
Sabah telah diperuntukkan RM10.723 bilion untuk melaksanakan projek-projek baru dalam tahap pertama (2011-2012) melalui ‘Rolling Plan’ dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (10MP) ini. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman ketika mengumumkan ini, mengatakan, sebahagian dari peruntukan tersebut akan digunakan untuk menyelesaikan 761 projek yang tergendala.
Musa juga mengatakan bahawa beliau telah mengingatkan Jabatan Pembangunan Negeri (SDO) dan Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Negeri (ICU) untuk meningkatkan lagi pemantauan melalui penyelesaian masalah dan campur tangan untuk mengenalpasti, mengatasi masalah yang berlaku pada peringkat awalan projek.
Sementara itu, Musa mengatakan, kos keseluruhan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (9MP) sampai 31 Disember, tahun lalu untuk negeri Sabah ada lah 81,30 peratus berbanding 84,48 peratus di peringkat nasional. Beliau Yakin bahawa peratusan akan meningkat setelah kerajaan dapat mengimbangkan akaun negeri pada 22 Januari ini.
Sumber: Daily Express ( Diterjemahkan oleh penulis)
- "Peruntukan (Rolling Plan) untuk Sabah adalah yang kedua terbesar selepas Federal Territory," katanya, semasa mempengurusi Masyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri di Wisma Innoprise rabu ini.
Dalam masa yang sama, Musa menyuarakan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, khususnya Perdana Menteri, kerana menunjukkan kepercayaan tinggi kepada Kerajaan Negeri dalam melaksanakan projek pembangunan bagi masyarakat, terutama nya di kawasan luar bandar. - Dalam pada itu, Beliau merayu agar pegawai Persekutuan, terutama nya Ketua Setiausaha atau Timbalan Ketua Setiausaha, untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tindakan negeri agar keputusan atau tindakan lanjut dapat dicapai dengan berkesan.
Selain itu, Musa menyeru Jabatan, dan agensi agar mengemaskinikan data-data dengan serius sehingga dapat memberikan gambaran sebenar keadaan yang berlaku.
- "Ini akan membolehkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk memantau pembangunan projek secara tepat, cepat dan mobile melalui aplikasi telefon yang dibangunkan oleh ICU / JPM dikenali sebagai IMEX (ICU Mobile Eksekutif)," katanya.
Musa juga mengatakan bahawa beliau telah mengingatkan Jabatan Pembangunan Negeri (SDO) dan Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Negeri (ICU) untuk meningkatkan lagi pemantauan melalui penyelesaian masalah dan campur tangan untuk mengenalpasti, mengatasi masalah yang berlaku pada peringkat awalan projek. - Masalah-masalah ini, katanya, mempunyai potensi untuk melambatkan pelaksanaan projek-projek pembangunan dalam negeri sabah. Justru itu, kerja pemantauan melalui tips dan campur tangan yang perlu dilakukan dengan tegas dan berani sehinggakan kes yang kompleks boleh diselesaikan melalui tindakan bersepadu oleh pihak yang berkenaan, kata beliau.
- "Jika perlu, masalah juga boleh dibincang melalui maysuarat dalam rangka untuk mencari penyelesaian. Untuk mengatasi masalah bukan lah hanya setakat menentukan masalah tetapi juga untuk mengatasinya. Ini bukan tentang mencari kesalahan atau mencipta masalah tetapi lebih untuk membantu mereka (kontraktor) menyelesaikan masalah untuk saling menguntungkan," katanya.
Selain dari itu, beliau mengatakan bahawa sebahagian daripada tugas untuk penyelesaian ada lah melalui perbincangan dengan jabatan kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya bersama dengan wakil-wakil rakyat di kawasan masing-masing. - Untuk tujuan ini, Musa mengingatkan pegawai kerajaan, institusai pelaksana dan kontraktor untuk bekerjasama sehingga tanggung jawab yang diamanahkan kepada mereka boleh dilaksanakan dengan jaya nya.
- "Ini agar tujuan Rancangan Malaysia Kesepuluh terutama nya pada Perancangan Rolling pertama dapat dicapai," katanya.
Sementara itu, Musa mengatakan, kos keseluruhan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (9MP) sampai 31 Disember, tahun lalu untuk negeri Sabah ada lah 81,30 peratus berbanding 84,48 peratus di peringkat nasional. Beliau Yakin bahawa peratusan akan meningkat setelah kerajaan dapat mengimbangkan akaun negeri pada 22 Januari ini.


January 21, 2011 9:54 AM
Diharapkan peruntukan ini akan digunakan dengan cara memanfaatkan rakyat Sabah.
January 21, 2011 9:55 AM
dgn peruntukan ini, harap Sabah dpt dibangunkan dgn lebih pesat.
January 21, 2011 1:43 PM
Semoga projek yang bakal dilaksanakan ini berjalan dengan lancar. Peruntukkan yang diberika gunakkan sebaiknya.
January 21, 2011 1:45 PM
Jangan disalahgunakan peruntukkan yang telah diberikan. Peruntukkan untuk pembangunan maka jangan menyeleweng peruntukkan tersebut.
January 21, 2011 1:47 PM
424 projek di Sabah dengan 10billion peruntukkan diberikan??Harap projek itu akan berjaya terleksana dan cepat-cepatlah sikit rakyat tidak sabar sudah dengan semua ini.
January 21, 2011 1:54 PM
yang paling penting sekali adalah kerajaan perlu sentiasa memastikan semua projek itu tidak menghadapi masalah terbengkalai atau ditunda atau tidak menepati piawaian yang telah ditetapkan.
January 21, 2011 7:45 PM
nampaknya kos pembangunan di sabah amat tinggi dengan rm10 bilion untuk 424 projek..
January 21, 2011 7:46 PM
peruntukkan tersebut harus dipantau..tiada gunanya jika ada duit tapi projek terbengkalai..maka ada yang tidak kena ke mana duit tersebut hilang..oleh itu, pemantauan dari pihak berkenaan harus dilakukan.
January 21, 2011 7:48 PM
masalah2 yang dihadapi harus diatasi..maka kerjasama semua pihak yang terbabit dalam projek2 pembangunan harus ada..
January 21, 2011 7:50 PM
diharap projek2 pembangunan di sabah dapat dilakukan dengan jayanya dan tanpa penangguhan...rakyat sabah sudah lama bersabar dan menunggu.
January 21, 2011 9:52 PM
Baguslah. Semoga peruntukan ini digunakan sebaik mungkin utk melaksanakan perancangan yang telah dibuat.
January 21, 2011 9:57 PM
Saya yakin jika peruntukan ini dimanfaatkan sebaik mungkin, pasti Sabah akan membangun lebih pesat lagi.
January 21, 2011 10:01 PM
Semoga Sabahan dapat mendengar berita baik hasil daripada penggunaan peruntukan yang diberikan. 424 projek, hhmmm banyak tu:)
January 21, 2011 10:05 PM
Pemantauan teliti terhadap perkembangan projek harus dilakukan bagi memastikan wang peruntukan digunakan untuk tujuan yang sepatutnya.
January 21, 2011 10:06 PM
Apapun, sama2lah kita mengaharapkan yang terbaik mengenai perkara ini.
January 22, 2011 8:41 AM
Ini sememangya satu berita yang baik.
January 22, 2011 8:44 AM
Dengan 424 projek tersebut, Sabah mampu membangun dengan lebih pesat. Dah tiba masanya pembangunan sabah seiring dengan sm.
January 22, 2011 8:47 AM
Diharapkan tiada sebarang penangguhan berlaku. Rakyat dah lama sabar menunggu Sabah untuk membangun dengan lebih pesat.
January 22, 2011 8:48 AM
Pastikan peruntukan tersebut digunakan sebaik mungkin utk melaksanakan 424 projek itu.
January 22, 2011 9:00 AM
peruntukan ini perlu digunakan dengan sebaiknya agar semua projek yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar.
January 22, 2011 9:01 AM
semoga peruntukan ini dapat membantu menjadikan Sabah menjadi lebih maju.
January 22, 2011 9:18 AM
jika peruntukan ini digunakan dgn sebaiknya, Sabah pasti akan semakin membangun dgn pesat.
January 22, 2011 10:08 AM
Harap Sabah akan menjadi negeri terbangun.
January 22, 2011 11:24 AM
Wah banyak tu 10 billion. Harap peruntukan digunakan sepenuhnya kepada rakyat. Fly over dan jalan2 raya utama di KK belum siap-siap lagi apalagi jalan2 raya di luar bandar.
January 24, 2011 10:58 AM
Harap peruntukkan ini boleh membawa lebih banyak pembagunan kepada rakyat Sabah.
Post a Comment