SUARA BEBAS TUARAN

Bencana Tanah Runtuh Meragut 2 Nyawa Di Sandakan

Labels:

foto runtuhan tanah di Sandakan hampir menutup keseluruhan jalan sebelum ianya ditutup
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman turut mengucapkan takziah dan melahirkan rasa simpati beliau kepada dua keluarga mangsa iaitu Low Phang, 59 dan Santi Muktar, 16, yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Sandakan pada Sabtu lepas.
Beliau telah diberi taklimat oleh Presiden MPS Datuk James Wong, mengenai kawasan yang terlibat dengan bencana alam khususnya yang membabitkan kehilangan nyawa.
  • Beliau seterusnya mengarahkan pihak MPS agar terus membuat tinjauan dan penilaian mengenai kerosakan dari segi harta benda dan rumah yang dialami penduduk. Menurut beliau, Kerajaan negeri akan berusaha mencari langkah penyelesaian bagi mengatasi masalah tanah runtuh dan banjir di daerah Sandakan.
  • langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri termasuklah melakukan pembaikan terhadap setiap longkang tersumbat yang boleh menyebabkan berlaku kejadian banjir sehingga menjejaskan penduduk di sini.
  • Selain itu, katanya, kerajaan turut mempertimbangkan kawasan yang perlu dibina longkang serta diperluaskan bagi memastikan setiap saliran air tidak tersumbat.
  • “Saya sendiri telah melawat ke kawasan yang berlaku kejadian tanah runtuh serta banjir dan melihat berlaku banyak kerosakan harta benda dan rumah penduduk.
  • “Lebih membimbangkan, kejadian tanah runtuh akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lalu turut meragut nyawa penduduk.
  • "Justeru, langkah yang bakal kita laksanakan ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri bagi memastikan tahap keselamatan penduduk akan lebih terjamin,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan ke salah satu lokasi kejadian tanah runtuh di Flat Perumahan Dato, Kampung Gelam, di sini, kelmarin.
Sumber: NST
24 comments:

takziah kepada keluarga mangsa, kerajaan haris mengambil tindkan untuk memprbaiki hal ini dan pastikan kejadian seperti ini tidak berulang lagi.


Condolence to the victims' family.


Hopefully the government manage to come up with a solution to solve the landslide and flood problem in Sandakan.


Takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh di Sandakan.


harap penyelesaian terhadap masalah banjir dan tanah runtuh yang berlaku dapat ditemui agar kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.


Semoga penduduk Sandakan sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan sekarang yang tidak berapa selamat..


Takziah kepada keluarga mangsa..Maka sentiasa peka dengan keadaan sekeliling..Banjir bukan perkara main-main sentiasalah berwaspada..


Semoga kesalamatan penduduk yang terlibat dengan banjir akan terjamin..Tempatkan mereka dikawasan yang selamat jika perlu..


Takziah kepada mangsa yang terkorban. Harap pihak yang berkuasa akan membuat apa yang patut untuk menangani masalah tanah runtuh ini.


selain memperbaiki longkang yang tersumbat dan memperluaskan longkang yang sempit dan kecil, kerajaan juga perlu mengarahkan kontraktor supaya menghentikan projek pembangunan serta merta sekiranya aktiviti pembangunan yang dijalankan itu dikenalpasti sebagai punca berlakunya bencana banjir dan tanah runtuh dikawasan tersebut.


supaya kejadian seperti ini tidak berulang, kerajaan kena menyelenggara sistem pengairan dan perparitan kepada yang lebih sistematik.


faktor yang mengakibatkan tanah runtuh harus dikenalpasti agar tindakan pembaikan dsbgnya yang sesuai boleh dilakukan.


pemantauan juga harus dilakukan dengan lebih kerap di kawasan2 yang berpotensi agar langkah keselamatan awal dapat dilakukan..


takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.


Takziah kepada keluarga mangsa.


Semoga perkara seperti ni tidak berulang lagi.. Kerajaan harus lakukan sesuatu bagi memastikan isu banjir dapat ditanggani.


Semua penduduk Sandakan pun harus berhati-hati dengan keadaan ni. Dengar arahan daripada pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku.


Kepada penduduk yang berada di pusat pemindahan, banyakkanlah bersabar... Semuanya pasti akan berlalu dengan baik:)


Apapun saya harap agar pemantauan dari semasa ke semasa dapat dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga.


Datuk Musa begitu prihatin. Adakah parti lain yang turut serta dalam kesedihan yang dialami oleh penduduk di Sandakan?


Syukur, keadaan mula reda seperti sedia kala, namun amaran berjaga2 masih lagi dikeluarkan di seluruh Sabah. Takut jika akan berlaku lagi banjir dibahagian2 tertentu terutama di beufort dan di Sandakan serta ranau, dan kawasan2 yang rendah.


The Government is trying best to help the victims.


Harap kerajaan akan menyalurkan bantuan yang sewajarnya kepada mangsa bencana tanah.


Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang betul untuk menangani masalah tanah runtuh.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails