SUARA BEBAS TUARAN

Lapuran Penutupan Khidmat Facebook Palsu?

Labels:

Disaat seluruh warga dunia asyik ‘melayan’ Facebook, laman web sosial paling popular, seluruh masyarakat dunia digemparkan dengan laporan bahawa laman itu bakal ditutup tidak lama lagi.
Mendengar khabar belum pasti itu, setiap yang mendaftar sebagai pengguna Facebook tertanya-tanya apakah laporan itu benar atau sekadar khabar angin semata-mata.
  • Tidak lama selepas khabar angin ‘penamatan riwayat Facebook’ dan tiada kenyataan rasmi yang mengesahkan tentang penutupan laman web itu, maka ramailah peminat setianya yang tersenyum dan menarik nafas lega.
  • Apa yang pasti, usikan nakal untuk seluruh pengguna Facebook di dunia itu membuatkan manusia terlopong seketika, membayangkan apa akan berlaku terhadap dunia masing-masing tanpa laman web sosial itu.
  • Ketua Pegawai Eksekutif CASO Sdn Bhd, Ezran Baharum berkata, ia bukan satu perkara mustahil apabila terdapat desas-desus tentang penutupan operasi Facebook yang dikatakan akan bermula Mac ini.
  • Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang teknologi maklumat (IT), pemuda 27 tahun ini berkata, keputusan tersebut mungkin dibuat atas beberapa faktor termasuklah ketagihan melampau masyarakat dunia terhadap laman itu.
  • Menurut Ezran yang banyak terlibat dengan bidang pembangunan ICT dan multimedia, ramalan tersebut dibuat setelah mengkaji latar belakang Mark Zuckerberg dan bagaimana anak muda itu membangunkan laman web sosial itu tidak lama dulu
  • Zuckerberg yang pernah menuntut di Universiti Harvard, Amerika Syarikat dikatakan tidak menyimpan hasrat untuk mengaut keuntungan seperti yang diperolehnya sekarang apabila beliau membina Facebook, sebaliknya hanya bermatlamat mewujudkan sebuah rangkaian sosial di kalangan pelajar universiti.
  • Tuah Zuckerberg, tanpa disangka-sangka Facebook terus mendapat perhatian ramai dan berjaya meluaskan rangkaiannya ke seluruh pelosok dunia, termasuklah Malaysia.
  • Dalam pada itu, Ezran tidak menolak kemungkinan seandainya benar Facebook ditutup, ia juga ada kaitan dengan sikap masyarakat dunia yang terlalu obses terhadap laman tersebut.
Sekiranya Facebook dihapuskan, penggemar-penggemar laman web sosial tidak perlu bimbang atau kecewa. Ini kerana, banyak individu dan syarikat di seluruh dunia sering berlumba-lumba membangunkan laman web yang sama atau yang lebih baik berbanding apa yang ditawarkan sebelum ini,kata Ezran
Malah terdapat banyak laman alternatif seperti Twitter, MySpace dan Friendster yang boleh dilayari.
Sumber: mStar
9 comments:

kabar angin bahwa laman sosial facebook akan ditutup hnyalah palsu. tp jika benar ia akan ditutup suatu hari nnti, kita tak perlu risau kerana kini makin byk laman sosial seperti FB akan muncul.


It's about time people get back to reality.


pada masa depan kemajuan teknologi maklumat pasti lebih hebat berbanding sekarang ini.


Ini sekadar khabar angin sahaja. Tak perlu risau, Mark Zukerberg juga telah menjamin bahawa Facebook tidak akan tutup buat masa ini.


Kalau kena tutup rasanya pas ni pasti muncul g laman sosial yang lebih hebat.. Dunia kan makin maju. hehehe
Apapun tak perlu risau la dengan khabar angin ni.


I strongly agree with you Jason. There's a positive thing behind this. However, it's just a rumor. No need to worry.


Kita tunggu saja kebenarannya. Mungkin ini juga khabar angin saja.


betul, jika FB ditutup pasti ramai yang mengambil peluang ini untuk membangunkan laman web yang sama.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails