

foto: 1) sebahagian Jalan Kepayan-Putatan - 2)Jalan Di Kawasan Luar Bandar
Hari ini, saya tertarik membaca satu komplen di hotline NST yang disuarakan oleh seorang Pengadu (dikenali sebagai Magalang Kompom) dari Telipok. Menurut beliau , terdapat tidak kesiambangan terhadap pembangunan jalan-jalan raya diantara Bandar dan luar Bandar.
Untuk kes yang sama dan berdasarkan pengalaman saya selaku mantan pegawai kanan kerajaan (mantan Penolong Pengarah Kanan JKR), rasa nya penerangan dari ADO Tuaran tersebut ada lah tidak releven demi untuk menyelesaikan masaalah yang di suarakan oleh pengadu tersebut.
Dalam isu ini, sepatut nya pehak JKR yang perlu dihubungi dan dipertanggung jawab untuk menyiasat. Selanjut nya bertindak berasaskan kebenaran komplen tersebut selaras dengan kemampuan jabatan mereka. Atau pun merancang ‘pre-emptive budget’ yang manasabah untuk tujuan menengani perkara yang di komplen oleh si pengadu.
Sumber: NST
Kata beliau pembangunan jalan-jalan raya dalam kawasan bandar ada lah cukup gah dengan kos yang menelan hingga jutaan ringgit. Namun dalam masa yang sama, beliau mempersoalkan mengapa jalan-jalan di kawasan luar bandar tidak mendapat kerja-kerja pembaikan seperti yang kerap dilakukan di kawasan bandar.
Sebagai contoh, “Jalan-jalan yang menuju ke beberapa kampung seperti di Telipok dan Menggatal tidak sempurna. Malah jalan yang menuju ke stesen pemancar TV3, RTM and NTV7 juga amat daif dan boleh dikategorikan sebagai jalan maut,” kata beliau.- Justeru itu, pengadu meminta agar pihak kerajaan supaya dapat mengatur pembangunan seimbang antara kawasan dalam dan luar Bandar.
- Penolong Pegawai daerah (ADO) Tuaran, Abdullah Sani Haji Daud ketika dihubungi ActionLine, menjelaskan tidak ada konsep ‘dahulu dan kemudian’ dalam aspek pembangunan di negeri ini terutamanya jika dibandingkan pembangunan antara kawasan dalam dan luar bandar.
“Cuma pembangunan di kawasan bandar, terutamanya keadaan jalan raya haruslah diselenggara dengan baik kerana ia digunakan bukan sahaja oleh penduduk sekitar tetapi juga mereka yang datang dari tempat lain. Pastinya pihak kerajaan tidak mahu imej negeri tercalar dengan keadaan jalan di kawasan bandar yang tidak sempurna.”“Berbalik kepada masalah jalan di kampung-kampung, penduduk haruslah memainkan peranan dengan membawa masalah mereka kepada kami. Pengerusi Jawatan Kuasa Kampung (JKK) juga haruslah pro-aktif dalam menjalankan tugas. Penduduk kampung boleh memohon pembaikan jalan di kampung mereka dengan menulis surat melalui Pengerusi JKK dan bawa surat tersebut ke Pejabat Daerah untuk berjumpa dengan Pegawai atau penolong Pegawai Daerah agar perkara seperti ini dapat diambil tindakan dengan lebih lanjut,” jelas Abdullah.
- Dalam pada itu, Abdullah seterusnya menegaskan kepada mereka yang datang untuk membuat sebarang aduan ke Pejabat Daerah haruslah memastikan mereka telah berjumpa dengan pegawai atau kakitangan yang berkaitan dengan membawa salinan surat aduan.
Untuk kes yang sama dan berdasarkan pengalaman saya selaku mantan pegawai kanan kerajaan (mantan Penolong Pengarah Kanan JKR), rasa nya penerangan dari ADO Tuaran tersebut ada lah tidak releven demi untuk menyelesaikan masaalah yang di suarakan oleh pengadu tersebut.
- Seada nya, ADO hanya lah menyentuhkan dasar-dasar untuk penyelengaraan jalan-jalan kampong yang dikendalikan oleh Pejabat Daerah. Manakala si Pengandu pula mempersoalkan jalan-jalan ‘feeder road’ dibawah kawalan JKR daerah atau pun negeri Sabah. Pasti nya terdapat perbezaan sistem penerimaan aduan masing-masing
- Kerana situasi yang 'cliche' sebegini lah, selalu nya mengagalkan sumbangan perkhidmatan kerajaan kearah penyelesaian ‘target’ yang sepatut nya.
Dalam isu ini, sepatut nya pehak JKR yang perlu dihubungi dan dipertanggung jawab untuk menyiasat. Selanjut nya bertindak berasaskan kebenaran komplen tersebut selaras dengan kemampuan jabatan mereka. Atau pun merancang ‘pre-emptive budget’ yang manasabah untuk tujuan menengani perkara yang di komplen oleh si pengadu.


January 31, 2011 10:21 AM
Harap isu seperti ini boleh mendapat penyelesaian daripada pihak yang berkaitan.
January 31, 2011 10:31 AM
jalan2 raya perlu diselanggarakan tanpa mengira tempat kerana semua orang akan mggunakannya, kawasan luar bandar jg perlu diberi keutamaan.
January 31, 2011 11:19 AM
keadaan jalanraya di kawasan bandar memang perlu sentiasa diselenggara kerana banyak kenderaan yang menggunakan jalan tersebut dan juga untuk menjaga imej. apa pun, saya harap usaha untuk menaiktarafkan jalan dikawasan luar bandar juga diberikan keutamaan demi keselesaan semua penduduk.
January 31, 2011 11:48 AM
Memang betul juga luahan pengadu ni dan pandangan Solymone. Kadangkala media juga memainkan peranan penting untuk memanjangkan perkara/aduan kepada pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan masalah itu benar2 dapat perhatian dan bukannya sebaliknya...
January 31, 2011 11:49 AM
Semoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak yg berkaitan.
January 31, 2011 2:45 PM
Terlalu banyak jalanraya yang harus diselenggarakan. Dikampung mahupun di bandar.
January 31, 2011 2:48 PM
Gunakan peruntukan yang telah diberikan sebaiknya. Tolong jangan ambil kesempatan. Baru2 saya ada terdengar yang pengarah JKR memberi jawatan pegawai kepada anak buahnya sendiri. Apa cerita?
January 31, 2011 3:06 PM
jalan di kampung2 dan jalan di kawasan bandar sama ja pentingnya. bukan penduduk yang tidak buat aduan, tapi pihak yang bertanggungjawab sebenarnya gagal melakukan pembaikan seperti yang diminta.
February 1, 2011 9:55 AM
Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang betul mengenai hal ini.
February 7, 2011 10:25 PM
memang menimbulkan persoalan mengapa berlaku ketidakseimbangan dalam pembangunan jalan raya..bukan saja di kawasan kampung malah jalan raya utama yang menghubungkan antara pedalaman dan bandar seperti jalan KK-Tambunan..
February 7, 2011 10:27 PM
pengunjung2 dari tempat lain khasnya pelancong bukan sahaja mahu melancong di bandar bahkan di kawasan pedalaman dan kampung2..jika penyelengaraan hanya difokus di bandar atas alasan menjaga imej, apa bezanya dengan di luar bandar? pengungjung akan menilai..dan tentu sekali penilaian tersebut bersifat negatif..harus ada penyelesaian kepada isu ini dan bukannya bersikap lepas pandang..
Post a Comment