
Bagaimanapun keadaan itu bukan saja menimbulkan kebimbangan kepada penduduk yang tinggal di kawasan yang sering mengalami banjir malah turut membantutkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembinaan.- Katanya, “setakat ini, kawasan Pantai Timur Sabah diramal mengalami hujan berterusan, kawasan Pantai Barat mengalami ribut petir manakala beberapa kawasan di pedalaman turut diramal akan mengalami hujan lebat. Malah keadaan cuaca juga menyukarkan aktiviti harian penduduk serta kerja penyelenggaraan dan pembinaan.”
Beliau menasihatkan orang ramai terutama penduduk di kawasan rendah dan yang sering mengalami banjir supaya berwaspada dan mengambil berat amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa mengenai kemungkinan berlakunya banjir.Tambahnya lagi, Jabatan Meteorologi juga sentiasa mengemaskini dan memantau maklumat serta perubahan atmosfera dari semasa ke semasa termasuk mengeluarkan amaran dalam media massa.



January 10, 2011 2:51 PM
penduduk perlulah sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan melalui media massa.
January 10, 2011 2:58 PM
Jabatan Meteorologi perlu sentiasa memantau keadaan ini dan menyampaikan maklumat semasa kepada masyarakat.
January 10, 2011 3:20 PM
semua penduduk kena bersiap sedia kerana banjir mungkin akan melanda jika hujan ini berterusan.
January 10, 2011 3:50 PM
selain menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan mengambil berat amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, kerajaan juga perlu mengambil berat dengan mencari punca2 yang menyebabkan banjir terutamanya yang memerlukan penyelenggaraan. lakukan kerja2 penyelenggaraan lebih awal bukannya ketika waktu banjir.
January 10, 2011 4:27 PM
this is a bad news. Hopefully there be no heavy floods in any area.
January 10, 2011 8:50 PM
hhmmm nampaknya lama lagi lah hujan..
January 10, 2011 8:54 PM
Semua penduduk di kawasan yang berkemungkinan banjir haruslah berwaspada dan Jabatan Meteorologi pun haruslah sentiasa memantau keadaan cuaca.
January 11, 2011 9:39 AM
Rakyat Sabah patut bersedia menghadapi hujan lebat ini.
January 11, 2011 2:00 PM
Sentiasalah berwaspada dengan keadaan cuaca sekarang ini.
January 11, 2011 3:04 PM
Cuaca pada bulan ini dan bulan depan tidak sesuai untuk aktiviti riadah di tepi2 pantai dan juga di pulau2 terutamanya pulau manukan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti yang membahayakan diri dan juga orang lain.
January 11, 2011 3:18 PM
Tapi tidak perlu susah hati kerana keadaan ini hanya sementara sahaja.
January 13, 2011 10:12 AM
We are used to this kind of weather now. Just hope that it will not cause flooding in the low lands.
January 14, 2011 10:42 AM
Betul, harap ini tidak akan menyebabkan kebanjiran.
Post a Comment