
Bekas amah dari Jawa terkejut apabila mengetahui berita kononnya beliau diperkosa majikan tersebar luas
Setelah buat beberapa ketika mendiamkan dirinya, seorang pembantu rumah warga Indonesia, yang didakwa diperkosa oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, kelmarin tampil menjelaskan bahawa tuduhan itu tidak benar dan tidak berasas sama sekali.Cik Robingah (seperti beberapa warga Indonesia lain, hanya menggunakan satu nama sahaja), 47 tahun, yang berkhidmat selama lapan tahun dari 1999 hingga 2007, menjelaskan, sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan Dr Rais, beliau diberi layanan baik dan tidak pernah diperlakukan seperti dakwaan yang kini tersebar luas, lapor akhbar Berita Harian Malaysia (BHM) sambil memetik beberapa laporan media Indonesia, semalam.
- 'Saya tidak pernah diperkosa Datuk Rais. Khabar angin yang mengatakan saya diperlakukan seperti itu adalah tidak benar sama sekali,' katanya.
- Sepanjang mengenali Datuk Rais Yatim, beliau berkata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia itu seorang yang baik dan sering membelikan buah tangan sekiranya pulang dari luar negara, jauh sekali berkelakuan kasar terhadapnya dan yang lain.
- Cik Robingah, yang berasal dari Banjarnegara, Jawa Tengah, berkata, sepanjang berkhidmat selama lapan tahun di rumah Dr Rais, beliau bersama tiga lagi pembantu rumah berasal dari Indonesia diberi layanan yang baik dan tidak pernah berhadapan dengan masalah untuk mengambil cuti balik ke kampung halaman.
- 'Sepanjang bertugas, saya ditugaskan sebagai penghantar makanan sekiranya ada jamuan di rumah Datuk dan membuka pintu pagar ketika Datuk keluar dan pulang ke rumah.
- 'Sepanjang mengenali Datuk, beliau seorang yang baik dan sering membelikan buah tangan sekiranya pulang dari luar negara, jauh sekali berkelakuan kasar terhadap saya dan yang lain.
- 'Saya begitu sedih apabila mengetahui dikaitkan dengan Datuk yang jelas boleh menjejaskan namanya di Malaysia dan Indonesia,' kata beliau, yang dipetik dalam laporan laman berita Media Indonesia (MI) dan Republika.co.id, kelmarin.
Sejak kebelakangan ini, beberapa laman blog menyiarkan cerita kononnya Dr Rais telah memperkosa pembantu rumahnya pada 2007.
- Bagaimanapun, Dr Rais tampil untuk menafikan tuduhan itu sambil berkata beliau tidak pernah terbabit dalam kes jenayah perkosaan pada 2007 dan menyifatkan semua dakwaan lain dilemparkan penulis blog di Internet dan parti-parti pembangkang di Malaysia sebagai tidak benar.
- Suami Cik Robingah, Encik Sukirman, 52 tahun, pula berkata sepanjang isterinya bekerja di Malaysia, beliau tidak pernah mengeluh dan menceritakan keburukan majikannya.
- Bulan lalu, sebuah laman berita parti pembangkang, HarakahDaily.Net, melaporkan bahawa seorang menteri kabinet Malaysia terus bebas walaupun terdapat dakwaan bahawa beliau telah merogol pembantu rumahnya tiga tahun lalu.
- Berita itu segera menjadi salah satu berita sensasi tahun lalu selepas laman berita tersebut menyiarkan pendedahan WikiLeaks berhubung dakwaan itu, sambil memetik seorang penulis blog Malaysia, RockyBru, dan kenyataan Migrant Care.
Migrant Care pula dalam sidang medianya semalam mengesahkan laporan yang dipetik oleh laman web di Malaysia, termasuk HarakahDaily.Net adalah daripada mereka.Namun, kumpulan hak asasi itu berkata pihaknya tidak pernah memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menyiarkan laporan itu, yang dihantar kepada Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Indonesia.
Migrant Care juga memaklumkan, kes itu tidak dibawa ke tindakan seterusnya kerana mangsa tidak bersedia, kata HarakahDaily.Net, semalam.



January 10, 2011 9:37 AM
dengan penafian yang dibuat oleh Robingah serta penjelasan dari Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI), isu ini tidak patut disensasikan lagi kerana jelas menunjukkan tuduhan itu adalah fitnah semata2.
January 10, 2011 9:37 AM
dengan penafian yang dibuat oleh Robingah serta penjelasan dari Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI), isu ini tidak patut disensasikan lagi kerana jelas menunjukkan tuduhan itu adalah fitnah semata2.
January 10, 2011 10:15 AM
Robingah sendiri teleh menafikan bahwa dia pernah diperkosa, nampaknya berita ini hanyalah fitnah dan tidak benar.
January 10, 2011 10:31 AM
cerita yang telah tersebar selama ini mungkin bertujuan untuk memburukkan nama Datuk Seri Dr Rais Yatim.
January 10, 2011 10:33 AM
pihak yang telah menyebarkan cerita yang tidak benar adalah amat tidak bertanggungjawab.
January 10, 2011 10:33 AM
Now that the victim clear things up, let's just rest this case. It's just rumors to purposely give Rais bad name.
January 10, 2011 10:39 AM
Then again, the victim might hv been paid to deny that she was raped by Rais. Whatever it is, I hope what she said is the truth.
January 10, 2011 11:41 AM
Namun begitu, perkara ini masih perlu disiasat.
January 10, 2011 1:52 PM
berita ini belum dipastikan benar ke tidak, lagipun, Datuk Seri Rais dan bekas pembantu rumahnya menafikan hal ini. mungkin cerita ini disebarkan untuk menjatuhkan Datuk Seri Rais.
January 10, 2011 9:45 PM
Hal ni dah dinafikan jadi tak perlulah perbesarkan lagi.
January 10, 2011 9:47 PM
Rasanya penyebar fitnah ni yang patut kena siasat:P
January 11, 2011 9:59 AM
Ada kemungkinan pembantu rumah ini diugut ataupun dirasuah untuk menafi perkara ini. Oleh itu, masih perlu menyiasat kes ini.
January 11, 2011 11:23 AM
Kita senidir pun sudah tahu siapa yang punya kerja. Mestilah Pembangkang yang menyebaran maklumat ini supaya mereka dapat melemahkan kedudukkan datuk rais. Apa pun terima kasih kepada pembantu rumah yang sanggup menegakkan keadilan dan kebenaran.
January 11, 2011 2:52 PM
Jadi apa sebenarnya yang berlaku tidak ada kaitan dengan Datuk Rais? Tidak ada yang membuktikan bahawa Datuk Rais terlibat.
January 11, 2011 2:54 PM
Kenapa pihak media tidak mendedahkan sahaja nama pembantu rumah yang membuat laporan itu? Kan senang tidak perlu lagi berteka-teki.
January 12, 2011 10:32 AM
Lebih baik kalau penyiasatan diteruskan supaya kebenaran akan didedah.
January 13, 2011 10:15 AM
Just let the police do what they need to do.
January 17, 2011 12:00 PM
Pihak polis ada cara mereka sendiri untuk menangani perkara ini.
Post a Comment