
Tidak dapat dinafikan Khairy Jamaludin Ketua Pemuda UMNO Malaysia mempunyai segala kualiti dan kelayakan untuk berdebat dengan Penasihat Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim. Khairy petah bercakap dalam bahasa Inggeris dan Melayu malah Bahasa Inggerisnya jauh lebih baik daripada Anwar.
Khairy juga mempunyai ilmu yang lebih daripada Anwar dan keupayaan berpidato dan berdebat yang tidak kurang hebatnya berbanding Anwar tetapi penonton yang akan dihadapinya bukan anggota Parlimen dan orang terpelajar sebaliknya penyokong politk yang lebih ramai menggunakan emosi daripada pemikiran rasional.Khairy tidak boleh menandingi Anwar dari segi membakar perasaan rakyat.Khairy harus menyedari kelemahannya berbanding Anwar ialah dia bukan seniman jalanan yang sanggup berbohong dan memutarbelitkan fakta dan sanggup memainkan isu-isu yang lebih diterima oleh emosi rakyat dari fikiran yang waras.
- Jika angka petunjuk ekonomi sekarang ini menampakan negara sedang berada pada tahap keyakinan yang tinggi di bawah pimpinan Najib, Anwar boleh menceritakan negara ini sedang bankrap kerana banyak berhutang. Dia juga mempunyai angka sendiri. Rakyat tidak mengambil kira samaada berasaskan sumber yang lemah atau palsu.
Sebagai seorang pelakon jalanan yang hebat dan berpengalaman, Anwar akan dapat mempersembahkan permbohongan sebagai kebenaran, tetapi Khairy sebagai seorang terpelajar dan profesional akan mematuhi etika dan peraturan. Maka itu jika terjadi perdebatan antara Khairy dan Anwar, yang akan mendapat pentas ialah Anwar yang imejnya sedang merudum dan bertambah kotor.- Dia akan menggunakan sepenuhnya pentas ini untuk membasuh imej dihadapan penonton yang tentunya ramai oleh kerana ingin melihat keupayaan Khairy. Jika Khairy meneruskan hasrat ini maka beliau akan sekali lagi membuat kesilapan politik yang bukan sahaja akan merosakan dirinya malah juga UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi sekarang Khairy teperangkap oleh jeratnya sendiri. Jika Anwar terima cabaran maka dia tidak ada pilihan lain lagi.
- Sesunggunya yang layak menemui Anwar Ibrahim hanyalah “penjual ubat” yang bijak menjual berbagai bagai cerita rekaan dan karut marut untuk melariskan jualan ubatan palsunya.
Dalam pada itu, Dr Mohd Zuhdi Marzuki merasakan bahawa Khairy atau pun Nazri belum mempunyai wibawa untuk menandingi Anwar. Pada pandangan Marzuki, perdebatan Khairy dengan Anwar tidak lebih daripada untuk menaikkan semula dirinya dalam dunia percaturan politik UMNO.. Baca isi kandongan penuhSumber: Malaysia Aktif, The Malaysian Insider



January 18, 2011 10:11 AM
Oleh itu, rakyat sendiri perlulah pandai menilai sendiri.
January 18, 2011 10:47 AM
tk salah jika Khairy nak berdebat dgn Anwar, tp kena dilihat hasil yng diperolehi daripada perdebatan ini.
January 18, 2011 1:33 PM
Tindakan Najib yang menolak pelawaan Anwar untuk berdebat berkenaan dengan isu ini merupakan satu tindakan tepat kerana jelas debat ini sebenarnya tidak membawa sebarang kesan positif melainkan hanya bertujuan untuk mencari publisiti dan populariti.
January 18, 2011 1:36 PM
Anwar tidak perlu mengganggu urusan kerja PM yang sudah tentu tidak mempunyai masa melayan debat beliau, sebaliknya sahutlah cabaran Khairy atau Ummi Hafilda.
January 18, 2011 3:45 PM
Mungkin Anwar bukan tandingan Khairy. Ilmu memang khairy cukup, tapi ilmu tipu muslihat dan putar belit fakta mungkin Khairy akan kalah. Itulah mainan Anwar yang paling dikagumi. Selalu memutar belit fakta dan memberikan keyakinan kepada rakyat. Itulah Anwar.
January 18, 2011 11:45 PM
Terpulanglah pada penilaian rakyat. Biarkan saja pentas politik buat gimik. hehe
January 18, 2011 11:46 PM
K/kala saya terfikir susah sangat kah bersatu jika niat utama adalah untuk mempertahankan hak rakyat? hhhmmm...
January 19, 2011 9:40 AM
Itu terpulanglah dengan Khairy.
January 20, 2011 9:55 AM
Tak salah kalau mahu berdebat. Tapi terpulanglah sama ada mereka yang terlibat itu sanggup menyahut cabaran ataupun tidak.
January 21, 2011 10:21 AM
Harap khairy tidak silap langkah kali ini.
January 21, 2011 11:04 AM
setiap orang ada pandangan masing-masing. apa pun, setiap pemimpin itu ada keupayaan dan kemampuan masing-masing. Khairy dilihat sebagai pemimpin muda yang berani dan mampu berhujah.
Post a Comment