
Sebanyak 16,192 kes kemalangan jalan raya dengan melibatkan 444 kematian daripada pelbagai kategori pengguna jalan raya direkodkan berlaku di negeri ini, tahun lalu. Berdasarkan statistik kemalangan jalan raya daripada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) IPK Sabah, ianya merupakan peningkatan sebanyak 394 atau (2.4 peratus) kes kemalangan jalan raya di negeri ini.
Manakala kes kematian akibat kemalangan jalan raya sebanyak 98 kes atau (22.1 peratus) telah direkodkan pada tahun lalu, demekian kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan selepas mesyuarat Agung Tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Sabah di sini, kelmarin.- “Antara lokasi kerap berlaku kemalangan jalan raya yang dikenalpasti di daerah Kota Kinabalu ialah di kilometer 17.3 dan kilometer 19 Jalan Lintas, sementara di daerah Sandakan kawasan di Batu 8 Jalan Lintas Labuk manakala di daerah Tawau di sepanjang Jalan Tawau- Kunak,” katanya.
- Mengenai langkah untuk mewajibkan semua kenderaan kecuali kenderaan pacuan empat roda memasang beg udara mulai tahun depan, Pairin berkata, ianya merupakan satu tindakan bijak kerajaan dalam menangani isu kemalangan jalan raya melibatkan golongan pemandu dan penumpang kenderaan persendirian.
- Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Sabah berkata, pendekatan khidmat nasihat secara berterusan yang berkonsepkan mesra masyarakat melibatkan agensi penguatkuasa, agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, badan bukan kerajaan (NGO) dan sektor korporat mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya melalui penyebaran informasi.
- Menurutnya, informasi berkaitan keselamatan jalan raya di kalangan pengguna jalan raya selain penerapan nilai-nilai murni dan amalan seharian yang mengutama- kan isu-isu keselamatan dalam kehidupan seharian.
Sumber: NST
January 27, 2011 9:19 AM
nampaknya kadar kemalangan jalan raya kini makin meningkat, langkah2 keselamatan perlu dititikberatkan bagi memastikan keselamatan kita semasa di jalan raya terjamin.
January 27, 2011 9:22 AM
peningkatan ini membimbangkan. langkah bagi mengurangkan kemalangan perlulah diambil.
January 27, 2011 9:23 AM
pemandu juga perlulah mengamalkan sikap brhati-hati ketika memandu di jalan raya.
January 27, 2011 9:32 AM
Increased by 22 percent???hmm..This is bad.
January 27, 2011 9:40 AM
In order to decrease the rate of accident happening around Sabah, we must drive safely by following the rules of the road. Car must always be send for service every few months to ensure car is safe to drive.
January 27, 2011 10:20 AM
It is not something that we can be proud of. Its something we have to find another way to make the numbers of road accidents decrease. Well, Leo, you gave such a good advice, hopefully people can practicing it.
January 27, 2011 10:22 AM
Bahaya ni, harap semua orang akan berhati hati semasa menggunakan jalan raya.
January 27, 2011 10:29 AM
Harap para pemandu memandulah dengan cara berhati-hati. Sayangilah diri anda..
January 27, 2011 10:31 AM
Pandu cermat jiwa selamat. Itulah yang kita perlu bagi seorang pemandu. Jangan membantu terlalu agresif..
January 27, 2011 10:45 AM
pemasangan beg udara bukanlah langkah yang paling tepat bagi menangani isu kemalangan jalan raya. jika lokasinya telah dikenalpasti, buat kajian ditempat berkenaan. perbaiki jalan dan banyakkan papan tanda atau lampu jalan. banyak faktor luaran yang boleh diambil kira sebagai punca utama kepada isu kemalangan ini.
January 27, 2011 10:50 AM
kerajaan tidak boleh lepas tangan dengan hanya memberi penekanan kepada faktor dalaman kenderaan, sedangkan orang ramai tahu banyak kes2 kemalangan adalah disebabkan oleh faktor jalan raya. langkah yang paling tepat adalah dengan mengambil kira kedua2 faktor.
January 27, 2011 1:51 PM
kemalangan jalan raya boleh berlaku bila2 masa sahaja. apapun, langkah berjaga jaga perlu diambil bagi memastikan nyawa kita selamat.
January 28, 2011 12:43 AM
Hal ni lah yang menyebabkan saya semakin tak berani driving:(
January 28, 2011 12:45 AM
Setiap pengguna jalan raya harus extra waspada bagi mengelakkan kemalangan berlaku. Memanglah malang tak berbau, tapi kita harus sentiasa mengutamakan keselamatan.
January 28, 2011 10:11 AM
Kalau semua pengguna jalan raya mengikuti peraturan dan sentiasa berwaspada, mungkin perkara seperti ini boleh dielakkan.
January 29, 2011 9:50 AM
Nyawa itu sangat berharga, berhati-hatilah di jalan raya.
March 29, 2012 6:16 PM
Apa yang saya lihat sebahagiannya adalah masalah keadaan jalan yang tidak sempurna dan merbahaya
Post a Comment