
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak nampak apa-apa hasil daripada debat yang dicadangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beliau berhubung “Pelan 100 hari” pembangkang.Perdana Menteri berkata yang penting ialah penilaian daripada rakyat dan biar rakyat yang menentukannya.
“Kalau nak debat, kita mesti ada sesuatu hasil daripada debat itu. Saya tak nampak ada hasil, yang penting sekali ialah penilaian daripada rakyat,” katanya kepada pemberita di Seri Perdana di sini hari ini selepas majlis ramah mesra meraikan skuad bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala AFF Suzuki pada bulan lepas.- Najib berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran Anwar untuk berdebat dengan beliau berhubung “Pelan 100 hari” pakatan pembangkang jika mereka menang pada pilihan raya umum ke-13 dengan menjanjikan antara lainnya pemansuhan tol dan kenaikan elaun untuk guru.
Sebelum ini, Perdana Menteri dan ramai pakar ekonomi menyifatkan pelan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan negara muflis. Najib berkata pakatan pembangkang boleh membuat pembentangan mereka dan Barisan Nasional akan turut membuat pembentangan berhubung perkara itu.- “Dan kita boleh buat macam-macam penilaian atas perancangan tersebut (pelan). Biar rakyat menentukan,” katanya.
Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, jika ada orang lain yang mahu berdebat dengan Anwar seperti Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, itu terserah kepada masing-masing dan beliau tidak akan menghalangnya.


January 15, 2011 9:10 AM
jika tak ada sebarang hasil dari debat tersebut. lebih baik tak perlu. byk lagi perkara penting perlu ditumpukan.
January 15, 2011 9:16 AM
ada baiknya jika kedua-dua pemimpin ini menyelesaikan tugas masing2. jangan asyik berpolitik tapi kebajikan rakyat terus terabai. rakyat di negeri2 Pakatan amat memerlukan perhatian pemimpin2 mereka, dan masih banyak yang Anwar perlu lakukan di negeri2 tersebut.
January 15, 2011 9:22 AM
Kalau Khairy boeh debat dengan Anwar pula. Najib perlu memberikan satu alasan konkrit mengapa tidak mahu berdebat supaya Anwar puas hati dan akhirnya mengalah. Atau mahu biar rakyat benar-benar tentukan?
January 15, 2011 9:23 AM
Anwar sepatutnya sedar bahawa Najib sebagai pemimpin negara terikat dengan terlalu banyak komitmen dan beliau tidak akan membuang masa berdebat berkenaan dengan sesuatu isu yang tidak membawa kepentingan kepada rakyat. Pakatan juga tidak perlu mengiktiraf kemenangan percuma tanpa perlu masuk ke gelanggan hanya kerana Najib menolak cabaran itu.
January 15, 2011 10:01 AM
ada betulnya juga kata PM, Kalau nak debat, kita mesti ada sesuatu hasil daripada debat itu. jika tiada hasil maka, tidak perlulah diadakan.
January 15, 2011 10:05 AM
sekarang ini cabar-mencabar untuk mengadakan debat semakin ketara. diharapkan pekara ini tidak pula sampai menjejaskan fokus semua parti politik untuk berkhidmat kepada rakyat.
January 15, 2011 10:18 AM
Apa ada denga ndebat sebenarnya??Adakah masalah dulu-dulu dapat diselesaikan??Siapa yang dapat faedah dengan debat??Kalau debat membawa untung kepada rakyat tidak juga apa ini langsung tidak ada apa-apa yang dapat diubah. Debat ini hanya untuk kepentingan diri sendiri. Seperti Anwar yang pentigkan diri sendiri saja, beliau bukan berjuang untuk rakyat tapi berjaung untuk parti dia sendiri.
January 15, 2011 10:19 AM
Terpulanglah kepada PM Najib.
January 15, 2011 10:56 AM
“Kalau nak debat, kita mesti ada sesuatu hasil daripada debat itu. Saya tak nampak ada hasil, yang penting sekali ialah penilaian daripada rakyat,”
Saya setuju dengan PM.
January 15, 2011 10:58 AM
Daripada membuang masa berdebat, baik duduk bincang tentang masalah yang rakyat kini hadapi dan mencari penyelesaian.
January 15, 2011 11:06 AM
Pada pendapat saya, pelan 100 hari itu tidak realistik tetapi ia terpulang kepada rakyat untuk membuat penilaian yang bijak.
January 15, 2011 7:15 PM
banyak lagi benda yang lebih penting untuk diselesaikan berbanding dengan berdebat..
January 15, 2011 7:16 PM
lebih baik fokus kepada penyelesaian isu2 rakyat berbanding dengan berdebat..
January 16, 2011 7:15 PM
dahulu ada banyak kes debat untuk mmebuktikan pihak mana yang benar..terutama sekalai berkaitan bab AGAMA..
As Syahid Ahmad Deedat begitu bersungguh2 untuk membuktikan segala tohmahan barat & musuh Islam kepada Islam adalah sama sekali..
kebanyakan debat ini diadakan di dalam GEREJA..Penganut Islam & kristian diberi hak yang sama rata dalm gereja..
*tak tahu kenapa mesti di gereja,mungkin ramai orang Islam masih menafikan masjid sebagai tempat pencerahan tentang agama walaupun yg dtg mahukan kebenaran tentang tuduhan kepada satu2 agama..
HASILNYA Ahmad Deedat berjaya mengubah banyak prespektif negatif terhadap Islam..ramai yang sudah buka mata tentang Islam sebenar,apakah ajaran Islam sebenar,bukan seperti yang dituduh oleh media barat & musuh Islam
untuk kes sebegini Najib & Media banyak menuduh & memburukkan Pakatan rakyat setiap hari dengan sesuka hati di semua stesen TV,di semua akhbar yang mendapat lesen penerbitan setiap hari & juga semua stesen radio yang dikehendaki
pentas debat ini adalah memberi ruang kepada rakyat menilai yang mana permata yang mana KACA..
Seperti DEBAT MINYAK tempoh hari,RAKYAT mampu menilai yang mana yang betul2 mahu menolong rakyat & yang mana berdolak dalih bagaimana mahu meringankan beban rakyat (berkaitan SUBSIDI kepada rakyat dihapus manakala kepada 4 towkay besar GLC diteruskan berbilion2 subsidi)
HASIL drp debat ini adalah dapat memberi impak besar kepada prespektif masyarakat..
KALAU awal2 najib nak suruh rakyat TENTUKAN tak perlu NAJIB nak ulas panjang lebar di media..biar rakyat snediri tentukan..
ini bila diajak berbahas secara profesional & matang mengelak pula & kata biar rakyat sahaj yang menentukan
January 17, 2011 11:52 AM
Ada kebaikan juga membuat pendebatan.
January 17, 2011 10:22 PM
Kalau rasanya takda hasil tak perlulah berdebat... Tapi semuanya terpulanglah pada Najib mahu berdebat ka tak... Tak perlulah panjangkan hal ni lagi.
January 17, 2011 10:23 PM
Apapun kita tunggu dan lihat sajalah apa yang bakal berlaku seterusnya.
January 18, 2011 10:20 AM
Biarlah Najib berputus samada mahu berdebat dengan Anwar.
January 19, 2011 9:45 AM
Najib akan membuat keputusan mengenai cabaran Anwar ini.
January 25, 2011 4:21 PM
Jangan Buang masa untuk berdebat, terdapat banyak lagi isu yang harus diselesaikan.
Post a Comment