SUARA BEBAS TUARAN

DBKU Sarawak Nafi Bertindak Kasar


Tuduhan terhadap pengawai penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai samseng yang dilemparkan oleh sebuah keluarga peniaga yang disiarkan akhbar kelmarin adalah tidak benar, tegas Timbalan Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Lantak Amin.
  • Beliau berkata demikian ketika menafikan dakwaan keluarga peniaga terbabit selepas gerai tanpa lesen yang dibina oleh peniaga itu di tepi jalan di bulatan Jalan Bako diroboh dan disita oleh pihaknya.
  • Lantak memberitahu bahawa pihaknya sebelum ini telah memberi arahan kepada peniaga terbabit untuk menghentikan operasi perniagaan mereka di tepi jalan itu memandangkan mereka berniaga tanpa lesen.
  • “Kami telah mengadakan sesi dialog, amaran lisan dan amaran bertulis bagi tujuan tersebut tetapi arahan DBKU itu tidak diambil endah oleh mereka (peniaga).
  • “Jadi kami terpaksa mengambil tindakan dengan merampas dan menyita barangan mereka dan kami tidak pernah menggunakan kekerasan ke atas mereka seperti menghulurkan parang yang didakwa oleh peniaga tetapi parang terbabit hanya digunakan untuk memotong tali-tali yang diikat bagi mendirikan gerai tersebut.
  • “Kami juga tidak ada merampas wang tunai yang didakwa oleh mereka seperti mana disiarkan dalam akhbar semalam (Jumaat),” kata Lantak.
  • Tambahnya, semasa membuat rampasan itu, pihaknya mengikut prosedur yang telah digariskan bagi memastikan keselamatan peniaga dan orang awam tidak terjejas.
  • Jelasnya, pihak DBKU dengan kerjasama FAMA telah menyediakan tapak iaitu di Pasar Tani Demak Laut (92 tapak) bagi peniaga tersebut berpindah dan beroperasi di sana, namun peniaga berkenaan enggan berbuat demikian.
  • “Sejak tahun lepas lagi kami telah memulakan operasi untuk memindahkan peniaga jalanan ini untuk berpindah ke tempat yang disediakan dan hanya mereka ini saja yang berdegil dan tidak mahu berpindah walapun beberapa kali diberi tempoh,” katanya.
  • Beliau turut memberitahu bahawa setiap operasi yang dijalankan oleh pihak DBKU, ia akan dirakam dan digambar. Katanya, ia bertujuan sebagai bukti jika berlaku perkara seperti yang didakwa oleh peniaga terbabit.
  • Selain itu, Lantak turut menyatakan bahawa pihaknya mahu mengekalkan kawasan itu sebagai kawasan hijau.
  • “Kami tidak mahu kawasan itu menjadi kotor dan tidak selamat bagi pengguna jalan raya. Kami juga tidak menghalang untuk mereka ini (penjaja jalanan) mencari rezeki tetapi mesti di tempat yang betul dan telah disediakan,” ujarnya.
  • Lantak turut menerangkan bahawa sesiapa yang berminat untuk berniaga di tapak yang disediakan oleh DBKU, orang ramai boleh menghubungi DBKU di talian 082-446688.
Sebelum ini, peniaga terbabit yang juga merupakan pemilik gerai itu, Lium Unpeng, 47, membuat laporan polis pada 13 Januari dengan mendakwa bahawa DBKU bertindak menyerang mereka dengan belantan, merompak wang tunai, merosakkan gerai tanpa lesen dan merampas harta mereka pada hari yang sama sekitar jam 9.30 pagi.
Lium dikatakan telah beroperasi lebih setahun di situ bersama ayahnya, Unpeng Gona, adik beradiknya Lee, Mohd Saifulrudin Abdullah dan Balan serta 10 pekerja wanita.
Sumber: Utusan Borneo
19 comments:

tidak tahu pihak mana yang benar. apapun, siasatan perlu dilakukan bagi hal ini.


Investigation must be made on this case. Witness to this case must come forward.


Biar siasatan memastikan kebenran itu. Jika benar DBKU mempunyai video sila berikan kepada pihak polis untuk siasatan tuduhan tersebut. Sekiranyan didapat Lium membuat cerita maka wajar mereka peniaga ini diberikan tindakkan undang-undang.


Siapa suruh mereka berniaga ditempat yang dilarang dan endahkan amaran yang diberikan sebelum ini. Tidak salah mencari rezeki tapi biar ditempat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.


jika peniaga itu mematuhi undang2 dan mematuhi amaran yang dikeluarkan oleh pihak DBKU, pasti masalah ini tidak akan serumit seperti yang berlaku hari ini. jika peniaga2 lain boleh berniaga di tapak yang disediakan, kenapa peniaga ini tidak?


jika DBKU berada dipihak yang benar, sia2lah laporan polis yang dibuat oleh peniaga ini.


Sebab itulah kes ini perlu disiasat. Kita tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah jika tiada bukti ataupun saksi.


jadi, mana satu yang benar? adalah lebih baik jika ianya disiasat dan saksi harus tampil..


apa pun, peraturan dan undang2 yang ditetapkan haruslah dipatuhi..dengan ini, kejadian seumpama dapat dielakkan..


hhmmm kadang2 setiap yang berlaku tu pasti ada sebabnya. Susah nak pastikan pihak mana yang betul kerana kita takda di tempat kejadian.


Betul Jirunk. Bagi tu video dan biarkan kebenaran diketahu ramai... Tak perlu selindung nanti lain pula andaian yang timbul.


Kesian juga peniga tu tapi apa boleh buatlah kan tempat tu memang tempat larangan berniaga. Tapi mungkin pihak2 yang berkaitan boleh cari jalan mcm mana utk tolong peniaga ni supaya dia dapat berniaga di tempat yang dibenarkan.


Mengenai dakwaan si peniaga ni biarlah polis jalakan siasatan. Susah juga mahu cakap kan..


Apapun kita tunggu sajalah perkembangan kes ni nanti.


Kita sebagai pembaca tidak tahu kejadian sebenar kerana tidak berada di tempat kejadian pada hari itu. Itu sebabnya perkara ini perlulah disiasat terlebih dahulu.


Kena tanyalah saksi yang ada di tempat kejadian.


setuju dengan Jonny, saksi di tempat kejadian mungkin mengetahui apa yaqng sebenarnya berlaku.


sebaiknya siasata berhubunga pekara ini dibuat bagi mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails