SUARA BEBAS TUARAN

USBO Berhasrat Sertai BN Sebagai Anggota Gabungan?

Tuesday, November 30, 2010
Persatuan Bajau Sabah Bersatu (USBO) muncul sebagai badan bukan kerajaan (NGO) pertama di negara ini yang mengumumkan hasrat untuk menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai anggota gabungan.
Sambil menyambut baik keputusan Dewan Tertinggi BN untuk membuka pintu kepada keanggotaan secara terus oleh individu dan persatuan, Presiden USBO Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, USBO sentiasa memberi sokongan atau bersikap pro-BN selama ini.
  • "Ini adalah peluang keemasan buat kami dalam USBO. Kami berpendapat bahawa sebagai sebuah NGO, masanya sudah tiba untuk memformalkan sokongan berterusan kami kepada gagasan ini dengan menyertainya sebagai anggota gabungan.
  • "Kami mahu membantu memperkukuhkan gagasan ini dalam apa jua cara yang boleh dan menarik lebih banyak orang, terutamanya belia, untuk menyertai Barisan Nasional yang memerintah," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
  • Salleh berkata, USBO turut merakamkan sokongan penuh terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mencetuskan dasar pintu terbuka BN dan gagasan 1Malaysia.
  • Salleh, yang merupakan bekas Ketua Menteri Sabah bagaimana pun berkata, USBO terlebih dahulu akan meneliti syarat-syarat yang ditetapkan sebelum mengambil keputusan muktamad mengenainya.
Kenggotaan USBO terbuka kepada mereka dari keturunan Bajau, Bajo, Badjau, Jama Mapun atau Kagayan, Balangingi, Binadan, Kubang, Sama, Sama Delaut, Simunul, Sibutu, Sikubung, Yakan, Sibaud, Ubian, Suluk dan Iranun.
Objektif utama USBO adalah untuk memelihara dan mempertahankan budaya, adat dan masa depan keturunan Bajau di Sabah dan pernah dikenali dengan nama Persatuan Sabah Bajau Bersatu (PSBB) ketika ditubuhkan pada Jun 1964. Namanya ditukar kepada USBO pada 31 Ogos 2006.
Sumber: BERNAMA
Read On 28 comments

10 wanita Serang Dengan Pisau Dan Rogol Seorang Remaja Lelaki?

Monday, November 29, 2010

BERITA SENSASI YANG MENAJUBKAN DARI LUAR NEGARA
Baru-baru ini sebuah agensi akhbar telah melapurkan bahawa seorang remaja lelaki berusia 17 tahun diserang oleh 10 orang wanita yang bersenjatakan pisau di kepulauan Papua, New Guinea.
Seorang pegawai polis, Teddy Tei memberitahu, sekumpulan wanita tersebut menyerang remaja sekolah tersebut pada Jumaat lepas.
Menurut Teddy, lebih 10 wanita bersenjatakan pisau menyerang remaja tersebut dan empat daripadanya telah mengadakan hubungan seks dengannya.
"Saya selalu memberi amaran kepada wanita untuk berhati-hati pada waktu malam, namun kini saya memberi amaran tersebut kepada lelaki juga," katanya.
Teddy memberitahu, dia bimbang wanita-wanita tersebut mungkin menghidap HIV/AIDS dan telah menjangkiti remaja tersebut.
Sumber: Agensi
Read On 7 comments

158 Projek Sakit Di Sabah Dan Sarawak?

Sunday, November 28, 2010
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K Devamany (foto)berkata Sebanyak 158 projek terbengkalai dan berstatus ‘projek sakit’ di Sabah dan Sarawak yang bernilai RM641.07 juta sehingga 15 Nov lepas, katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
  • Menurutnya projek-projek berkenaan yang merangkumi 120 di Sarawak dan 38 projek di Sabah itu lewat 30 peratus dari jadual atau tiada sebarang kerja dilakukan di tapak selama tiga bulan berturut-turut berdasarkan laporan Sistem Pemantauan Projek II (SPRII).
  • Kata nya, antara sebab-sebab berlaku adalah pengurusan dalaman kontraktor yang lemah, masalah mendapatkan bekalan bahan binaan, masalah pengalihan dan pemasangan utiliti dan masalah tenaga kerja,katanya.
Walau pun begitu, Devamany berkata pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk menjana ekonomi negara mampu menyelesaikan projek-projek yang terbengkalai dan mengalami kelewatan itu.
Kerajaan pusat kini menggunakan mekanisme Jawatankuasa Projek Sakit (JKPS) untuk memulihkan projek-projek terbengkalai dan berstatus “projek sakit” di Sabah dan Sarawak, kata beliau.

Kadang-kadang terfikir juga, sama ada kegagalan 'Projek Sakit ' ini hanya semata-mata diletakkan kepada kelalaian kontraktor, atau pun kerana kelemahan proses sistem pengagihan projek itu sendiri?
Menurut sumber kadang kala nya, tender tersebut hanya di hadkan kepada kontraktor yang di pilih khas atau pun di runding terus oleh kerajaan. Sedangkan latar belakang kualiti kerja para kontrektor tersebut belum lagi di uji sepenuhnya sebelum ini.
  • Dalam senyap-senyap, beberapa orang kontraktor yang saya temui, mengaku telah menderma terlebih dehulu sebahagian dari wang projek tersebut kepada proxy yang terlibat dengan pengaturan projek-projek tersebut sebagai 'Ongos Pelicin' .
Justru itu, fenomena ini telah mengakibatkan kelambatan dalam usaha kontrektor tersebut untuk memulakan kerja-kerja pembangunan kerana kekurang wang persedian. Kami terpaksa meminjam peruntukan tambahan dari Bank, kata mereka.
Read On 24 comments

Penagih Dadah Di Daerah Keningau, Sabah Berleluasa?

Saturday, November 27, 2010

Pengerusi Pemadam Daerah Keningau, Amat Mohd. Yusof (foto kanan) berkata Seramai 51 penagih dadah di kesan di daerah itu sejak Januari hingga November tahun ini membabitkan 49 lelaki dan dua perempuan. 89 peratus daripadanya adalah belia tempatan termasuk mereka yang sudah berkahwin, kata beliau.
Katanya, sehubungan dengan ini penglibatan masyarakat di daerah ini terutama pemimpin-pemimpin masyarakat perlu bagi membanteras penagihan dadah kalangan golongan belia tempatan.
  • Beliau berkata, ibu bapa juga perlu memainkan peranan bagi mengawasi anak-anak agar tidak terjerumus dalam kegiatan penagihan dadah yang telah diisytiharkan oleh kerajaan sebagai musuh nombor satu negara.
  • “Jika melihat tingkahlaku golongan belia mahupun remaja yang mencurigakan di kawasan masing-masing buat laporan segera kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang kini sudah berpejabat di tingkat bawah bangunan Urus setia Daerah Keningau dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Keningau,” kata Amat.
  • Dalam masa yang sama Pegawai Daerah itu meminta supaya persatuan belia ditubuhkan diperingkat kampung bagi membolehkan belia menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
  • Katanya, dengan adanya persatuan belia di kampung dapat menangani anasir-anasir yang jahat yang boleh meruntuhkan akhlak belia.
Amat dalam ucapannya juga menekankan supaya anak-anak menghormati ibu bapa mereka sebagai landasan untuk menjalani kehidupan mereka.
Sumber: NST
Read On 18 comments

Anwar Ibrahim Ikon Pejuang Demokrasi Setanding Dengan Suu Kyi?

Friday, November 26, 2010

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin hari ini berkata bahawa walaupun wujud perbezaan senario dan lanskap tekanan , namun ketokohan Anwar Ibrahim ada lah setanding dengan Suu Kyi pemimpin demokrasi dari Burma Aung San Suu Kyi yang disifatkan ikon buat pemimpin wanita lain untuk berjuang.
Justru itu, beliau mencadangkan supaya jawatan ketua umum — kedudukan tertinggi dalam parti itu diwujudkan dengan serta-merta.
  • Zurida selaku Ahli Parlimen Ampang itu juga mahu jawatan tersebut digubal serta-merta dalam perlembagaan parti itu.
  • Menurut Zuraida, langkah tersebut dibuat bagi memberi pengiktirafan di atas peranan dan pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap perkembangan parti itu selama ini.
  • “Kewujudan jawatan itu (ketua umum) bukan memberi ancaman terhadap autoriti dan pengaruh presiden dan timbalan presiden sebaliknya hanya berperanan sebagai ‘mentor’ kepada pembangunan parti.
  • “Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sosok penting dalam sejarah penubuhan Keadilan (PKR). Peranan dan pengaruh utamanya tidak boleh kita nafikan.
  • “Malah diketahui beliau (Anwar) seorang tokoh yang amat disegani sehingga ke peringkat antarabangsa. Pengaruh dan kapasitinya tidak harus disia-siakan dan dimanfaat buat kebaikan parti,” kata Zuraida dalam ucapan dasar ketua wanita ketika Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR hari ini.
Beliau berkata kewujudan jawatan ketua umum itu adalah demi menjaga dan memelihara pengaruh PKR dalam landskap politik semasa.
“Relevannya diwujudkan jawatan ketua umum buat Anwar adalah demi menjaga dan memelihara pengaruh,peranan dan statusnya dalam PKR agar kelangsungan dalam lapangan politik semasa terus gah dan sentiasa digeruni,” katanya. Anwar kini adalah Penasihat PKR.Sumber: TVS, Malaysian Insider
Read On 19 comments

15,443 Belia Di Sabah Masih Belum Miliki Pekerjaan - Jainab

Friday, November 26, 2010

Jabatan Tenaga Kerja (JTK) merekodkan sebanyak 15,443 belia di negeri ini masih belum memiliki apa-apa pekerjaan sepanjang tahun ini.
Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad berkata, daripada jumlah itu 7,960 merupakan lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Ijazah (2,648), Diploma (2,597 dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (2,232).
  • “Seramai 6,716 daripada mereka merupakan lelaki manakala baki 8,727 perempuan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini kelmarin.
  • Selanjutnya Jainab berkata, antara langkah yang diambil bagi mengurangkan jumlah pengangguran itu ialah mewujudkan program Skim Sangkutan dan Latihan (SSL) kepada siswazah lepasan diploma dan ijazah.
  • Katanya, sebanyak 45 pemegang ijazah dan diploma mengikuti SSL tahun ini, 32 pada tahun lalu dan 30 orang pada tahun 2007 hingga 2008.
  • Beliau menambah, langkah lain ialah menyediakan biasiswa yang selari dengan pasaran kerja masa kini seperti perhutanan, pelancongan, bioteknologi, perubatan dan perniagaan.
  • “Purata bilangan pelajar yang ditawarkan biasiswa dalam tempoh setahun ialah 500 orang,” katanya.
  • Jainab berkata, kerajaan turut mengendalikan program kemahiran dan keusahawanan serta program pembangunan keusahawanan bagi melatih belia menceburi bidang perniagaan.
  • Katanya, JTK turut mengadakan program penempatan pekerjaan dan daripada program itu hanya seramai 1,692 pencari pekerjaan telah berjaya mendapat pekerjaan.
  • “Kementerian juga sedang mempromosi peranan dan fungsi Sabah Job Centre untuk mendaftar pencari pekerjaan dan memadankannya dengan kekosongan jawatan yang diiklankan oleh syarikat swasta di sini,” katanya.
Kalau di kaji secara detail, program-program yang diletakkan oleh pehak kerajaan tersebut, pasti nya tidak akan menepati sasaran untuk menyelesaikan masaalah pengangguran belia sebanyak 15,433 (sapertimana yang di lapurkan) itu. Kerana dari sudut realiti nya, maseh banyak lagi belia yang menganggur di sana sini di Sabah.
Sumber: NST
Artikel pautan;
1)
Peruntukan Yang Di Sasarkan Untuk Belia Sabah, Sukar Menapati Sasaran
2)Penyelesaian Gejala Kemiskinan Dan Pengangguran Belia, Bernokta Disini

Read On 30 comments

Peruntukan Yang Di Sasarkan Untuk Belia Sabah, Sukar Menapati Sasaran

Thursday, November 25, 2010

Baru-baru ini, Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2011, mengumumkan peruntukan sebanyak RM210.81 juta untuk golongan belia.
Peruntukan itu adalah untuk aktiviti belia termasuk kemudahan dan fasiliti bagi sukan, ICT, perdagangan, pendidikan dan latihan di seluruh negeri ini. Peruntukan itu adalah yang tertinggi pernah diberikan kepadsa golongan belia.
  • Namun hingga setakat ini, belum ada lagi pengumuman bagaimana tata-cara peruntukan yang besar itu, diagihkan kepada golongan belia-belia yang dikatakan terlibat dalam program tersebut.
  • Dari kajian yang pernah saya buat (merangkumi pemantaun pergolakan belia di Sabah dan Semenanjung) , masaalah sebenar yang dihadapi oleh belia di Sabah ada lah phobia kekurangan pusat untuk mereka mendapat pekerjaan tetap. Saperti industri, sektor kerajaan dan lain-lain lagi di Sabah ini.
  • Justru itu, menggalakkan peghijrahan beramai-ramai belia Sabah ke semenanjung semata-mata untuk mencari peluang pekerjaan di sana. Menurut sumber, bilangan ini menjangkau 60,000 orang belia.
  • Menurut lapuran, kebanyakan diantara mereka yang merantau di sana tidak berjaya dalam missi mereka. Dengan itu, akhir nya mereka kembali ke kampong halaman dengan tangan kosong disamping menjadi penganggur semasa kampung.
  • Dikatakan, separuh dari mereka ini, ada yang berpendidikan tinggi dan terlatih dalam bidang masing-masing. Jadi isu ‘kurang terlatih’ bukan lah punca utama kenapa mereka tidak mendapat pekerjaan.
Isu yang jelas disini, ada lah Kerajaan Sabah kurang menekankan betapa penting nya tempat-tempat yang boleh menampong pekerjaan untuk belia-belia yang malang disini.
Dalam pada itu, kini kerajaan telah meluluskan peruntukan yang banyak (sebanyak RM210.81 juta) demi untuk membantu belia di Sabah, kata mereka.
Pada dasarnya, Kementerian Belia tidak banyak menyediakan pusat yang boleh membantu belia untuk bekerja dalam jangka panjang.
(Kecuali kilang KOSAN dan kilang yang sewaktu dengan nya. Itu pun kelihatan seakan-akan saperti hidup segan mati tak mahu).
  • Seada nya, Kementerian belia lebih berminat untuk menyediakan program latihan dan bantuan sementara melalu klab, persatuan dan sebagai nya.
  • Masaalah pengangguran para belia ada lah serius dan real. Oleh itu sepatut nya kerajaan memikir dari sudut keseluruhan bukan nya setakat memberi gula-gula untuk mereka berpesta sekadar sementara. Saperti pelangi yang hanya timbul ketika hujan renyai-renyai.
  • Kalau sekira nya kerajaan memikirkan masaalah belia ini secara serius lagi mendalam disamping beralaskan ilmu mikro ekonomi; peruntukan sebanyak itu sepatut nya di salurkan sebagai package yang boleh membantu kearah pekerjaan tetap.
  • Dalam isu ini, kerajaan Sabah sepatutnya mempelajari strategi yang diguna-pakai oleh kerajaan negeri di semenanjung. Saperti Pembangunan-Pembangunan industri di Klang Valley , Perak, Penang, Johor (Iskandar CBD) dan lain-lain lagi.
  • Kerajaan Sabah, ada lah layak untuk mendapat kerjasama dari kerajaan persekutuan demi untuk mempromokan secara agresif dan seterusnya memberi peluang kepada Sabah untuk diterokai oleh 'Industrial Enterprnour ' dari Luar Negara. Saperti China, USA, Australia, Jepun dan Euro untuk menubuhkan industri-industri di Sabah.
  • Saperti biasa, justifikasi nya ada lah Sabah mempunyai kawasan tanah yang luas dengan kos pekerja nya yang sederhana.
  • Dalam pada itu, peruntukan yang di luluskan dalam bajit 2010 negeri Sabah, sebanyak itu, selain dari progam latihan,ICT, sukan (dan sebagai nya); sepatut nya di gunakan untuk penyediaan jalan–jalan menuju kawasan tapak dan lain-lain bantuan infrastruktur asas untuk kegunaan industri-industri itu nanti.
  • Contoh nya, Sabah terkenal dengan perladangan getah dan Kelapa sawit. Kenapa tidak di galakan untuk mengujudkan industri pengeluaran ‘end-product’ terhadap bahan tersebut disini?
  • Memang tidak dapat di nafikan Kerajaan Sabah telah melancarkan Koridor Pembangunan Sabah dan Platform pembangunan di KK Industrial Park. Namun hingga kini, tiada juga tanda-tanda bahawa program ini telah membantu untuk memberi peluang pekerjaan kepada belia dinegeri ini.
Agak nya, kalau program jangka panjang ini akan diambil kira oleh kerajaan untuk di ketengahkan, pasti nya ia akan memberi impak positif kepada negeri, negara dan dengan itu, sekali gus ia nya dijangkakan akan mengurangkan bebanan akibat fenomena kemiskinan yang dikatakan sedang melandah negeri Sabah masa kini.
Disamping itu, banyakkan lagi program yang sesuasi yang perlu di fikirkan oleh kerajaan untuk di majukan demi untuk mengurangkan gejala pengangguran dan penghijraan belia di Sabah.

Analisis Solymone
Sila juga baca "Penyelesaian Gejala Kemiskinan Dan Pengangguran Belia, Bernokta Disini"

Read On 15 comments

Bubar PKR sertai Umno?

Thursday, November 25, 2010

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata parti PKR perlu dibubarkan segera kerana kewujudannya hanya memecah belahkan orang Melayu dan umat Islam.
Sudah tiba masanya penyokong dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai Umno kerana terbukti PKR hanya diwujudkan bagi kepentingan individu tertentu dan bukannya perjuangkan kepentingan rakyat.
  • 'Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab memecah belahkan umat Islam perlu ditolak sama sekali daripada membiarkannya menjadi pemimpin sehingga membawa kepada pergolakan sesama umat Islam itu sendiri.
  • 'Umat Islam harus bersatu dalam parti yang besar (Umno) yang selama ini banyak memainkan peranan dengan membangunkan negara dan membela kebajikan rakyat.
  • 'Takkan kita hendak pemimpin yang tidak tahu berbakti tetapi hanya tahu hendak menjadi Perdana Menteri. Sehubungan itu, saya menyeru kepada penyokongnya (PKR) agar bertaubatlah dan kembali ke pangkal jalan seperti kata pepatah Melayu,' katanya.
  • Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahan bertajuk 'Cabaran Umat Islam Masa Kini' pada program Syarahan Perdana di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di KEMAMAN, Terengganu kelmarin, yang dihadiri kira-kira 5,000 orang kakitangan awam dan masyarakat setempat.
  • Dengan pembubaran PKR, Dr Mahathir berkata orang Melayu serta umat Islam diyakini akan kembali bersatu teguh dalam sebuah parti yang selama ini banyak memperjuangkan nasib dan kebajikan mereka.
  • Katanya, selagi orang Islam tidak bersatu dan belum ada kesedaran untuk bangkit memperbaiki kelemahan selagi itulah penganut agama lain akan terus memandang rendah dan memandang hina kepada mereka.
  • Ia terbukti dengan nasib yang menimpa umat Islam di Afghanistan dan Iraq yang kini tertindas oleh negara Barat gara-gara percakaran dan perpecahan sesama umat Islam di negara tersebut.
  • Mengenai cadangan pembubaran PKR pada sidang akhbar selepas itu, Dr Mahathir berkata, mana-mana parti kecil perlu kembali menyertai parti besar bagi mengukuhkan perjuangan orang Melayu yang kini telah terpecah kepada tiga kumpulan.
  • 'Tidak pernah ada parti besar nak masuk parti kecil, parti kecillah yang masuk parti besar yang ada sokongan ahli dewan.
  • 'Mereka (PKR) kata, ada 400,000 ahli tapi tak sampai 10 peratus pun yang ada. Ada pula bahagian hanya seorang sahaja ahli,' katanya
Sumber; Cyberita, Bernama.
Read On 33 comments

Rakyat Malaysia Golongan Paling Popular Di Internet?

Wednesday, November 24, 2010

DALAM satu tinjauan global, rakyat Malaysia dilaporkan sebagai golongan yang paling popular di Internet manakala rakyat Jepun paling sedikit. Tinjauan itu sekali gus mencerminkan budaya sesebuah negara melalui perilaku dalam talian.
Menerusi kajian hidup digital oleh syarikat penyelidikan Global TNS, Malaysia memenangi 'pertandingan' populariti Internet dengan purata 233 teman di rangkaian sosial mereka berbanding hanya 68 teman bagi rakyat China dan hanya 29 teman bagi pengguna Internet di Jepun.
  • Penemuan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi sebuah negara seperti Malaysia. Dengan latar kepelbagaian budaya dan juga tradisi rumah terbuka yang sering dianjurkan sepanjang tahun, rakyatnya lebih bersikap terbuka untuk membina kenalan baru.
  • Seorang pelakon dan penulis, Chacko Vadaketh memberitahu, tabiat mengundang orang adalah tabiat rakyat Malaysia.
  • "Maka, orang yang kamu mungkin kenal dan seterusnya dianggap sebagai kawan lebih meluas konsepnya berbanding komuniti lain," katanya yang mempunyai seramai 1,010 rakan di laman sosial Facebook.
  • Sementara itu, Malaysia juga mempunyai taburan meluas dalam kalangan profesional yang mencari peluang pekerjaan di luar negara.
  • Sebab itulah, jaringan sosial itu dianggap sangat bernilai bagi mereka terus berhubung dengan teman-teman yang jauh.
  • Bagi Pengarah Digital Bahagian Dalam Talian Nielsen, Mark Higginson, cara rakyat sesebuah negara menggunakan media sosial dipengaruhi ciri kenegaraan masing-masing.
  • Perkara itu diperjelaskan melalui reaksi keterbukaan rakyat Asia Tenggara seperti Malaysia, Filipina dan Indonesia, berbanding rakyat negara Asia Timur seperti China, Jepun dan Korea Selatan yang konservatif.
  • "Jepun adalah pengguna besar media sosial cuma mereka hanya tidak begitu serasi dengan Facebook manakala penggunaan platform Twitter baru saja hendak dibiasakan.
James Fergusson dari TNS mengatakan bahawa kajian firma tersebut menunjukkan bahawa setiap negara mempunyai 'DNA digital' yang unik.
Malaysia, sama seperti beberapa negara Asia lain, sangat terbuka untuk membina persahabatan dalam talian, sedangkan di Jepun, mereka lebih teliti dalam memilih teman-teman dalam talian, kata beliau.
"Pengguna rangkaian sosial di Jepun cenderung untuk menghindarkan maklumat peribadi mereka didedahkan kepada umum. Mereka lebih gemar menggunakan identiti samaran," katanya.
  • Di Malaysia, dengan sebahagian besar media arus perdana dikawal kerajaan, telah mencetus kelahiran portal berita bebas, blog politik dan profil Twitter prolifik yang bercakap mengenai hal ehwal semasa.
  • Penduduk Malaysia turut tidak malu menggunakan laman-laman tersebut sebagai medium pemasaran dan rangkaian untuk perniagaan kecil.
  • Seorang jurugambar dari Kuala Lumpur, Daniel Zain menjelaskan, dia hanya mengenali 10 peratus daripada bilangan rangkaian sosialnya yang mencapai 2,000 orang.
  • Bagaimanapun, bilangan kenalan semakin meningkat kerana dia terus menambah pelanggan dan kenalan baru.
  • Dia berpendapat, rakyat Malaysia kurang menitikberatkan soal privasi, mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan suka membina kenalan baru dari dalam talian yang tidak pernah dikenali.
Sumber: Varia
Read On 15 comments

Lebih 52 Peratus Tandas Awam Di Malaysia Kotor

Tuesday, November 23, 2010

Foto illustrasi yang melambangkan senario di antara jamban awam yang kotor dan yang berseh
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung(foto) berkata bahawa 3,000 daripada 5,764 atau lebih 52 peratus tandas di seluruh negara adalah kotor.
Audit menerusi kaedah penarafan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menunjukkan 51.6 peratus daripada tandas awam hanya mampu mencapai tahap satu atau dua bintang manakala hanya tujuh peratus atau kira-kira 400 tandas mencapai taraf lima bintang iaitu kebersihan paling memuaskan.
  • "Daripada data tersebut, nampaknya masih jauh lagi perjalanan kita untuk mencapai tahap tandas awam yang baik," katanya selepas melancarkan Sambutan Hari Tandas Sedunia dan Seminar Kesihatan Persekitaran Peringkat Kebangsaan 2010 semalam.
  • Bagi memastikan tandas di premis-premis awam tidak terus kotor, Chor berkata tindakan penguatkuasaan oleh PBT terhadap mana-mana premis awam yang tandasnya terlampau kotor akan diperketatkan lagi mulai tahun depan, antaranya membuat pemeriksaan mengejut dua kali setahun, di samping pemeriksaan biasa.
  • Menurut beliau, jika inisiatif sebegini tidak dijalankan, ia bukan sahaja akan menyebabkan masalah sanitasi dan kesihatan kepada masyarakat tetapi turut menjejaskan imej negara di mata pelancong asing.
  • “Saya pasti jika tandas-tandas di stesen minyak, restoran dan di tempat awam yang lain kotor, tiada pelancong dari negara maju yang mahu datang melancong ke negara ini,” katanya.
Sumber: Kosmo, Bernama
Read On 14 comments

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails