Jumaat lepas, Pemuda PBS membuat laporan polis mengenai Andrew Ambrose Mudi , atau dikenali sebagai Atama, yang membuat satu sketsa yang dipaparkan di laman web sosial Facebook, yang didakwa memfitnah Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, dan juga Masidi.Timbalan Ketua, Pemuda PBS, Webley Disim, yang membuat laporan polis Karamunsing di sini berkata pergerakan itu memandang serius perbuatan tersebut dan menegaskan bahawa apa yang ditampilkan dalam dialog sketsa itu semuanya adalah bohong semata-mata.
- Pergerakan itu menuntut penyanyi kelahiran Tambunan itu supaya menarik balik sketsa ity dan memohon maaf kepada mereka yang terbabit, dan berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah sekiranya mereka yang terbabit masih terus menyebarkan pembohongan.
- Atama bagaimanapun berkata sketsa itu adalah gambaran kreativiti dan imaginasinya semata-mata.
Dalam pada itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun, berkata penyanyi muda itu seharusnya lebih bertanggungjawab dalam menyuarakan pandangannya dan tidak mengambil kebebasan bersuara sebagai lesen untuk memfitnah orang lain.“Malang sekali bukan semua orang sama, ada sesetengah yang berperangai lebih kebudak-budakan berbanding yang lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini.



January 18, 2011 10:13 AM
Semua pengguna internet perlulah lebih bertanggungjawab dengan perbuatan sendiri. Kenalah mengikuti fakta dan bukti.
January 18, 2011 10:49 AM
jika nak megeluarkan pendapat pun, tk perlulah smpai nk memfitnah orang lain. lebih baik Atama menarik balik Sketsa tersebut sebelum tindakan diambil.
January 18, 2011 1:46 PM
buat sahaja seperti yang disarankan.. tarik balik sketsa itu dan memohon maaf kepada pihak yang tersinggung.
January 18, 2011 1:50 PM
isu ini sepatutnya tidak perlu dihebohkan kerana tindakan itu hanya akan mengundang minat orang ramai untuk melihat dan mendengar sendiri sketsa tersebut. atau dalam erti kata lain mempopularkan sketsa itu.
January 18, 2011 3:25 PM
Atama crossed the line. It's not right to slander people.
January 18, 2011 3:28 PM
Masidi should just sue him if he is lying.
January 18, 2011 11:42 PM
hhmm, rasanya rakyat terutamanya penggiat seni tahu apa yang sedang berlaku. Fitnah atau sebaliknya hanya yang terlibat saja yang tahu. hehe
January 18, 2011 11:43 PM
Apapun, saya setuju pengguna internet harus lebih berhati-hati dalam melontarkan pendapat:)
January 19, 2011 8:21 AM
Atama dan the gengs perlu meminta maaf atas apa yang mereka lakukan. Jika tidak tindakkan akan diambil.
January 19, 2011 9:42 AM
Atama ini seperti Name Wee di Sabah?
January 20, 2011 9:56 AM
Tak baik mencipta cerita tanpa bukti untuk tujuan memburukkan nama baik pihak yang lain.
January 21, 2011 11:08 AM
kebebasan bersuara tidak harus digunakan untuk memburukkan orang lain.
January 24, 2011 10:56 AM
Mungkin Atama ingin mempelajari Name Wee dan mendapatkan sedikit publisiti menerusi cara ini.
Post a Comment