SUARA BEBAS TUARAN

Wakil Rakyat Wajib Jalani Ujian Kesihatan?

Labels:
Beberapa anggota Parlimen menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan untuk mewajibkan wakil rakyat menjalani ujian kesihatan setiap tahun untuk mengenal pasti tahap kesihatan mereka bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan baik.
Bagi Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, anggota Parlimen bukan sahaja hanya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun malah perlu diberi latihan bagaimana untuk mengawal tekanan memandangkan tanggungjawab mereka.
  • “Untuk jadi wakil rakyat perlu bersedia dengan semua ini,” katanya kepada Bernama apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa pihaknya akan membawa ke mesyuarat mingguan jemaah menteri minggu ini untuk mewajibkan wakil rakyat menjalani pemerikasaan kesihatan berikutan banyak pilihan raya kecil diadakan berikutan kematian wakil rakyat disebabkan masalah kesihatan.
  • Sejak pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008, sebanyak 14 pilihan raya kecil telah diadakan dengan 10 daripadanya berikutan kematian wakil rakyat kerana pelbagai masalah kesihatan.
  • Sementara yang terbaru ialah kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada Khamis lepas kerana serangan jantung yang menjadikan jumlah pilihan raya kecil meningkat kepada 15.
  • Dua lagi wakil rakyat BN yang meninggal kerana serangan jantung ialah Datuk Razali Ismail anggota Parlimen Kuala Terengganu pada 28 Nov 2008 dan ADUN Batang Ai Datuk Dublin Unting Batang Ai, 55, pada 24 Feb 2009.
  • Selain itu tiga wakil rakyat Pas iaitu anggota Parlimen Bukit Gantang Roslan Shaharom, 50, pada 9 Feb 2009, ADUN Manek Urai Ismail Yaacob, 60, (25 Mei 2009), ADUN Permatang Pasir Datuk Hamdan Abdul Rahman,63, (31 Julai 2009) juga meninggal akibat sakit jantung.
Justru itu, pada pandangan saya, ujian kesihatan ini bukan sahaja setakat dilakukan setelah seseorang telah dipilih menjadi wkil rakyat, tetapi sepatut nya di wajibkan oleh SPR sebagai salah satu syarat kelayakan bagi seseorang itu untuk bertanding dalam setiap pilihan raya.
Sumber: NST
14 comments:

wakl rakyat mmg perlu menjalani ujian kesihatan bagi memastikan tahap kesihatan mereka dan dpt berkhidmat dgn baik.


rasanya, ini cadangan yang baik bagi memastikan wakil rakyat berada dalam keadaan sihat dan baik untuk menjalankan tanggungjawab mereka kepada rakyat.


wakil rakyat perlulah memastikan mereka menjaga kesihatan mereka bagi membolehkan mereka fokus terhadap tugasan mereka.


They ought to do medical check up.


Having to do by-election due to the death of wakil rakyat is rather troublesome. Therefore, a check up is required. We need a healthy wakil rakyat!


Saya rasa calon perlu memastikan tahap kesihatan mereka memenuhi suatu standard sebelum dibenarkan bertanding. Ini untuk mengelakkan masalah bila calon tidak dapat memenuhi tempoh perkhidmatan mereka.


Kalau calon meninggal dunia ataupun kesihatan mereka kurang elok untuk membenarkan mereka meneruskan perkhidmatan, ini bermaksud pilihan raya kecil perlu diadakan lagi, dan ini membazir wang rakyat dan juga membazir masa.


Ini bagi mengelak perkara seperti sekarang ini berlaku. Ramai wakil rakyat meninggal dunia. Maka ini akan menyukarkan lagi kerja SPR dan rakyat itu sendiri.


saya amat setuju semua wakil rakyat diwajibkan untuk menjalani ujian kesihatan. tanggungjawab mereka bukan sahaja memerlukan kecergasan fizikal malah mentel. jika cadangan ini dapat dilaksanakan saya harap tidak ada lagi alasan seperti tidak dapat hadir ke persidangan kerana masalah kesihatan.


ya betul. Seruan Kementerian Kesihatan harus disambut baik:)


Semoga melalui cara ini takda lagilah masalah timbul atau alasan faktor kesihatan digunakan utk mengelak daripada melaksanakan t/jawab dengan sempurna.


Ini saya setuju. Wakil rakyat perlu mempunyai kesihatan yang baik supaya tidak menggangu perkhidmatan mereka.


Bagus cadangan ini. Selain dapat berkhidmat panjang kepada rakyat, mereka juga patut jaga kesihatan demi keluarga.


Harap cadangan ini akan dikenakan kepada semua calon yang bakal bertanding.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails