
Dari apa yang saya lihat, sidang akbar tersebut telah disaksikan oleh lebih kurang 200 orang yang datang dari pelbagai pelusuk di negeri Sabah. Ini termasuk wakil-wakil dari akbar tempatan dan nasional.
Selain dari pengumuman keluar parti PKR, sessi soal jawab juga telah diada kan. Antara soalan yang menarik ia lah sebab mengapa pemimpin tersebut keluar dari parti yang mereka dokong selama ini. Antara lain, mereka menyatakan bahawa mereka merasakan PKR sudah tidak sehaluan dengan perjuangan mereka untuk memertabatkan hak-hak rakyat Sabah sapertimana yang persetujui dalam ‘Deklarasi Tambunan’ atau pun Perkara 20 (perjanjian yang dipersetuju ketika penubuhan gagasan Malaysia diantara Sabah, Sarawak dan Malaya).
Bila ditanya, Dr Jeffery telah menyatakan bahawa beliau dan sahabat-sahabat beliau akan menerus kan perjuangan mereka melalui pertubuhan United Borneo Front (UBF), sebuah organisasi yang beroperasi secara NGO bersama-sama rakyat Sarawak. Diterangkan bahawa UBF telah merangkakan 7 perkara yang banyak berkaitan dengan hal-ehwal Sabah dan Sarawak yang perlu diperjuangkan bersama dengan organisasi lain yang mempunyai persefahaman dengan UBF.
- Selanjut nya menurut Jeffry, pada 17, Januari akan datang ini, satu lagi sessi sidang akhbar khas untuk pemimpin dari cabang-cabang PKR di seluruh Sabah untuk membuat pengumuman hasrat mereka untuk mengorak langkah bersama Jeffry untuk meningalkan parti PKR. Dalam hal ini, kita kena bersabar untuk menunggu perkembangan selanjut nya.
Selepas itu dan ditempat yang sama, Dr Jeffry telah meluangkan masa untuk meneruskan sessi pengenalan UBF dengan lebih detail lagi. Ini termasuk objektif, missi, visi dan operasi selanjut nya organisasi pertubuhan tersebut.- Dalam pada itu, sebagai salah seorang aktivis, saya juga telah dijemput oleh kumpulan tersebut untuk turut bersama-sama meraihkan detik bersejarah itu bertempat di kampung Minintod (Jalan Lintas Penampang-Inanam). Di samping itu, saya juga telah berpeluang mendengar penerangan selanjut nya ‘hala tuju yang tersirat’ pertubuhan UBF di masa kini dan di masa akan datang.
- Dengan ini, Datuk Dr Jeffery Kitingan dan krew beliau telah sah menghentikan perjuangan politik mereka melalui parti PKR/PR. Dan dengan itu juga, telah mengakhiri spekulasi selama ini bahawa beliau akan meninggalkan PKR untuk selama-lama nya.
Dalam pada itu, persoalan sejauh mana kah kejayaan perjuangan UBF ini, ia nya akan ditentukan oleh sambutan rakyat Sabah dan Sarawak yang turut simpati dengan perjuangan UBF (pada keseluruhan nya) di masa akan datang.Saperti biasa, pasti nya perkembangan ini akan menjadi satu agenda yang menarik untuk kita tunggu dan lihat bersama.
Dalam pada itu, seakan-akan episode ini mengingatkan saya pada sebuah lagu berjodol 'Don't Cry For Me Argentina'. Namun ia nya berbunyi begini 'Don't Cry for PKR.. I kept my promise but you keep your distance'.
Nota: Kerana saya tiada membawa kamera maka saya tidak dapat serta kan 'live picture' mempamirkan aktiviti hari itu


January 6, 2011 10:12 AM
pekara ini mungkin akan melemahkan PKR di Sabah.
January 6, 2011 10:14 AM
sejauhmana UBF ini akan diterima nanti. kita tunggu dan lihat sajalah.
January 6, 2011 10:17 AM
Jeffrey keluar dari PKR kena ingin bergiat dgn UBF. harap perjuangannya dalam UBF kali ini benar2 serius.
January 6, 2011 10:47 AM
jika ramai yang keluar, semakin lumpuhlah perjuangan PKR di Sabah.
January 6, 2011 1:42 PM
nampaknya kepercayaan mereka terhadap PKR semakin pudar.
January 6, 2011 8:10 PM
perkembangan ini sudah tentu akan melemahkan PKR di sabah...lebih2 lagi mereka yang keluar ini mempunyai sokongan dari rakyat..
January 6, 2011 8:11 PM
sejauh mana UBF akan dapat berjuang untuk mempertahankan hak dan kepentingan sabah dan sarawak? ianya terpulang kepada sokongan rakyat kepada UBF..
January 6, 2011 8:13 PM
perkembangan ini menunjukkan bahawa perjuangan pemimpin PKR adalah tidak sehaluan dengan bekas pemimpin2 PKR sabah..
January 6, 2011 8:15 PM
hak dan kepentingan sabah dan sarawak harus diperjuangkan dan dipertahankan sampai bila2..
January 6, 2011 8:17 PM
apakah cara dan startegi yang akan diguna pakai oleh UBF untuk memastikan suara mereka didengar? kita tahu bukan mudah untuk didengar lebih2 lagi isu2 yang berkaitan dengan hak dan kepentingan sabah dan sarawak..apakah UBF akan dapat 'survive'?
January 8, 2011 9:28 AM
Mungkin ini pilihan terbaik JK untuk menjadi parti NGO iaitu UBF yang baru ditubuhkan untuk kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak.
January 8, 2011 9:30 AM
PKR tidak perlu risau Jeffery mungkin tahu PKR bukan parti yang sesuai untuk Sabah maka dengan NGO ini mungkin beliau dapat memperjuangkan hak orang Sabah dan Sarawak. Parti UBF ini digunakan sebagai suara keadilan.
January 9, 2011 10:45 PM
Ni barulah patah tumbuh hilang berganti. hehe
January 9, 2011 10:46 PM
DJK keluar dari PKR mungkin boleh jadi salah satu sebab PKR lemah.. Soal UBF pula kita tunggu dan lihat sajalah nanti.
January 9, 2011 10:47 PM
Politik memang perkara yang sukar diramal... Jadi terpulanglah pada rakyat utk membuat penilaian.
January 10, 2011 11:47 AM
Sekarang SNAP dari Sarawak juga ingin bergabung dengan UBF. Tidak tahulah sama ada mereka akan berjaya ataupun tidak.
January 11, 2011 10:09 AM
Kita sepatutnya memberi peluang kepada UBF untuk membuktikan diri sebelum menolak mereka.
January 11, 2011 2:46 PM
Saya lebih suka jika mereka berjuang tanpa orang luar.
January 11, 2011 3:19 PM
JK, Semoga berjaya.
January 12, 2011 9:59 AM
Good thing Jeffrey decided to resign from PKR.
January 12, 2011 10:00 AM
It can be seen that PKR is falling apart. If Jeff stays any longer in PKR, it would be difficult for him to achieve what he wants for Sabah.
January 12, 2011 10:01 AM
All the best to Jeff and UBF!
January 12, 2011 10:39 AM
Selamat berjaya. Kalau berjaya, memang baguslah, kalau tidak, tiada juga impak terhadap rakyat Sabah.
January 13, 2011 10:17 AM
Good luck to UBF.
August 9, 2011 12:47 AM
Rakyat Sabah sudah mencapai satu tahap politik yang matang . Saya rasa samada Parti atau pun NGO yang bersifat tempatan haruslah disokong .Sampai bilalah kita bersandar dan berpaut dengan orang luar . Janganlah kita jadi batu yang berguling sebab tidak akan dapat mengkumpulkn lumut. Buruk buruk pn orang kita sendiri juga. Sokonglah orang kita. Syabas DJK truskn perjuangan yg belum selasai.
Post a Comment