SUARA BEBAS TUARAN

Pusat Sindiket Jual Bayi Di Serbu Polis

Sebuah klinik di Selayang dan sebuah rumah di Subang Jaya telah diserbu Polis Bukit Aman serta menyelamatkan dua bayi berusia tiga dan empat hari.
Dalam serbuan pertama di klinik berkenaan pada 3 petang Sabtu lalu, polis telah menahan empat wanita - dua rakyat tempatan dan dua warga asing - termasuk dalangnya, serta merampas berpuluh sijil kelahiran yang sudah diisi dan kosong, lapor akhbar Berita Harian Malaysia (BHM), semalam.
  • Dalam serbuan kedua di sebuah rumah di Subang Jaya pada 10 malam hari yang sama, polis menahan dua wanita hamil - kededuanya warga Myanmar berusia 20-an tahun - yang dipercayai disimpan di situ sehingga mereka melahirkan bayi, serta seorang warga India yang baru melahirkan anak.
  • Selain tempat tinggal, makan dan minum wanita hamil itu juga dipercayai dijaga sindiket berkenaan bagi memastikan kandungannya sihat dan bayi dilahirkan bergred tinggi untuk dijual pada harga yang tinggi, tambah akhbar itu.
  • Seorang sumber polis berkata serbuan-serbuan itu dilakukan selepas sebulan menjalankan siasatan dan risikan.
  • Difahamkan setakat ini sindiket itu sudah menjalankan urus niaga melibatkan sekurang-kurangnya 15 bayi dengan setiap seorang dijual pada harga antara RM7,000 dengan RM15,000.
  • Dilapurkan nilai bayi tersebut ditentukan oleh warna kulit, jantina dan dokumen kelahiran yang disediakan,.lapor.
  • Menurut sumber itu, polis sedang menjejaki seorang pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan yang disyaki menjadi orang dalam bagi menguruskan dokumen kelahiran bayi-bayi yang hendak dijual itu.
  • 'Bukit Aman juga sedang menyiasat dakwaan adanya bayi yang sudah dijual di Singapura dan bekerjasama dengan polis republik berkenaan.
Menurut sumber, Polis syak kumpulan ini juga ada hubungan dengan sindiket penjualan bayi yang dibongkar di Sarawak tahun lalu.
Pada 12 Julai lalu, polis Sarawak berjaya menyelamatkan seorang bayi perempuan berusia 23 hari yang cuba dijual seorang wanita warga Indonesia pada harga RM10,000 kepada seorang anggota polis yang menyamar sebagai sepasang suami isteri di Kuching.
Sumber: Cyberita, BHM
12 comments:

pihak polis kena meneruskan lagi siasatan bagi menghapuskan sindiket sperti ini hingga ke akar umbi.


Harap hukuman berat akan dijatuhkan ke atas mereka yang terlibat dalam sindiket menjual bayi ini.


Diharapkan polis teruskan usaha mereka untuk menghapuskan sindiket jual bayi.


Adalah penting untuk rakyat bekerjasama untuk menghapuskan sindiket ini. Sesiapa yang ada maklumat tentang mana2x pusat sindiket jual bayi, diharapkan segera report kepada polis.


tahniah dan teruskan operasi menjejaki semua yang terlibat dalam sindiket jual bayi ini. semua yang terlibat wajar dikenakan tindakan tegas dan pastikan tidak ada antara mereka yang terlepas.


Tahniah kepada pihak yang berjaya menumpaskan sindiket jual Bayi ini.


siasatan harus dilakukan sehingga tertangkapnya saki baki sindiket tersebut.


kerjasama semua pihak adalah perlu untuk membanteras sindiket dan aktiviti pemerdagangan orang..


Taniah kepada pihak polis dan teruskan usaha membanteras kegiatan ini.


Semoga hukuman yang setimpal dikenakan pada individu yang telibat dengan kegiatan jual bayi.


Harap sindiket jual bayi akan ditumpaskan.


Sindiket seperti ini perlu dibongkar supaya masalah perdagangan bayi boleh dicegah.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails