
Selepas berjaya melaksanakan perkhidmatan bas dan koc komuter khas untuk wanita, kini teksi untuk kaum Hawa pula bakal diperkenalkan.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ada cadangan supaya ia diwujudkan dan pihaknya akan mengkaji saranan itu terlebih dahulu.
Jika menjadi realiti, teksi itu akan dipandu oleh wanita dan ia hanya dikhususkan kepada penumpang wanita."Kalau ia mampu dilaksanakan, ia merupakan satu lagi penambahbaikan terutama dalam aspek keselamatan kepada golongan wanita di negara ini," katanya.
Shahrizat berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini semalam.



January 17, 2011 9:56 AM
satu pendekatan yang baik. ini bagi memastikan keselamatan kaum wanita terjamin.
January 17, 2011 10:41 AM
Satu idea yang baik!
January 17, 2011 10:42 AM
Diharapkan rancangan ini dilaksanakan untuk keselamatan kaum wanita.
January 17, 2011 11:03 AM
Idea yang baik. Ini bagi menjamin keselamatan wanita kita.
January 17, 2011 11:19 AM
cadangan ini memang wajar dilaksanakan dan saya harap pelaksanaannya bukan hanya terhad di semenanjung malah merangkumi Sabah dan Sarawak.
January 17, 2011 11:42 AM
Kes rogol, cabul dan jenayah lain semakin banyak sekarang, dengan menawarkan perkhidmatan pengangkutan khas untuk wanita. Keselamatan mereka lebih terjamin. Tapi masih perlu berhati-hati.
January 17, 2011 11:43 AM
Pengawasan dan rondaan polis patut ditingkatkan supaya meningkatkan lagi keselamatan untuk orang awam.
January 17, 2011 10:13 PM
Bagus jugalah ni idea:)
January 17, 2011 10:14 PM
Semoga cadangan ni dapat dilaksanakan demi meningkatkan tahap keselamatan kaum hawa:)
January 18, 2011 10:15 AM
Saya masih tidak tahu apa yang terjadi dengan cadangan mewujudkan bas khas untuk wanita. Sekarang ada cadangan baru lagi. Adakah cadangan sebelum ini telahpun dilaksanakan?
January 19, 2011 9:43 AM
Setuju dengan saudara Mohd Ishak, bagaimana pula dengan cadangan mewujudkan bas khas untuk wanita?
January 21, 2011 8:52 AM
ini merupakan idea yang baik dan baik dari aspek keselamatan terhadap kaum wanita.
January 21, 2011 8:53 AM
apa pun, cadangan ini perlulah dikaji terlebih dahulu. jika ianya benar-benar baik maka, wajarlah ia dilaksanakan.
Post a Comment