
Dikatakan tiga buah sekolah di Tawau, Sabah yang telah dikenalpasti oleh Jabatan Kerjaraya (JKR) sebagai tidak selamat untuk digunakan dan laporan telah diserahkan kepada Kementerian Pelajaran. Sekolah-sekolah yang dimaksud kan ialah SK Kukusan, SK Bahagia dan SK Jambatan Putih di Tawau.Berdasarkan rekod, sekolah ini telah dibina sebagai salah satu projek kilat oleh Kerajaan BN. Demekian kata Halik Zaman yang memegang portfolio Pendidikan dalam pimpinan PKR Sabah.
"Demi keuntungan dan kepentingan kroni, BN sanggup memperjudikan nyawa kanak-kanak yang hadir setiap hari ke sekolah-sekolah berkenaan untuk menimba ilmu pelajaran. Demi untuk mempertontonkan ‘kepalsuan keperihatinan’ kepada rakyat Tawau, BN sanggup menggadaikan keselamatan kanak-kanak yang tiada dosa dengan mereka," tegas Halik.
Seandainya sekolah-sekolah itu harus ditutup kerana faktor keselamatan, kata Halik, maka 3,000 orang penuntut sekolah berkenaan terpaksa ‘diabaikan’ pembelajaran mereka dek kerana tuntutan serakah pemimpin-pemimpin BN dan kroni-kroni mereka yang hanya mementingkan ‘keuntungan’ yang disalur masuk ke akaun masing-masing, tegas Halik selanjutnya.
"Inikah yang di maksudkan oleh PM 1Malaysia, rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan? Dek kerana terlalu sibuk menjaga pergerakan Pakatan Rakyat, mereka melupakan sama sekali kebajikan dan keselamatan rakyat jelata. Inilah akibatnya apabila BN semakin takut dengan bayang-bayang mereka sendiri," perli Halik.
Kecam Halik lagi dengan lantang, "Pakatan Rakyat Sabah mengutuk sekeras-kerasnya sikap yang tidak bertanggung jawab Kementerian Pelajaran yang menganggap keselamatan anak-anak kita sebagai satu perkara remeh dan tidak ada apa-apa tindakan diambil kepada bangunan sekolah sekolah yang bermasalah."


February 21, 2011 10:29 AM
Harap kementerian pelajaran akan mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah ini.
February 21, 2011 11:00 AM
"Demi keuntungan dan kepentingan kroni, BN sanggup memperjudikan nyawa kanak-kanak yang hadir setiap hari ke sekolah-sekolah berkenaan untuk menimba ilmu pelajaran."
I hope this is not true. I don't think the government will be that selfish.
February 21, 2011 11:09 AM
Those school buildings should be evacuated for safety purposes.
February 21, 2011 11:34 AM
sekolah ini perlu diperbaiki demi keselamatan murid2.
February 21, 2011 1:41 PM
kerajaan pasti akan mengambil tindakan sewajarnya bagi isu ini kerana keselamatan murid2 dan guru2 diutamakan.
February 21, 2011 2:22 PM
pekara ini perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.
February 21, 2011 2:24 PM
harap tindakan untuk membaik pulih sekolah-sekolah berkenaan dapat dibuat bagi memastikan bangunan sekolah berkenaan dapat digunakan dengan selamat.
February 21, 2011 4:11 PM
Tidak baik berkata demikian jika berlaku keadaan seperti itu. Cuba anda fikir adakah kerajaan ingin membazirkan wang untuk kali kedua jika itu adalah projek kilat?
February 21, 2011 4:11 PM
siapa cakap kementerian pelajaran tidak melakukan apa2? kenapa tidak salahkan kontraktor yang dipertanggungjawabkan? difahamkan wakil Pejabat Pelajaran Sabah dan kementerian telah memeriksa kedua2 sekolah berkenaan pada 11 Februari lepas. selain itu, juga dimaklumkan Kementerian Pelajaran meluluskan peruntukan RM1.5 juta untuk ketiga2 sekolah yang diisytihar tidak selamat itu.
February 21, 2011 4:13 PM
Kita jangan terus berpandangan negatif. Lagipun kerajaan akan mengeluarkan kos perbelanjaan untuk membaikpulih sekolah terlibat.
February 21, 2011 4:15 PM
tidak perlulah tuding menuding sebab akhirnya yang jadi mangsa ialah murid dan kakitangan sekolah. tiada yang lebih penting selain bertindak menyelesaikan masalah ini. mana2 bangunan sekolah yang tidak selamat untuk digunakan perlu ditutup serta merta bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sementara menunggu tindakan selanjutnya dari pihak yang bertanggungjawab.
February 21, 2011 6:34 PM
isu ini adalah satu isu yang besar dan serius..perhatian segera adalah diperlukan.
February 21, 2011 6:35 PM
apakah tindakan dari pihak kementerian berhubung dengan isu ini? jika terus digunakan, kemungkinan besar akan mendatangkan musibah..
February 21, 2011 6:37 PM
walaupun dikatakan pemantauan sentiasa dilakukan namun ianya tidak mencukupi dan menjamin keselamatan para pelajar dan kakitangan sekolah..seharusnya keselamatan mereka diutamakan..
February 21, 2011 6:38 PM
kementerian pelajaran harus bertanggungjawab dan segera menyelesaikan isu ini.
February 21, 2011 6:40 PM
Perkara ni harus mendapat perhatian sewajarnya. Jangan biarkan saja nanti tambah teruk pula.
February 21, 2011 6:40 PM
dikatakan bahawa terdapat lebih banyak sekolah yang tidak selamat digunakan..jika pihak berwajib berlengah-lengah lagi, akibat yang buruk akan melanda dan yang merasainya bukan pihak kementerian tetapi rakyat iaitu ibu bapa pelajar yang juga adalah pengundi.
February 21, 2011 6:41 PM
Harap isu ni tak dipolitikkan oleh mana2 pihak. Nanti lain pula kejadiannya. huhu
February 21, 2011 6:41 PM
Hal ni dah dikeluarkan di akhbar tempatan. Harap2 lah berjaya tarik perhatian pihak2 berkaitan.
February 21, 2011 6:42 PM
Tak dinafikan pendidikan tu memang penting tapi soal keselamatan pun penting juga. Jadi bertindaklah segera demi kebaikan bersama.
February 21, 2011 6:42 PM
diharap isu ini akan diberi perhatian dan diselesaikan segera..
February 21, 2011 6:43 PM
Apapun kita tunggu dan lihat sajalah perkembangan cerita ni nanti.
February 22, 2011 9:04 AM
Semoga masalah sekolah yang tidak selamat ini akan diselesaikan secepat mungkin. Keselamatan murid-murid haruslah terjamin.
February 22, 2011 9:08 AM
Sebaiknya pembaikpulih perlu dilakukan untuk sekolah yang malang ini. Keselamtan mereka terancam kerana keadaan sekolah yang tidak selamat digunakan. Maka pihak berkuasa perlu mencari jalan penyelesaian.
February 22, 2011 9:13 AM
Kementerian pelajaran harus mengambil tindakkan segera bagi menyelesaikan masalah ini. Sebagai pihak yang berkenaan jangan anggap ini perkara biasa, ini boleh memburukkan keadaan jika berlaku apa-apa kepada para pelajarn.
February 22, 2011 9:17 AM
Kita tunggu saja perkara ini. Kementerian pasti akan menyelesaikan masalah ini. Apa cara sekalipun itu terpulang dengan kementerian nanti, yang penting bagi penduduk adalah masalah ini dapat diselesaikan.
February 22, 2011 9:47 AM
Sekolah tidak selamat ini mesti dikosongkan. Jangan memperjudikan nyawa pelajar.
Post a Comment