SUARA BEBAS TUARAN

Timbalan Pengarah BTN Membuat Kenyataan Berbaur Perkauman Akan Di Siasat

Thursday, September 30, 2010

Baru-baru ini Timbalan Pengarah BTN Hamim Husin dilaporkan oleh sebuah portal berita sebagai berkata adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka.
Justru itu, Kabinet hari ini mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan (foto) untuk menyiasat berhubung kenyataan yang didakwa berbaur perkauman oleh pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN), dua hari lepas.
Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata jemaah menteri melahirkan rasa kecewa berhubung kenyataan itu, yang dibuat oleh TimbalanPengarah BTN, Hamim Husin semasa sesi tertutup dengan Puteri Umno.
"Apa yang kami mahu sekarang ialah satu laporan mengenai satu portal online, mendakwa timbalan pengarah membuat kenyataan berbaur perkauman.
"Kabinet telah meminta Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat mengenai perkara ini sebelum sebarang tindakan diambil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Su8mber: BERNAMA
Read On 11 comments

Proses Penjualan Empangan Bakun Meragukan?

Wednesday, September 29, 2010

Dijangka Empangan Hidroelektrik Bakun yang dijadual mula menakung air bulan depan mungkin tidak akan beroperasi sepenuhnya, kata Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong (foto).
Kia Soong berkata ia berikutan permintaan bekalan tenaga elektik di Sarawak tidak tinggi berbanding 2,400 megawatt yang mampu dihasilkan empangan berkenaan.
  • "Saya rasa mereka akan mula dengan satu, dua kawasan. Saya tidak rasa mereka akan buka penuh 2,400 Megawatt itu.
  • "Pada tahun 70-an sehingga kini, mereka belum membuat tinjauan pasaran untuk mengenal pasti permintaan tertentu seperti projek yang hendak dijalankan," katanya kepada TV Selangor.
    Sabtu lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata projek empangan Bakun akan dijual kepada kerajaan Sarawak.
  • "Saya jangkakan ada skandal juga dalam penjualan Bakun oleh Sarawak. Saya tidak tahu bagaimana mereka mahu meneruskan projek ini. Dari mana mereka mahu ambil wang untuk beli empangan ini dari kerajaan?", soal Kia Soong lagi.
  • Kia Soong mengesyaki wujud penyelewengan dalam penjualan empangan Bakun kepada kerajaan Sarawak dan mempersoal dari mana kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Taib Mahmud memperoleh wang.
  • "Saya jangkakan ada skandal juga dalam penjualan Bakun oleh Sarawak. Saya tidak tahu bagaimana mereka mahu meneruskan projek ini. Dari mana mereka mahu ambil wang untuk beli empangan ini dari kerajaan?" katanya.
Mengulas lebih lanjut, beliau berkata, banyak pihak menyedari projek Empangan Bakun tidak ekonomik dan hanya bertujuan untuk menguntungkan pihak tertentu sahaja.
Bagaimapun, projek kendalian Kementerian Kewangan itu terpaksa diteruskan berikutan desakan pihak berkepentingan walaupun menggunakan hampir RM6 bilion Wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).
"Semua pencarum KWSP seperti saya, kita anggarkan dekat RM6 bilion diambil dari KWSP. Sekarang hendak tahu apa cara wang ini akan dikembalikan," katanya
.
Sumber: TV Selangor
Read On 9 comments

Paderi Di Sarawak Hina Islam ?

Tuesday, September 28, 2010
Semalam, seorang penulis blog yang juga Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA) Zainol Abideen (foto) mendedahkan tindakan seorang paderi, Benjamin Stephen (foto di atas) yang didakwa menghina agama Islam dan Rasulullah.
Paderi tersebut dilaporkan menghina Islam ketika menyampaikan ceramahnya di sebuah gereja di Kuching, Sarawak baru-baru ini.
  • Dalam pada itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya membuat siasatan serta merta terhadap klip video dalam laman YouTube yang memaparkan seorang paderi menyampaikan ceramah menghina Islam.
  • Rais berkata, beliau telah mengarahkan SKMM supaya merekodkan perkara-perkara yang perlu seperti masa penyiaran, kandungan suara dan simbol yang dikeluarkan oleh paderi tersebut dalam klip video itu.
  • "Kita akan buat siasatan secepat mungkin di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, saya sendiri akan tentukan supaya kes ini dibawa ke perhatian pihak berkuasa secepat mungkin," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur selasa.
    Sumber: mStar
Read On 10 comments

Najib Di Gesa Singkirkan Kes Sodomi II Anwar?

Monday, September 27, 2010
Agak aneh bilamana Pengasas Kumpulan Virgin Sir Richard Branson meminta Perdana Menteri Malaysia untuk campur tangan dalam kes sodomi II Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan menyebut masalah ini sebagai "duri" dalam Malaysia. Dimana nama Malaysia sebelum ini dikatakan baik dalam pandangan antarbangsa.
"Jika anda seorang pemimpin yang berani, anda perlu menyingkirkan hal-hal seperti ini kerana ia nya akan merosakkan reputasi anda," katanya hari ini di "Dawn of Dekad Baru: Alternatif Pelaburan di Asia" Persidangan di Kuala Lumpur.
  • "Hal ini telah berlangsung dalam waktu yang sangat lama. Ia nya dilihat sebagai buruk di luar negeri. ", kata nya.
  • Walau macam mana pun, Branson berkata kes Sodomi II Anwar , tidak akan menghindar pelabur asing untuk melabur dari Malaysia. Namun Pengusaha akan lebih ramai lagi yang ingin untuk melabur di Malaysia jika Negara ini lebih terbuka dan liberal.
Bronson menambah bahawa selaku Perdana Menteri ada lah tanggung jawab beliau untuk mengatasi masaalah Negara dengan baik, selaku seorang majikan yang perihatin dalam menangani masaalah yang di hadapi oleh pekerja beliau.
Sumber:.The Malaysian Insider..original news
Read On 10 comments

Fenomena Tindakan Ganas Mat Rempit Terhadap Polis Membimbangkan

Monday, September 27, 2010

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kumpulan ‘mat rempit’ termasuk yang disertai golongan remaja bawah umur bukan sahaja tidak menghormati peraturan malah dilihat semakin berani melanggar undang-undang.
menurut beliau tindakan agresif sesetengah pihak terutama golongan muda yang terlibat dalam gejala rempit terhadap polis kini semakin membimbangkan.
  • “Kini anggota (polis) terpaksa berhadapan dengan tindakan ganas sekumpulan masyarakat yang tidak hormat undang-undang ini. Saya telah arahkan semua kontinjen memberi perhatian serius dalam menangani perkara ini,” katanya kepada pemberita di Kuala Terangganu kelmarin.
  • Beliau sebelum itu melawat dua anggota polis yang terlibat dalam kemalangan yang kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.
    Ismail turut diiringi Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan. Konstabel Arizan Mohamad, 24, berasal dari Sarawak, patah tulang selangka kiri dan juga tulang kaki kiri selain menerima 10 jahitan di kepala akibat rempuhan sebuah motosikal dan kini masih menerima rawatan di HSNZ.
Kejadian berlaku pada kira-kira 11.30 malam 15 Sept lepas semasa Konstabel Arizan bersama 15 anggota dan pegawai polis sedang membuat sekatan jalan raya di Jalan Masjid Zainal Abidin di sini.
Anggota itu dirempuh motosikal yang dinaiki dua remaja yang cuba untuk membolosi sekatan polis.
Sumber: NST
Read On 13 comments

Malaysia-Indonesia Akrab Jika Pakatan Rakyat Berkuasa?

Monday, September 27, 2010

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mahu menjernihkan semula hubungan Malaysia-Indonesia yang renggang kebelakangan ini, jika Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa peringkat kerajaan pusat.
Malah, beliau mahu suasana hubungan kedua-dua negara terjalin erat kerana percaya ‘progres Malaysia mahupun Indonesia banyak bergantung kepada kekuatan hubungan bersama.’
  • Menyatakan Indonesia dan Malaysia tidak dapat dipisahkan berdasarkan sejarah kedua-dua negara yang berasal dari rumpun sama, Anwar berkata, pihaknya kerap mengetengah isu hubungan Malaysia-Indonesia di Parlimen.
  • Memetik laporan Kompas.Com, beliau tekad untuk menyelesaikan pelbagai masalah melibatkan kedua-dua negara termasuk membanteras kezaliman terhadap warga Indonesia di Malaysia, jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di peringkat pusat.
  • Anwar bertekad untuk menyelesai masalah sedemikian mengikut Perlembagaan walaupun mengakui tidak mungkin semua masalah membabitkan kedua-dua negara, dapat diatasi sepenuhnya.
  • "Kita tidak jamin kekerasan itu dihentikan sama sekali, yang boleh kita jamin we will take action (tindakan tegas), keras," ucapnya ketika menjawab pertanyaan seusai kuliah umum di Sekolah Pemerintahan Soegeng Sarjadi, Minggu di sini, hari ini.
  • Mengikut Detik News pula, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dilapor mahu mewujudkan media Malaysia yang bebas berikutan kecewa kerana pengamal media di Malaysia kerap menyiar laporan tidak seimbang dalam hal berkaitan Indonesia.
  • "Di Malaysia, tidak ada liputan yang berimbang soal Indonesia," katanya pada forum berjudul 'Reformasi Politik dan Demokrasi di Malaysia, Menuju Persahabatan Setara Indonesia-Malaysia' di Hotel Four Seasons, Setiabudi, Jakarta Selatan hari ini.
  • Malah, beliau berkata, media Malaysia tidak pernah menyiarkan laporan berkaitan usaha memerangi memerangi korupsi di Indonesia, sehingga seolah-olah memberi gambaran semua orang Indonesia melakukan rasuah.
  • "Padahal Malaysia juga korupsi, tapi korupsinya lebih canggih karena pakai cara Inggeris, kalau Indonesia masih pakai cara Belanda," terangnya.
Anwar berkata laporan berkaitan tenaga kerja Indonesia yang disebut masyarakat negara jiran itu sebagai TKI, juga meminggirkan kepentingan mereka dengan hanya menonjolkan hal negatif.
"Media Malaysia hanya memberitakan kes yang dilakukan oleh TKI, padahal kejahatan yang dilakukan TKI sangat sedikit. Lebih banyak dilakukan masyarakat, bukan pekerja asing," katanya.
Sumber: TV Selangor
Read On 15 comments

130,134 Penduduk Sabah Maseh Belum Mohon Mykad

Sunday, September 26, 2010
Seramai 130,134 orang penduduk Sabah yang mempunyai tuntutan kewarganegaraan berusia antara12 hingga 16 tahun masih belum memohon Kad Pengenalan atau MyKad dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN sehingga akhir Julai tahun ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata, walau bagaimanapun sejumah 108,706 permohonan MyKad kali pertama telah dicatatkan dalam tempoh antara Januari hingga Ogos tahun ini.
Bercakap kepada pemberita, pada persidangan media selepas mengadakan lawatan kerja ke JPN Sabah di sini, kelmarin, Chee Leong berkata, permohonan kad pengenalan penduduk tetap (MyPR) telah mencatatkan sebanyak 4,647 permohonan.
Selain itu, JPN Sabah juga telah menerima pemohonan Daftar Lewat Kad Pengenalan (DLKP) warganegara sebanyak 1,177 permohonan dalam tempoh yang sama.
Chee Leong juga berkata, pada tahun ini juga permohonan kewargenegaraan boleh diterima di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Sabah, berbanding tahun-tahun sebelum ini di mana permohonan kewarganegaraan hanya boleh diterima di cawangan yang besar sahaja iaitu di JPN Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.
Sehubungan itu, katanya, JPN Sabah telah merekodkan permohonan kewarganegaraan sebanyak 3,796 permohonan sepanjang tahun ini.
Sumber: NST
Read On 17 comments

Pembinaan Kasino Di Sabah Di Sifatkan Sebagai Satu Pembohongan?

Sunday, September 26, 2010

foto illustrasi 'casino'
Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan pada Sabtu berkata spekulasi bahawa kerajaan telah membenarkan pembinaan kasino di negeri ini merupakan satu pembohongan dan tuduhan yang melulu.
Abdul Rahman berkata laporan yang dikeluarkan oleh sebuah organisasi media portal itu adalah berdasarkan spekulasi dan berbahaya kerana turut memanipulasi turun naik saham sesebuah syarikat.
  • "Itu adalah satu pembohongan dan tuduhan yang melulu sebab saya berada di sana (sewaktu penerangan kerajaan pada hari terbuka Program Transformasi Ekonomi). Dalam penerangan yang terperinci tu, tidak pernah pun disebut tentang penubuhan kasino di Sabah. Tiada sepatah perkataanpun disebut.
  • "Saya merasa hairan kenapa The Malaysian Insider membuat laporan bahawa mungkin kasino akan dibuat di Sabah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor di sini, Sabtu.
  • Abdul Rahman dengan itu menggesa supaya siasatan dijalankan ke atas organisasi media tersebut untuk melihat sama ada terdapat unsur-unsur memanipulasi saham.
  • "Ini sangat berbahaya, ia seperti satu kes manipulasi saham. Sebab apabila cerita kasino yang dibuat ini dikeluarkan, saham Karambunai Corp Bhd naik. Jadi kita mahu The Malaysian Insider disiasat.
  • "Kita minta supaya Suruhanjaya Sekuriti siasat bagaimana sebuah portal yang dianggap sebagai berpengaruh di negara kita boleh membuat satu spekulasi yang begitu besar yang menyebabkan harga saham sebuah syarikat di Bursa Saham melonjak naik.
  • "Kalau didapati mengeluarkan kenyataan sebegitu yang boleh mempengaruhi perjalanan Bursa Saham dalam satu keadaan yang mana maklumat tidak sahih yang tidak dapat dikesan, maka Suruhanjaya Sekuriti perlu mengambil tindakan," tegas beliau.
  • Ditanya sama ada isu kasino itu memang pernah dibincangkan oleh kerajaan, Abdul Rahman berkata adalah menjadi kebiasaan mana-mana isu, perkara atau permohonan yang dibuat oleh mana-mana pihak akan dibawa dalam perbincangan.
  • Bagaimanapun, katanya, beliau tidak tahu mengenai sebarang permohonan sedemikian buat masa ini.
  • Saham Karambunai Corp melonjak naik selepas media portal itu melaporkan cadangan resort bersepadu di Karambunai, mungkin melibatkan sebuah kasino.
  • Karambunai Corp telah membuat kenyataan di Bursa Malaysia, Jumaat, menafikan pernah menghantar cadangan rasmi kepada kerajaan Malaysia mahupun menulis dokumen bertulis dengan mana-mana pihak ketiga lain berkaitan dengan rancangan untuk membina kasino di Karambunai.
Karambunai Corp merupakan antara peserta utama pelancongan di Sabah dan pengurus besar Nexus Karambunai Hotel telah dijemput sebagai anggota Makmal Pelancongan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), bersama dengan anggota sektor swasta dan awam lain, untuk membantu usaha kerajaan mengenal pasti potensi pelancongan pertumbuhan tinggi bagi menggerakkan negara ke arah mencapai Wawasan 2020.
Sumber: BERNAMA
Read On 17 comments

Kerajaan Persekutuan Jual Empangan Bakun kepada Kerajaan Sarawak?

Saturday, September 25, 2010
Kerajaan Persekutuan bersetuju menjual Empangan Elektrik Hidro Bakun di Belaga kepada Kerajaan Sarawak, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Chin memberitahu Bernama bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak telah memulakan perundingan untuk menentukan harganya.
  • "Oleh kerana mereka mahukan elektrik itu kekal di Sarawak, kami tidak akan meneruskan projek kabel dasar laut. Berasaskan perkara itu, mereka mahu membeli dan kami kini berbincang mengenai harganya," katanya.
  • "Usaha memenuhkan takungan empangan itu, seluas pulau Singapura, dijadual dimulakan bulan depan," katanya.
Projek Bakun itu, iaitu empangan elektrik hidro terbesar di Malaysia, terletak di Sungai Balui di hulu lembangan Sungai Rejang, kira-kira 37km di sebelah hulu Belaga.
Projek elektrik hidro itu mula-mula dicadangkan pada awal 1980'an oleh Kerajaan Persekutuan untuk mempelbagaikan sumber kuasa negara ini dan mulanya diberikan kepada Ekran Bhd, iaitu sebuah syarikat yang dikuasai Tan Sri Ting Pek Khing.
  • Kerja fizikal empangan itu bermula pada 1994.
  • Sarawak Hidro telah diwujudkan bagi mengambil alih pembangunan dan pengurusan projek itu pada 2000 selepas krisis kewangan Asia 1997-98 melumpuhkan projek itu.
Pada akhir 2002, satu konsortium yang diketuai Sime Darby memenangi tender kompetitif untuk melaksanakan kerja-kerja awam bagi empangan itru pada harga kurang RM1.8 bilion.
Kos keseluruhan Bakun secara rasminya diletakkan pada harga RM7.3 bilion, tetapi berikutan lebihan kos, ganti rugi bagi kelewatan dan kadar faedah, kos muktamadnya dikatakan telah meningkat tinggi.
Sumber: BERNAMA
Read On 12 comments

Kerajaan Patut Timbang Bonus Penjawat Awam Tahun Ini - Cuepacs

Friday, September 24, 2010
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada pembentangan bajet bulan depan.
Presidennya Omar Osman berkata Cuepacs sudah menghantar permohonan mengenai perkara itu kepada kerajaan.
  • “Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut. Kita mohon dua bulan bonus, namun jika tidak boleh dua bulan, sekurang-kurangnya sebulan.
  • “Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan. Kita berharap pemberian bonus ini dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin menyakinkan,” katanya kepada pemberita, di sini kelmarin.
  • pemberiaan bonus itu sudah pasti dapat meringankan beban tanggungan dan menyuntik semangat baru kepada 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara, kata nya.
  • “Penjawat awam merupakan tulang belakang kerajaan…jika mereka ceria maka cerialah kerajaan. Saya harap tidak ada pihak yang mempertikaikan pemberian bonus kepada penjawat awam ini kerana jika tidak Cuepacs tidak memperjuangkan, siapa lagi, katanya.
Sumber: NST
Read On 25 comments

Najib Mahu Bina Kasino Di Sabah?

Thursday, September 23, 2010

foto illustrasi (1)kasino di Karambunai- (2)resort di karambunai masa kini
Pada suatu ketika kita pernah mendengar ura-ura untuk membina sebuah kasino di kawasan Kundasang, Sabah. Namun hingga kini, cadangan ini telah reda begitu sahaja.
Walau macam mana pun buaru-baru ini timbul pula satu lagi berita yang menyatakan bahawa sebuah Kasino akan di bina di Karambunai sebagi sebahagian projek pelancongan hijau yang turut membabitkan pembinaan pusat rekreasi air atas tapak 500 ekar, menurut portal Malaysian Insider.
Projek itu dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.
  • Dalam pada itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sama ada kerajaan Umno-BN akan membina sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi).
  • "Kami mahukan pentadbiran Najib untuk bersikap telus dan menyatakan samada ia memang bercadang atau telah pun memberikan kelulusan untuk membina sebuah kasino di Sabah," Anwar dipetik sebagai berkata.
  • "Ada tanda-tanda bahawa kelulusan untuk membina kasino akan diberikan atas alasan untuk memastikan projek hijau itu berwibawa dan menguntungkan. Perdana Menteri harus memberi pengesahan atau penafian yang tegas atas isu ini," tambah Anwar.
Cadangan pembinaan kasino itu didedahkan setelah kerajaan Umno-Barisan Nasional meluluskan lesen judi sukan kepada sebuah syarikat milik jutawan Vincent Tan. Namun setelah dikritik oleh Pakatan Rakyat dan orang ramai, termasuk masyarakat bukan Islam, Najib menarik balik kelulusan itu.
  • Tidak dapat dipastikan sama ada pembinaan kasino baru di Sabah, jika diluluskan, akan membabitkan syarikat milik Vincent Tan sebagai 'pampasan' kepada ahli perniagaan itu atas kehilangan lesen judi sukan berkenaan.
  • "Baru dua bulan isu lesen judi sukan reda, muncul pula berita mengatakan kerajaan mahu membina sebuah kasino. Bagaimanakah ia akan menguntungkan pembayar cukai?," kata Anwar.
  • "Rakyat berhak untuk mengetahui hala tuju negara ini di bawah pimpinan Najib. Nampaknya apa yang sedang dilakukan oleh pentadbiran Najib ialah untuk mempopularkan judi," kata Anwar.
Sumber: Malaysian Insider
Read On 26 comments

Indonesia Larang Calon Pembantu Rumah Ke Malaysia?

Wednesday, September 22, 2010

Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Muhaimin Iskandar (foto) hari ini melarang calon pembantu rumah negara itu untuk pergi bekerja di Malaysia sehingga kerajaan Indonesia mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada mereka.
Kenyataan Muhaimin itu adalah sebagai reaksi kepada kejadian terbaru membabitkan penganiayaan terhadap pembantu rumah Indonesia bernama Winfaedah di Malaysia pada 13 Sept lepas.
  • Kejadian itu katanya menjadi bukti bahawa mereka menanggung risiko tinggi jika pergi bekerja tanpa dokumen rasmi yang lengkap.
  • “Jadi jangan berangkat ke Malaysia dulu sampai ada perlindungan yang jelas,” katanya di Denpasar, Bali yang dipetik portal berita Kompas.Com.
  • Beliau turut meminta agensi pekerjaan Indonesia memainkan peranan memperbaiki pengurusan komunikasi antara tenaga kerja Indonesia yang bekerja di luar negera dengan majikan mereka bagi membantu memberi pelindungan yang diharapkan itu.
Kes penganiayaan Winfaedah menarik perhatian Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang berkomunikasi secara terus dengan wanita itu.
Susilo turut meminta kedutaan besar Indonesia di Kuala Lumpur agar mengawasi proses undang-undang terhadap Winfaedah yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.
Winfaedah yang berasal dari Lampung berusia 26 tahun itu dilapor dianiaya dan diperkosa majikannya, dan kemudian ditinggalkan di tepi jalan sebelum ditemui 13 Sept lepas.
Sumber: Kompas.Com.
Read On 24 comments

Jika PRU Diadakan Awal Tahun Depan, Pengundi Baru Tidak Layak Mengundi?

Wednesday, September 22, 2010

Para pengundi baru yang mendaftar tahun ini tidak layak mengundi sekiranya pilihanraya umum diadakan awal tahun hadapan. Maka atas sebab itulah, orang ramai perlu mengambil kira tempoh tersebut dan mendaftar awal jika tidak tertinggal dalam proses mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
Ini adalah kerana proses pengesahan daftar pemilih yang baru hanya boleh disiapkan dalam tempoh empat ke lima bula.Demekian kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Pulau Pinang, Selasa.
Kata Morat Pora,

  • Morat berkata, SPR akan mengemaskinikan daftar pemilih yang baru setiap suku tahun dengan menyaring nama-nama yang didaftarkan terlebih dahulu sebelum mempamerkannya sebelum mengesahkan senarai daftar pemilihan tersebut.
  • “Sudah tentulah proses ini semua akan memakan masa selama beberapa bulan,” ujarnya.
  • Sementara itu, Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, H’ng Khoon Leng berkata, pihaknya sedang mempergiatkan usaha untuk mendaftar para pengundi baru di negeri itu.
  • Katanya, proses mendaftarkan pengundi baru tidak seharusnya terhenti hanya kerana sesetengah orang berpendapat tidak perlu lagi mendaftar kerana jika pilihan raya umum diadakan awal tahun hadapan mereka tidak akan layak mengundi.
  • “Ia adalah satu proses sepanjang tahun dan dalam hubungan ini Pergerakan Pemuda BN Negeri akan melancarkan semula program pendaftaran pengundi barunya semasa rumah terbuka Hari Raya yang akan diadakan pada 10 Oktober depan.
  • H’ng, yang juga Naib Ketua Pemuda Gerakan Negeri berkata, BN kini sedang berusaha keras untuk mendaftar pengundi baru sepanjang tahun dan dalam hubungan ini mengakui Umno telah berjaya melakukan tugas ini dengan cemerlang dengan program dari flat ke flat untuk mendaftar pengundi baru.
Sumber:mStar
Read On 22 comments

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails