SUARA BEBAS TUARAN

Bekas Penuntut Di Pusat Tahfiz Dikerah Seperti Hamba?

Labels:

foto Seorang anggota polis mengambil keterangan daripada kanak-kanak di pusat tahfiz, Lukut, Port Dickson semalam.
Tidak disangka dalam dunia yang serba moden dan maju ini maseh terdapat skim yang memperalatkan sesama manusia sebagai hamba di Malaysia ini. Tragedi ini pernah dialami oleh seorang bekas penuntut di pusat tahfiz, Ambang Kota, Lukut Kedah. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Naufal, 21, mendakwa, dia pernah dikerah seperti seorang hamba untuk menjalankan kegiatan jualan amal sehingga lewat malam setiap hari.
  • Naufal memberitahu, dia mula menuntut di pusat tahfiz tersebut ketika berusia 11 tahun sebelum berpindah ke pusat tahfiz yang sama di Yan, Kedah ketika berusia 13 tahun. Menurut Naufal, sepanjang enam tahun berada di kedua-dua pusat tahfiz berkenaan, dia diperlakukan seperti seorang hamba dengan setiap pelajar mesti mencapai sasaran jualan sehingga RM300 sehari.
  • “Jika ia gagal dicapai, kami akan dimarahi dan dikenakan denda. Saya pernah didenda ketuk ketampi sampai lutut saya lembik serta tidak bermaya.
  • “Biasanya, kami yang tinggal di Yan ketika itu, akan dihantar sekitar Kuala Lumpur selama tiga hari untuk melakukan aktiviti jualan,” ceritanya sambil menyatakan dia meninggalkan pusat tahfiz berkenaan ketika di tingkatan 4 dan kembali ke pangkuan keluarga kerana tidak tahan diperlakukan seperti hamba.
Sumber: Kosmo
11 comments:

inilah sikap sesetengah pusat Tahfiz yang mempergunakan penuntut untuk mecari keuntungan dan mengabaikan kebajikan penuntut. kegiatan seperti ini perlu dipantau.


Perlakuan tersebut adalah tidak pantas untuk kita yang mempunyai pegangan agama. Inilah manusia yang leka untuk mencapai kesenangan hidup.


Tindakan dari pihak berkuasa semestinya diperlukan dengan kadar yang segera. Jangan biarkan aktiviti ini berlarutan, dan jangan biarkan mereka terlepas dari sebarang hukuman.


pihak yang mempergunakan penuntut untuk mendapatkan keuntungan adalah amat tidak bertanggungjawab.


pihak yang bersalah mengeksploitasi kanak-kanak dan pelajar patut dikenakan tindakan.


Amat kecewa kerana ada Pusat Tahfiz memperalat pelajar mereka untuk tujuan yang tidak baik.


Harap siasatan perlu bagi pusat tahfiz berkenaan..Hukuman perlu dikenakan jika disabit kesalahan mendera pelajar..


Kesiannya.. Bagaimana juga hal sebegini boleh berlaku. huhu


Perkara ni harus diberi perhatian sewajarnya dan kenakan tindakan tegas jika didapati bersalah.


tindakan yang paling tepat adalah keluarkan arahan tutup semua cawangan Tahfiz diseluruh negara. serta ambil tindakan undang2 kepada semua pihak yang terlibat mempergunakan pelajar untuk mendapatkan keuntungan..


Mujurlah orang ramai membongkarkan perbuatan ini. Harap penyiasatan dibuat dan tindakan sewajarnya diambil.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails