
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong berkata pada masa ini, KDN dalam proses mengeluarkan surat keputusan semua permohonan permohonan taraf kewarganegaraan. Sepanjang tahun lepas, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyelesaikan 29,677 yang diterima pada tahun 2007 hingga 2009.Beliau berkata bagi permohonan kewarganegaan pada tahun 2010 pula, sebanyak 17,324 permohonan diterima dan keputusannya akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 31 Dis ini.
“Pada tahun ini KDN akan memproses permohonan yang dikemukakan pada tahun 2010 dan permohonan itu kita akan selesaikan dalam tempoh satu tahun,” katanya kepada pemberita selepas majlis penganugerahan taraf kewarganegaraan kepada 59 pemohon di seluruh Pahang di Kompleks KDN Indera Mahkota di sini kelmarin.- Beliau berkata secara keseluruhan, 75 orang di Pahang dianugerahkan taraf kewarganegaraan Malaysia. Kesemua permohanan itu dibuat pada tahun 2008 dan 2009.
Lee berkata 43 permohonan melibatkan Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu permohonan kewarganegaraan dengan cara masukan bagi yang telah berumur lebih 21 tahun dan memegang taraf pemastautin tetap Malaysia sekurang-kurangnya 12 tahun.- Enam permohonan pula adalah Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan iaitu permohonan kewarganegaraan orang yang dilahirkan di persekutuan sebelum hari merdeka.
- Bagi Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan iaitu permohonan kewarganegaraan bagi anak-anak yang berumur 21 tahun ke bawah dalam keadaan khas, sebanyak 26 permohonan dibuat.



January 28, 2011 9:28 AM
pastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja mendapat taraf warganegara.
January 28, 2011 9:30 AM
saya harap taraf warganegara tidak akan diperoleh dengan mudah. pastikan semua peraturan dipenuhi oleh pemohon taraf warganegara.
January 28, 2011 9:36 AM
keputusan permohonan perlulah dikemukakan bagi memastikan pemohon mengetahui keputusan permohonan mereka tanpa perlu menugguh terlalu lama, selain itu kena pastikan pemberian warganegara diberikan kepada mereka yang benar2 layak.
January 28, 2011 9:39 AM
Segera selesaikan hal ini. Jangan perlewatkan lagi, kerana tidak lama lagi PRU13 akan berlansung.
January 28, 2011 10:05 AM
Diharapkan kewarganegaraan hanya diluluskan kepada mereka yang layak sahaja.
January 28, 2011 10:51 AM
Biar orang yang benar-benar mempunyai syarat-syarat yang lengkap dapat permohonan tersebut.
January 28, 2011 10:53 AM
Langkah-langah menapis mereka yang ingin memohon kewarganegaraan perlu. Kita tidak mahu mereka ini mudah saja untuk memperolehi taraf tersebut.
January 28, 2011 11:30 AM
yang paling penting sekali, KDN tidak sewenang2nya menganugerahkan kewarganegaraan kepada individu yang tidak layak.
January 28, 2011 3:00 PM
Syukur la.
January 29, 2011 9:49 AM
Ini bermaksud kakitangan kerajaan perlu meningkatkan kecekapan mereka supaya dapat menyelesaikan semua pemohonan yang tertunggak.
Post a Comment