
Beginilah keadaan gerai makanan dan minuman milik keluarga Unpeng di Jalan Bako, Kuching selepas dimusnahkan oleh anggota penguat kuasa sebuah PBT di Kuching.
Sebuah keluarga peniaga sedang menimbang tindakan undang-undang selepas pegawai penguatkuasaan daripada sebuah pihak berkuasa (PBT)Kucing Sarawak bertindak seperti samseng dan menyerang mereka dengan belantan, merompak wang tunai, merosakkan gerai tanpa lesen dan merampas harta mereka semalam.
Lium yang membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Tiga, turut memaklumkan bahawa dia benar-benar mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap PBT berikutan insiden semalam tetapi membiarkan polis menyiasatnya terlebih dahulu.
Sumber: Utusan Borneo
- Pemiliknya, Lium Unpeng, 47, memberitahu pemberita mengenai insiden yang berlaku sekitar jam 9.30 pagi itu apabila sekitar 40 pegawai penguatkuasaan berpakaian seragam tiba di gerai makan dan minum mereka di bulatan Jalan Bako dengan menggunakan tiga van, lori dan Toyota Hilux.
- “Kebanyakan mereka membawa kayu, manakala dua memegang parang dan tukul dan mereka terus mengamuk menghentam gerai saya,” kata Lium yang sudah menjalankan perniagaan itu lebih setahun bersama ayahnya, Unpeng Gona, 65, adik beradiknya Lee, 45, Mohd Saifulrudin Abdullah, 29 dan Balan, 20, serta 10 pekerja wanita.
- Saifulrudin berkata, apabila dia cuba melindungi harta benda mereka daripada dimusnahkan, seorang pegawai menghalakan parang kepadanya dan mencabarnya untuk berlawan.
- “Empat daripada mereka memegang saya manakala yang lain memukul saya dengan menggunakan kayu.
- “Bapa saya cuba menghentikan mereka daripada terus memukul saya tetapi dia turut dibelasah,” kata Saifulrudin yang mengalami lebam-lebam di lengan, leher dan kepala.
- Beliau berkata, serangan itu dan pemusnahan gerai itu hanya berhenti apabila pegawai-pegawai itu mendengar salah seorang adik beradiknya menghubungi polis menerusi telefon bimbitnya.
- Dalam insiden itu, keluarganya mendakwa RM3,000 tunai dicuri dari laci, manakala wang milik Unpeng dan Lee sebanyak hampir RM2,000 juga dicuri dari beg mereka.
- Turut didakwa bahawa pegawai-pegawai itu merampas hampir 500 biji kelapa, satu tan tebu, satu tan pisang, beberapa tangki gas silinder, dapur-dapur gas, khemah kanvas dan beberapa barangan lain. Kesemua barangan tersebut bernilai hampir RM10,000.
- Lium berkata, dia meluat dengan perangai pasukan penguatkuasaan itu yang beliau sifatkan sebagai gengster. keluarganya tidak berhak diperlakukan sedemikian walaupun mereka beroperasi tanpa lesen.
- “Saya mengakui kami tidak mempunyai lesen, kami juga tidak ada beza daripada banyak gerai tanpa lesen lain yang beroperasi di kawasan itu tetapi kami sahaja yang menjadi mangsa,” katanya.
- Menurutnya Lium, pada September tahun lepas, dia dikeluarkan kompaun, yang dia sudah selesaikan dan juga diberitahu untuk menutup gerai itu oleh pihak PBT itu memandangkan dia ‘beroperasi secara haram di tanah kerajaan’.
- Bagaimanapun, dia memilih untuk meneruskan perniaga-annya setelah menyedari gerai peniaga lain masih beroperasi. Katanya, dia cuba memohon lesen tetapi ditolak oleh pihak PBT berkenaan.
Lium yang membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Tiga, turut memaklumkan bahawa dia benar-benar mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap PBT berikutan insiden semalam tetapi membiarkan polis menyiasatnya terlebih dahulu.


January 15, 2011 9:08 AM
tindakan pegawai PBT ini tidak wajar sama sekali. walaupun peniaga tersebut berniaga tanpa lesen. mereka tak seharusnya bertindak begitu ganas.
January 15, 2011 9:36 AM
keadilan perlu diberikan kepada peniaga2 ini kerana mereka tidak sewenang2nya berniaga tanpa lesen. semua masalah ini berpunca dari PBT, dan PBT lah yang wajar dikenakan tindakan.
January 15, 2011 9:46 AM
saya harap peniaga2 ini diberikan pampasan berdasarkan jumlah kerugian yang ditanggung oleh mereka walaupun mereka berniaga secara haram. sepatutnya kerajaan menggalakkan warga tempatan ini menceburi apa sahaja aktiviti yang boleh menjana pendapatan mereka.
January 15, 2011 9:55 AM
pekara ini perlu disiasat dengan teliti. jika benar seperti yang didakwakan, tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pegawai PBT yang terlibat.
January 15, 2011 9:58 AM
tindakan PBT yang berlagak samseng tidak patut berlaku dan ianya boleh memberikan imej yang buruk terhadap PBT berkenaan.
January 15, 2011 10:04 AM
Bodoh benar tindakan mereka.
January 15, 2011 10:15 AM
Mungkin mereka ini terlampau, tidak mengikuti undang-undang. PBT yang terlibat harus menerima balasan dan hukuman kerana telah mencederakan orang lain. Sepatutnya mereka cuma boleh merampas barang-barang yang beroperasi dan bukan duit dan mencederakan orang. Itu sudah dikira salah dalam undang-undang.
January 15, 2011 10:20 AM
Amat memalukan. Harap perkara ini disiasat dan pegawai PBT ini ditahan.
January 15, 2011 10:42 AM
Perbuatan pegawai PBT itu sungguh memalukan.
January 15, 2011 10:48 AM
Diharapkan polis membuat siasatan untuk mengesahkan dakwaan Lium dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pegawai PBT tersebut jika ia benar.
January 15, 2011 10:49 AM
Pegawa PBT itu patut digantung kerja atau lebih bagus dibuang kerja. Tidak patut dia buat begitu..
January 15, 2011 7:19 PM
jika didapati bersalah, anggota PBT yang berkenaan harus dipecat..
January 15, 2011 7:20 PM
diharap keadilan akan ditegakkan..
January 17, 2011 11:52 AM
Siasatlah kes ini dahulu.
January 18, 2011 10:20 AM
Perkara ini perlu disiasat untuk mengetahui kejadian sebenar.
January 19, 2011 9:47 AM
Kena tanya saksi yang ada pada tempat kejadian hari itu.
January 25, 2011 4:17 PM
Tidak baik bersikap jahat kerana anda tidak tahu dimanakan diri anda di masa akan datang.
Post a Comment