan Nasir Safar, unsur-unsur perkauman yang didoktrinasikan oleh Biro Tata Negara.
Justru itu, Pusat Pembangunan Kebudayaan (LLG) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghapuskan ideologi perkauman yang didoktrinkan ke dalam masyarakat.
Mereka berpandangan, isu perkauman yang timbul kini berpunca daripada doktrin perkauman yang diterapkan oleh Umno sejak dari dahulu lagi.
Sumber: HarakahDaily
- "Tanpa semua tindakan ini, kita tidak akan dijangkiti virus perkauman," kata Kin Woon dalam satu kenyataan hari ini.
- Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pengetua sebuah sekolah di Johor yang mengeluarkan kenyataan 'pelajar Cina boleh pulang ke Cina' dan menyamakan gelang tangan yang dipakai pelajar India dengan rantai anjing.
- Tambahnya, sekiranya kerajaaan terus berdiam diri dalam isu tersebut, keyakinan rakyat terhaddap slogan "1Malaysia' yang diwarwarkan Najib akan hilang.
- "Lebih memeranjatkan ialah sehingga kini Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berdiam diri dalam isu-isu tersebut, ini mengakibatkan rakyat hilang keyakinan terhadap slogan inklusif umpamanya “Satu Malaysia”dan “Rakyat Didahulukan”yang diketengahkan Perdana Menteri," kata beliau lagi.
Beliau turut menyatakan kekesalan di atas sikap berdiam diri kerajaan Umno BN terhadap beberapa kenyataan berbau perkauman antaranya mengenai cadangan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPP) dan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) yang mahu kerajaan menahan Presiden MCA, Chua Soi Lek di bawah ISA kerana menyokong cadangan kuota 30% bumiputera dimansuhkan.
Justru itu, Pusat Pembangunan Kebudayaan (LLG) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghapuskan ideologi perkauman yang didoktrinkan ke dalam masyarakat.Mereka berpandangan, isu perkauman yang timbul kini berpunca daripada doktrin perkauman yang diterapkan oleh Umno sejak dari dahulu lagi.
Dapat Kah KPLB Siapkan Jalan Raya Luar bandar Sejauh 179 Km Pada Bulan Ogos Ini?
Wednesday, August 25, 2010
Baru -baru ini, MenterI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan 179 kilometer jalan raya luar bandar siap dibina di Sabah antara Januari hingga Ogos tahun ini.
Semantara itu, Musa Hj. Aman selaku Ketua Menteri Sabah melenting dan meninggikan nada suaranya apabila mendengar projek luar bandar tidak dapat dilaksanakan kerana ketiadaan dana (bajet belum sampai) di kawasan pedalaman, khususnya di Tenom.
Musa juga mempersoalkan kenapa jumlah peruntukan yang begitu besar diumumkan tetapi tidak sampai kepada sasarannya, meskipun jumlah kos yang dipohon oleh daerah Tenom hanya sedikit.
Sumber: BERNAMA, SabahKini
- Beliau berkata ia merupakan sebahagian daripada jalan sepanjang 750 kilometer yang dicadangkan supaya disiapkan pembinaannya di seluruh Sabah sehingga tahun 2012 di bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA).
- "Setakat ini ia menepati sasaran yang ditetapkan, iaitu memastikan supaya jalan sepanjang 750 kilometer di Sabah dapat disiapkan sehingga 2012. Saya yakin menjelang hujung tahun ini, jumlah jalan yang siap akan meningkat sehingga melebihi 300 kilometer," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis berbuka pausa bersama bersama orang ramai di sini.
- Menurutnya antara Januari hingga ke hari ini juga 122 buah rumah disiapkan di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sabah untuk didiami peserta yang layak.
Semantara itu, Musa Hj. Aman selaku Ketua Menteri Sabah melenting dan meninggikan nada suaranya apabila mendengar projek luar bandar tidak dapat dilaksanakan kerana ketiadaan dana (bajet belum sampai) di kawasan pedalaman, khususnya di Tenom. - “Di mana RM100 juta yang dijanjikan untuk kawasan luar bandar? Kita mendengarnya tetapi tidak melihat,” keluh Musa.
- Seterusnya, Rasa tidak puas hati Musa itu juga, seolah-olah ditujukan kepada seseorang yang berkuasa di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) kerana gagal menyampaikan peruntukan yang amat diperlukan rakyat.
Musa juga mempersoalkan kenapa jumlah peruntukan yang begitu besar diumumkan tetapi tidak sampai kepada sasarannya, meskipun jumlah kos yang dipohon oleh daerah Tenom hanya sedikit.103 PTI Berjaya Di Tahan Di Lahad Datu, Sabah
Wednesday, August 25, 2010

Seramai 103 Pendatang Tanpa Izin (PTI) berjaya ditahan oleh Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu sepanjang menjalankan Operasi Khas bermula sejak 5 Ogos lepas dan berakhir pada 9 Ogos lalu, disekitar kawasan Felda Sahabat dan Tungku.
Sepanjang tempoh operasi itu juga katanya, pihak polis juga telah melakukan sebanyak 347 pemeriksaan kenderaan dan mengeluarkan sebanyak 145 keping saman kepada pesalah lalul intas menerusi tiga lokasi sekatan jalan raya yang dijalankan.
Sehubungan itu kata Fuad pihaknya akan meneruskan penugasan operasi dan kawalan di kawasan yang dipertanggungjawabkan demi menjamin keselamatan penduduk daerah Lahad Datu.
Sumber: NST
- Pegawai Pemerintah BN 17 PGA Lahad Datu, Superitenden Ahmad Fuad Othman berkata, operasi itu dijalankan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu melibatkan seramai 148 pegawai dan anggota dari BN 17 PGA, serta 22 Pegawai dan anggota dari IPD Lahad Datu daripada pelbagai unit cawangan melibatkan jenayah, narkotik dan trafik.
Kata Fuad, antara kawasan operasi berkenaan adalah meliputi lokasi yang dikenalpasti adanya aktiviti salah laku jenayah seperti PTI, penyeludupan, perlanunan, penyalahgunaan dadah, kesalahan lalu-lintas termasuk di kawasan persisiran pantai dan laut.- Sementara itu, katanya jumlah PTI yang ditahan itu adalah melibatkan 63 warga Filipina terdiri 49 lelaki dan 14 wanita, serta 40 warga Indonesia terdiri 36 lelaki dan empat wanita. Kesemua mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
Sepanjang tempoh operasi itu juga katanya, pihak polis juga telah melakukan sebanyak 347 pemeriksaan kenderaan dan mengeluarkan sebanyak 145 keping saman kepada pesalah lalul intas menerusi tiga lokasi sekatan jalan raya yang dijalankan.Sehubungan itu kata Fuad pihaknya akan meneruskan penugasan operasi dan kawalan di kawasan yang dipertanggungjawabkan demi menjamin keselamatan penduduk daerah Lahad Datu.
Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu DiKalahkan Oleh Sampah Sarap?
Tuesday, August 24, 2010


foto illustrasi Sampah Sarap dan dan Datuk Mayor KK
Sumber: Insight Sabah
Dilapurkan bahawa Dewan Bandar Raya kota Kinabalu (DBKK) telah gagal untuk menangai bertan-tan sampah sarap yang telah dihanyutkan oleh air laut dari Pulau Gaya ke kawasan Tanjung Lipat.
Menurut sumber, tragedi ini berlaku bilamana angin kencang monsun tenggara bertiup di kawasan Kota Kinabalu beberapa bulan yang lalu.
Menurut Pegawai DBKK, Sejak 10 haribulan Julai , pekerja DBKK telah betugas dengan bertungkus lumus untuk membersehkan kawasan yang terlibat.
Namun hingga kini, hasrat mereka untuk menghapuskan sampah-sarap tersebut dengan sepenuh nya, telah gagal.
Menurut sumber, tragedi ini berlaku bilamana angin kencang monsun tenggara bertiup di kawasan Kota Kinabalu beberapa bulan yang lalu.
Menurut Pegawai DBKK, Sejak 10 haribulan Julai , pekerja DBKK telah betugas dengan bertungkus lumus untuk membersehkan kawasan yang terlibat.Namun hingga kini, hasrat mereka untuk menghapuskan sampah-sarap tersebut dengan sepenuh nya, telah gagal.


