SUARA BEBAS TUARAN

Penonton Kemalangan Jalan Raya Boleh Disaman?


Pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan mereka untuk menonton sesuatu kemalangan sehingga menjejas kelancaran lalu lintas boleh disaman, kata Ketua Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.
Beliau berkata tindakan undang-undang boleh dikenakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah peraturan 16 (1).
  • "Hanya terdapat lima pihak yang berperanan semasa kemalangan jalan raya berlaku iaitu saksi kemalangan, anggota penyelamat, agensi kerajaan yang berkepentingan, pertubuhan bukan kerajaan yang berkepentingan dan orang awam yang dilatih sebagai paramedik atau mempunyai kemahiran dan latihan dalam memberikan bantuan kecemasan.
  • "Pihak lain tidak sepatutnya berhenti kerana ia hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas menjadi semakin buruk malah boleh mendatangkan risiko lain seperti kemalangan kecil.
  • "Oleh sebab itu, mereka boleh disaman kerana menghalang lalu lintas dan mengganggu operasi menyelamat mangsa kemalangan," katanya kepada pemberita semasa kempen advokasi JKJR di sini, Khamis.
  • Suret berkata kempen tersebut yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis bertujuan menguatkuasakan pemakaian tali pinggang kenderaan dan topi keledar.
  • Katanya berdasarkan maklumat JPJ, saman yang dikeluarkan bagi kesalahan tidak memakai tali pinggang keselamatan dari Januari hingga November tahun lepas ialah sebanyak 5,952 kes manakala bagi kesalahan tidak memakai topi keledar sebanyak 9,562 kes.
  • "Mengikut kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), dianggarkan sebanyak 200 kematian, 360 kecederaan parah dan 1,020 kecederaan ringan dapat dikurangkan sepanjang tahun jika peraturan itu dipatuhi.
  • "Tali pinggang yang dipakai hendaklah dengan cara yang betul, jika penumpang kanak-kanak, pakailah kaling pinggang kanak-kanak dan jika memakai topi kaledar, ikatlah dengan kemas dan mempunyai piawaian yang diluluskan Sirim," nasihat Suret.
Kata Suret Singh. kempen advokasi JKJR dijalankan di seluruh negara sekurang-kurangnya sekali seminggu pada hari biasa manakala pada musim perayaan kempen diadakan setiap hari. Sumber: BERNAMA
13 comments:

pengguna jalan raya sudah beberapa kali dinasihatkan supaya tidak memberhentikan kenderaan ketika berlaku kemalangan, tapi nasihat itu tidak akan berkesan melainkan ada tindakan dipihak JPJ untuk mengatasi kesesakan ketika berlaku kemalangan. saya harap saman ini mampu mendidik semua pengguna jalan raya untuk lebih menghormati pengguna jalan raya yang lain.


pengguna jalan raya yang berhenti untuk melihat kemalangan yang berlaku boleh menyebabkan aliran trafik menjadi terganggu.


pengguna jalan raya perlulah lebih bertanggungjawab dan tidak memberhentikan kenderaan sehingga boleh mengganggu kelancaran aliran trafik. tindakan saman mungkin wajar dikenakan terhadap mereka yang menyebabkan kesesakan, kerana ingin melihat kemalangan yang berlaku.


penguatakuasaan seperti ini wajar dilakukan kerana jika kemalangan jalan raya menjadi tontonan umum ia boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas.


Ngam la tue. Saman saja mereka yang menonton kemalangan jalan raya. Buat sesak jalan ja.


Daripada menonton, baik menolong mereka yang terlibat dalam kemalangan sehingga ambulance datang.


Betul, kalau tidak dapat membantu, lebih baik jangan mengganggu kelancaran trafik. Apa yang menarik sangat untuk tonton bila ada orang terlibat dalam kemalangan. Baik kalau jangan menghalang kereta tandu ataupun ambulans untuk tiba di tempat kejadian.


kalu sekadar nak menonton sahaja lebih baik tak perlu berhenti. menggangu lalu lintas sahaja. mmg patut mereka ni di saman.


Memang jika selalu mereka berhenti sesuka hati mungkin benar tindakan yang diberikan iaitu meyeman mereka.


Saya hairan kenapa ada orang yang suka sangat menonton bila berlaku kemalangan. Apa yang menarik sangat?


Pengguna jalan raya tidak sepatutnya berhenti untuk melihat bila berlaku kemalangan. Ini akan menyebabkan kesesakan jalan raya dan melambatkan ambulans untuk sampai.


Apapa pun, harap pengguna jalan raya akan memberi kerjasama dan sentiasa mengikuti peraturan.


Itulah kebiasaan yang kita dapat lihat, ada sahaja kemalangan disitu jugalah orang ramai seseakkan lagi jalan raya. Tidak sepatutnya berlaku.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails