
Ibu bapa seorang remaja Sikh yang menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berang apabila anaknya sedar dari tidur pada Ahad lalu dan mendapati rambutnya yang sepanjang hampir semeter telah dikacip. Mengikut agama Sikh, memotong rambut atau disebut “kesh” dengan tegasnya dilarang.Bapa kepada remaja itu, Surinderpal Singh, 47, berkata dia dan isterinya menjadi tidak keruan dan kini tidak mahu anaknya itu menyambung latihan berkenaan.
- Anaknya, yang namanya dirahsiakan oleh ibu-bapa berkenaan berkata kejadian berkenaan berlaaku pada Sabtu lalu ketika mereka berlatih sepanjang hari. Akibat kepenatan, dia begitu lena sepanjang malam tersebut.
- Menurut laporan polis, remaja itu, beliau menyedari sesuatu tidak kena apabila pada sebelah pagi, ketika menyikat rambutnya dan dengan segera menghubungi bapanya.
- Surinderpal berkata apa yang dialami anaknya itu ibarat mimpi ngeri dan mahu jaminan keselamatan jika remaja itu dikendaki pulang semula untuk latihannya.



January 21, 2011 9:41 AM
perlu disiasat siapa yang memotong rambut pelatih tersebut.
January 21, 2011 9:55 AM
Mestilah ibu-bapa akan berang, kaum Sikh tidak sepatutnya memotong rambut mereka. Harap kes ini akan disiasat.
January 21, 2011 9:56 AM
Perkara ini perlu dipandang serius.
January 21, 2011 10:39 AM
Most probably is a prank done by one of the khidmat negara students or a group maybe.
January 21, 2011 10:40 AM
Make sure this case is being investigated thoroughly. The person who did this ought to be punished.
January 21, 2011 1:49 PM
Maka yang terbaik untuk pihak PLKN adalah cari siapa yang melakukan perkara ini semua.
January 21, 2011 2:03 PM
siasatan pertama telah dilakukan dan tidak ada sebarang penemuan samada bahagian rambut yang telah dipotong atau alatan tajam yang digunakan di tempat kejadian. sekarang siasatan kedua sedang dijalankan dan saya harap kes ini dapat diselesaikan dan tidak dipolitikkan.
January 21, 2011 9:50 PM
Siapalah juga yang tak berang kalau rambut dipotong tanpa kebenaran.. Inikan lagi kaum Sikh.
January 21, 2011 9:50 PM
Semoga kes ini disiasat dan diselesaikan secepat mungkin.
January 22, 2011 9:27 AM
kes ini perlu disiasat dan diselesaikan. pekara seperti ini tidak sepatutnya berlaku.
January 22, 2011 10:09 AM
Apa-apa pun, kita tunggulah keputusan penyiasatan.
January 22, 2011 11:45 AM
Hormatilah pegangan agama orang lain sama seperti orang lain menghormati pegangan agama anda. Susahkah?
January 23, 2011 11:16 PM
Jika tiada bukti yang kukuh orang lain yang memotongnya apakah perkara luarbiasa jika seseorang itu melakukannya sendiri untuk mencari jalan kelauar daripada mengikuti kursus itu selkama 3 bulan.Fikir2kan?
January 24, 2011 10:59 AM
Kes ini perlu disiasat dahulu untuk mengetahui kejadian sebenar. Mesti ada penjelasan yang baik mengapa perkara seperti ini berlaku, tapi kena siasatlah dulu sebelum kita tahu.
Post a Comment