SUARA BEBAS TUARAN

Kelab Gay Di Percayai Di Lindungi Golongan VIP?

Labels:

Menurut Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Timbalan Superintenden Razali Abu Samah(berdiri dikiri), polis dan Agensi penguat kuasa kini giat untuk memantau aktiviti kumpulan pengamal seks songsang atau kelab gay di Malaysia ini.
Namun bukan begitu mudah untuk membentras kegiatan golongan ini kerana mereka bergerak secara tersembunyi di sebalik premis urut, pusat hiburan dan kelab gay yang menggunakan nama persatuan atau pertubuhan yang sah.
  • Disamping itu, kumpulan ini dipercayai 'dilindungi' oleh golongan orang kenamaan (VIP). Menurut sumber, VIP terbabit dikatakan pernah menghubungi dan memberi amaran keras kepada pihak penguat kuasa sekiranya premis-premis kelab gay terbabit diserbu.
  • Difahamkan, kebanyakan golongan gay terbabit terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi, profesional, tokoh korporat dan selebriti.
  • Jika dilihat blog-blog dan laman sosial popular Facebook turut mendedahkan 'keberanian' golongan gay itu berkongsi pengalaman peribadi dan kehidupan mereka sebagai pengamal seks songsang.
  • Menurut Timbalan Superintenden Razali Abu Samah, polis telah mengenal pasti empat kelab gay yang berselindung di sebalik pusat urut di sekitar ibu negara. Ia berdasarkan penemuan gambar-gambar lelaki berbadan sasa yang tidak berbaju diletakkan dalam premis selain penemuan kondom-kondom telah digunakan.
  • Tambahnya, terdapat juga iklan urutan batin B2B (badan ke badan) yang menawarkan khidmat seks songsang.
  • 'Siasatan mendapati terdapat lelaki warga asing juga bekerja sebagai 'tukang urut' di premis berkenaan. Selain rumah urut, pihaknya turut mendapat maklumat pusat kecergasan diri sering dikunjungi golongan gay kerana mereka menjaga penampilan diri selain teliti dalam aspek kebersihan’, kata Razali.
Dikatakan, golongan gay tidak segan silu mempamerkan kemesraan mereka di khalayak ramai malah pernah menggoda pegawai-pegawai polis ketika serbuan dibuat.
'Sifat tidak malu itu juga jelas dilihat ketika mereka menari bersama-sama dalam keadaan separuh bogel ketika serbuan dibuat di premis urut berkenaan,' kata Razali.
Sumber: Cybernews
19 comments:

Mesti siasat siapa VIP disebalik kelab ini.


kita tak boleh biarkan kegiatan songsang ini terus berleluasa.


Golongan VIP yang terlibat harus dibawa siasat kerana melindungi aktiviti kotor ini.


Apapun,teruskan usaha polis untuk membanteras membentras kegiatan golongan gay ini.


masalah gay ini perlu dibendung dari awal sebelum menjadi lebih teruk lagi.


sebaiknya siasatan dan operasi dibuat bagi menangani masalah ini.


hmmm, entah apa mahu jadi dengan dunia sekarang. huhu


Tapi bagi saya semuanya terpulang pada individu masing2... Cegah dengan apa cara sekalipun kalau takda kesedaran mahu berubah, konpom takda makna juga.. Jadi tepuk dada, tanya selera:P


gejala seks songsang ini harus dibanteras sepenuhnya..


diharap pihak berkuasa akan meneruskan usaha untuk membanteras gejala ini...mereka yang terlibat harus dihukum..


identiti VIP tersebut patut didedahkan sahaja dan wajar diheret bersama2 dengan golongan gay yang berjaya ditahan. tidak perlu takut dengan ugutan beliau jika benar beliau berada dipihak yang salah.


Harap VIP ini boleh dikenal pasti dan tindakan keras diambil terhadapnya.


Negara lain memang tidak dapat dinafikan bahawa golongan gay memang biasa, tetapi di negara Malaysia...bolehkah kita bertahan?


Dalang segala perkara ini perlu disiasat sekali untuk menyelesaikan masalah ini.


Pelacuran sejenis ini memang tidak patut dibenarkan berleluasa.


Waaa mereka tidak malu untuk berbuat demikian. Hal ini harus segera dibendung. Keruntuhan moral ini akan mengundang lebih banyak masalah sosial.


Kenapa berlaku? itu kita kena kenal pasti. Adakah ianya berpunca dari rumah? Dari pergaulan? atau juga dari sebab2 lain.


Harap aktiviti yang tidak bermoral ini akan ditumpaskan.


This type of business are illegal, they must not be allowed to continue. Hope that the necessary actions will be taken against them.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails