SUARA BEBAS TUARAN

KERAJAAN PERSEKUTUAN TIDAK SERIUS MENANGANI MASALAH SABAH?

Sunday, October 31, 2010

Sempena hujung minggu yang tenang ini, saya ingin kongsi bersama di sini artikel yang memaparkan ulasan ucapan maklum balas belanjawan tahun 2011, Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred M. Bumburing di Dewan Parlimen baru-baru ini.
Dalam ucapan tersebut beliau merasakan bahawa Kerajaan Perseketuan kurang serius dalam usaha untuk mengendalikan masaalah utama yang di hadapai oleh rakyat Sabah.
  • Beliau menekan beberapa isu yang perlu Kerajaan Perseketuan tangani dengan segera demi untuk mengelakkan kes JENAYAH, EKONOMI, SOSIAL, KESELAMATAN DAN POLITIK yang berlanjutan di Sabah. Terutama sekali masaalah PTI yang tidak dimasukkan dalam NKRA kerajaan.
  • Pada pandangan beliau, kebanyakan kes jenayah termasuk pembunuhan, rompakan, ragut, kecurian, rogol, dadah, pencemaran dan pengeboman laut di sekeliling Sabah adalah melibatkan pendatang tanpa izin. Mereka ini telah membawa budaya mereka ke Sabah dan sudah mula mempengaruhi generasi muda di Sabah dengan ‘ culture of violence’ atau budaya kegenasan mereka.
  • Justru itu, menyebabkan fabrik sosial di Sabah sekarang ini sudah jauh berubah sejak beberapa dekad kebelakangan ini di sebabkan kehadiran pendatang tanpa izin. Di sesetengah pekan di Sabah orang tempatan sudah tidak berani untuk masuk tempat-tempat tertentu kerana kehadiran pendatang tanpa izin yang begitu ramai.
  • Sebagai contoh di kawasan Tuaran, dimana dalam sebuah perumahan di mana bekas setingaan dari daerah Kota Kinabalu ditempatkan. Dikatakan penduduk tempatan yang tinggal di sana merasa terancam akibat timbul nya gejala dadah, arak dan jenayah yang sudah menjular dan mempengaruhi orang-orang muda.
  • Menurut Wilfred, arak dijual secara terbuka oleh mereka yang tidak mempuyai lessen untuk menjual dan penjualnya juga adalah orang asing yang memegang MYkad.
Dalam pada itu, beliau senaraikan beberapa Isu yang perlu di ambil perhatian oleh Kerajaan Perseketuan. Antara nya ada lah saperti berikut:
  1. ) PATI
  2. )UNIT KHAS BERGERAK JABATAN PENDAFTARAN NEGARA
  3. MODAL INSAN
  4. )PENDIDIKAN
  5. )SKIM AMANAH HARTANAH BUMIPUTRA
  6. )OIL, GAS AND ENERGY INDUSTRY
  7. )TEKNOLOGI HIJAU
  8. )SEKTOR PERTANIAN
  9. )R & D & C
Dalam pada itu secara umum nya beliau menyentuh beberapa perkara, termasuk RM2.1 billion untuk menaik taraf jalan raya Sabah dan Sarawak. Cadangan beliau agar projek jalan raya dan bekalan letrik yang dikenalpasti dalam senarai NKRA dilaksanakan tahun depan.
  • Menurut beliau selepas 50 tahun merdeka masih ada kampung yang belum ada jalan raya dan beberapa kampung yang belum menikmati bekalan letrik.
  • Beliau mengsyorkan agar mana-mana klon sawit bermutu tinggi yang dihasilkan sama ada oleh institut kerajaan atau pun syarikat swasta diberi lesen untuk menjual dengan kadar segera supaya pekebun tempatan dapat menikmati hasilnya. Kalau mereka tidak diberi lesen maka saya khuatir benih-benih ini jatuh ke negara asing dan negara kita akan ketinggalan.
  • Sabah perlu RM297 juta bagi penanaman klon sawit bermutu tinggi, kata beliau.
  • Disamping itu kata beliau, kerajaan persekutuan seharusnya membuat sesuatu bagi menyelesaikan masalah perbezaan harga getah antara Sabah dan Semenanjung Malaysia. Keadaan ini sudah lama wujud dan kerajaan negeri dan persekutuan tidak dapat memberi penjelasan yang memuaskan kenapa ini berlaku begitu lama.
Penduduk Sabah berdepan dengan harga barang pengguna yang lebih tinggi tetapi pada masa yang sama menerima harga getah yang rendah. Sudah tiba masanya kerajaan kerajaan persekutuan campur tangan dalam hal ini.
Petani getah di Sabah juga menghadapi masalah dalam jualan hasil getah mereka di mana pihak Lembaga Industri Getah Sabah(LIGS) begitu lambat membayar harga getah sehingga dua minggu. Saya menerima aduan dari orang ramai yang mengeluh mengenai tiada wang kerana pembayaran kepada hasil jualan getah mereka lambat dibayar.
"Saya dimaklumkan bahawa sehingga bulan Oktober 2010 LIGS berhutang kepada petani dengan jumlah RM451,000. Kenapa ini berlaku? Adakah LIGS mepunyai masaalah cash-flow?"
"Kedua-dua masaalah yang saya sebut tadi sudah cukup menjadi alasan supaya pasaran getah di Sabah di buka luas secara competitive dan keistimewaan monopoli LIGS dihentikan. Bukankah slogan kita ialah rakyat didahulukan, ", soal Wilfred.
Sumber: Unit Penerangan UPKO.. sila baca artikel sepenuh nya.
Read On 17 comments

Pengundi Hantu Mungkin Timbul Di Galas?

Saturday, October 30, 2010
Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah khuatir Umno menggunakan taktik terakhir iaitu pengundi hantu bagi menghadapi PAS pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas pada 4 November ini.
Taktik itu merupakan senjata terakhir yang pernah dibuktikan di mahkamah tinggi ketika petisyen pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada 2006.
Menurut beliau selanjut nya taktik itu disyaki digunakan jentera Umno melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengeluarkan kad pengenalan milik orang lain kepada pengundi hantu.
  • “Mereka disyaki menggunakan taktik tersebut selepas mendapati jentera kempen Umno masih berada di belakang berbanding PAS.
  • “Disyaki mereka menggunakan JPN untuk mengeluarkan kad pengenalan dengan menggunakan nama senarai pemilih yang tertera dalam daftar pemilih di Dun Galas,” katanya pada persidangan media di Markas Besar PAS.
Selain itu, kata beliau jentera kempen PAS dan Pakatan Rakyat juga mengesan kemungkinan berlaku penipuan di bilik tempat pembuangan undi pada 4 November ini.
“Mereka juga dikatakan menawarkan sogokan wang RM1,000 atau hadiah peti televisyen kepada pengundi di Galas. Tetapi pengundi yang mahu mendapatkan bantu itu hendaklah menyerahkan kad pengenalan mereka.
  • “Taktik itu disyaki akan berlaku dua atau tiga hari menjelang hari mengundi 4 November ini,” ujarnya yang juga anggota parlimen Kota Bharu.
  • Oleh itu beliau berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pegawai pengawas pilihan raya mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan perkara itu berlaku.
  • Ditanya penafian berkali-kali SPR terhadap kemungkinan wujud pengundi hantu katanya, sudah menjadi kebiasaan agensi kerajaan terbabit menafikan biar pun pernah dibuktikan wujud pengundi hantu di mahkamah.
Menurutnya, PAS belum bercadang membuat laporan polis memandangkan banyak laporan yang dibuat pada pilihan raya kecil Manek Urai tahun lepas belum diambil sebarang tindakan sehingga sekarang.
“Saya pernah mengajukan soalan di parlimen mengenai perkara itu namun gagal dijawab kerajaan,” ujarnya.
Sumber: HarakahDaily
Read On 16 comments

Kerana Undi Lawan Berpecah Dijangka BN Menang Selesa PRK Batu Sapi?

Saturday, October 30, 2010
Berpandukan keputusan pilihan raya negeri pada 2008 bagi kawasan Inanam, pemerhati politik berkenaan berkata calon BN dari Parti Bersatu Sabah (PBS) telah memenangi kerusi itu hanya kerana undi lawan berpecah, dan tidak mustahil jika perkara sama berulang di Batu Sapi.
Pemerhati politik percaya undi pembangkang yang terpecah antara Datuk Yong Teck Lee dari Parti Maju Sabah (SAPP) dan Ansari Abdullah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), bakal memberi kelebihan kepadanya pada pilihan raya itu.
  • Justru itu, dijangka calon Barisan Nasional (BN) Datin Linda Tsen, balu mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, dilihat berada dalam keadaan lebih selesa untuk memenangi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi pada 4 November ini.
  • Disamping itu, dengan pelantikan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman sebagai pengurus operasi pilihan raya dan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkempen untuk BN, sokongan kaum Cina di Batu Sapi memberi harapan besar untuk BN memenangi kerusi tersebut.
  • Bagaimanapun, SAPP yakin memperoleh lebih separuh daripada undi kaum Cina dan mereka yang berkempen mendakwa Yong, bekas Ketua Menteri, semakin mendapat sokongan dalam kempennya, namun, sama ada parti tempatan itu akan menerima lebih 50 peratus undi, merupakan soalan cepumas yang menghantui pemerhati politik serta rakyat Sabah.
  • Sementara itu, PKR juga yakin mampu melakukan kejutan dengan memenangi kerusi Parlimen Batu Sapi dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik sebagai berkata semalam, bahawa "parti tersebut semakin mendapat sokongan dalam kempennya".
  • Kesemua ini akan dapat disaksikan tidak lama lagi kerana kesemua parti bertanding mempunyai tempoh lima hari untuk berkempen bagi memenangi hati pengundi di Batu Sapi. Bagaimanapun, presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) VK Liew yakin BN akan mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi.
Dalam pada itu, Parlimen Batu Sapi terdiri daripada dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Karamunting dan Sekong. Kebanyakan pemerhati politik berpendapat calon BN mempunyai kelebihan di kalangan pengundi Bumiputera beragama Islam berbanding PKR dan SAPP, terutama di Sekong yang merupakan kubu kuat Umno, selain memberi tentangan sengit bagi lebih 9,000 undi kaum Cina di kawasan itu, lebih-lebih lagi Karamunting.
Sumber: mStar
Read On 17 comments

Slogan ‘SABAH UNTUK PENDUDUK SABAH’ Menjadi Isu Kempen PRK Batu Sapi

Friday, October 29, 2010
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman kelmarin merasa hairan dengan tindakan Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee yang juga calon SAPP pada pilihan raya kecil itu yang mahu memperjuangkan kononnya hak Sabah untuk rakyat Sabah, sedangkan beliau pernah menjadi menteri dan ketua menteri tetapi tidak bercakap soal itu semasa ada kuasa dahulu.
  • Musa mengingatkan rakyat di negeri ini khususnya pengundi di kawasan Parlimen Batu Sapi supaya tidak terpengaruh dengan slogan ‘Sabah untuk penduduk Sabah” yang dimainkan oleh pembangkang khususnya Parti Maju Sabah (SAPP).
  • Musa berkata, slogan yang dijaja oleh SAPP itu tidak relevan dan harus ditolak oleh rakyat Sabah terutamanya para pengundi di Parlimen Batu Sapi pada pilihan raya kecil kawasan itu pada 4 November ini.
  • “Kalau kita terpengaruh dengan apa yang dimainkan oleh SAPP itu, penduduk Sabah dan di Batu Sapi akan rugi dan menghadapi masalah kerana banyak peruntukan seperti membina sekolah, hospital, kemudahan asas lain termasuk jalan raya dan bekalan elektrik merupakan peruntukan daripada kerajaan pusat,” katanya.
  • Sambil menyifatkan apa yang dijanjikan pembangkang untuk membela nasdib rakyat di Batu Sapi dalam kempen mereka sebagai cakap bohong dan janji kosong,” semata-mata, beliau mahu rakyat di kawasan itu menolak dan tidak terpedaya dengan apa yang pembangkang janjikan itu.
Beliau turut meminta pengundi di Parlimen Batu Sapi memberi peluang kepada calon BN Datin Linda Tsen untuk menjadi Ahli Palimen kawasan itu pada pilihan raya kecil untuk membolehkannya melaksanakan segala janji dan meneruskan kesinambungan perjuangan mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah untuk mem bangunkan kawasan Batu Sapi.
Mengenai Pakatan Rakyat terutamanya PKR, Musa berkata, rakyat dapat menilai sikap mereka yang sebenar, hanya dengan pemilihan calon dan pemilihan parti itu mereka sudah tidak sehaluan sesama ahli parti itu.
Sumber: NST
Read On 24 comments

Protes Besar Bantah Projek Warisan Merdeka Di Facebook?

Thursday, October 28, 2010

Kira-kira 200,000 rakyat Malaysia melahirkan protes mereka, bukan melalui bantahan beramai-ramai di jalanan tetapi menerusi laman rangkaian sosial Facebook, berhubung rancangan kerajaan negara itu membangunkan projek menara 100 tingkat, Warisan Merdeka, lapor sebuah laman berita tempatan.
  • Muka laman Facebook, 1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower, yang dimulakan secara 'tanpa nama' sejurus selepas pengumuman oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengenai bangunan baru PNB itu dalam ucapan beliau bagi membentang belanjawan 2011 itu, memaparkan bantahan akar umbi yang semakin meningkat pada anggaran kadar 1,000 setiap jam terhadap rancangan tersebut.
  • Seterusnya The Malaysian Insider, dalam laporannya pagi semalam, berkata sejauh ini 181,193 'peminat' muka laman itu telah menyertainya.
  • Para pencipta muka laman tersebut mendakwa wadah itu adalah bantahan besar-besaran pertama secara dalam talian di dunia, dan berusaha mendapatkan lebih ramai penyertaan dengan mengetengahkan kelebihannya berbanding bantahan-bantahan di jalanan, termasuk kurangnya risiko campur tangan secara fizikal daripada pihak berkuasa, menurut laman berita itu.
  • Berbanding dengan kira-kira 40,000 pembantah yang dihimpunkan dalam protes besar-besaran kumpulan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Kuala Lumpur sekitar tiga tahun lalu, bantahan dalam talian anti-Warisan Merdeka itu menjana sambutan empat kali ganda selang 10 hari selepas Datuk Seri Najib mengumumkan projek berkenaan.
Sebaliknya, dua muka laman pro-Warisan Merdeka di Facebook dengan tajuk, Kami Sokong Menara Warisan dan I see the benefits of PNB's 100 storey tower, hanya meraih 2,105 peminat sehingga kelmarin.
Sumber: CyNews
Read On 12 comments

Bencana Tsunami Korban 282 Di Sumatera

Thursday, October 28, 2010
GAMBAR dari udara yang dirakamkan semalam menunjukkan sebuah kampung musnah akibat tsunami di Pulau Pagai, Kepulauan Mentawai.
Selain dari bencana letusan gunung Merapi, Indonesia juga terpaksa berhadapan dengan Tsunami yang berpunca dari gempa bumi bawah laut yang kuat pada Isnin lalu di Kepulauan Mentawai dengan kekuatan 7.7 pada skala Richter.
Menurut lapuran angka kematian akibat tsunami yang melanda Kepulauan Mentawai dekat Pulau Sumatera meningkat kepada 282 orang manakala 411 lagi masih hilang, kata pihak berkuasa baru-baru ini.
  • Pihak berkuasa menyatakan beberapa bekalan seperti makanan, selimut dan khemah telah dihantar ke kawasan bencana.
  • Bagaimanapun, air minuman bersih masih sukar untuk diperoleh dan risiko untuk mendapat penyakit kian tinggi.
  • Beberapa buah helikopter yang menghantar bekalan kecemasan mendarat di Kepulauan Mentawai semalam.
  • Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono memendekkan lawatan ke Vietnam ekoran bencana tsunami dan Gunung Merapi di Pulau Jawa.
  • Tinjauan udara yang dibuat di Kepulauan Mentawai yang dilanda tsunami setinggi tiga meter menunjukkan beberapa kawasan ditenggelami air.
  • Menurut sumber beberapa pelancong Australia turut terperangkap dalam bencana itu.
  • Sebuah bot pelancong dibadai dengan satu tembok air dan mangsa-mangsa yang menaikinya dibawa arus ke dalam hutan tetapi mereka selamat.
  • Satu lagi kumpulan sembilan peluncur ombak ditemui hidup selepas dilaporkan hilang.
Menurut beberapa pegawai, tsunami itu melanda sejauh 600 meter ke daratan di Pulau Pagai Selatan di Kepulauan Mentawai.
Di Pulau Pagai Utara, sebuah resort dan hampir 200 buah rumah musnah akibat tsunami.
Sumber: Agensi
Read On 8 comments

Kerajaan Pusat Tidak Pernah Mengabaikan Permintaan Rakyat Sabah?

Wednesday, October 27, 2010

kerajaan pusat tidak pernah mengabaikan permintaan rakyat di negeri ini dan ia merupakan pengiktirafan yang besar kepada rakyat di Sabah sekaligus menjadi faktor utama Barisan Nasional (BN) terus menjadi pilihan rakyat,demekian menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman.
“Segala permintaan rakyat di negeri ini mendapat perhatian kerajaan pusat. Sebab itu kita mempunyai keyakinan tinggi bahawa rakyat di negeri ini termasuk pengundi di Batu Sapi akan terus mengundi BN."kata nya.
  • Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengiringi keberangkatan pulang Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Sandakan, kelmarin.
  • Mengulas mengenai calon BN pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Musa berkata, beliau yakin calon yang dipilih mampu menjadi wakil rakyat bertanggungjawab dan meneruskan kesinambungan khidmat BN di kawasan Batu Sapi.
  • Katanya, pemilihan Linda sebagai calon pada pilihan raya tersebut adalah yang terbaik memandangkan beliau seorang wanita yang berhemah tinggi dan berpendidikan mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan itu.
  • Musa berkata, mereka akan bekerja keras bersama parti komponen BN selain memantapkan usaha mendekati pengundi secara menyeluruh sehinggalah pada hari pengundian iaitu 4 November depan bagi memastikan kemenangan besar BN di Batu Sapi.
Musa yakin pengundi khususnya di kawasan Parlimen Batu Sapi sedar banyak projek pembangunan telah dilakukan di kawasan terbabit dan ia akan dilaksanakan secara berterusan demi kebaikan rakyat di negeri ini.
Sumber: NST
Read On 14 comments

Gunung Merapi Meletus, Pelajar Malaysia Selamat

Wednesday, October 27, 2010
Letusan Gunung Merapi dapat dilihat dengan jelas dari Kampung Kali Tengah berhampiran Yogyakarta. Ribuan penduduk sekitar dipindahkan bagi menjamin keselamatan merkea berikutan letusan gunung tersebut merupakan antara yang terkuat sejak bebepara tahun.
JAKARTA, Indonesia - Gunung Merapi akhirnya meletus Selasa pada pukul 5.02 petang waktu tempatan dengan menghembus abu vulkanik setinggi 1,500 meter dan menurunkan hujan debu.
Sebelum itu, 34 pelajar Malaysia di sebuah pesantren atau institusi agama di Secang, Magelang dipindahkan ke tempat yang lebih selamat di Solo kelmarin.
  • Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Indonesia Datuk Dr Junaidy Abu Bakar berkata setelah berada di Solo dan dipastikan keselamatan mereka, para pelajar terbabit bersama sekumpulan pelajar kedoktoran dari Universiti Negeri Surakarta (UNS) 11 Maret kemudiannya akan menyumbang khidmat sebagai sukarelawan membantu mangsa-mangsa bencana itu nanti.
  • Dr Junaidy berkata pelajar-pelajar Malaysia di Yogyakarta turut diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi kesan bencana letusan Gunung Merapi itu serta untuk menjadi sukarelawan.
Dilapurkan, ribuan penduduk di kawasan radius 10 kilometer dari kaki gunung itu telah dipindahkan pihak berkuasa tempatan ke kawasan selamat. Setakat ini belum ada maklumat mengenai korban jiwa akibat bencana ini.
  • Ketua Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana, Badan Geologi, Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral, Surono yang dihubungi Bernama melalui telefon berkata sejak letusan pertama hingga sekarang, letusan masih berlaku namun ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana keadaan cuaca gelap.
  • Dalam siaran langsung televisyen kelihatan hujan abu yang pekat menyiram kawasan pusat pemindahan penduduk di Desa Hargobinangun, di daerah Sleman, Yogyakarta, yang berjarak 15 kilometer dari kaki gunung berapi teraktif di dunia itu.
Sumber: mStar
Read On 10 comments

PRK Parlimen Batu Sapi Akan Menyaksikan Pertandingan 3 Penjuru

Tuesday, October 26, 2010
Seperti dijangkakan, pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), parti pembangkang Sabah Parti Maju Sabah (SAPP) dan parti pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) akan berhadapan dengan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee, yang juga bekas ketua menteri Sabah, dan PKR diwakili peguam terkenal Ansari Abdullah, yang juga Ketua PKR Tuaran.
  • Ribuan penyokong hadir berkumpul seawal pukul 5.45 pagi untuk mengiringi calon masing-masing.Dengan penuh bersemangat, mereka kedengaran melaungkan slogan parti masing-masing namun berdisiplin mematuhi arahan pihak berkuasa.
  • Pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 9 Okt lalu di Kota Kinabalu.
  • Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai penyokong B Nbersama-sama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan para penyokong mengiringi calon parti itu, Tsen di pusat penamaan itu.
Antara pemimpin parti komponen BN adalah Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M. Kayveas dan wakil-wakil parti komponen.
Sementara itu, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengiringi Ansari.
Manakala Yong, yang merupakan calon SAPP, mengetuai sebilangan kecil penyokong ke pusat penamaan calon itu.
Sumber: BERNAMA
Read On 16 comments

Polis Tahan 2 Wanita Afrika Bawa Syabu RM2 Juta

Tuesday, October 26, 2010
NORDIN menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas daripada dua warga Afrika pada sidang akhbar di Shah Alam semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, dalam kes pertama, polis menahan wanita berusia 28 tahun dari Togo Leise pada pukul 8.45 pagi 19 Oktober lalu ketika dia menunggu teksi di Aras 5, KLIA.
Menurut Nordin, 2 wanita warga Afrika yang cuba membawa masuk 7.2 kilogram dadah jenis syabu bernilai hampir RM2 juta ditahan secara berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 19 dan 22 Oktober lalu.

  • Katanya, pemeriksaan pada beg pakaian yang dibawanya itu menemui sembilan botol berisi cecair dipercayai dadah serta dua bungkusan plastik lutsinar berisi syabu seberat tiga kilogram.
  • Bagaimanapun, wanita tersebut mendakwa cecair itu adalah bagi kegunaan membuat minyak wangi.
  • "Kita sudah menghantar sampel daripada 7.2 liter cecair tersebut dan menunggu laporan kimia bagi mengetahui kandungan sebenar," katanya di sini semalam.
  • Nordin memberitahu, dalam pemeriksaan terhadap wanita kedua berasal dari Nigeria pada pukul 3.50 petang 22 Oktober di KLIA pula menemui dadah jenis syabu seberat 4.2 kilogram yang disorok pada bahagian pelapik beg pakaiannya.
Sumber: Kosmo
Read On 12 comments

32 GRO Asing Di Cekup Polis

Monday, October 25, 2010
Seramai 32 gadis pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing dicekup polis dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Seremban baru-baru ini.
Dalam operasi kira-kira pukul 9.30 malam Jumaat lalu, Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Kuala Lumpur berjaya menahan 25 gadis warga China dan 7 dari Thailand.
  • Ketua Operasi D7 Bukit Aman, Asisten Supritendan Khairi Anuar Ruslan yang mengetuai operasi itu berkata, bertindak atas maklumat awam dan risikan pihaknya, seramai 11 anggota polis telah bertindak menyerbu premis berkenaan dan menahan kesemua gadis terbabit.
  • Kesemua GRO yang ditahan berusia di antara 20 hingga 30 tahun ditahan ketika sedang melayan pelanggan masing-masing.
  • Hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka menyalahgunakan pas lawatan kerja ke negara ini apabila menjadi pelayan di pusat hiburan terbabit.
Sumber: Kosmo
Read On 17 comments

keluarga Hazmain Dan Meleheng Hidup Bawah Jambatan?

Sunday, October 24, 2010

HAZMAIN memangku Siti Norafida sambil diperhatikan oleh Siti Faezah di bawah jambatan yang menjadi rumah mereka di Lebuh Raya Besraya, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) di sini pasti tidak menyangka sebuah kolong di bawah jambatan yang mereka lalui di situ rupa-rupanya menjadi rumah kepada satu keluarga tiga beranak termasuk bayi mereka yang berusia setahun.
  • Bersama mereka ialah dua lelaki hidup yang turut merempat, Mohd. Hafiz Abdul Aziz, 30, dari Sepang dan Tan Chee Wah, 44, dari Serdang, Selangor.
  • Ketua keluarga itu, Hazmain Abdul Jalil, 28, membawa isterinya, Siti Faezah Abu Bakar, 27, dan anak perempuan mereka, Siti Norafida ke bawah jambatan itu sejak empat bulan lalu selepas dihalau dari sebuah rumah kosong yang sebelum itu menjadi tempat mereka berlindung.
  • Kawasan yang menjadi 'rumah' mereka itu tidak berdinding hanya dilapik dengan kayu sementara untuk mendapatkan bekalan air, mereka terpaksa mencuri air dari paip berdekatan.
*****************************************************************************

MELEHENG sibuk menjemur pakaian di atas besi penghadang jambatan yang menjadi kediamannya dan keluarga sejak 10 tahun lalu di Tanjung Lipat Likas, Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU - Manakala di Sabah dalam suasana yang hampir-hampir sama, telah menimpah keluarga Meleheng Manabba, 38 . Beliau juga telah berumah di bawah jambatan yang menghubungkan Likas dengan bandar raya Kota Kinabalu berhampiran Tanjung Lipat.
Beliau menatap di situ bersama 8 anak yang dilahir dan dibesarkan di bawah jambatan. tersebut.
  • Dilapurkan bahawa beliau merasa bahagia dan tidak pernah menyesal berumah di bawah jambatan sejak 10 tahun lalu.
  • Mendakwa berbangsa Pala'u, iaitu etnik yang menetap secara nomad dalam perahu, beliau mempunyai lima anak lelaki dan tiga perempuan. Anak sulungnya lahir pada 2001 manakala yang bongsu berusia empat bulan.
  • kata beliau, pada peringkat awal menetap di bawah jambatan itu, beliau mengakui tidak tahan dengan deruan kenderaan melintasi jambatan tetapi lama-kelamaan dapat menyesuaikan diri.
Sumber: Kosmo, Pancaroba
Read On 18 comments

5 Billion 'Menara Warisan Merdeka' Akan Di Bina Di Kg Baru, KL?

Saturday, October 23, 2010

foto illustrasi bayangan pembangunan Menara Merdeka versus Menara Berkembar Petronas
Ketua Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dalam satu taklimat mengenai projek itu secara jelas memberitahu bahawa pembangunan projek Warisan Merdeka dengan menara tertinggi di Malaysia akan dibiayai melalui dana dalamannya sendiri tanpa ‘menyentuh’ dana pemegang unit amanahnya.
Keseluruhan projek itu bernilai RM5 bilion itu dijangka siap pada tahun 2015 dengan menara setinggi 100 tinggkat - lebih tinggi dari Menara Berkembar Petronas (88 tingkat).
  • Hamad Kama Piah menjelaskan projek mega berkenaan bukanlah sesuatu yang baru dirancang dan dimasukkan dalam Bajet 2011 tetapi telah direncanakan sejak tahun 2004 selepas kawasan tanahnya dibeli daripada Pengurusan Danaharta Nasional Bhd. pada tahun 2000.
  • Dalam pada itu, Najib memberitahu bahawa cadangan pembinaan itu dicadangkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), bukan diarahkan oleh beliau.
  • Wakil UMNO Titiwangsa, Datuk Johari Ghani mencadangkan supaya projek itu dibangunkan di Kampung Baru sebagai lambang kejayaan orang Melayu berbanding tapak asal dekat Stadium Negara.
  • Sifirnya mudah, PNB adalah syarikat milik kerajaan (GLC) yang dikendalikan sepenuhnya oleh bumiputera, maka apa salahnya projek itu dibina di Kampung Baru yang juga tanah milik Melayu.
  • Lagipun di Kampung Baru, tanahnya lebih luas iaitu 97 hektar berbanding hanya 9 hektar di tapak asal.
Bagaimanapun menurut pendapat umum cadangan untuk mendiri Menara tersebut di Kg Baru dikatakan ada juga buruk dan baiknya kepada Umno.
  • Yang baiknya, Umno sebagai parti orang Melayu melalui PNB sebagai GLC membina menara itu di Kampung Baru. Maknanya, tidak hilang kemelayuan tanah kampung tradisional di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur berkenaan.
  • Dibangunkan oleh orang Melayu untuk kemajuan bangsa pada masa depan. Pemilik tanah kampung itu mungkin akan berasa lega kerana pihak yang mahu membangunkan kawasan itu ialah di kalangan syarikat Melayu, pegangan mereka lebih terjamin selain tidak digugat oleh kaum lain.
  • Kebimbangan tentang keuntungan yang mereka peroleh juga mungkin tidak menimbulkan sebarang kesangsian.
  • Tapi yang buruknya ialah, jika cadangan itu diterima, maka kesempatan ini akan diambil sebaik-baiknya oleh pembangkang dengan menuding bahawa Umnolah yang mahu merampas tanah orang Kampung Baru dan mengenepikan pemilik tanah.
  • Mereka akan lontarkan bahawa, selama ini Umnolah yang berminat untuk 'merampas' tanah yang bernilai berbilion ringgit. Dan barangkali tuduhan yang lebih dahsyat pembangkang, mengatakan bahawa Umno akan menjual tanah itu kepada `tokey-tokey Cina' yang sememangnya amat mengidamkan kawasan Kampung Baru.
Sumber:mStar
Read On 17 comments

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails