
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,
Datuk Seri Ismail Sabri Yakub berkata pengetahuan dan maklumat kurang tentang hak-hak kepenggunaan menjadi punca ramai pengguna di kawasan luar bandar tertipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Selain dari itu, pengguna di luar bandar telah menjadi sasaran peniaga menjual barang pada harga yang tinggi disamping menjadi sasaran penjualan produk yang telah luput tarikh kegunaan, kata nya.
Menurut Sabri, pengguna di luar bandar sering menjadi sasaran seperti penjualan produk yang telah luput, mahal dan kerana tidak tahu hak mereka (pengguna) membiarkan peniaga bermaharajela, mereka kata tak apa…buang sahaja yang rosak tanpa membuat aduan. Beliau menyatakan ini kepada pemberita selepas majlis perasmian Program Kepenggunaan Luar Bandar di Beladin, Sarawak kelmarin.
Beliau berkata sikap pengguna luar bandar yang jarang mengambil tindakan dan aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) khasnya kepada Tribunal Tuntutan Pengguna mendorong peniaga untuk terus menindas pengguna di luar bandar.- Menurutnya kementerian akan mengambil beberapa pendekatan untuk memudahkan pengguna khasnya di luar bandar membuat aduan termasuk cadangan aduan pengguna melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) terus kepada Tribunal Tuntutan Pengguna tahun ini.
Tahun lepas, KPDNKK menerima 11,641 aduan pengguna di seluruh negara dan berdasarkan kepada kajian profil pengguna fasa II pada 2009 mendapati tahap pendidikan kepenggunaan di Malaysia adalah 58 peratus berbanding dengan kadar lima peratus pada 2001.Sumber: NST
January 22, 2011 9:22 AM
pengguna luar bandar perlu didedahkan mengenai hak2 mereka sebagai pengguna.
January 22, 2011 9:48 AM
Semua pengguna perlu tahu hak sendiri sebagai pengguna.
January 22, 2011 10:13 AM
Mereka harus diberi pengetahuan dan maklumat mengenai hak-hak mereka sebagai pengguna.
January 22, 2011 10:17 AM
pengguna luar bandar perlu mengtahui hak-hak mereka bagi mengelakkan mereka ditindas.
January 22, 2011 10:43 AM
Cara yang terbaik kepada Pengguna luar bandar supaya terdedah dengan isu-isu semasa..Mungkin dengan pengetahuan ini dapat membantu mereka.
January 22, 2011 11:53 AM
Jangan lupa ada tribunal pengguna.
January 22, 2011 12:07 PM
anjurkan kempen kesedaran di semua kawasan pedalaman berkenaan dengan hak mereka sebagai pengguna.
January 22, 2011 7:47 PM
Para pengguna harus didedahkan tentang hak mereka sebagai pengguna dan dalam masa yang sama pengguna pun perlu tahu akan hak mereka.
January 22, 2011 7:48 PM
Program khas utk menyedarkan pengguna mengenai hak mereka perlu diadakan.
January 24, 2011 10:57 AM
Hak sebagai pengguna perlulah dijelaskan kepada setiap pengguna supaya tidak ditipu ataupun ditindas.
January 26, 2011 10:57 AM
Masih belum cukup pengetahuan hak asasi pengguna.
Post a Comment