
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution mempertahankan pendiriannya bahawa kehilangan Datuk Dr Jeffrey Kitingan membawa impak minimum terhadap parti. Sebaliknya, kata beliau, PKR melihat proses ahli keluar parti itu sebagai satu proses 'pembersihan'.
Beliau turut mengulas 27 ahli pasukan petugas Kadazandusun dan Murut PKR yang mengumumkan keluar dari parti itu semalam untuk menyokong Dr Jeffrey dalam United Borneo Front (UBF).- Saifuddin berkata beliau menghormati pilihan mereka untuk memilih platform baru yang tidak bersifat politik dan mendokong kepada agenda 'local'.
- Tambahnya lagi daripada senarai nama yang keluar itu, kira-kira sembilan daripadanya telahpun digantung sebelum ini kerana kesalahan disiplin di atas isu penubuhan Parti Cinta Sabah.
- "Yang lebih saya tumpukan apakah ia memberikan impak besar kepada parti. Setelah saya mendapatkan maklum balas daripada pimpinan serta akar umbi dari kesemua cabang, mereka nyatakan impak di cabang-cabang itu minimum. Bermaksud pemergian tokoh-tokoh ini tidak diiringi oleh beramai-beramai anggota parti keluar," katanya selepas mesyuarat bersama para ketua dan wakil-wakil cabang PKR negeri untuk membincangkan pemilihan ketua PKR Sabah di sini, hari Khamis.
- Saifuddin juga menjelaskan dalam tempoh 12 tahun parti tersebut wujud, mereka sudah pernah kehilangan 'nama-nama besar' yang didakwa menggugat keutuhan parti tersebut namun keputusan pilihan raya memberikan indikator lebih objektif.
- "Jadi (kalau nak soal) keluar ramai tak? Ramai...tapi semakin keluar semakin kukuh kedudukan parti, contoh lebih banyak kerusi (DUN dan Parlimen). Kita belajar daripada pengalaman 12 tahun itu,...(yang) keluar itu rupanya satu proses pembersihan dan kekuatan parti semakin meningkat," tambahnya lagi.
- Mengenai mesyuarat hari ini, beliau berkata PKR negeri juga membangkitkan keperluan supaya kepimpinan PKR Sabah itu diperkukuhkan.
- Ini berikutan 15 daripada 25 ketua cabang semalam telah meluahkan rasa tidak yakin terhadap kepimpinan negeri dan mahukan perubahan.
- Saifuddin berkata mereka yang hadir hari ini bagaimanapun menyatakan kesediaan untuk menerima dan patuh kepada keputusan pimpinan tertinggi parti yang akan memutuskan siapa bakal menerajui PKR Sabah.
Dalam masa yang sama, Mesyuarat MPN Negeri Sabah dikatakan telah gagal berjalan pada 6 Januari 2011 kerana telah dijahanamkan dan dirosakkan oleh kumpulan bernafsu besar dari kumpulan 'The Three Stooges', kumpulan yang berkehendakkan Ansari Abdullah sebagai Pengerusi MPN Negeri Sabah.- Oleh kerana mesyuarat hari ini tidak dipanggil di Pejabat MPN Negeri, tetapi diadakan di sebuah Restoran Atlantis, maka Ketua-Ketua Cabang Kumpulan Majoriti mengambil keputusan untuk tidak hadir bagi membuktikan bahawa adalah tidak baik mengaibkan keputusan kumpulan Majoriti PKR Sabah seperti yang didakwa Anthony Mandiau ketua Cabang PKR Marudu yang berbohong kepada warga PKR Sabah seperti kenyataan sidang Akhbar mereka yang mendapat liputan besar-besaran TV 3, Astro Awani, Bernama dan beberapa akbar terkemuka Negara ini.
Sumber: Bernama,
Baca lapuran Sabahdaily selanjutnya..
January 10, 2011 9:50 AM
samada tindakan Jeffrey ini lebih kepada proses pembersihan atau tidak, kita akan tahu jawapannya selepas pilihan raya umum akan datang. sudah tentu kenyataan atau penjelasan dikedua2 pihak berlainan kerana masing2 mahu melindungi kedudukan mereka dalam arena politik.
January 10, 2011 10:01 AM
PKR Sabah sepatutnya melihat fenomena keluar parti ini sebagai impak besar kerana yang keluar itu bukan sahaja melibatkan pemimpin2 KDM malah pengikut2 kepada pemimpin itu juga bakal melakukan tindakan yang sama.
January 10, 2011 10:17 AM
dilihat PKR kini makin bermasalah sehingga rombakan terpaksa dilakukan.
January 10, 2011 10:39 AM
Jeffrey merupakan seorang pemimpin yang berpengaruh. tindakan Jeffrey keluar parti pasti memberikan kesan kepada PKR.
January 10, 2011 10:42 AM
jika PKR Sabah gagal menyelesaikan kemelut dalaman mereka, tidak mustahil jika penyokong hilang keyakinan terhadap pemimpin mereka.
January 10, 2011 11:42 AM
Bagi pendapat saya, pemergian Jeffrey ini tidak membawa apa-apa impak terhadap PKR ataupun mana-mana pihak.
January 10, 2011 1:36 PM
It doesn't matter anymore whether Jeffrey give any impact to the party. PKR need to solve their internal issue before more members will quit.
January 10, 2011 1:37 PM
pemergian Jeffrey ini adalah kesan daripada kepimpinan PKR Sabah yang kurang sitematik.
January 10, 2011 1:41 PM
All the best to PKR!
January 10, 2011 9:39 PM
Minima la mungkin... rasanya besar juga effect nya tu.
January 10, 2011 9:40 PM
Apapun kita tunggu dan lihat sajalah apa yang bakal berlaku nanti.
January 11, 2011 10:04 AM
Baguslah kalau mereka rasa begitu.
January 11, 2011 11:29 AM
Mungkin ego PKR ini sangat ketara. Kehilangan Jeffery satu pemergian ahli yang penting untuk Sabah. PKR Sabah hilang kuasa untuk di Sabah dengan kehilangan ahli yang berpengaruh ini.
January 11, 2011 2:55 PM
Adakah PKR akan bertahan tanpa sokongan dari JK?
January 11, 2011 2:56 PM
Kita lihat sampai bila mereka akan bertahan tanpa sokongan dari orang Sbaha.
January 12, 2011 10:34 AM
Jeffrey hanya satu orang saja, tidak mampu menggegarkan sebuah parti. Jadi tak perlulah menjadikan seperti langit dah hampir jatuh.
January 13, 2011 10:13 AM
Jeffrey's resignation is unlikely to make an impact.
January 17, 2011 12:01 PM
Walaupun Jeffrey sudah keluar, tapi PKR masih perlu diteruskan.
January 18, 2011 10:18 AM
Sudahlah, biar Jeffrey mengikut jalan yang dia memilih dan PKR meneruskan perjuangan parti sendiri.
Post a Comment