
Selepas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menolak cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat mengenai dasar ekonomi negara itu sambil menegaskan bahawa beliau mempunyai 'maklumat' yang boleh membuat ketua pembangkang itu 'demam', Datuk Seri Anwar kini membalas kenyataan itu dengan satu cabaran baru terhadap Datuk Seri Najib.
Beliau juga bersedia mendebatkan isu-isu peribadi berkaitan dengan Perdana Menteri Malaysia itu.- Datuk Seri Anwar, semasa turun padang bagi membantu kempen PAS-Pakatan Rakyat (PR) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang malam kelmarin, mencabar Datuk Seri Najib berdebat mengenai soal peribadi jika perdana menteri itu terus menyerang soal peribadinya dan tidak sanggup sentuh dasar ekonomi kedua-dua perikatan, menurut laporan laman berita The Malaysian Insider, semalam.
Dua minggu lalu, Datuk Seri Anwar mencabar Datuk Seri Najib agar berdebat berhubung dasar ekonomi kededua Barisan Nasional (BN) dan PR - termasuk 'Buku Jingga' mengenai program '100 Hari' yang dilakar pakatan pembangkang itu.'Saya cabar debat soal ekonomi tapi beliau (Najib) cakap peribadi, tapi kalau nak debat peribadi saya terima.
'Saya beri ingatan kepada beliau, kalau sebut lagi soal peribadi, saya cabar beliau debat soal peribadi.
'Tapi sekarang adalah soal ekonomi sebab itu saya cabar debat soal ekonomi,' kata Datuk Seri Anwar .



January 25, 2011 9:21 AM
anwar ni nampaknya bersungguh sungguh nak berdebat dgn najib.
January 25, 2011 9:28 AM
jika sampai soal peribadi pun ingin didebatkan, ini tidak memberikan manfaat kepada rakyat.
January 25, 2011 9:32 AM
jika sampai soal peribadi pun ingin didebatkan, adalah lebih baik jika kedua-dua pihak fokus terhadap tugas dan tanggungjawab mereka kepada rakyat.
January 25, 2011 10:02 AM
It's about time!
January 25, 2011 10:14 AM
If I'm not mistaken.. Anwar invited him for a discussion not challenge him for a debate. Bernama made a mistake in that.
January 25, 2011 10:18 AM
Would be interesting to see anwar and najib have a debate on their personal life.
January 25, 2011 10:31 AM
Anwar cabar Najib, Najib cabar Anwar, akhirnya mungkin tiada pendebatan akan dijalankan.
January 25, 2011 11:24 AM
Najib tidak ada masa untuk berdebat dengan Anwar. Maka Anwar tidak perlulah memaksa, nanti Demam ..Najib kata.
January 25, 2011 12:29 PM
bagaimana Anwar melihat tawaran debat dari Nazri, KJ dan Ummi, begitu juga la Najib melihat tawaran debat oleh Anwar.
January 25, 2011 11:13 PM
Sudah2 lah tu Anwar. Tak perlulah paksa kalau Najib tak mahu.
January 25, 2011 11:14 PM
Ya azman. Memang tak beri manfaat pun. huhuhu
January 26, 2011 10:54 AM
Macam wayang kulit saja.
January 29, 2011 9:52 AM
Kita tunggulah pendedahan selepas ini.
Post a Comment