SUARA BEBAS TUARAN

3 Pesawat RMAF Ke Mesir Untuk Pindah Rakyat Malaysia


Sudutan dari arahan PM untuk membawa keluar penuntut Malaysia dari Mesir tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berlepas ke Mesir pukul 3.00 tadi bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berda di negara itu.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.
  • "Pukul 12 ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur. Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung, dan lain-lain lagi," kataya ketika dihubungi.
  • Katanya, kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.
  • Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi jalan laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.
Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar, A.Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.
Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar.
Sumber: BERNAMA
9 comments:

Diharapkan rakyat Malaysia selamat dipindahkan.


Syukur, pemindahan pertama sudah berjaya kemarin. Mereka sampai dengan selamatnya di Malaysia.


Usaha kerajaan ini menambahkan lagi kredit mereka untuk memenangi PRU13 yang akan datang. Semoga rakyat dapat menilai dengan baik.


diharapkan semuanya akan berjalan dengan lancar dan dalam keadaan selamat.


buat masa ini, usaha untuk membawa pelajar Malaysia balik telah berjaya.


Hopefully these students are send home safely to Malaysia.


Semoga mereka rakyat malaysia di Mesir akan selamat pulang.


misi ini bukan satu tugas yang mudah dan memerlukan perancangan yang teliti lebih2 lagi ia melibatkan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di negara tersebut. saya harap misi ini berjaya tanpa berlaku apa2 kejadian yang tidak diingini.


Diharapkan masalah di Mesir akan berakhir secara aman.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails